Sunday, May 13, 2018

NANAS KOMERSIL - VARIETI GOLDEN DIAMOND

NANAS VARIETI GOLDEN DIAMOND merupakan sejenis varieti nanas yang didtanam di kawasan Keningau, Sabah secara komersil. Varieti nanas ini belum didaftarkan lagi dalam Plant Variety Listing di Jabatan Pertanian secara rasmi dan usaha kearah itu sedang dilakukan pihak berwajib. Dari penilaian awal penulis blog mendapati nanas ini juga berkemungkinan boleh dikategorikan sebagai salah satu varieti nanas premium selain daripada Nanas MD2 yang semakin popular di Malaysia. Nanas (Ananas comosus) merupakan satu jenis buah-buahan yang dikategorikan sebagai salah satu daripada Sumber Kekayaan Baru sektor pertanian selain daripada tanaman kelapa, jagung bijirin, durian, kulinari dan tenusu. Penulis blog mendapat info mengenai varieti nanas Golden Diamond ini daripada seorang pensarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Dr Mohamad Selamat Madon yang bertemu penulis blog sebulan lepas di MARDI, Serdang. Menurut Dr Mohamad Selamat, nanas varieti ini sangat popular di Sabah dan telah ditanam secara komersil oleh Dato Yap yang juga beliau merupakan seorang usahawan tenusu berjaya. Dakwanya sekumpulan pegawai pakar nanas perlu membuat penilaian mengenai nanas ini yang berpotensi untuk dimajukan sebagai nanas berkualiti baik untuk pasaran domestik dan potensi eksport. Akhirnya penulis berpeluang melawat kebun nanas seluas 45 hektar yang telah ditanam nanas ini secara berperingkat-peringkat dan telah pun berhasil pada awal Mei 2018. Penanaman nanas varieti Golden Diamond ini juga dilakukan dikawasan tanah rata dan kini sedng diperluaskan dengan konsep penyediaan tanah lebih teratur sedang dilakukan. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai varieti nanas baru iaitu Golden Diamond yang diushakan di Keningau, Sabah untuk ianya dijadikan bahan rujukkan. 


Meneliti tentang pencirian pokok nanas Golden Diamond (GD) ini mudah dilakukan dengan memerhatikan ciri-ciri pokoknya. Pokoknya tumbuh menegak dengan ketinggian 0.5 meter dengan mempunyai daun yang banyak serta ada anthocyanin (warna merah pada bahagian tengah daun). Daunnya yang berwarna hijau dibahagian tepi danmelebar mendatar ini berukuran 30 - 45 cm panjang dengan lebar sekitar 2 - 5 cm (Sila lihat foto disebelah). Jika diteliti lanjut nanas ini berkemungkinan besar adalah dari jenis Queen atau Cayene berdasarkan kepada ciri pokok dan buahnya. Nenas ini mempunyai warna dominan pada permukaan atas daun iaitu Hijau dan sedikit Ungu gelap. Warna daun varieti ini amat berbeza dengan kebanyakkan varieti lain dimana memang terdapat antosianin dipermukaan atas daun dengan jelas. Keamatan (intensity) antosianin pada daun varieti ini sederhana kuat. Sebaran antosianin ini adalah meluas memanjang dan seragam pada bahagian margin dan juga alur daun. Masa penulis blog teliti lanjut mendapati terdapat sedikit duri pada bahagian margin daun dengan warna duri yang dominan adalah Merah sama seperti warna bahagian tengah daun. Arah duri juga didapati ujud pada kedua-dua arah dengan saiz duri. Melihat cara pertumbuhan pokok nenas Josapine didapati ia tumbuh dengan MENEGAK. Buahnya berbentuk selinder dengan warna kulit kelabu atau jingga. Diteliti lanjut ia mempunyai antara 100 - 120 mata dengan keadaan matanya adalah 'timbul' dengan jelas. Varieti GD mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan rasa manis dimana kandungan gula adalah 16-18 Brixs. Kadar kandungan asid citrik sekitar 0.5 - 1.2% sahaja. Ia mempunyai saiz empulur yang kecil dan lembut iaitu sekitar 2.5 - 3.8 cm dengan warna pada permukaan atas braktea adalah hijau. Ia amat sesuai untuk dimakan segar dan juga boleh diproses.


Melihat kulitnya ia berbentuk selinder sama seperti nanas premium lain. Warna isinya amat menarik dengan kuning keemasan dan memberikan rasa amat manis. Bagaimana pun berbanding dengan isi nanas MD2, nanas jenis ini mempunyai rongga atau lubang yang agak banyak sama seperti nanas varieti Moris (Sila anda lihat foto disebelah). Nanas ini matang selepas 130 hari selepas dibubuh bahan penggalak pembungaan (hormon). Buah nanas ini didakwa tahan selama 2 - 3 minggu selepas dituai dalam bentuk nanas segar. Buah masak yang dipetik diladang didapati amat manis dengan bacaan pada refractometer iaitu 19 darjah Brixs. Ia amat manis dan istimewanya bahagian empulurnya yang kecil sangat lembut dimana hampir tiada fiber keras seperti nanas MD2. Hormon yang digunakan adalah Karbide dengan jenama ''Cap Nanas'' yang dicampur dengan bahan lain. 


Pada masa ini semua nanas GD dari kebun Dato Yap ini telah pun dijual disekitar Bandar Keningau dan juga Kota Kibabalu. Buah yang beratnya 1.5 - 2.0 kg sebiji dijual dengan harga RM4.50 - RM5.00 sekilogram. Biasanya sebanyak 2-3 tan akan dituai seminggu dan dihantar ke Kota Kinabalu dengan perjalanan selama 2.0 - 2.5 jam. Menurut pemilik kebun, nanas ini diperolehi baka asalnya daripada mengutip varieti nanas tempatan dan dibiakkan sendiri oleh beliau diladngnya. Pada penulis baka nanas yang baik ditanam diatas tanah tinggi lebih 250 meter dari paras laut dan pengurusn yang baik membolehkan semua nanas dari kebun ini memberikan kualiti buah nanas gred premium. Pemilik kebun memetik buah GD yang kecil dari plot yang sedang dituai dan memberi ujirasa kepada kami (Sila lihat foto disebelah). Memang nanas GD mempunyai rasa manis sesuai dimakan segar dan berpotensi untuk pasarn domestik atau pun pasaran eksport. Penulis blog yang makan segar mendapati ia manis, tidak lidas dan paling unik dibahagian empulur nanasnya lembut dimana ia sesuai terus dimakan. Bahagian empur nanas merupakan paling penulis suka kerana ia mengandungi bahan Bromeline yang banyak untuk dinikmati.


Didalam keinginan untuk memperluaskan
kawasan tanaman nanas varieti Golden Diamond ini aspek penyediaan tanah amat penting.  Peringkat awal plot yang disediakan kurang sistem saliran dan bentuk batas adalah mengikut rupabentuk mukabumi yang sedia ada. Batas setinggi 15 cm ditutup dengan plastik silvershine yang diimport dari Australia yang tahan lama untuk kawal rumpai. Dakwanya untuk kawasan kebun yang luas ini hanya perlukan 4 orang tenagakerja sahaja. Kesemua pekerja ini adalah buruh asing daripada Flores. Bagi kawasan plot baru kerja-kerja tanah dilakukan dengan membina sistem saliran dan perparitan dan memotong tanah mengikut kadar slope kecerunan yang mampu alirkan air agar tidak bertakung. Kes pokok nanas tidak tumbuh dengan baik apabila sistem saliran dikebun disini kurang sempurna. Penggunaan netting hitam yang diletakkan dibahagian atas pokok tanaman membolehkan kualiti buah nanas yang dipetik adalah gred premium. Ia dipetik dan dikupulkan dalam bakul sebelum digredkan untuk dipasarkan (Sila lihat foto disebelah). Semuga tulisan ini meberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

NANAS GOLDEN DIAMOND... DIMANA?..
KENINGAU SABAH... LUAS TANAMNYA...
BELUM DIDAFTAR... PREMIUM KUALITINYA...
DALAM ARTIKEL.. DITULIS KALI PERTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 905, Hotel Juta,
Keningau, Sabah,
Malaysia.
(19 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.