Wednesday, November 28, 2018

PERSATUAN PENANAM NANAS DI LANCAR

PERSATUAN PENANAM-PENANAM NANAS MALAYSIA (MPPA) telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan  Industri Asas Tani Malaysia Dato Salahuddin Ayub pada 24 November 2018. Majlis yang diadakan di Laman Nanas sempena MAHA 2018 ini melibatkan Jawatankuasa Penaja MPPA dengan kerjasama pihak LPNM. Maljis ini dianjurkan oleh Persatuan Penanam Nanas Malaysia yang di pimpin masa ini oleh JKuasa penaja iaitu En Razak Aya dan AJK MPPA yang telah ditubuhkan bertujuan untuk kebajikan ahli-ahlinya. Penubuhan MPPA ini adalah didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-16032108 bertarikh 16 March 2018. Penulis blog difahamkan mesyuarat agung pertama yang akan diadakan pada April 2019 bersempena dengan Simposium Industri Nanas Kebangsaan dianjurkan oleh MPPA. Pada masa ini terdapat lebih daripada 4,000 orang usahawan, syarikat, estet dan sebagainya yang dikenalpasti LPNM sebagai mereka yang terlibat dengan penanaman nanas. Angka ini terus bertambah saban tahun apabila tanaman nanas yang kini diangkat sebagai komoditi penting dalam Sumber Kekayaan Baru negara bersama sektor tanaman durian, sektor ternakan ruminan dan tenusu serta sektor kulinari. Penanaman nanas MD2 yang juga dikenali dan kategorikan sebagai nanas kualiti premium telah mendapat sambutan dikalangan penanam kerana potensinya untuk memberikan hasil yang lebih baik dan lumayan daripada jenis-jenis nanas tradisional sedia ada. Penanaman nanas kini dilaporkan seluas 13,455 hektar mampu menghasilkan buah nanas sebanyak 485,500 metrik tan setahun dengan nilai hasil pengeluaran sekitar RM618 juta. Malaysia kini mengeksport sebantak RM208 juta pada tahun 2017 buah nanas segar, nanas kaleng, jus nanas, produk berasaskan nanas, bunga-bunga bromeliad atau ornamental dan sebagainya. Industri nanas negara kini digelar "The rising industry" apabila negara China membuka ruang pasarannya dengan menendatangani perjanjian protokol pengeksportan nanas segar MD2 pada tahun 2017. Artikel petang Selasa ini dalam "Anim Agro Technology" mengenai majlis pelancaran penubuhan MPPA oleh YB Menteri sebagai satu titik mula pembangunan industri nanas negara.


Industri Nanas di Malaysia telah bermula semenjak tahun 1930'an lagi dan mula dikomersilkan semenjak tahun 1950'an apabila Lembaga Peusahaan Nanas Tanah Melayu di tubuhkan. Kemudian pada tahun 1957 Akta 427 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di gunakan bagi pembangunan industri nanas negara yang banyak di tanam di Negeri Johor. LPNM seterusnya berkembang dengan pengenalan nanas premium MD2 sekitar tahun 2010 untuk pasaran domestik dan eksport. Kawasan tanaman nanas tradisional di tanah gambut kini telah banyak bertukar kepada tanaman kelapa sawit termasuk beberapa ladang nanas swasta. Penanaman nanas moros, nanas gandul dan beberapa varieti keleng lain kini telah bertukar kepada penanaman nanas varieti untuk kegunaan makan segar seperti nanas Josapine, N36 dan juga MD2. Perubahan sistem tanaman juga berlaku dimana kini ramau petani menanam nanas di tanah mineral dengan teknologi amalan pertanian yang berbeza dengan amalan agronomi diatas tanah gambut. Lebih ramai golongan muda dan pihak swasta yang menanam nanas MD2 dimana mereka menanam untuk pasaran domestik dan eksport. Kini ada kesedaran dikalangan penanam-penanam nanas yang ingin bergabung untuk berpersatuan bagi tujuan kebaikan mereka sendiri. 


Nanas merupakan salah satu tanaman buah yang bernilai tinggi yang selalunya memang mampu menjana pendapatan baik kepada pengusahanya dan dapat meninggikan ekonomi negara. Ada juga laporan dimana aktiviti penanaman nanas yang premium mampu memberikan pendapatan sekitar RM5,000 sebulan jika dijaga dengan baik dan menghasilkan buah berkualiti. Penulis blog yang telah membuat pemantauan lebih dari 100 kebun nanas dalam masa 1.5 tahun mendapati penanaman nana telah memasukki era baru apabila amalan teknologi penanaman nenas disesuaikan dengan penggunaan baja foliar, pengurusan penyakit bersepadu dan penggunaan hormon buah yang tepat untuk penghasilan buah (Sila lihat foto disebelah). Kini ada dikalangan penanam nanas yang masih belum mencapai tahap pengamalan teknologi baru menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan buah nanas dan varieti nanas premium untuk mendapatkan pulangan lebih baik. Ini kerana diantara faktor yang menjadi penghalang kemajuan sektor nanas adalah kurangnya usahasama diantara penanam, pemborong, pengilang, penjual, pemproses IAT dan juga agensi kerajaan terlibat. Mereka dilihat masih kurang usaha untuk membina satu jaringan industri yang mapan melalui perancangan yang teliti serta usaha yang teratur.


Terdapat banyak juga laporan dimana telah banyak pengusaha yang terlibat dengan sektor pertanian namun usaha ini agak kurang berjaya akibat ianya dilakukan secara bersendirian sahaja. Ini kerana merek yang membuat aktiviti pertanian dengan bersendirian tidak mendapat maklumat tepat akibat tahap kominikasi yang terhad berbanding jika mereka ada persatuan yang sentiasa dapat menyalurkan lebih banyak maklumat dengan tepat dan cepat. YB Menteri dalam kenyataannya ada menyatakan dimana dia berharap dengan adanya persatuan penanam nanas Malaysia (MPPA) ini ianya akan menjadi satu platform jaringan perhubungan bagi membentuk kerjasama yang mantap serta menggalakkan perkongsian sumber, maklumat pasaran dan teknologi sesama penanam dan poengusaha nanas di Malaysia. Usaha kerjasama ini nanti dapat mempastikan semua penanam nanas mampu meneroka penyelesaian bagi menghadapi cabaran didalam industri nanas dimana ini sekali gus mampu melonjakkan industri nanas negara. Selain itu persatuan ini juga dijangka akan meningkatkan peranan didalam proses pengeksportan nanas dari Malaysia keluar negara di pasaran dunia. Walau pun kini eksport nanas negar sudah bermula dengan baik tetapi untuk masa akan datang apabila lebih banyak nanas premium dihasilkan mereka semestinya bersatu dengan semua ahli dan ppihak kerjaan dalam usaha mengeksport nanas. Kualiti buah, kadar harga, indeks kematangan, perawatan, penyimpanan, penghantaran, harga FOB dan sebagainy persatuan boleh bermuafakat dikalangan mereka untuk mendapatkan piawaian yang diterima pakai oleh semua pihak. Kaedah ini membolehkan nanas Malaysia akan dijadikan nanas segar atau nanas proses berkualiti premium yang disukai dan diterima oleh lebih banyak negara.

Antara matlamat dan objektif MPPA berpersatuan adalah bagi mengawal harga jualan mengawal pengeluaran buah agar seimbang dengan kehendak pasaran serta menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Persatuan dengan kerjasama pihak kerajaan beoleh bergabung bagi mengadakan seminar, kursus, perjumpaan, lawatan dan banyak aktiviti lagi. Persatuan juga boleh juga bertindak sebagai 'orang tengah' bagi menyalurkan sebarang rintihan, pendapat dan cadangan kepada kerajaan jika timbul sebarang isu dan masaalah. Mereka akan mewakili pihak usahawan dan penanam nanas di Malaysia. Dalam masa sama, persatuan ini juga akan dapat menyampaikan hasrat dan hakatuju mereka dalam membangunkan industri nanas kepada ahli-ahlinya dengan tersusun. Hubungan erat sedia adaa degan pihak kerajaan akan diteruskan terutamanya dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan LPNM serta MPPA secara berterusan. Kedua-dua pihak boleh berbincang demi pembangunan industri nanas dimasa akan datang yang dijangka akan lebih mengembang dengan tersusun. Menteri pertanian menyokong penubuhan persatuan MPPA ini sebagai satu langkah baik untuk industri nanas negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
PERSATUAN NANAS.. RINGKASNYA MPPA...
SUDAH DITUBUHKAN... UNTUK SEMUANYA...
BOLEH BERDAFTAR... SEBAGAI AHLI BIASA...
MENJADI ORGANISASI... BANGUNKAN NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Aras 9, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(23 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.