Monday, April 30, 2018

MAXI PGR - HORMON NANAS

MAXI PGR merupakan satu jenama produk cecair yang mengandungi Etephon untuk digunakan sebagai hormon tanaman jenis bromeliads berbunga termasuk pokok nanas dan tanaman hiasan dari keluarga tersebut. Produk ini sering digunakan oleh pekebun nanas di Malaysia sebagai sakah satu bahan penghormon yang mudah dibeli, disemburkan kepada tanaman nanas dan juga harga yang berpatutan. Dalam penulis cuba meneliti bagaimana nama jenama ini direka mendapati MAXI berasal dari perkataan "MAXI-MUM" atai kesan maksima dan PGR adalah singkatan kepada penggalak tumbuhan atau PLANT GROWTH REGULATOR. Bahan cecair ini boleh digunakan untuk tanaman getah  (Hevea brasiliensis), Tanaman nanas (Ananas comosus) dan beberapa jenis buah-buahan lain bagi tujuan tertentu. Bagi tanaman getah ia bertujuan untuk mengoptimakan proses pengeluaran susu getah (latexs). Ia merupakan bahan kimia paling popular dikalangan penoreh getah di Malaysia. Bagi tanaman nanas memang produk ini membantu penanam nanas untuk memaksa pokok nanas berbunga dan mereka boleh menjadualkan pengeluaran buah nanas mengikut jadual pemasaran. Bagi tanaman buah-buahan lain ia membantu memaksa pokok buah-buahan tersebut mengeluarkan bunga dan buah dengan lebih seragam.  Penulis blog yang melihat botol MAXI PGR dikebun getah dan juga pekebun penanam nanas di Pokok Sena Kedah ini mendapati ia dibeli dari kedai pertanian berhampiran. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai produk penggalak pembungaan (hormon) jenama Maxi PGR sebagai satu teknologi yang sesuai untuk ramai pekebun terutama penanam nanas. 


Pproduk MAXI PGR mempunyai botol yang mudah dikenali dan dibawa kekebun. Ia ada dijual dengan botol kecil 350 ml dengan kertas label berwarna kuning, penutup berwarna merah (boleh diguna untuk sukatan) dan botol berwarna putih krim (Sila lihat foto disebelah). Bagi tujuan penggunaan label ditulis dengan warna hitam menyatakan bagaimana kaedah penggunaan cecair yang mengandungi bahan aktif biasa digunakan untuk hormon. Sektor pekebun kecil getah mereka boleh menggunakan MAXI PGR untuk meningkatkan pengeluaran susu getah. Bagi tanaman getah cecair ini boleh pada torehan digunakan dengan menyapukan sebanyak kadar 1.0 - 1.5 ml Maxi PGR dengan berus kecil pada atas laluan torehan. Pastikan menyapu dengan rata dan tidak kena hujan. Sebaiknya ia dibiarkan kering pada kulit kambian diatas laluan torehan. Pengalaman penulis blog yang dulu pernah membuat sapuan ini mendapati ia mudah dilakukan. Bagaimana pun kesan negatifnya adalah dimana ada pokok getah yang akan 'Mati Kulit' apabila pokok getah tidak dibaja dan kekerapan torehan dibuat setiap hari. Kadar menyapu bahan ini perlu dijaga dengan keadaan pokok getah itu sendiri. Elakkan daripada digunakan pada pokok getah yang baru mula dibuat torehan.


Bagi tanaman nanas pula cara pekebun nanas menggunakan dengan mana mereka akan mencampurkan sebanyak 20 ml MAXI PGR dengan 360 gram baja Urea dan 18 liter air dan perlu disemburkan atau tuang sebanyak 50 ml bancuhan setiap pokok nanas pada pucuk muda yang sesuai untuk di hormon. Pastikan menggunakan air bersih untuk bancuhan dan tong semburan yang berlainan dengan dengan tong penyembur untuk sembur racun rumpai atau baja foliar. Ini bagi membolehkan kesan sampingan terhadap rawatan yang diperlukan. Pokok nanas yang perlu dihormon lazimnya telah mencapai umur sesuai iaitu 7 - 8 bulan seperti bagi jenis Moris dan 8 - 9 bulan bagi nanas varieti MD2. Pekebun juga boleh meneliti jumlah helai daun nanas pada pokok tersebut lingkungan 65 - 70 helai yang sihat. Lazimnya proses menghormon nanas ini boleh dilakukan secara terpilih kalau pertumbuhan pokok nanas tidak seragam atau pun secara 'blanket' jika pertumbuhan pokok sekata. Bagi nanas varieiti MD2 yang kini semakin menjadi kesukaan ramai penanam nanas ia memerlukan jangkamasa 130 - 135 hari selepas dihormon untuk memetik buah yang masak. Proses menggunakan bahan penggalak pembungaan membantu penanam nanas merancang jadual pengeluaran dan jadual pemasaran mereka dengan lebih tersusun.


Bagi buah-buahan produk MAXI PGR juga boleh digunakan bagi tujuan yang sama. Aturan penggunaan pula dengan mencampurkan sebanyak 20 - 40 ml MAXI PGR atau 20 MAXI PGR + 20 ml Asid Posforik dalam 18 liter air dan disemburkan dikebun buah-buahan dengan kadar  500 - 1,000 liter sehektar. Tinjauan penulis blog disebuah kebun Durian Belanda (Annona muricata) di Maran, Pahang mendapati petani disana ada menggunakan produk ini bagi digunakan kepada pokok durian belanda, pokok salak (Salak Sabah) dan juga pokok Jambu Air serta pokok Limau Manis. Daripada penilaian didapati pokok jambu air yang disebur dengan bahan ini mampu menghasilkan buah jambua air sepanjang tahun secara berperingkat-peringkat cara semburannya. kebun jambu ini ditutup dengan kelambu untuk elakkan serangan musuh dan perosak. Anda boleh membaca tulisan ini dengan membuat pautan di sini (Sila klik disini). Ini merupakan antara faktur dimana hasil jambu air dijual sepanjang masa dari kebun ini. Penggunaan bahan penggalak pembungaan membolehkan perkara ini berlaku. Kepada pembaca blog anim agro technology yang ingin mendapatkan produk MAXI PGR boleh membeli di kedai pertanian atau mana-mana penjual seperti di PPK yang ada diseluruh negara. Semuga tulisan ini memberi ingo berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
NAMA MAXI PGR... PRODUK KIMIA...
PENGGALAK PEMBUNGAAN... GUNA...
TANAMAN NANAS...BERKESAN DIA...
TULIS ARTIKEL... ANDA MEMBACA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1301, Superior Deluxe Room,
Hotel Grand Allora, Alor Setar,
Kedah, Malaysia.
(13 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.