Saturday, July 28, 2018

PENYAKIT KARAT DAUN KOPI

PENYAKIT KARAT DAUN KOPI yang disebabkan oleh kulat iaitu Hemileia vastatrix merupakan ancaman utama dalam penanaman kopi di banyak lokasi seluruh dunia. Tanaman Kopi di Malaysia dilaporkan hanya seluas 3,764 hektar pada tahun 2014 yang menghasilkan sekitar 14,600 mt buah kopi dengan jenis Kopi Liberica (Coffea liberica). Kawasan utama yang menanam kopi di Malayia adalah Sabah (62%) diikuti dengan Negeri Johor (34%). Terdapat 3 jenis kopi yang ditanam di dunia iaitu Kopi Arabika (Coffea arabica), Kopi Robusta (Coffea robusta) dan Kopi Liberica. Penanaman kopi Arabika dan Robusta di Malaysia agak kurang kerana ia adalah mudah diserang dengan penyakit karat daun ini. Dalam usaha memajukan tanaman kopi antara ancamannya adalah penyakit karat daun. Penyakit ini adalah salah satu penyakit penting yang menjadi perhatian serius bagi pegawai pengembangan, penyelidik dan juga petani. Penyakit karat daun dianggap penting disebabkan penyakit ini mampu menurunkan hasil kopi dan produktiviti tanaman kopi hingga 20 peratus. Penyakit 'HV' ini yang disebabkan oleh parasit seperti cendawan dikenali sebagai Hemileia vastatrix pada daun ini sangat mengganggu metabolisma pada tanaman untuk proses fotosintesin yang optima oleh daun (stomata) kerana berlaku kerosakan pada daun yang diserang. Penyakit karat daun sering menyerang tanaman kopi terutama jenis kopi arabika yang ditanam dikawasan tanah rendah. Penulis semasa membuat pemerhatian di ladang antara 3 jenis kopi mendapati pokok kopi liberica dan robusta agak tahan dengan serangan penyakit ini.  Serangan oleh penyakit karat daun kopi bukan hanya dapat menyerang pokok dewasa malahan ia akan menyerang anakbenih kopi di tapak semaian menyebabkan daun gugur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Penyakit Karat Daun Kopi untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan dijadikan bahan rujukkan.


Penyakit Karat Daun pada tanaman kopi akan menyebabkan gejala kerosakan yang serius jika tidak dikawal oleh pekebun kopi terutama jika ia dari kopi arabika. Serangan penyakit karat daun kopi dapat dikenali melalui beberapa tanda dimana pada tahap awal serangan akan terdapat beberapa bintik pada helaian daun yang menghadap ke bawah. Bintik atau pusaran tersebut pada awalnya berwarna kuning muda dan lama kelamaan berubah menjadi kuning tua (Sila lihat foto disebelah). Bintik ini mula-mula berbentuk bulatan kecil dengan garispusat kurang 0.5 cm dan ianya kemudian terus tumbuh membesar hingga keluasan diameter lebih 5 cm. Bintik yang tadinya berwarna kuning tua lama kelamaan menjadi coklat dan akhirnya daun akan terus mengering.Jika diteliti pada daun, lazimnya bintik daun dapat dilihat dari daun bahagian atas namun untuk tepung yang berwarna oren jingga yang mengelilingi bintik hanya dapat dilihat dari helaian daun yang menghadap ke bawah. Serangan pada tahap seterusnya oleh penyakit ini dapat mengakibatkan daun berguguran sebelum waktunya dimana kita boleh lihat semua daun tidak ada (gondul) dimana pada akhirnya mati. Amat penting kawalan dilakukan peringkat awal serangan bagi menghindarkan ia sampai kepada tahap serius.

Beberapa kaedah dan teknik kawalan Penyakit Karat Daun Kopi perlu dilakukan kerana serangan penyakit karat daun adalah sangat merugikan. Kawalan penyakit ini pada tanaman kopi harus segera dilakukan agar tidak menimbulkan kerugian yang jauh lebih besar. Kawalan penyakit karat daun dapat dilakukan melalui konsep pendekatan Amalan Perosak Bersepadu (IPM) dengan beberapa cara iaitu melalui amalan agronomi dan kawalan secara kimia. Kawalan secara Amalan Agronomi bagi penyakit karat daun dapat dilakukan mulai dari awal penanaman dengan menggunakan bahan tanam atau benih kopi terpilih yang berasal dari klon atau varieti yang tahan terhadap serangan kulat HV Hemileia vastatrix. Bagi negara jiran Indonesia yang menanam Kopi Arabika antara varieti yang pasti tahan seperti S 795, S 1934, USDA 62, Kartika 1 dan Kartika 2. Belum ada varieti arabika ditanam komersil di Malaysia. Selalu buat cantasan dan pemangkasan pada daun yang terjangkit untuk mengurangkan kemungkinan penyebaran. Perlu juga dilakukan cantasan berkala pada pokok penaung atau tanaman kopi untuk menurunkan tahap kelembaban dalam kebun. Pengawalan juga dapat dilakukan dengan menjaga agar tanaman selalu dalam keadaan sihat melalui program pembajaan berimbang yang sesuai mengikut kadar, masa, cara membaja dan jenis yang betul. 

Kawalan menggunakan racun kimia merupakan alternatif yang sering dilakukan oleh ramai pekebun kopi. Kawalan cara ini sebaiknya dilakukan jika cara kawalan kultura tidak berapa membuahkan hasil yang maksima. Kawalan dilakukan dengan menggunakan beberapa jenis racun berdaftar seperti jenis dengan bahan aktif Mancozeb atau racun dari jenis kontak seperti Cupravit OB 21 (0.4%) dengan sukatan yang tertera pada label. Bagi kaedah kawalan lain racun jenis sistemik seperti Bayleton 250 EC (0.1%) atau Racun Anvil 50 SC (0.2%) atau Racun Tilt 250 ES (0.1%) atau Sumiate 2.5 WP (0.2%) yang mungkin tiada dipasaran Malaysia sesetengahnya. Semburan racun perlu dilakukan dengan sukatan betul terhadap tanaman kopi yang terkena serangan penyakit karat daun mengikut keperluan. Penyakit karat daun yang sering kali menyerang tanaman kopi merupakan ancaman serius terutama untuk kopi jenis arabika.  Semuga tulisan ini dapat menambah pengetahuan kepada semua sekali pembaca blog 'Anim Agro Technology' kali ini. Wasallam!.
KARAT DAUN KOPI... KUNING DAUNNYA...
POKOK DEWASA...DISERANGANNYA...
ANAKBENIH KOPI... TERKESAN JUGA...
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang kopi komersil,
Benut, Pontian,
Johor, Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1436H)
Published from:
Asrama Anggerik, Intan Bukit Kiara,
Kuala Lumpur, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.