Friday, August 17, 2018

TIP MENANAM SEKOI

SEKOI (Sorghum bicolor Linn) atau (Sorghum volgare Pers) merupakan tumbuhan jenis bijirin yang berasal daripada Afrika Utara. Bijinya banyak digunakan didalam campuran makanan ternakan dan pokoknya juga boleh dijadikan sebagai makanan ternakan ruminan seperti lembu tenusu dan lembu pedaging dibeberapa negara. Biji benih sekoi lazimnya boleh diproses untuk menjadi tepong dan kanji yang digunakan didalam perindustrian makanan seperti gula, minyak dan kuih mueh. Tanaman sekoi kurang popular di Malaysia dimana tiada rekos keluasan tanaman yang direkodkan oleh laporan statistik tanaman Jabatan Pertanian. Pada penulis blog tanaman ini kurang dikenali dan diminati oleh petani negara kita. Bagaimana pun penulis ada juga beberapa kali melihat tanaman sekoi yang ditanam dinegara jiran Indonesia, Filipina dan juga di Thailand secara kecil-kecilan. Dari segi keperluan didapati sekoi boleh hidup pada tanah yang agak kering, masin dan beralkali serta tanah liat dengan pH 8.5. Ia mempunyai daya kerintangan tinggi juga kepada banjir, kemarau dan serangga perosak berbanding dengan jagung. Dari segi fizikal pokok sekoi sama lebih kurang dengan pokok jagung cuma hasil atau buahnya terletak dihujung pokok dan tunas baru atau anak akan keluar dari pokok yang sama selepas batang utamanya di potong yang dipanggil ratoon. Adalah perlu bagi penulis blog "Anim Agro Technology" untuk berkongsi maklumat dengan semua pembaca akan beberapa tips teknologi tanaman sekoi untuk dijadikan bahan rujukkan.

Penanaman sekoi amat sesuai dilakukan pada tanah yang subur dengan sedikit ilmu pengetahuan serta tip-tip untuk bagi tujuan mengusahakannya. Bermula dengan penyediaan kawasan iaitu tanah mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai serta perlu kerja memperbaiki pengudaraan untuk penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok. Sebaiknya lakukan perkara membajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam antara 20 -  25 centimeter (cm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah. Kemudian dibajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil diikuti dengan aktiviti mengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dengan disyorkan GML (Ground Magnesium Limestone) padan kadar 2 tan/ hektar (ha) untuk tanah biasa. Jarak tanaman sekoi bergantung kepada jenis tanah dan juga jenis sekoi iaitu antara dia antara 60 - 90 cm antara baris dan di antara 10 - 23 cm antara pokok (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya biji benih dirawat dengan racun kulat terlebih dahulu sebelum ditanam sedalam 3 - 5 cm sebanyak tiga atau empat biji selubang. Kaedah menanam boleh menggunakan jentera atau dengan tangan dimana biji benih akan bercambah tiga hingga tujuh hari selepas ditanam mengikut kesesuaian dan keluasan tanah untuk tanaman sekoi. Selepas itu lakuan aktiviti penjarangan dibuat selepas tiga minggu ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Sama seperti tanaman bijirin lain aktiviti pengawalan tumbesaran perlu diperhatikan seperti dibuat kawalan rumpai yang perlu  dilakukan sebanyak dua kali iaitu dua minggu dan empat minggu selepas menanam. Pembajaan dengan kadar NPK 102:45:45 kg/ha dimana separuh unsur N dan semua P dan K diberi sebagai baja asas dan separuh lagi N diberi sebulan selepas menanam. Pembajaan perlu dilakukan mengikut jadual. Dari segi kawalan perosak tanaman terdapat serangan oleh Ulat Pengorek Batang (stem borer) uang dikenalpasti sebagai perosak utama dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga yang bersesuaian. Ada juga ancaman oleh serangan burung dalam penanaman sekoi iaitu berlaku pada peringkat penyemaian dan ketika peringkat susu biji sekoi. Selain itu terdapay penyakit yang mengancam tanaman sekoi iaitu Penyakit Hawar Daun dan Smut Biji Sekoi dimana ia boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik dan juga menggunakan racun yang bersesuaian. Jika amalan agronomi ini dilakukan dengan baik maka proses penuaian sekoi menjadi kegembiraan petani. Biasanya hasil sekoi boleh dikutip mengikut jenis dan pada kebiasaannya di Malaysia bila mencapai di antara 97 dan 110 hari selepas ditanam iaitu mnyamai jangkamasa tanaman padi. Apa pun untuk mendapatkan hasil kedua (ratoon) batang sekoi dipotong hingga berdekatan paras tanah supaya tunas tumbuh untuk mengeluarkan anak pokok baharu. Jika tidak perlukan ratoon disyorkan agar potong pokok lebih tinggi dari paras tanah atau dengan mengerat atau memotong jambak buah. Kajian menunjukkan tuian hasil mengikut jenis  dimana dilaporkan varieti DOOBS mampu memberikan hasil sebanyak 1,791 kg/ha, varieti CE/71 (1662 kg/ha), varieti CE/178 (1,669 kg/ha) dan varieti 655N (1,523 kg/ha). Bagi tujuan penyimpanan biasanya biji sekoi disimpan tanpa diceraikan dari tangkai tetapi dikeringkan sehingga 10-14 % kelembapan untuk mengelak serangan kulat dan serangga.

Sekoi merupakan sejenis makanan ruji oleh masyarakat yang hidup di kawasan tanah kering atau pun separa kering. Dilaporkan dimana ramai penduduk di kawasan barat India misalnya yang ada menggunakan tepung yang diperbuat daripada bijirin sekoi ini kemuidian dinamakan sebagai tepung ragi untuk membuat hasil roti. Masyarakat di negara China, Jerman serta Rusia dilaporkan menggunakan sekoi dalam masakan mereka untuk membuat bubur iaitu sama ada yang berperisa manis (terutamanya di kalangan orang Jerman dan Rusia) ataupun yang berlauk (di mana orang Cina memakan bubur jenis ini bersama sayur-sayuran). Bijirin ini juga diguukan sesetengah masyarakat sebagai bahan asas membuat minuman keras. Misalnya di Nepal, sekoi disuling menjadi rakshi (sejenis arak seakan vodka atau gin) dan tongba (tapaian sekoi yang dicampurkan bersama air panas); manakala negara-negara Balkan Eropah seperti Romania dan Bulgaria membru bijirin ini menjadi boza. Dari segi pengeluaran sekoi dunia daripada laporan FAO Statistik tahun 2015 dilaporkan sebanyak 29,870,058 kg. Negara pengeluar sekoi dunia didahului dengan negara India sebanyak 10,910,000 kg, diikuti dengan Nigeria (5,000,000 kg), Niger (2,955,000kg), negara China (1,620,000kg), Mali (1,152,331kg), Burkina Faso (1,109,000 kg), Sudan (1,090,000kg). Habsyah (807,056 kg), Chad (82,000kg), Senegal (572,155kg), Rusia (418,844 kg) dan juga Pakistan (230,00 kg). Sekoi atau milet ialah sekumpulan rumput yang mempunyai benih kecil dan ditanam serata dunia sebagai tanaman bijirin atau bijian untuk makanan manusia dan haiwan. Kumpulan ini tidak membentuk kumpulan taksonomi, tetapi lebih kepada kumpulan berfungsi atau agronomi. Sekoi dianggap tanaman penting di kawasan tropika separa gersang di Asia dan Afrika (terutamanya di India, Nigeria, dan Niger) dengan 97 peratus penghasilan sekoi adalah di negara membangun. Tanaman ini diminati kerana produktivitinya dan juga musimnya yang pendek dalam keadaan suhu tinggi dan kering. Sekoi atau milet yang paling banyak ditanam ialah milet mutiara, iaitu tanaman yang penting di India dan sebahagian Afrika. Sekoi jejari, sekoi proso dan sekoi ekor musang juga antara spesis yang penting. Di negara maju, sekoi kurang dianggap penting. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, hanya sekoi proso yang digunakan dan itupun ditanam untuk dijadikan makanan burung. Sementara sekoi dianggap asli di kebanyakan tempat di seluruh dunia dan dipercayai yang ia mempunyai usul evolusi dari kawasan tropika Afrika barat, yang boleh didapati tumbuh secara meluas sama ada liar mahupun ditanam. Sekoi menjadi makanan ruji yang penting dalam sejarah manusia, terutamanya di Asia dan Afrika. Ia mula ditanam di Asia Timur sejak 10,000 tahun yang silam. Semuga artikel dalam anim agro tecnology kali ini mampu memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...

TANAMAN SEKOI... MUDAH DILAKUKAN...
PENGELUARAN DUNIA... 29 JUTA TAN...
DIBEBERAPA NEGARA... IA DIMAKAN...
MEMBACA ARTIKEL... ADA KEFAHAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(4 Zulkaedah 1439H).
Published from:
Bilik Sednikit 5, Hostel Anggerik,
INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.