Friday, October 12, 2018

MONOPOLI BERAS - LAPORAN MEDIA

MONOPOLI BERAS merupakan satu isu negara yang sering mendapat liputan media di negara kita semenjak beberapa bulan kebelakngan ini. Dalam akhbar Online oleh Utusan Malaysia bertajuk "Bernas tidak amal monopoli beras" ada kenyataan dari BERNAS iaitu Ismail Mohamed Yusof telah pun menyatakan ketika ditemui pemberita di Menara Ilha, Kuala Lumpur dimana pada 12 Jun 2018 ada dimana asasnya Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) tidak pernah mengamalkan monopoli beras di negara ini dan sebaliknya menunaikan tanggungjawab sosial. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Ismail Mohamed Yusoff berkata ini kerana pihaknya hanya memiliki 28 kilang beras daripada 180 buah kilang beras di seluruh negara. Malahan kebanyakan kilang beras di negara ini adalah hak milik persendirian. BERNAS  akan bekerjasama dengan kerajaan bagi memberi hanya yang terbaik untuk negara. Beras di negara ini juga adalah termurah iaitu 26 sen semangkuk dengan kadar 60 peratus pengeluaran beras di negara ini adalah merupakan daripada pengeluaran tempatan. Dinyatakan juga dimana jika harga beras itu hendak diturunkan lagi maka ia perlu mengambil kira aspek pendapatan terendah pesawah dan setiap hasil yang dikeluarkan pesawah adalah dijamin beli oleh Bernas. Laporan akhbar UTUSAN ONLINE ini merupakan salah satu info yang memberikan perpektif tersendiri dalam isu ini. Penanaman padi di negara kita dilakukan di lapan buah jelapang padi utama dengan keluasan bertanam sekitar 600,000 hektar setahun. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengumpulkan laporan media mengenai isu monopoli beras yang diperkatakan mereka.


Dalam laporan lain bertajuk "Pesawah hela nafas lega kerajaan untuk henti monopoli syarikat beras" pada 8 Jun 2018 dinyatakan dimana pesawah padi negara ini bolehlah mereka menghela nafas lega apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia YB Salahuddin Ayub mengumumkan syarikat BERNAS yang diberikan hak monopoli pengeluaran beras tempatan sejak beberapa dekad lalu dihentikan (Sila lihat foto disebelah)Jelas beliau Kabinet telah bersetuju untuk menamatkan monopoli syarikat tersebut berdasarkan hujah relevan yang disetujui. Kini selain Bernas semua yang kita anggap monopoli akan disemak sama ada akan dikekalkan atau dirombak. Dalam perkara berkaitan YB Salahuddin memaklumkan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan beliau untuk menyediakan memorandum berkaitan langkah memecahkan monopoli yang akan dibawa kepada Kabinet. Sementara itu beliau nyatakan Perdana Menteri juga mengarahkan beliau untuk menyediakan memorandum kepada Kabinet berkaitan kaedah memecahkan monopoli tersebut. Beliau telah pun meminta Ketua Setiausaha Kementerian berhubung dengan seluruh agensi bagi mengenalpasti beberapa model bagi pengeluaran beras secara terbuka yang diamalkan negara luar. Monopoli BERNAS dalam industri beras negara ini didakwa menindas golongan pesawah apabila ramai di kalangan mereka mengalami kerugian apabila berlakunya pemotongan harga padi basah. Langkah kerajaan ini adalah untuk menghentikan monopoli BERNAS ini juga selaras dengan pendirian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pernah disuarakan sebelum ini.


Menyambut baik langkah pengumuman kerajaan itu, Badan Bertindak Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue) dalam muat naik status Facebook rasminya menzahirkan terima kasih kepada kerajaan atas komitmen yang terkandung dalam manifesto. Perlu di ingat dimana penghapusan monopoli BERNAS terhadap import mesti digantikan dengan sebuah Lembaga Padi Dan Beras yang baru. LPN baru ini mesti bertanggungjawab mengawal beras import agar tidak berlebihan iaitu selain dari tanggungjawab2 lain. Pada Konyensyen Pakatan Harapan Januari lalu, Padi Rescue menyeru supaya industri beras negara ini diselamatkan dari monopoli pihak tertentu. Kini menurut wakilnya Rosli Yahya badan itu telah berjaya untuk mengemukakan 14 cadangan kepada kerajaan mengenai isu dan masalah yang dihadapi pesawah padi negara ini. Salah satu daripada 14 cadangan Padi Rescue ialah supaya pihak kerajaan memansuhkan BERNAS yang dilihat memonopoli pengeluaran beras negara ini sehingga menyebabkan ada penindasan dan kezaliman ke atas pesawah khususnya pesawah bumiputera. Lebih medukacitakan bila segala tuntutan tersebut gagal dipenuhi kerajaan UMNO-BN ketika itu. Laporan oleh Astro Awani bertajuk "Hapuskan sistem monopoli beras oleh Bernas" oleh pengerusi DAP Sarawak iaitu Chong Chieng Jen berkata amalan monopoli yang sekian lama dipraktik Bernas harus diubah mulai sekarang. dimana ia dipetik di Kuching. Pengguna di negara ini akan menikmati harga beras lebih murah apabila dasar monopoli ke atas pengimportan beras oleh syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dihapuskan. Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, amalan monopoli yang sekian lama dipraktik Bernas harus diubah mulai sekarang. Isu harga beras tinggi bukan sahaja dihadapi peniaga di Sarawak malah di Sabah dan Semenanjung. Jelasnya, hak mengimport beras perlu diubah kepada sistem pasaran terbuka bagi memberi peluang sekata kepada peniaga yang mempunyai permit. Justeru itu penting pelaksanaan sistem monopoli itu ditukar kepada sistem pasaran terbuka," katanya sambil menambah kementerian perlu ambil tindakan untuk mengubah dasar yang diamalkan selama ini kepada pasaran secara terbuka menerusi permit untuk mengimport beras. Kata Ahli Parlimen Stampin itu, langkah berkenaan memberi manfaat peniaga malah memberi kelebihan kepada pengguna menikmati kadar harga lebih rendah dan berbaloi. Chieng Jen berkata, anggaran keuntungan kasar Bernas setahun mencecah RM104.4 juta hasil daripada penggunaan beras putih dan beras wangi di Sarawak sahaja.


Laporan oleh NSTP bertajuk "Model ganti monopoli beras dibentang September" juga ada dilaporkan. Berita dari Kuala Lumpur itu menyatakan satu jawatankuasa teknikal akan membentangkan cadangan model baharu susulan langkah didalam menamatkan monopoli Padiberas Nasional Bhd atau (BERNAS) untuk kelulusan Jemaah Menteri selewat-lewatnya pada September hadapan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada 17 Julai lalu. "Jawatankuasa berkenaan bertanggungjawab mengkaji semua cadangan yang dikemukakan untuk menamatkan monopoli. "Model itu mesti dapat kelulusan semua dulu kerana ia berkaitan dengan BERNAS dan mungkin membabitkan akta sebelum dibentangkan ke Jemaah Menteri. "Sebanyak lapan kementerian yang terbabit dalam jawatankuasa yang berusaha merangka model berteraskan pendekatan secara menyeluruh ini," katanya. SALAHUDDIN memegang buah-buahan tempatan ketika menghadiri sesi taklimat tertutup di Bangunan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Selayang (Sila lihat foto disebelah)Selain daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Kesihatan; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Usahawan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Kewangan.  Mengulas lanjut, beliau berkata, pandangan semua pihak akan diambil kira menerusi, rundingan serta mesyuarat yang sudah dan akan juga berlangsung. "Semua pihak termasuk BERNAS dialu-alukan untuk menyuarakan cadangan atau pandangan yang akan diteliti oleh jawatankuasa. "Kita bersikap terbuka untuk mencari jalan penyelesaian namun tidak akan bertolak ansur dalam isu keselamatan makanan," katanya.


Seterusnya berita dari Putrajaya bertajuk "Menteri arah buka cadangan hapus monopoli beras" pada 5 Jun 2018 dalam sidang media khas menyatakan menteri mengarahkan ketua setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membuka kertas cadangan menghapuskan monopoli beras. YB Menteri Salahuddin Ayub berkata perkara itu dimaklumkan ke jemaah menteri minggu lepas dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menugaskan beliau menyediakan kertas cadangan membuka monopoli itu. Beliau berkata pandangan dari dalam kementerian dan pihak luar akan dikumpul sebelum disiapkan dan dibentang ke Kabinet. “Kita akan kumpul pandangan dalaman kita dan saya juga akan membuka satu badan konsultan terdiri daripada tokoh-tokoh buat cadangan buka monopoli ini,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertanian hari ini. Isu monopoli beras dan peranan syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dimuatkan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.  Pada Disember 2017, akhbar Singapura, Straits Times melaporkan Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue) mendakwa Bernas tidak membantu para petani dan pekilang meningkatkan ekonomi hidup mereka, sebaliknya tertumpu kepada memaksimumkan keuntungan sendiri. Padi Rescue mendakwa Bernas meningkatkan import beras murah gred rendah dan menyebabkan pekilang beras kecil tutup dengan memonopoli rantaian pengeluaran beras. Bernas menafikan tuduhan itu dan berkata ia membeli hanya sekitar 30% daripada keseluruhan padi yang dihasilkan dalam negara, manakala selainnya diproses oleh pekilang beras lain. Padi Rescue di Konvensyen Pakatan Harapan Januari tahun ini antaranya mahu kerajaan menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara sebagai badan kawal selia, memberikan hak pemborong dan peruncit kepada pertubuhan peladang kawasan, dan menghapuskan kuota monopoli penghasilan padi benih yang diberikan kepada pihak tertentu.


Dalam akhbar lain bertajuk "Tiada jaminan harga beras turun jika monopoli edaran ditamatkan" di petik di Shah Alam oleh NSTP menyatakan tiada jaminan harga beras akan turun meskipun industri padi dan beras negara diwujudkan dalam pasaran terbuka bagi menamatkan monopoli pengimportan dan pengedaran beras negara. Ketua Pegawai Eksekutif Padiberas Nasional Bhd (BERNAS), Ismail Mohamed Yusof, berkata ia kerana rangkaian industri dilaksanakan secara holistik yang mana membabitkan kepentingan tiga polisi utama iaitu kebajikan pesawah, keselamatan makanan dan keperluan serta kepentingan pengguna (Sila lihat foto disebelah)"Industri padi dan beras direka untuk mengimbangi objektif ketiga-tiga polisi berkenaan. Namun, secara dasarnya ialah memastikan paras keselamatan makanan negara berada pada tahap paling baik. "Pelaksanaan sistem yang holistik akan membantu mengekalkan kemampanan industri padi dan beras negara, sekali gus tidak meminggirkan kebajikan pesawah. "Setakat ini, sistem yang kita ada adalah terbaik dan jika ia 'diganggu' akan menimbulkan masalah kepada kitaran sistem itu," katanya selepas mengadakan taklimat media BERNAS di Shah Alam, hari ini. Ismail berkata, perkara penting pada masa ini ialah keperluan 'gatekeeper' tunggal. "Jika pasaran dibuka kepada semua orang dan import terlebih, pengeluar tempatan tidak dapat jual padi mereka. "Paling penting, beras kita antara termurah di pasaran dan hasil padi kita adalah yang tertinggi dalam kalangan negara lain. Tidak ada sebab mengapa sistem monopoli perlu dihapuskan," katanya. Beliau berkata, kontrak BERNAS juga berakhir pada 2021 dan sehingga tempoh berkenaan BERNAS akan terus melaksanakan peranannya sebagai pengawal selia tunggal dalam industri. "BERNAS juga mengulangi sokongan dalam memastikan komuniti pertanian padi tempatan, pihak pemegang kepentingan dan pengguna adalah terjamin. "Di bawah mekanisme pengawal selia tunggal, BERNAS juga akan meneruskan usaha untuk memastikan kebajikan pesawah terjaga, pengeluaran dan kualiti beras kekal stabil serta tawaran harga berpatutan," katanya. Malah katanya, syarikat itu bersedia memberi kerjasama penuh kepada kementerian dan semua pihak berkepentingan dalam industri untuk menentukan model operasi terbaik bersesuaian dengan keperluan industri tempatan. Dalam pada itu, beliau berkata, BERNAS sudah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Majlis Penasihat Kerajaan dan kementerian berkaitan. "Kami sudah mengadakan pertemuan dan ia lebih kepada kaedah membincangkan mengenai peranan BERNAS serta sistem yang dijalankan agensi itu. "Namun, sehingga kini tiada sebarang keputusan mengenai BERNAS daripada kerajaan," katanya. BERNAS ditubuhkan pada 1996 dan berfungsi  bagi mengendalikan perolehan, pemprosesan padi serta aktiviti pengimportan, pergudangan, pengedaran dan pemasaran beras di Malaysia. Semuga artikel dari laporan media ini memberi info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ISU MONOPOLI BERAS... DALAM MEDIA....
DIDAKWA BERNAS... MONOPOLI LAMA...
ISU DILAPORKAN... MENTERI YANG KATA...
DIDALAM BLOG INI...DITULIS SEMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1055, Mariott Hotel Putrajaya,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(30 Muharram 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.