Friday, October 5, 2018

JCORP EKSPORT NANAS MD2

JCorp telah berjaya mengeksport nanas MD2 daripada Ladang Kulim Pineapple Farm (KPF) ke banyak negara dimana majlis pelancaran pertama ke Kuwait dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Kini Johor Corporation (JCorp) menerusi anak syarikatnya, Kulim (Malaysia) Bhd. (Kulim) menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 3,800 tan metrik nanas premium MD2 dengan 30 peratus adalah untuk eksport pada tahun 2019. Majlis pelancaran yang dilaksanakan di pusat rawatan eksport (PRE) yang canggih di ladang ini menjadikan KPF bakal menjadi satu hub penanaman, pemprosesan, perawatan dan juga pengeksportan buah nanas di Negeri Johor. Penulis blog yang turut hadir didalam majlis tersebut mendapati ia diuruskan secara profesional bagi mempastikan penghasilan nanas MD2 negara akan terus kukuh bagi menembusi pasaran dunia. Kini tanaman nanas terutama jenis nanas premium MD2  diktiraf oleh kerajaan sebagai Sumber Kekayaan Baru (SKB) yang dijenamakan semula oleh kerajaan baru sebagai Sumber Rezeki Baru (SRB) kerana ia mampu menjana pendapatan baik kepada pengusahanya. Nanas (Ananas commosus) merupakan antara komodi penting di Malaysia dimana terdapat seluas lebih daripada 13,440 hektar tanaman nanas diusahakan pada tahun 2017 dengan nilai pengeluaran mencecah RM610 juta. Daripada jumlah tersebut sekitar 2,000 hektar merupakan tanaman nanas varieti MD2 yang telah diusahakan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) melalui Program Pembangunan Nanas Premium MD2 semanjak tahun 2010. KPF merupakan kawasan nanas MD2 yang ditanam diatas tanah mineral bekas ladang kelapa sawit dahulunya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kejayaan JCorp untuk mengeksport nanas kebeberapa dunia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Terkini pengeluaran nanas MD2 de­ngan jenama "Melita" oleh Kulim itu dijalankan di ladang milik mereka iaitu Ladang Kulim Pineapple Farm (KPF) di Ulu Tiram di sini dan sebuah ladang lagi anak syarikat mereka iaitu Renown Value Sdn. Bhd. di Ladang Selai dekat Kluang. Penulis blog tertanya-tanya apakah maksud jenama Melita dan pengurus KPF nyatakan ia merupakan perkataan Sepanyol yang membawa makna 'perempuan yang cantik' dimana apabila di melayukan menjadi 'Melayu Jelita' dan amat menarik sekali (Sila lihat foto disebelah). Menurut Pengurus Besar KPF iaitu En Moha­mad Yami Bakar ada berkata dimana sasaran jumlah hasil pengeluaran na­nas MD2 sebanyak 3,800 tan metrik pada 2019 itu menyaksikan peningkatan sebanyak 200 tan metrik daripada 3,600 tan metrik yang disasarkan tahun ini melalui program jadual penanaman yang dirancang. Mengulsa lanjut kepada penulis blog beliau menyatakan dimana pada tahun ini sehingga bulan Ogos 2018 sebenarnya syarikat KPF telah berjaya mengeluarkan 2,582 tan metrik nanas MD2 dan dijangka mampu mencapai 3,600 tan metrik akhir tahun ini. Menyatakan lanjut dimana jumlah tersebut akan meningkat berbanding hanya sebanyak 2,176 tan metrik nanas MD2 yang telah dikeluarkan pada 2017. Ladang KPF juga hanya mengeksport kurang dari 20% nanas segar dari ladangnya kerana permintaan domestik untuk nanas ini sangat baik. Sebenarnya permintaan untuk nanas MD2 ini masih belum mencukupi untuk pasaran domestik walau pun harganya adalah lebih tinggi dipasaran runcit berbanding dengan nanas varieti lain. 

Kulim terus mengorak langkah dalam usaha untuk mengembangkan penanaman nanas dan sehingga kini terdapat 360 hektar tanaman nanas MD2 diusahakan secara komersial di Ulu Tiram di sini, Kluang dan terbaharu di Tanah Abang, Mersing dengan mana LPNM banyak membantu dalam industri ini. Syarikat KPF kini dalam perancangan untuk meluaskan tanaman nanas jenis MD2 kepada 1,000 hektar menje­lang tahun 2021. Dalam pada itu YB Menteri Pertanian Datuk Salahuddin Ayub melihat bagaimana kaedah mekanisasi diladang nanas digunakan seperti teknologi 'boom spray' untuk pembajaan dan 'Moving conveyer tractor' untuk menuai nanas di KPF di Ulu Tiram. Turut hadir dalam lawatan kerja adalah Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani Datuk Saehuddin, Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Naim dan juga Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Jamal Harizan. Lawatan ini dilakukan dengan aktiviti gimik penanaman nanas MD2 di ladang KPFUlu Tiram (Sila lihat foto disebelah). Pengurus Ladang Mohamad Yami dalam taklimatnya berkata kejayaan syarikat didlam pengeluaran benih nanas MD2 juga me­ningkat dari 2017 iaitu sebanyak 3.4 juta benih kepada 4.4 juta benih yang disasarkan pada tahun ini yang mana sehingga Ogos 2018 sahaja meraka telah mencapai 2.6 juta benih MD2. Ladang ini menerima persijilan Skim Pengesahan bahan Tanaman (SPBT) yang mengesahkan benih sulurnya adalah sesuai untuk dijual dan ditanam dikawasan lain yang memerlukannya.

Meemang nanas MD2 yang dipasarkan diseluruh dunia tidak menggunakan nama MD2 sebaliknya akan menggunakan jenama sendir. Di Filipina nanas MD2 memang sudah terkenal diseluruh dunia dengan jenama 'Dole' dan di negara kita Malaysia sudah ada beberapa jenama nanas MD2 yang perlu anda ketahui seperti Melita, Tropicale, Rompine, Silver Perak, Gold Crown dan beberapa lagi. DI KPF dimaklumkan dimana buat masa ini jenama Melita sudah menembusi pasaran antarabangsa antaranya ke Emiriah Arab Bersatu, Oman, Iran, Mesir, Arab Saudi, Jordan, Lebanon, Pakistan, Turki, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan terbaharu ke Kuwait selain bakal menembusi pasaran China tidak lama lagi (Sila lihat poster pelancaran disebelah). Terdapat Pusat Rawatan Eksport (PRE) yang lengkap dan telah menjalani akreditasi daripada Jabatan Pertanian Malaysia dan AQSIQ China untuk kelulusan PRE. Pusat ini mampu merawat lebih daripada 100,000 biji nanas dalam sehari malahan kapasitinya boleh ditingkatkan apabila telah banyak buah nanas MD2 untuk pasaran eksport. Ia adalah PRE yang ke 4 lulus akreditasi untuk rawatan nanas bagi di eksport ke China seumpamanya ada di Malaysia selain daripada di Batu Pahat (Top Fruit), di Serdang (Naza Group) dan di Rompin (Rompine). Buah nanas daripada KPF lazimnya akan dihantar melalui Pelabuhan Pasir Gudang untuk pasaran ke Timor dan melalui Pelabuhan PTP Tanjung Pelepas untuk destinasi ke Timur Tengah dan Barat. JCorp merupakan satu entiti koporat yang berjaya dalam banyak bidang pelaburan termasuk dalam industri tanaman nanas MD2 untuk pasaran domestik dan eksport. Nanas MD2 dan Josapine mempunyai potensi baik untuk dieksport ke Dubai sepertimana lawatan KP LPNM, Pengeksport, MARDI dan Kedutaan UAE dalam Ekspo Dubai World of Perishable 2018 di World Trade Centre, Dubai, UAE dari 1 -3 Oktober 2018. Promosi nanas MD2 (King Malaysia) dan Josapine (Queen Malaysia) di Hypermarket Lulu, Al-Barsha, Dubai mendapat penerimaan baik dari pengunjung pasaraya tersebut.  Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


 NAMA LADANG... KPF SINGKATANNYA...
NANAS MD2... IA MENJADI PILIHANNYA...
PASARAN DOMESTIK...EKSPORT ADA...
PATUT DICONTOHI... OLEH  SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
PRE Kulim Pineapple Farm,
Ulu Tiram, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(18 Muharram 1440H).
Published from:
Fountain Frontage, Buruj Khalifa,
Dubai, UAE>
(5 Muharram 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.