Thursday, September 13, 2018

DRON - SEMBURAN EFEKTIF DI ESTET

DRONE adalah lebih rasmi dikenali sebagai ''Unmanned Aerial Vehicles (UAV) atau pun kenderaan udara tanpa pemandu telah menjadi satu fenomena hebat terkini. Pada asasnya alatan drone adalah robot dicipta boleh terbang dengan menggunakan alat kawalan jauh. Pesawat itu boleh dikawal dari jarak jauh atau boleh terbang secara autonomi melalui ''software-controlled flight plans'' didalam ''embedded system'' yang bekerja bersama-sama dengan GPS. UAV sering dikaitkan dengan dunia ketenteraan sejak lama dahulu tetapi kini telah banyak kegunaan lain. Sehingga kini ujud teknologi hebat ini telah menggunakan drone untuk mencari dan menyelamat, pengawasan, pemantauan trafik jalanraya, pemantauan cuaca dan memadam kebakaran. Sektor pertanian tidak ketinggalan dengan teknologi drone ini bila semakin banyak alatan ini digunakan diladang-ladang komersil yang memerlukan perkhidmatan teknoogi drone untuk peningkatan kuantiti dan kualiti hasil-hasil pertanian. Penulis blog berkesempatan megupas penggunaan Dron Pola V15 yang dipaparkan dalam media tempatan bertajuk ''Semburan efektif racun di ladang besar'' dimana ianya amat menarik dijadikan bahan rujukkan. Drone yang dikenali dengan Model POLA V15 dicipta khas untuk tujuan dalam semburan racun dan membaja di kawasan ladang-ladang berskala besar seperti diladang kelapa sawit, estet padi dan sebagainya. Ini kerana biasanya serangan serangga perosak akan mengancam kesuburan tanaman sehingga perkara ini akan membantutkan pengeluaran hasil pertanian berkualiti. Disebabkan oleh perkara itu maka racun serangga atau bahan kimia digunakan untuk menangani masalah serangga perosak. Artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis begaimana Dron ini digunakan dalam teknik menyembur racun untuk ladang-ladang yang luas.

Di Malaysia terdapat lebih daripada 2,000 buah estet yang ditanam dengan kelapa sawit, getah dan juga padi (Sila lihat foto disebelah). Pengurusan ladang yang luas ini selalunya menggunakan manusia dan beberapa jenis jentera untuk penanaman, memetik hasil dan juga memprosesnya. Apa pun jika ladang tersebut berskala besar pastinya proses meracun itu menjadi rumit dimana ia akan memakan masa lama dan memerlukan ramai tenaga kerja. Justeru itu dilaporkan dimana Syarikat Geoprecision Tech Sdn. Bhd. (Geoprecision Tech) dengan kerjasama Syarikat Poladrone telah menghasilkan dron penyembur yang dikenali sebagai Pola V15 (Sila lihat foto diatas). Dari penerangan dan demo yang diberikan syarikat, produk ini dicipta khas untuk memudahkan kerja-kerja meracun dan membaja di ladang-ladang yang berskala besar sama ada pada ladangyang agak luas. Menurut Pengarah Urusan syarikat tersebut dikenali dengan nama Dr. Laili Nordin alatan model Pola V15 sesuai digunakan di kawasan seperti ladang kelapa sawit, getah dan teh serta sawah padi. Didakwa drone POla V15 ini boleh terbang selama 15 minit dan mampu menyembur sebanyak satu hingga 3.5 liter bagi setiap minit. Penghasilan dron ini dilakukan pada tahun 2017 dan ia siap sepenuhnya pada awal tahun ini. Ada baiknya jika maklumat dan dron ini dapat diperluaskan serta capaian penggunaannya di sektor perladangan yang mana banyak bergantung kepada buruh asing berjumlah jutaan orang diseluruh negara dlam sektor pertanian.

Kehadiran Dron Model Pola V15 yang dihasilkan oleh inovasi anak tempatan ini memberi berita baik kepada syarikat-syarikat perladangan di Malaysia kerana harganya lebih murah dan mempunyai kapasiti lebih besar. Dari penerangan didakwa kebolehannya juga telah dipertingkatkan berbanding dengan dron penyembur sedia ada di pasaran. Penerangan ini dilakukan di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur melibatkan pihak media dan perladangan (Sila lihat foto disebelah). Dijelaskan dimana dron penyembur di pasaran sekarang dijual bermula pada harga RM60,000 satu unit dengan kapasiti tangki sebanyak 10 liter sahaja. Apa yang dijelaskan dimana Model Pola V15 yang didakwa boleh menerbangkan bebanan racun sebanyak 15 liter kini dijual bermula harga RM40,000 seunitSehingga kini didakwa dron penyembur tersebut telah berjaya dijual sebanyak enam unit malah turut mendapat perhatian daripada beberapa buah syarikat-syarikat perladangan dari Sabah dan Sarawak. Pengurus yang pernah berkhidmat selama dua dekad di Jabatan Pertanian berkata dimana sebelum ini aktiviti semburan racun itu dilakukan biasanya pihaknya akan menggunakan dron khas untuk tujuan pemetaan pokok di sekitar ladang tersebut. Proses pemetaan dibuat bagi mengenal pasti pokok-pokok yang rosak dan syarikat mereka akan menandakan lokasi yang ingin disembur racun agar ia dapat dilakukan dengan cepat dan tepat. Lazimnya bagi pokok yang mengalami kerosakan minimum maka semburan hanya dilakukan sekejap dan masa itu boleh diset mengikut keadaan tanaman itu. Beliau adalah berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Geografi (Remote Sensing), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Merujuk kepada dron model Pola V15 dari segi spesifikasi tidaklah komplikated. Dalam ladang kelapa sawit serangan ulat bungkus merupakan perosak utama kelapa sawit (Sila lihat foto disebelah). Biasanya pokok sawit yang tinggi sehingga 30 meter itu amat menyukarkan untuk meracunnya melainkan menggunakan dron berkenaan. Mengulas lanjut mengenai spesifikasi dron tersebut, Laili m dinyatakan dron model Pola V15 seberat 12.5 kilogram boleh terbang selama 15 minit dengan satu jam casSelain itu Pola V15 boleh terbang dengan ketinggian 50 meter dan juga mampu melakukan semburan bagi keluasan ladang 40 hektar dalam masa satu hariBercerita lanjut mengenai cabaran dalam penghasilan Pola V15 dimana beliau juga yang pernah berkhidmat selama 10 tahun di Agensi Remote Sensing Malaysia memberitahu antara kekurangan pengetahuan di dalam teknologi dron menyukarkan tugas mereka. Terkini daripada hasil usaha tanpa mengenal putus asa maka mereka berjaya menghasilkan dron yang mampu milik dan spesifikasi lebih menarik. Pihaknya juga melakukan ujian lebih 10 kali bagi memastikan semburan racun itu dilakukan tepat pada lokasi bermasalah. Syarikat juga turut merancang untuk mempertingkat kebolehan dron itu seperti boleh terbang lebih satu jam dan mampu bertahan di dalam hujan dan membesarkan lagi tangkinya. Pihaknya juga merancang untuk mengembangkan lagi teknologi tersebut untuk kegunaan kebakaran dan penghantaran perubatan. Syarikat sasarkan jualan sebanyak 100 unit pada tahun 2018 ini.

Dari segi teknologi, syarikat Konsultan Syarikat Geoprecision Tech, Dr. Alias Mohd. Sood berkata dimana dron penyembur tersebut merupakan teknologi perladangan masa hadapan. Penggunaan tenaga kerja manusia yang ramai dan lama diperlukan untk kerja menyembur racun disawah padi dan estet kelapa sawit (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan adanya dron model Pola V15 ia dipercayai mempunyai pasaran yang luas kerana permintaan terhadap dron penyembur ketika ini semakin meningkat. Memang penulis blog faham dimana dahulu aktiviti semburan di ladang-ladang besar sering menggunakan pesawat kecil tetapi kosnya terlalu tinggi tetapi kini sudah kurang dilakukan. Terkini penggunaan Pola V15 sangat efisien berbanding tenaga kerja manusia sebanyak 50 kali lebih cepat, sekali gus menjimatkan masa, kos dan mengurangkan risiko racun terkena secara langsung kepada manusia. Kegunaan dron dalam sektor pertanian sangat penting terutamanya untuk mengawal penyakit pokok, memantau kesuburan tanaman serta hasil pertanian. Penghasilan dron ini merupakan maklum balas yang diterima hasil daripada perbincangan dengan pengguna. Pihak estet mahukan satu produk yang memudahkan proses meracun terutamanya di ladang-ladang besar serta melibatkan pokok tinggi. Kini dengan kehadiran dron seumpama itu dapat meningkatkan minat generasi muda dalam bidang pertanian kerana mereka gemarkan teknologi. Teknologi ini akan memberikan wajah baharu dalam industri perladangan negara. Syarikat tersebut yang bernaung di bawah TPM turut mendapat bimbingan dan nasihat, fasiliti serta jaringan pemasaran ke luar negara daripada agensi tersebut. Pihak Syarikat Geoprecision Tech memaklumkan mereka akan mengadakan pameran Pola V15 di Dubai. Syarikat berkenaan turut mengadakan seminar dan kursus kepada agensi-agensi serta jabatan untuk terangkan kaedah mengendalikan dron. Model ini gunakan badan dron Pola V15 diperbuat daripada karbon fiber dan campuran aluminium. Dron ini mampu untuk mengelak objek tersebut daripada terlanggarnya dan kuangkan risiko. Cara untuk seseorang mengendalikan dron ini tidaklah terlalu sukar tetapi petugas perlu menjalani latihan sekurang-kurangnya satu hingga tiga bulan untuk mahir. Akhirnya didakwa syarikat dimana Dron Pola V15 mampu melakukan kerja-kerja semburan racun di ladang-ladang besar 50 kali lebih cepat, menjimatkan kos dan tenaga manusia. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
DRON POLA V15.... SUDAH DICIPTA...
15 MINIT TERBANG... ADA DIUDARA...
12.5 KG RACUN... JUMLAH DIBAWA...
40 HEKTAR SEHARI... POTENSIYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia,
(29 Zulhijjah 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.