Kepada mereka yang suka menanam pudina secara komersil maka perlu cari tanah sesuai. Lazimnya jenis tanah yang berbeza akan mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Terdapat petua yang boleh membantu anda atasi isu ini dengan gunakan tanah yang berbutir atau tanah yang ada saliran baik dan cepat menyerap air dan nutrient (tanah kompos). Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah. Bagi kawasan tanah liat adalah perlu tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati. Cara begini akan dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat adalah sangat lambat menyerap air dan oleh itu kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air. Bagi jenis tanah pasir hanya perlu ditambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air. Akhir sekali untuk kawasan tanah gambut kurang masaalah kerana ia jenis tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam termasik pudina. Tanah ini menyerap air dan simpan, ini membantu tumbuhan menyerapnya.
Penyediaan Batas untuk tanaman pudina adalah disyorkan. Lazimnya dikawasan tanah luas untuk penanaman pudina ia perlu dibajak. Tujuannya adalah untuk aktiviti menggemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 m Lebar, 0.15-0.20 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3 m. Penyediaan semaian dilakukan mengikut jadual. Taburkan biji benih dengan campuran pasir halus (1:1). Tabur selapis pasir halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput keatas batas. Siram batas setiap hari sehingga anak benih kelihatan selepas 3 - 4 minggu. Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan. Buat sulaman dan penjarangan agar pertumbuhan mengikut kadar sepatutnya. Lazimnya proses pembajaan dengan menggunakan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja dibubuh di sekeliling pokok dan digaul kedalam tanah.Baja organik boleh digantikan dengan baja kompos iaitu campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria yang seterusnya menjadi baja semula jadi yang baik.
Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan jika berbanding dengan baja organik. Kaedah membuat baja kompos adalah dengan memasukkan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran ke dalam acuan. Kemudian dimasukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air. Seterusnya kita memang perlu menutupnya dengan lapisan rumput ataupun daun-daun kering. Mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi. Sebaiknya ulang langkahdiatas sehingga acuan penuh (sehingga 2 atau 3 kaki). Jangan lupa melndungi campuran daripada terdedah dengan gunakan bekas-bekas atau pembalut yang sesuai dengan saiz kompos yang di buat. Seterusnya terbalikkan adunan setiap dua minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan. Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil. Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah aktiviti mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
DAUN PUDINA...IA HEBAT AROMA...
MUDAH DITANAM...DIMANA-MANA....
PERLU DIJAGA... MATANG TUAINYA...
NASI BERIYANI... ADA DAUN PUDINA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Cameroon Highland Vege Park,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(30 Syaaban 1435H).]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.