Thursday, April 12, 2018

SARANG BURUNG WALET - SKB

INDUSTRI SARANG BURUNG WALET menjadi salah satu sumber pendapatan lumayan terutamanya bagi penduduk luar bandar sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kini industri sarang burung walet telah pun dikelaskan sebagai SKB (Sumber Kekayaan Baru). Penulis blog yang membuat tinjauan di Mukah, Sarawak mendapati sebuah rumah sarang burung walet dapat meningkatkan pendapatan kira-kira 30 sehingga 40 penduduk di rumah panjang. Jika satu rumah dapat untuk memproses sehingga 20 kilogram sarang burung walet maka pengusaha boleh memperolehi jumlah pendapatan sehingga RM100,000 kerana harganya kini telah pun mencecah sekitar RM800 - RM5,000 sekilogram. Secara umumnya dan juga pada keseluruhannya kini terdapat kira-kira 22,000 rumah sarang burung walet di seluruh negara yang diberi perhatian terutamanya didalam beberapa aspek kebersihan dan pemprosesan supaya kualiti pengeluaran terjamin kerana kita bergantung kepada pasaran negara besar. Pada masa ini ditekankan agar dibuat perbandingan mengenai kualiti pemprosesan sarang burung walet supaya dapat bersaing dengan pengeluar negara lain seperti produk daripada negara jiran. Kerajaan Malaysia pada masa kini adalah di peringkat akhir rundingan sedang berlangsung antara Malaysia dan China sebelum bekalan sarang burung walet dihantar ke sana. Selepas proses perjanjian protokol ditandatangani maka pengeluar dari Malaysia mesti kena ikut proses tertentu termasuk memahami kaedah rawatan dan meneliti lokasi rumah sarang burung walet sama ada memenuhi syarat. Kini soal utama adalah kepercayaan daripada segi kebersihan dan untuk mereka menerima kaedah kita, mereka kena tengok 'trace process'. Mereka kini ingin tahu sarang burung walet itu datang dari sarang mana dan ini proses yang kita kena tengok supaya pengeluaran tidak diharamkan di seluruh negara. Kini industri sarang burung Walet adalah menjadi Sumber Kekayaan Baru (SKB) bagi negara. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai industri sarang burung walet sebagai satu sumber kekayaan baru dinegara ini.


Mungkin kini ramai orang baru sedar bagaimana tuhan telah menciptakan alam dan beserta isinya tentu memiliki kelebihan termasuk juga industri sarang burung walet (Sila lihat foto disebelah). Tentunya sarang burung walet memang mempunyai kehebatannya tersendiri dari segi nilai dan kegunaannya. Bagaimana pun kenapa agaknya atau kenapa harga sarang burung walet siap diproses harganya mahal?. Sebenarnya apakah dia keistimewanya sarang burung walet dibanding dengan sarang burung lainnya?. Kalau ada juga yang masih tidak jelas atau masih bingung bolehlah membaca blog ini sehingga habis untuk mengetahui jawapannya. Sarang burung walet memiliki harga yang begitu mahal sehingga mencecah RM5,000 sekilogram dan dahulu pernah dicatitkan mencecah RM8,000 sekilogram. Ini menyebabkan lebih ramai usahawan kini membuat rumah sarang burung walit di Malaysia sehingga mencecah lebih dari 22,000 buah semuanya (Sumber: Laporan Statistik Tahunan , Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia 2017).  Terdapat juga banyak dakwaan akan kehebatan khasiat sarang burung walet bagi tujuan menambah kesihatan manusia. Namun jika kita lihat sarang burung walet ianya hampir sama dari segi marfologi dan bentuknya dengansarang burung biasa. Ia kerana burung adalah dalam keluarga Apodiae ini bukanlah dari jenis burung yang pandai dalam soal berkicau. Kini burung ini telah terkenal dan tersohor sampai keseluruh penjuru dunia terutama di China. Burung ini bukan dari jenis burung yang diminati ramai untuk dipelihara kerana ia liar. 


Kini industri sarang burung walet telah dimodenkan dimana ia telah dikomersilkan dengan sistem ternakan dalam rumah burung walet yang dibina. Dalam keadaan liar semulajadi burung ini akan tinggal didalam gua, bangunan tertentu dan sebagainya. Sejak dahulu sarang burumg walet telah dikutip orang kampong seperti di Gua Niah Sarawak sebagi sumber pendapatan mereka. Sarang burung walet yang diproses bersih memang mahal kerana banyak sebeb. Sarang burung walet mempunyai khasiat kesihatan yang didakwa hebat kepada penggunanya. Diantara kehebatan sarang burung walet dimana ia didakwa mampu mengembalikan kembali sel yang rosak dengan proteinnya serta mampu untuk pesakit didalam usaha menyembuhkan sakit setelah pembedahan. Ia juga dipercayai mampu untuk melancarkan car pengaliran darah dengan ujudnya bahan  kolagen. Ini akan seterusnya meningkatkan tahap ketahanan tubuh disebabkan oleh kandunga Glikoprotein didalamnya. Selain itu ia didakwa kaya dengan unsur Kalsium yang bagus untuk kekuatan tulang dan didakwa juga mampu untuk meningkatkan daya pencernaan usus. Ada dakwaan ia menyembuhan penyakit stroke dan kanser serta mengurangkan resiko penyakit AIDS. Siapa mengambilnya juga boleh menjadi Awet Muda.


Apakah sebenarnya terkandung didalam sarang burung walet sampai harganya mahal?. Sarang burung walet didapati mengandungi sebanyak 50 - 60% bahan protein, 25% karbohidrat dan 10% air. Kandungan bahan kimia jenis organik juga tinggi terdapat pada protein 50.7 % dan kandungan karbohidrat 18.3%. Kajian makmal juga mndapati sarang burung walet putih mengandung bahan Asid N-acetylneuraminic. Komposisi bahan kimia jika dibandingkan antara sarang burung walet putih dengan sarang burung walet merah berbeza dalam landungan untuk lemak (0.14% - 1.28%), Abu/Ash (2.1%), karbohidrat (25.6% - 27.3%) dan protein (62 - 63%). Kelebihan sarang burung walet merah kerana ia didapati mengandungi bahan protin iaitu Ovotransferrin. Kehebatan lain didakwa dimana sarang burung walet juga mengandungi bahan iaitu “cell division inducing hormone” dan “epidermal growth factor (EGF)” yang dapat mempengaruhi didalam proses pertumbuhan dan pembahagian sel seperti proses kekebalan inunisasi tubuhbadan dan regenerasi sel. Dalam kajian dimaklumkan dimana kandungan lain sarang walet putih adalah unsur Natrium (Na) 650 ppm, Kalium (K) 110 ppm, Posforus (P) 40 ppm, Magnesium (Mg) 330 ppm dan Zat Besi (Fe) 30 ppm. sedangkan sarang burung walet basah menunjukkan asam amino sebanyak 17 macam dan tertinggi terdapat pada Leusine (5,9%) Aspartate (5,5 %), Glutamate (5,5%) dan Tirosine (5,2). Ovotransferrin adalah glikoprotein dari albumin (putih telur). Transferrins adalah protein yang berfungsi sebagai pengikat besi (fe). Perbezaan Asid Amino sarang putih dengan sarang merah menunjukkan sarang merah mempunyai beberapa asid amino yang lebih tinggi dari sarang putih seperti serine, valine, aspatic, thereorine, isoleusine, leusine. Pada masa ini sarang burung walet juga telah menjadi tren yang sedang berkembang sebagai 'food supplement'. Ini mungkin yang menyebabkan harga sarang walet terus melambung tinggi.
SARANG BURUNG... WALET NAMANYA....
ADA DUA JENIS...YANG PUTIH JUGA ADA...
SARANG MERAH... KUALITI BERHARGA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar BAru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(25 Rejab 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.