Friday, September 7, 2018

KERACUNAN MAKANAN AKIBAT CENDAWAN LIAR

KES KERACUNAN MAKANAN AKIBAT CENDAWAN LIAR merupakan satu perkara yang sering berlaku di ngara kita. Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ada memaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan kes keracunan makanan yang telah dilaporkan di negara ini akibat memakan cendawan atau kulat liar yang dikutip dan dimakan penduduk kampong. Penulis blog merujuk kepada laporan akhbar tempatan dimana sehingga 31 Mei 2018, sebanyak tujuh (7) kes kejadian keracunan makanan disebabkan memakan cendawan atau kulat liar yang melibatkan 29 orang mangsa iaitu jika dibandingkan tiada kejadian dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2017. Walau bagaimanapun kes ini telah dilaporkan tiada kes berlaku kematian yang disebabkan keracunan cendawan dilaporkan pada tahun 2018. Dalam kes atau kejadian yang terbaru berlaku pada 30 Mei 2018 di Jeram, Kuala Selangor yang mana ia telah melibatkan 9 kes yang mengalami muntah-muntah dan cirit birit beberapa jam selepas memakan mee segera yang dicampurkan dengan cendawan dan kulat liar. Daripada kesemua kes tersebut, tiga (3) telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, manakala selebihnya mendapat rawatan pesakit luar di klinik swasta. Siasatan KKM mendapati cendawan atau kulat tersebut yang tumbuh selepas waktu hujan telah pun diperolehi dari belakang sebuah rumah. Sampel cendawan tersebut telah dihantar ke Pusat Penyelidikan Cendawan (Mushroom Research Centre) diUniversiti Malaya untuk pemeriksaan dan telah disahkan sebagai cendawan daripada spesis Chlorophyllum molybdites yang beracun (Sila lihat foto diatas). Cendawan yang kelihatan cantik dan selamat ini sebenarnya adalah jenis Chlorophyllum molybdites yang menyebabkan kes Keracunan Makanan di Jeram, Selangor seakan cendawan biada dimakan. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai keracunan makanan akibat memakan cendawan liar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam pada itu KKM ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memilih cendawan liar untuk dimakan. Sebaiknya hanya memakan spesis cendawan atau kulat yang komersil biasa dimakan ataupun yang dijual secara komersial di pasaran dan disahkan selamat. Antara spesis cendawan tersebut seperti cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur dan beberapa jenis lagi. Jika tidak pasti sama ada spesis tersebut beracun atau tidak disyorkan agar adalah lebih baik untuk orang ramai dapat mengelakkan daripada mengambilnya kerana kemungkinan ianya beracun. Sebagai contoh dimana sering didapati dimana kebanyakan cendawan liar yang mungkin menyebabkan keracunan makanan merupakan dari spesis Chlorophyllum molybdites yang seakan menyerupai jenis cendawan busut. Sila baca artikel saya dengan pautan disini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Lazimnya cendawan liar mudah tumbuh di mana-mana terutamanya pada musim hujan. Masyarakat tempatan adalah penulis blog nasihatkan tidak mengambil cendawan liar untuk dimakan kerana cendawan yang beracun dan tidak beracun yang mungkin mungkin tumbuh berdekatan rumah pada masa yang sama. Toksin atau racun dari cendawan liar apabila dimakan boleh juga menyebabkan gejala iritasi gastrointestinal seperti loya, muntah dan cirit birit, gejala neurologikal seperti kecelaruan fikiran (mental confusion), kesan seperti halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala. Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury). Manakala kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian. Orang ramai dinasihatkan segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat selepas memakan cendawan.

Dalam akhbar lain dengan tajuk ''UM bantu doktor kendali kesan makan cendawan beracun'' disiarkan pada 6 July 2018 adalah dirujuk. Dilaporkan cendawan ini adalah organisma di dalam keluarga kulat yang boleh dimakan. Bukan sahaja mudah untuk dihasilkan malahan cendawan juga didapati mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, termasuklah vitamin, mineral, dan antioksidan. Kandungan serat dan protein yang tinggi juga amat membantu seseorang yang mengamalkan diet yang seimbang. Namun terdapat beberapa jenis cendawan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia, kerana kandungan toksin yang terdapat di dalam spesies cendawan yang tertentu. Cendawan wujud dalam pelbagai bentuk, warna, dan saiz dimana ada yang mempunyai daya penarik untuk memetiknya. Sebenarnya cendawan jenis seperti Chlorophyllum molybdites yang beracun sering kali dijumpai di Malaysia. Kesan keracunan akibat pemakanan cendawan telah semakin menular di Malaysia. Pada tahun 2016 sahaja, sejumlah 71 kes keracunan cendawan telah dilaporkan di seluruh negara. Kes-kes keracunan cendawan sering kali tidak dilaporkan kepada umum terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2018 dan sehingga penulisan artikel ini sudah terdapat lebih daripada 15 kes keracunan cendawan telah dilaporkan,” kata Dr. Phan Chia Wei, pensyarah kanan dari Jabatan Farmasi, Universiti Malaya (UM) ketika ditemui wartawan pada sessi bengkel pengendalian keracunan cendawan untuk pengamal perubatan kecemasan, jururawat, dan pegawai kesihatan, baru-baru ini.

Menurut Dr. Phan yang merupakan penganjur bengkel didalam kebanyakan kes keracunan mereka yang terlibat selalunya telah memetik cendawan yang tumbuh meliar di sekitar kawasan taman dan hutan dan kemudian memasaknya di rumah. Mereka melakukannya tanpa disedari kerana spesies cendawan beracun kebanyakannya kelihatan serupa seperti cendawan biasa dan akan tumbuh di sekitar kawasan yang sama dengan cendawan lain. Selain penekanan kepada cara pengendalian kes keracunan cendawan bengkel tersebut turut diadakan dengan tujuan mendidik masyarakat untuk mempunyai pengetahuan dalam membezakan spesies cendawan yang beracun atau sebaliknya. Dr Phan juga menasihatkan masyarakat supaya mendapatkan cendawan yang ditanam secara komersial, dan bukan mengutipnya sendiri. “Doktor yang merawat pesakit adalah dari bahagian kecemasan selalunya tidak tahu bagaimana mengendalikan kes melibatkan pemakanan cendawan beracun kerana pesakit selalunya hadir dengan tanda yang serupa dengan keracunan makanan biasa. Namun ujud kemahiran lain akan banyak membantu menyelamatkan pesakit kerana toksin yang terkandung dalam cendawan selalunya memberi kesan yang cepat dan mendadak dimana membahayakan nyawa pesakit,” kata Prof. Dr. Vikineswary Sabaratnam, Pengarah Pusat Penyelidikan Cendawan Malaysia yang turut berkongsi kepakaran beliau di bengkel yang tersebut (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya hampir kesemua kes keracunan cendawan di Malaysia ini adalah disebabkan oleh jenis payung palsu atau cendawan klorofil, atau nama saintifiknya Chlorophyllum molybdites. Ini adalah disebabkan bentuk, saiz, dan warna cendawan beracun ini hampir juga hampir  serupa dengan cendawan busut, atau cendawan tahun (dari spesies Termitomyces). Namun satu ciri khusus cendawan beracun ini adalah sporanya yang berwarna hijau.

Bengkel yang julung kali dianjurkan ini merupakan kerjasama di antara Pusat Komuniti dan Kelestarian UM (UMCares) dan Pusat Penyelidikan Cendawan Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang pegawai perubatan dan jururawat dari seluruh negara. Dr. Baran Palanimuthu iaitu pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur yang turut menjadi peserta bengkel telah menyatakan kegembiraannya dengan penganjuran bengkel tersebut. “Secara peribadi, kes keracunan cendawan merupakan sesuatu yang amat dekat dengan saya. Saya pernah merawat lima orang sekeluarga yang mengalami keracunan cendawan ketika mula bertugas dahulu. Keluarga tersebut telah dibawa ke zon merah, kerana keadaan bapa mereka yang agak tenat ketika tiba di hospital. Saya ketika itu agak panik, kerana tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan kes keracunan cendawan. Kebetulan si ibu turut membawa lebihan cendawan yang dimasak ke hospital, dan ujian makmal dapat dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Cendawan di UM,” kata Dr. Baran.  Menurut Dr. Tan Yee Shin, seorang penyelidik cendawan dari Institut Sains Biologi, UM, kesan keracunan cendawan boleh menjadi sangat serius, bergantung kepada tahap toksin yang terdedah kepada tubuh. Keadaan pesakit boleh menjadi sangat kritikal sehingga membawa kepada kegagalan organ dalaman tubuh dari berfungsi, terutamanya hati. Hati merupakan organ dalaman manusia yang bertanggungjawab menyaring kandungan darah yang menyerap kandungan makanan dari sistem penghadaman manusia,” katanya. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
CENDAWAN LIAR... MEMANG MERBAHAYA...
NAMPAK CANTIK... CENDAWAN BUSUT SAMA...
KES KERCUNAN... ADA DILAPORKAN MEDIA..
MEMBACA ARTIKEL... INFO DITERIMA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2816, Avillion Admiral Cove,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(27 Zulhijjah 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.