Wednesday, July 4, 2018

TELUR DAN YAKULT - PLANT GROWTH HORMONE

Pernahkah anda terfikir untuk membuat sendiri dan mencuba bahan penggalak pertumbuhan (Plant Growth Hormone) yang murah dan mudah disediakan?. Penulis blog amat berterimakasih kepada Dr Desa yang pernah belajar dinegara Thailand dimana beliau membuat posting video dalam bentuk video bagaimana untuk menghasilkan bahan penggalak pertumbuhan tanaman disekeliling rumah. Dalam meneliti video berbahasa Thai ini penulis blog menintonnya beberapa kali untuk memahali bagaimana ia disediakan dengan mudah dan siple sekali. Apa yang penulis dapat faham mereka menggunakan bahan asas telur ayam yang mengandungi banyak bahan ptotin dan juga bahan Yakult yang mengandungi hidupan mikrob yang dikenali dengan nama Lactobacillus casei. Harga kedua-dua bahan asas diatas amat muddah diperolehi daripada kedai runcit atau pasaraya dengan harga yang murah. Sebiji telur mungkin RM0.30 sebiji dan Yakult sekitar RM0.60 satu botol. Kalau kena menyediakan plant growth hormone yang boleh diguna untuk tanaman sendiri maka perlukan modak hanya RM1.20 untuk telur dan RM0.60 untuk Yakult berjumlah hanya RM 1.80 untuk satu sukatan (Sila lihat foto diatas). Pada masa kini aktiviti penanaman sayuran dan ulaman sendiri dikeliling rumah amat digalakkan dengan tidak lagi menggunakan sebarang bahan kimia sebaliknya disyor menggunakan bahan organik yang selamat digunakan dimana ia mudah disediakan. Tanaman sayur daun, ulam-ulaman dan rempah ratus yang ditanam disekeliling rumah dengan kaedah penanaman yang betul mampu memberikan tuaian yang segar, berkualiti dan paling penting ia selamat dimakan. Artikel petang ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana untuk menyediakan plant growth regulator daripada bahan telur ayam dan yakult yang memang anda semua boleh membuatnya sendiri.

Penulis blog menonton video tersebut dimana ia amat mudah sekali disediakan . Mula-mula pilih dua biji telur ayam yang masih segar dan dipecahkan. Teknik bagi penghasilan Plant Growth Homone (Hormon Telur) menggunakan telur ayam dan yakult ini boleh diajar kepada orang dewasa malahan kanak-kanak juga saya fikir boleh membuatnya. Kepada mereka yang meninton video bahasa Thailand ini mungkin faham teknik yang ditunjukkan. Apa yang penting adalah bahan asas diperlukan terdiri daripada 2 biji telur ayam, Satu botol Yakult (Tidak kira perasa apa tetapi terbaik adalah perisa yang asli) dan botol air mineral yang kosong (1 liter atau 500 ml) boleh digunakan dan pastikan ada penutupnya. Pastikan botol plastik kosong yang hendak digunakan ini bersih daripada sebarang bahan patogen lain yang mungkin ada. Penutup ini penting semasa proses menggoncang nanti agar tidak tertumpah keluar. Mula-mula mesti dipecaahkan 2 biji telur ayam kemudian masukan kedalam mangkuk yang mana kemudian ia dituang kedalam botol dengan gunakan corong (daun pisang, kertas atau corong plastik buatan sendiri). Langkah seterusnya adalah membuta penutup botol Yakult dan masukkan 1/2 botol yakult ke dalam botol berisi telur dengan cara teliti. Kemudian botol tersebut digoncangbeberapa kali sehingga larutan cecair ini menjadi sebati. Selepas itu larutan ini perlu disimpan selama masa 3 - 4 hari  dimana penutup botol mesti dilonggarkan untuk perlepasan gas yang dihasilkan semasa proses fermentasi berlaku. Simpan ditempat yang bersuhu bilik dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.

Bagi mereka yang mempunyai tanaman sayuran dan ulaman disekeliling ruumah boleh membuatnya beberpa botol nuntuk digunakan secara berterusan. Larutan hormon ini boleh digunakan apaabila ia sudah berbuih dimana proses fermentasi didalamnya sudah lengkap (Sila lihat foto disebelah). Anda perlu tahu bagaimana cara mengguna hormon telur dengan yakult ini dengan betul caranya. Kaedah menggunakan adalah dengan menggunakan sebanyak 2 sudu makan larutan hormon telur dengan yakult ini bersama 20 liter air bersih dalam tong penyembur (spray) terhadap tanaman sayur daun. Setelah dikacau rata anda boleh sembur terus kepada sayuran daun dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Bagi tanaman buah-buahan pula disyorkan menggunakan sebanyak 3-4 sudu makan larutan telur dengan yakut dengan 20 liter air bersih dan dikacau sehingga sebati. Adalah disyorkan untuk tanaman buah-buahan dan tenaman kekal menggunakan bancuhan lebih daripada sukatan terutama pokok buah-buahan yang besar dan matang. Kesan hormon tumbuhan ini boleh dilihat dalam jangkamasa agak lama disekalikan dengan sistem pembajaan lain dan penjagaan tanaman yang sempurna. Adalah lebih mudah menyediakan bahan growth hormon ini kerana ia tidak beracun atau tiada kesan toksik kepada tanaman dan pengguna.

Penulis blog juga merujuk dengan lamanweb apakah dia bahan Yakult ini. Yakult adalah minuman probiotik mirip yogurt yang dibuat dari fermentasi susu skim dan gula dengan bakteria dikenali sebagai Lactobacillus casei. Bakteria L. casei Shirota juga dapat ditemui dalam sistem pencernaan dalam perut manusia dan sudah lama produk jenama Yakult ini telah dipromosikan dalam TV dan media lain sebagai minuman yang baik untuk kesihatan. Inovasi ini telh dijumpai oleh Dr  Minoru Shirota pada 1930 dimana kemudiannya pada 1935 dia telah mendirikan Yakult Honsha Co., Ltd. untuk sasil dan memasarkan minuman ini. Sejak itu produk Yakult telah memperkenalkan berbagai minuman yang mengandungi bahana bakteria Bifidobacterium breve dimana ia telah menggunakan lactobacilli untuk menghasilkannya. Pasaran produk ini berkembang keseluruh dunia terutama untuk kawasan seperti di jepun, Asia, Australia, Amerika Latin, Eropah dimana bakterianya diimport daripada Jepun. Penulis blog fikir perlu kita fahami sedikit proses membuat produk ini. Paling asas adalah bagaimana  memyediakan Seed Starter (Proses A) dimana biasanya susu tepong dan glukosa dilarutkan dengan air kemudian disterilisasi dan difermentasikan dengan penambahan Lactobacillus casei Shirota strain di dalam tangki pembenihan (Seed tank). Peringkat seterusnya adalah proses pembuatan Susu Fermentasi dimana susu poeder skin dan glukosa tadi akan dituang ke dalam silo. Kemudian ia akan dilarutkan menggunakan air panas di dalam bekas dikenali dengan nama Disolving Tank. Kemudian setelah proses pelarutan sempurna maka larutan ditapis dan akan dipindahkan ke mesin Ultra High Temperature (UHT) untuk disterilisasi pada suhu sekitar 120 darjah Celcius. Dari mesin UHT selanjutnya larutan susu steril ini dipindahkan ke Culture Tank. Biasanya untuk mendapatkan warna khas Yakult maka susu tersebut perlu dipanaskan dengan suhu sekitar 98 darjah Celcius. Selanjutanya adalah proses menambahkan seed starter dimana proses fermentasi sejak proses seeding sampai menjadi suatu susu fermentasi sesuai dengan piawaian mutu yang ditetapkan melalui proses dihomogenisasi  dengan menggunakan mesin homogenizer. Kemudian dimasukan sirap (gula halus dituang ke dalam Silo Tank) dan dlarutkan menggunakan air panas di dalam Disolving Tank. Setelah gula larut sempurna maka sirap ditransfer ke mesin HTST (High Temperature Short Time) untuk disterilisasi. Setelah siap ia akan melalui proses pembotolan dengan botol Polistrene secara otomatik. Bahagian tutup selalu ditutup dengan penutup Alumunium Foil dimana kandungan isipadu 65 ml setiap botol. Biasanya produk Yakult yang sudah dibotolkan dipek dalam kuantiti sebanyak 5 botol/pek. Apa yang penting adalah dimana proses penyimpanan Yakult dalam “COLD STORAGE". Ini adalah produk yang digunakan untuk membuat plant growth hormon dengan kandungan Lactobacillus casei yang akan berkembang banyak dalam telur sebelum seburan dilakukan. Semuga anda mendapat info terbaik dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

SEKTOR PERTANIAN...INOVASI DICIPTA ...
TELUR DAN YAKULT...MURAHNYA DIA...
MUDAH DISEDIA... BERKESAN HASILNYA....
KALAU SUDAH BACA... MESTI DICUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Apartment No 30, Pratesterm Apartment,
Wolfgang Schmazl Casse,
18 - 20,  Leopoldstradt,
Vienna, Austria.
(6 Syawal 1439H).
Lawatan 2 minggu ke Eropah.
Posted from
Room 633, Hotel TH,
Kuala Terengganu,
Terengganu.
(19 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.