Thursday, November 1, 2018

DURIAN BELANDA - HEBAT NUTRISINYA


DURIAN BELANDA (Annona muricata L. CA. muricata L.) kini sudah menjadi terkenal dengan rasanya yang manis-manis masam dan kehebatan khasiatnya di seluruh dunia. Bahagian-bahagian lain pokok ini termasuk kulit, daun, akar, buah-buahan malahan dari biji buah-buahan juga telah digunakan sebagai ramuan dalam sejarah perubatan tradisional. Kajian terdahulu terhadap tumbuhan A. muricata L. telah memfokuskan pada kulit pokok dan akar untuk tujuan farmaseutikal dengan melakukan ujian ke atas haiwan makmal. Penulis blog juga mendapati dimana hanya sedikit perhatian telah diberi kepada kajian terhadap daun yang sebenarnya memiliki juzuk fitokimia berharga yang dipercayai memang ia mempunyai potensi sebagai bahan antimikrob dalam merawat penyakit-penyakit yang mana ia disebabkan oleh beberapa jenis bakteria. Objektif utama kajian oleh mahasiswa di universiti tempatan UMS ini adalah untuk melakukan penyaringan fitokimia dan aktiviti antimikrob ekstrak daripada bahagian daun A. muricata. Hasil analisis yang diperolehi telah dibandingkan dengan kajian lepas yang dilakukan di negara-negara lain. Kajian dilakukan juga dimana digunakan daun A. muricata L. yang dikutip secara rawak dari beberapa pokok dari kawasan luar bandar di Jerantut, Pahang. Semasa dimakmal dan memproses dan pengekstrakan, penyaringan dan analisis telah dilakukan di Makmal Sekolah Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan. Bahan pelarut yang digunakan untuk tujuan pengekstrakan tumbuhan ialah akues, kloroform dan etanol. Aktiviti antibakteria in-vitro yang dilakukan oleh kaedah penyebaran cakera dan diuji pada strain bakteria yang tiga daripadanya ialah Gram negatif, Escherichia atau Salmonella enteritidis, Citrobacter freundii bersama-sama dengan satu bakteria Gram positif iaitu Staphylococcus aureus. Dalam kajian ini, ia telah mendapati bahawa ekstrak akueus daun memberikan peratusan tertinggi pengeluaran hasil. Dalam penyaringan fitokimia, ekstrak daun menunjukkan kehadiran glikosida, tanin, saponin, dan flavonOid. Untuk saringan aktiviti antimikrob, ekstrak akueus daun menunjukkan zon tertinggi perencatan pada strain bakteria yang diuji. Pemeriksaan aktiviti fitokimia dan antimikrob mencadangkan bahawa tumbuhan durian belanda mempunyai bahan antimikrob. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai hasil kajian dan rujukkan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Penulis blog membuat rujukkan lain untuk mendalami info berkaitan akan kehebatan nutrisi durian belanda. Ada banyak temuan kajian oleh saintis luar negara mengenai khasiat nutrisi durian belanda dimana ia didakwa memang TINGGI kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan. Bahagian Isi buah berwarna putih ini tinggi kandungan karbohiderat dan gula serta kadar vitamin yang sederhana. Ia mengandungi cukup banyak Vitamin C, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin B2, Potassium dan fiber yang tinggi. Bagaimana pun kajian menunjukkan ia kurang untuk Vitamin B6 tetapi kajian lain menunjukkan dimana rendah kandungan Vitamin A. Dalam pada itu beberapa bahagian pokok Annona muricata didapati digunakan untuk perubatan tradisional kerana tinggi kandungan bahan Acetogenins. dimana bahan ini secara klinikal diantara kemujarabannya. Bahan didalam Acetogenin ini hanya didapati pada tumbuhan daripada keluarga Anonaceae sahaja (dimana pokok durian belanda berada dalam kumpulan ini). Bahan ini telah dibuktikan saintis mempunyai kesan aktiviti seperti Anti-Tumor (antitumorous acticities), Anti-Parasit (antiparasitic), Racun Serangga (insectidal) dan Anti-Mikrob (antimicrobial activities). Terkini kajian daripada bahagian daun pokok durian belanda didapati memberikan kesan Fitokimia Hebat (Phytochemical ectract) sehinggakan ia dijadikan bahan Perawatan Herba dikalangan masyarakat tempatan. Ubatan Herba ini telah dijadikan bahan perawatan penting yang mana menyebabkan permintaan terhadap produk asas herba berasaskan daun durian belanda termasuk TEH HERBA DURIAN BELANDA mendapat permintaan yang tinggi dipasaran (Crook, 2006). Produk teh herba durian belanda kini telah menjadi 'hot product' di negara kita dan dipasaran antarabangsa.


Terkini pula didalam perawatan terapi telah berkembang jauh dimana selain daripada bahagian buah dan daun, kajian lanjut dilakukan terhadap bahagian Kulit, Biji dan bahagian lain untuk kajian mengenai fitokimia didalamnya.  Hasil kajian menunjukkan pada daun durian belanda dimana telah dikenalpasti dan dianalisa dari fitokimia adalah seperti TANIN, CARDIAC GLYCOSIDES dan jugs  STEROIDS. (Pathak et all., 2010). Analisa dimakmal juga mendapati bahan lain seperti n-butanolic hadir dalam daun durian belanda dimana didapati bahan iaitu FLAVANOIDS, TERPENOIDS, TANNIN, CARDIAC GLYCOSIDES dan juga bahan menurunkan kandungan gula. Ekstrak pati bagaimana pun didapati tiada bahan Saponin, steroids, phlobatanannins, minyai anthiquinones (Kumar et al., 2009). Kajian lanjut menunjukkan daun durian belanda mengandungi bahan alkoloid dinamakan 6-Hydroxyundulatine dan alkoloid2 lain yang unik (Vimala et al., 2012). Dalam kajian lain melibatkan ekstrak dengan ethanol, chloroform dan fraksi air didapati pasi daun durian belanda mengandungi bahan alkoloids, flavanoids,reducing sugars, saponins, steroids, 7 tannins dan glyserides dimana ianya menghalang aktiviti mikrobial (Singh and  Bhat, 2003; Yusha'u et al., 2011). Ini yang menjadikan teh daun durian belanda kini menjadi buruan ramai kepada mereka yang mengetahui dan merasai akan kehebatannya. Teh daun durian belanda yang dijual dipasaran ada bermacam jenama (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog pun salah seorang peminat minuman teh daun durian belanda yang tulen dengan ada kenyataan 'produk organik' serta mendapat piawaian GMP dan HACCP.


Dalam kajian lain dimana mereka mengkaji berkaitan aktiviti mikrobial pada pokok durian belanda dilaporkan ia memberi kesan terhadap mikrob dikenali dengan S. aurereus dan V. cho/rae (Viera et al, 2010). Kajian klinikal juga dilakukan saintis terhadap ekstrak Annona muricata dengan Herpes simplex virus-a (Ini macam penyakit kelamin) dimana memberikan kesan positif. Kadar rawatan sebanyak 1 mg/ml ekstrak durian belanda sesuai digunakan sebagai rawatan anti terapi ini (Isela et. al., 2008). Banyak temuan lain untuk subjek ini seperti penggunaan hanab antimokrobial daripada Annona aquamosa yang juga memberikan kesan positif terhadap perebakan S. pneumonine dan juga a-haemolytic strepococci. Bahan alkoloids dalam tumbuhan ini adalah seperti GARAM (Salts). Ianya dijumpai berada dalam kulitnya, biji, akar, daun dan bahaagian lain tumbuhan durian belanda. Kajian dilakukan terhadap kadar kelarutan (solibility pattern) dimana ia bergantung kepada kandungan nitrojen dalam molikul didalamnya (Susah nak faham ini kalau tak betul-betul pernah belajar biokimia!!!). Antara kehebatan bahan alkoloid didalamnya adalah seperti kesan Anti-hypetensive, kesan anti-rhythythmic (quinidine, ajmaline, sparteine), kesan anti malaria (quinine) dan kesan anti-kanser (dimeric, vincristine, vinblastine) seperti laporan kajian saintis (Margaret and Micheal, 1998). Bahan lain dalam tumbuhan durian belanda adalah Saponin yang banyak kegunaannya. Semakin penulis blog membaca dalam kedinginan malam ini semakin kurang faham bahasa saintifik oleh saintis-saintis ini. Semuga anda semua sedikit sebanyak mendapat info yang berguna menbaca tulisan dalam anim agro kali ini. Wasallam!!!...
POKOKNYA TINGGI... DURIAB BELANDA...
BUAHNYA MANIS... DIPETIK DAH TUA...
DAUNNYA PULA... DIBUAT UBAT JUGA...
KAJIAN SAINTIS... DIRUJUK BUKTINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 851, Hotel Mariott,
Potrajaya, WP,
Malaysia,
(24 Safar 1440H).
Posted from
Room 1213, APA Hotel & Resort,
Shibuya-Ku, Tokyo, Japan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.