Sunday, August 26, 2018

BABAT

BABAT atau Perut Haiwan Ruminan (Haiwan 4 kaki) yang makan rumput merupakan satu hasilan produk apabila haiwan tersebut di gunakan. Di Malaysia babat lebih merujuk kepada perut lembu, kambing dan sebagainya yang tidak dibuang selepas haiwan tersebut disembelih sebaliknya dijadikan pelbagai jenis makanan yang digemari sebahagian rakyat. Babat atau perut ialah sejenis lapisan yang boleh dimakan dari perut pelbagai jenis haiwan ternakan dimana dari tinjauan mendapati kebanyakannya dari lembu dan kambing biri-biri. Babat dari lembu boleh dibahagikan tiga kebuk perut pertama lembu iaitu babat rumen, babat retikulum dan babat omasum. Bagaimana pun lazimnya babat abomasum atau dipanggil juga babat jerami kurang dijumpai. Babat rumen biasanya berbentuk kembang dan rata sementara babat rectikulum seperti sarang lebah dan babat omasum adalah bahagian kebuk perut lembu. Pada penulis lebih mudah untuk membeli babat lembu berbanding dengan jenis babat lain di pasar biasa, pasar malam dan juga hypermarket. Walaupun babat cenderung merujuk kepada bahagian perut lembu yang dimasak sebagai makanan, barang makanan yang serupa juga boleh juga dihasilkan dari mana-mana binatang dari bahagian perutnya. Babat dari perut lembu biasanya berwarna gelap tetapi dipasaran ia dijual dengan warna putih bersih. Sebenarnya babat ini telah diproses dengan teknik membasuhnya. Babat yang dibasuh adalah sejenis hidangan popular, berkhasiat dan murah dimana dari segi sejarah telah dimakan untuk kelas pekerja Inggeris dari zaman Victoria hingga separuh kedua abad ke-20. Walaupun ia masih popular di banyak bahagian dunia pada hari ini, bilangan pemakan babat di UK telah merosot dengan cepat. Babat telah dianggap sebagai makanan haiwan ternakan dimana apabila negara lebih maju maka mereka telah kurang memakan babat sebagai makanan utama. Biasanya membasuh babat maka perut lembu ini akan dibersihkan dan lemaknya dibuang. Ia juga kemudian direbus dan diluntur bagi memberikan warna putih yang biasa seperti yang dilihat di gerai-gerai pasar dan di kedai-kedai daging. Bagaimana pun di Malaysia, Indonesia dan beberapa lagi negara Asia didapati babat masih lagi popular terutama apabila banyak lembu yang disembelih pada satu-satu acara seperti perkahwinan atau Hari Raya Korban. Malaysia merupakan negara pengimport babat dengan jumlah yang banyak. Makanan yang berasaskan babat banyak jenis di negara kita tetapi antara yang popular adalah Sate Babat, Kerabu Babat, Masak Lemak Babat, Sup Babat dan banyak lagi. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai babat atau perut lembu untuk dijadikan bahan rujukkan. 


Penulis blog merujuk kepada beberapa artikel termasuk wikipedia untuk menilai kandungan nutrisi permakannnya. Setiap 100 gram babat mengandungi tenaga sebanyak 85 kcal, karbohiderat (0), Lemak sebanyak 3.69 gram (iaitu Lemak Tepu sebanyak 1.29 gram dan lemak tidak tepu sebanyak 1.53 gram), Protin (12.7 gram) dan  Air (84.16 gram). Babat banyak mengandungi banyak vitamin seperti Riboflavin (0.64%), Niasin (6%), Asid Pantoteic (2%), Vitamin B6 (1%) dan vitamin B9 sebanyak 5 micro gram. Vitamin lain adalah seperti Vitamin B12 sebanyak 1.39 microgram (58%) dan juga bahan Vitamin E sebanyak 0.39 mg (1%). Kandungan mineral pula seperti unsur Kalsium (69 mg), zat besi (0.59 mg), Magnesium (13 mg), Manganese (0.085 mg), Posforan (64 mg), Natruim (97mg) dan juga unsur Zink (1.42 mg). Babat mudah dibeli dengan harga yang berpatutan seperti di pasar malam. Lazimnya babat yang original dikampong yang diperolehi daripada semeblihan lembu semasa hari raya korban ada mempunyai bau jika tidak dibersihkan dengan betul. Bagaimana pun dipasaran biasanya bahan babat ini telah dibersihkan dengan warnanya putih dan tidak berbau (Sila lihat foto paling atas). Babat banyak dimakan dikalangan masyarakat Malaysia kerana ia lembut dan enak dimakan.


Terdapat beberapa cara untuk melembutkan perut lembu dan em(babat). 2016 Farah Alina 1 Comment cara lembutkan perut lembu, petua perut lembu empuk. Cara mudah dilakukan adalah dengan cara meletakkan sudu besi didalam masakkan perut lembu dimana akan melembutkannya. Babat juga boleh direbus bersama dengan sudu kaca dimana ini juga akan melembutkan babat dalam masakkan. Seterusnya anda boleh memasak babat dengan meletakkan betik muda atau daun betik untuk tujuan bagi melembutkannya. Ini kerana buah betik muda mengandungi bahan dikenali dengan nama ''papain'' yang mampu melembutkan daging dan babat dalam masakkan. Ada juga petua dimana bagi memasak perut lembu ini meletakkan daun nangka yang telah dibasuh kedalam masakkan. Kemudian toskan babat tersebut sebelum dimasak menjadi makanan resepi kesukaan. Ada pula yang merebus babat dengan merebus bersama beras. Tunggu sehingga perut menjadi benar-benar lembut dan empuk dimana kemudian perlu dibuangkan sisa nasi yang melekat. Kemudian bolehl ia terus memasak tanpa perlu membasuh perut lembu semula. Paling unik petua dimana jika hendak melembutkan babat dengan mencuci babat tersebut sehingga bersih dan kemudian direndam didalam air batuselama 30 minit. Kemudian ditoskan air dan babat lembut tersebut sedia untuk dimasak. Petua seterusnya dengan mengambil akar pandan dan dibersihkan sebelum dimasukkan dalam rebusan babat. Babat akan lemut dan ditoskan airnya sebelum dimakan. Cara lain dengan mengambil halia dan dihancurkan serta digaul dengan garam diperap selama 30 minit. Kemudian bahan ini disapukan kepada babat yang hendak dimasak dan dibasuh sebelum merebusnya. ir kelapa juga sesuai digunakan untuk melembutkan babat. Caranya dengan memasukkan secawan air kelapa dalam rebusan babat dimana biasanya ia akan menjadi lembut (Sila lihat foto disebelah). Cuka makan juga boleh dicampur dalam merebus babat untuk melembutkannya.


Sate babat atau sate perut lembu kini merupakan antara jenis sate popular di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Ada dua jenis sate perut atau sate babat iaitu Babat Biasa dan Babat Tembusu. Sate babat amat mudah disediakan iaitu dengan merebus babat dahulu sehingga empuk sebelum dimasukkan ramuan seperti kunyit, ketumbar, jintan manis, garam, gula, serai dan perisa lain yang sesuai. selepas direbus maka ia dipotong kecil berukuran 2 cm x 1.5 cm dan dimasukkan ramuan sate yag telah dikisar tadi diperap selama 1 jam. Kemudian ia peru dicucuk pada lidi sate sebanyak 3 - 4 keping secucuk. Sate babat ini kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk atau terus dibakar menggunakan bara arang. Cara yang sama juga dilakukan kepada sate babat tembusu yang dipotong sekitar 2-3 cm panjang dan dicucuk pada lidi sate. Membakar sate babat lebih mudah daripada sate daging atau sate ayam kerana babat nipis dan ianya cepat masak. Sate ini sesuai dihidangkan dengan ketupat atau nasi impit, sambak kacang, timun dan bawang. Biasanya sate babat dijual diantara RM0.80 - RM1.00 secucuk bergantung kepada saiz, lokasi dan juga premis perniagaan. Sebenarnya untuk kepuasan makan sate babat lebih baik buat sendiri dirumah kerana ia amat mudah disediakan.


Sup Babat atau pun Sup Perut merupakan sejenis sup yang digemari rakyat Malaysia terutama dinegeri-negeri Pantai Timur seperti di Kelantan, terengganu dan Pahang. Penulis blog amat suka makan sup babat yang dimasak ala resepi Ala-Thai. Ini kerana rasa supnya mempunyai rasa lemak, masam (air limau), pedas (cili padi), masin sedikit dengan aroma atau baunya yang enak (Sila lihat foto disebelah). Menyedian sup babat Ala-Thai ini mudah sahaja dengan menggunakan bahan seperti 300gm perut lembu (perlu direbus dan dihiris nipis), 2 batang serai, 3 biji cili padi, 3 biji jus limau nipis, 3 biji bawang putih, 3 biji bawang merah, 4 helai daun limau purut, 1 liter air serta bahan seperti garam dan gula secukup rasa. Bagi mereka yang kurang pandai memasak boleh mencuba buat sup perut ini dengan belajar memasak. Bagi memasak perlu dididihkan air bersama serai, cili, jus limau nipis, bawang putih dan bawang merah sehingga sedikit mendidih. Kemudian boleh dimasukkan perut yang telah dipotong-potong dan perasakan dengan garam serta gula mengikut cita rasa anda. Biarkan mendidih seketika dan kemudian diangkat dan sedia untuk dinikmati. Pada penulis blog sup babat ini enak dimakan bersama nasi putuh pada waktu makan tengahari. Makanan lain yang enak dengan menggunakan babat adalah kerabu pertu dan sebagainya. Semuga artikel malam ini dapat emberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Walassam !!...
BABAT... PERUT LEMBU RUPANYA...
MAKANAN POPULAR... DI MALAYSIA...
SATE BABAT... DICECAH KUAHNYA...
SUP BABAT... SUNGGUH ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 4818, Tingkat 4,
Hostel Anggerik, INTAN,
Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
(16 Ogos 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.