Sunday, May 20, 2018

IKAN EMPURAU - APA DIA? (Part 2)

IKAN EMPURAU (Keluarga - Cyrpinidae) atau IKAN KELAH merupakan sejenis ikan air tawar yang sangat eksotik dan merupakan antara jenis ikan air tawar termahal semasa ini. Pada saya di Semenanjung Malaysia ikan ini lebih popular dengan penggilan Ikan Kelah (bahasa Inggeris adalah Mahseer) merupakn sejenis ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar dan merupakan ikan untuk aktiviti sukan (sport fishing) yang digilai dan banyak terdapat di India, Indonesia, Malaysia dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan jenis Golden Mahseer pernah dilaporkan seenis ikan kelah yang besar hingga mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya walaupun spesimen sebesar ini jarang dijumpai pada hari ini. Pada keadaan biasa dilaporkan Ikan Empurau atau IkanKelah ini mendiami di sungai serta tasik dan naik sehingga ke anak sungai yang ada arus deras serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Pada umumnya ia serupa dengan jenis ikan kap yang lain iaitu mereka juga ikan merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Kalau di Malaysia ikan Empurau lebih sinonim di Negeri Sarawak sebagai Ikan Ingegebious. Ia merupakan spesis ikan air tawar yang mahal sehingga terkenal diseluruh dunia. Pernah dilaporkan seorang Tycoon Jutawan daripada Hong Kong datang ke Kuching dengan jet peribadinya semata-mata ingin menikmati hidangan ikan empurau yang harganya mencecah ribuan ringgit. Ikan empurau merupakan ikan eksotik yang sukar didapati dalam keadaan liar semulajadi dan kadar pembiakan dan tumbesaran lambat menyebabkan ia menjadi mahal. Walau pun di negara Barat ikan seperti ini sebagai delikasi jenis ikan kap, ikan empurau didakwa mempunyai daging isi yang lebih enak dengan tekstur yang lebih kenyal. Dalam keadaan semulajadi ikan empurau ini makan buah-buahan daripada tumbuhan tebingan sungai sepanjan sungai. Ini menyebabkan rasa ikan empurau adalah berkrim, savor, manis sedikit dengan ada bau seperti buah-buahan. Artikel petang Khamis ini sempena cuti Awal Puasa (1 Ramadan) bagi Negeri Johor saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai Ikan Empurau sekadar dijadikan bahan rujukkan. Penulis berkongsi sama membeli dan makan seekor ikan empurau bersama rakan-rakan baru-baru ini di Sarawak dengan kos yang mahal. 

Makanan penting untuk ikan empurau secara semulajadi adalah BUAH ENGKABANGBuah engkabang dikenal pasti merupakan makanan utama ikan empurau yang tumbuh disepanjang sungai di Sarawak. Menurut En Elli  ikan empurau hanya memakan buah-buahan engkabang yang gugur ke dalam sungai. Selalunya pokok engkabang atau nama saintifiknya Shorea macrophylla ialah sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di tebing hulu sungai.  Tumbuhan itu banyak tumbuh di kawasan pendalaman di Sarawak termasuk di sekitar Sungai Rajang. Apa yang menarik mengenainya penulis blog dapati adalah dimana pokok engkabang mempunyai satu keunikan tersendiri kerana berbuah tiga hingga lima tahun sekali. Sebenarnya  banyak perkara harus diselidik seperti mengkaji apakah jenis makanan yang sesuai untuk ikan tersebut memandangkan proses pembesarannya yang agak lambat. Sudah pasti anda pernah terdengar ada orang menangkap ikan empurau iaitu seberat 20 - 30 kilogram (kg) yang hidup liar di kawasan sungai yang bebas daripada unsur pencemaran.  Kajinan mendapati manusia sebenarnya tidak tahu berapa tempoh yang diperlukan oleh ikan terbabit untuk membesar sebesar saiz it. Lazimnya berat ikan yang dapat dihasilkan menerusi DLT ialah antara 1.5 - 2kg dalam masa lima tahun. Pakar Perikanan itu nyatakan terdapat tiga spesies ikan empurau iaitu Empurau Putih, Empuray Merah dan juga  Empurau Hitam dengan spesies berwarna putih lebih laris dan mahal di pasaran.


Menyentuh tentang harga empurau di pasaran dimana ikan empurau adalah bergantung kepada saiznya dan boleh mencecah harga sehingga RM1,000 sekilogram jika saiznya besar dan bagi yang lebih kecil atau sederhana ialah sekitar RM500 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Harga ikan empurau yang pernah Encik Eli ada tawarkan sedikit berbeza dengan tiga pakej harga iaitu pakej eksekutif, pakej VIP dan pakej di raja. Harga bagi pakej makan eksekutif ialah RM850, RM1,000 untuk pakej VIP dan RM1,200 bagi pakej diraja. Harga ini adalah termasuk daun gaharu bagi masakan istimewa ikan itu. Dr Eli turut mengakui dimana ikan empurau bukan sahaja menjadi kegilaan kepada masyarakat tempatan, malah sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pengusaha restoran di Hong Kong dan China. Menyentuh tentang khasiat bilaman ujud permintaan tinggi terhadap empurau antara faktor yang menyebabkan spesies itu semakin sukar diperoleh serta jarang dijual selain yang diternak di dalam tangki konkrit. Selain rasa yang enak dan boleh dimasak dengan pelbagai cara, ikan empurau turut digemari kerana sisiknya boleh dimakan tidak seperti ikan-ikan air tawar lain. Tekstur dagingnya juga begitu berbeza dengan spesies ikan air tawar lain seperti ikan semah, lampam, tilapia, lais dan baung. Cara terbaik untuk umum menikmati kelembutan isinya adalah dengan mengukusnya bersama sos soya cair, halia dan daun bawang muda. Isinya tercerai dengan mudah dari tulang dan esen halia serta daun bawang akan meningkatkan rasa ikan air tawar itu. Apa yang pasti  khasiat ikan empurau sememangnya diakui kerana memiliki kandungan asid lemak omega-3 yang berfaedah membantu merembeskan asid eikosapentaeonik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) dalam tubuh manusia.

Dr Elli memberitahu dimana kandungan omega-3 yang terdapat dalam ikan eksotik itu juga dapat membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, melawan keradangan dan juga pelbagai penyakit lain. Pengambilan asid lemak omega-3 bagi kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Dalam perkembangan lain, Dr Elli memberitahu dimana pada masa ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga ada memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta kepada Jabatan Pertanian negeri bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan ikan empurau di Stesen Pertanian Tarat, Serian. Fokus utama dana tersebut adalah untuk menternak ikan empurau memandangkan potensi besar ikan berkenaan yang bernilai tinggi bagi tujuan komersial. Kini meskipun ikan ini berjaya diternak di dalam persekitaran tiruan, namun penyelidikan lanjut masih diperlukan bagi mendapatkan teknologi yang berdaya maju sekali gus me ningkatkan pengkomersialan empurau. Kajian demi kajian perlu untuk diteruskan untuk mempastikan ikan empurau yang unik ini mampu diternak secara moden untuk dikomersilkan. Semuga artikel ini dan artikel Part 1 telah berjaya memberi info yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
IKAN EMPURAU .. APAKAH DIANYA...
SANGAT TERKENAL..DIMANA-MANA...
SPESIS IKAN KELAH... LAIN CIRINYA....
HARGA MAHAL.. UNTUK ORANG KAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1226, Hotel Hilton,
Kuching, Sarwak,
Malaysia.
(2 Ramadan 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.