Friday, November 30, 2018

PRODUK NANAS PINEQAF DILANCAR

PRODUK BERASASKAN BUAH NANAS PINEQAF telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sempena MAHA 2018 di Laman Nanas. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah Ketua Pengarah LPNM Dato' Hj Mohd Anim Hosnan, TSUB (Dasar) Dato' Naimah Ramli, Pengasas Syarikat PineQAF En Mohd Adli dan ramai para jemputan. Terdapat tiga produk utama yang dilancarkan pada majlis ini iaitu PineQAF Iceceram, PineQAF Pineapple Grill dan PineQAF Titbits. Produk ini yang dihasilkan dengan kerjasama LPNM merupakan salah satu strategi pemasaran produk hiliran berasaskan buah nanas selain daripada memakan nanas sebagai buah segar sahaja. Produk berasaskan buah nanas sebenarnya telah ada lebih daripada 40 jenis daripada produk makanan seperti kuih muih, jus minuman, produk kosmetik, makanan kesihatan dan sebagainya. Buah Nanas varieti MD2 yang premium dan berkualiti memberikan rasa yang manis, aroma yang kuat serta tidak lidas menjadi pilihan ramai usahawan makanan untuk dijadikan bahan asas bagi menghasilkan produk berasaskan buah nanas. Pada masa ini negara menanam seluas 13,455 hektar nanas dengan menghasilkan sebanyak 438,500 metrik tan nanas dengan nilai pengeluaran sekitar RM618 juta. Sebahagian buah adalah untuk pasaran eksport bernilai RM208 juta pada tahun 2017. Lazimnya produktiviti sesuatu ladang untuk menghasilkan buah berkualiti gred A dan keatas adalah 80% bergantung kepada amalan agronomi yang dijalankan dan juga keadaan cuaca. Sekitar 20% lazimnya akan jatuh dalam gred B dan kebawah dimana buah nanas ini amat sesuai untuk dijadikan buah diproses.  Usaha syarikat QAF Food yang beroperasi di Seri Kembangan, Serdang, Selangor ini merupakan satu lagi kaedah mempelbagaikan produk berasaskan buah nanas yang sesuai. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai 3 jenis produk berasaskan buah nanas yang dilancarkan untuk pengetahuan semua dan pembaca blog ini.


Produk AisKrim Nanas memang macam sudah biasa kita mendengarnya. Produk 'Pinaco Icecream' keluaran Syarikat QAF Food ini bagaimana pun memang berbeza dengan jenis aiskerim lain yang penulis blog pernah jumpa. Resepi khusus diformulasikan oleh pengasas syarikat ini menggunakan hanya nanas MD2 yang berkualiti dan beberapa rauan lain yang khusus. Ais Krim Nanas Pinaco ini adalah dari jenis 'Soft Ice cream' yang lembut dengan citarasa nanas sebenar yang unik dan aroma yang harum (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada lokasi dan saiz cawan, ais krim ini dijuak dengan harga RM2.00 satu cawan dan biasanya pelanggan akan membeli 2-3 cawan baru puas menikmatinya. Menusut pengasas ais krim ini, beliau telah beberapa lama membuat RnD sendiri bagi mendapatkan satu kombinasi terbaik nanas Asikerim Pinaco ini dengan bantuan rakannya yang juga seorang pakar masakan (Chef) dihotel terkemuka. Beliau kini mempunyai beberapa buah tong membuat aiskerim Pinaco dan sering menerima tempahan daripada beberapa pihak seperti didalam Majlis Perkahwinan, Jamuan Rasmi Kerajaan dan sebagainya. Di premis kedainya juga ada ruangan untuk pelanggan datang menikmanti ais krim nanas ini bersama sajian lain. Kepada mereka yang inginkan menikmati keenakan aiskerim nanas MD2 yang terbaik boleh mendapatkannya dengan pergi kepremis syarikat ini yang berada di Sri Kembangan.

Produk kedua yang dilancrkan kali ini adalah makanan berasaskan buah nanas iaitu PINEQAF PINEAPPLE GRILL atau dalam bahasa mudah sebagai 'Nanas Panggang'. Penulis blog amat suka dengan makanan ini dimana ia dapat memberikan keunikan rasa nanas panggang yang tersendiri dan dikelaskan sebagai produk makanan nanas yang sihat. Dalam pada itu antara keunikan hidangan produk ini adalah dimana diatas kepingan nanas panggang ia ada potongan buah strawberry, ketulan aiskerim dan juga daun pudina diatasnya (Sila lihat foto disebelah). Hiasan yang menarik ini dengan aroma nanas panggang yang ditabur dengan serbuk kayu manis (cinnamon) ini memberikan rasa manis dan rasa kayu manis yang enak sekali. Hodangan ini dijual dengan harga diantara RM4.00 - RM5.00 satu set bergantung kepada saiz buah nanas panggang dan juga lokasi jualan. Ia amat sesuai untuk dijadikan kulineri yang sesuai dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut dihotel-hotel atau majlis-majlis keraian ramai dan majlis rasmi. 


Produk ke 3 yang dilancarkan didalam majlis ini adalah PINEQAF TITBITS iaitu buah nanas potong yang diisikan didalam cawan atau 'cup'. Produk ini adalah potngan buah nanas dalam bentuk kiub yang diisikan dalam cawan dengan ada cairan yang mampu mengekalkan kenakkan nanas MD2 yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Menurut dakwaan pengasasnya, produk ini mendapat permintaan yang baik dikalangan pelanggan dan murid-murid sekolah disekitar Lembah Kelang dan di Ipoh. Satu cawan produk ini dipasarkan atau dijual dengan harga kilang RM2.00 dan ia memang sejenis makanan kesihatan berasaskan buah nanas yang berkualiti. Pada masa ini beberapa agen untuk bantu pemasaran produk nanas titbits ini telah ada dan syarikat akan menghantar produk ini kepada agen yang dilantik. Kini dengan adanya beberapa produk makanan berasaskan buah nanas, Syarikat QAF Food telah menambah peralatan untuk memproses di premisnya dengan lebih cekap dan produktif. Bantuan daripada LPNM, Kerajaan Negeri Selangor dan pihak lain kini dimanafaatkan dalam industri nanas negara. Beliau merancang untuk mendapatkan pinjaman ban bagi menambahkan peralatan memproses nanas dimasa akan datang. semuga dengan pelancaran produk berasaskan nanas oleh syarikat WAF Food ini akan menjadikan industri nanas negara terus berkembang. Semuga anda mendapat info berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

PRODUK PINEQAF... TELAH DILANCARKAN...
AISKRIM NANAS... TERBAIK RASA DIMAKAN...
NANAS GRILL... PERTAMA DIPERKENALKAN..
BUAH NANAS... KINI SUDAH DIPELBAGAIKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(27 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.