Wednesday, March 7, 2018

SAFOU - KENALI BUAH INI

SAFOU (Dacryodes edulis) adalah sejenis buah pelik yang memang ramai dikalangan kita mengenali dan melihatnya. Buah daripada tumbuhan keluarga Buseraceae ini adalah natif dari Afrika Tengah dan Afrika Barat disekitar negara seperti Gabon, Nigeria dan sekiarnya. Kita di Malaysia mungkin tidak pernah mendengar, mengenali atau melihat pokok dan buah Safou ini. Ada dua jenis buah Safou ini iaitu jenis Darcyodes endulis var endulis dan Dacryodes endulis var parvicarpa. Bagaimana pun apa salahnya blog ini paparkan buah unik dan pelik dari Afrika ini untuk tambah ilmu pengetahuan. Ia dikenali dengan nama lain sebagai Buah Nsafu, 'Bush Butter Tree' atau 'Butter Fruit'. Tumbuhan berasal dari hutan tropika ini hebat kerana mengandungi isi berminyak (oily pulp) yang bernilai tinggi. Ia adalah berkrim dan dikatakan amat enak sekali (delicious). Tanaman ini kini menjadi pilihan petani dikawasan tersebut untuk dimajukan dengan konsep penanaman cara lestari agroforest. Dari segi sejarah penduduk tempatan dari Kawasan Barat dan Tengah Afrika telah lama makan buah Safou ini sebagai iaitu dimakan segar atau dimasak dahulu. Uniknya buah ini apabila dipanggang atau direbus dengan garam pada suhu panas maka kulitnya akan terbuka dan isinya akan kelihatan untuk dimakan. Di Nigeria buah ini akan dimasak dan kemudian dimakan dengan bahan berkanji seperti jagung sebagai makanan utama mereka. Apa yang berlaku apabila dimasak lama maka akan keluar bahan minyak patinya yang berkuliti mengandungi bahan seperti lemak tidak tepu yang enak rasanya boleh diekstrak daripada isi dan bijinya. Rencana pagi Jumaat sempena Cuti Tahun Baru Cina 2018 ini saya menulis dalam ''Anim Agro Tehnology'' mengenai sejenis buah unik yang memang tiada di Malaysia iaitu Buah Safou untuk bahan bacaan dan juga bahan rujukkan anda.


Tumbuhan Safou ini merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dan daun (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini mampu tumbuh dengan ketinggian 18 - 40 meter dalam hutan tetapi lazimnya dikawasan kebun ianya dicantas untuk ketinggian sekitar 12 meter sahaja bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan tanaman. Ia mempunyai dahan yang pendek tetapi lebat mengelilingi batang utama. Batang pokok berwarna coklat kelabu dengan kulit yang kasar dan selalu ada titisan resin pada batangya. Ia mempunyai daun jenis kompun dengan ada 508 pasang daun setiap tangkai. Bahagian atas daun yang berwarna hijau gelap ini berkilat pada pokok yang telah matang. Bagaimana pun warna daun dibahagian pucuk atau daun muda adalah lebih cerah warnanya. Bunga pokok Safou ini kecil dengan ia berwarna kuning dengan saiz sekitar 5 mm garislintang dan selalunya dalam bentuk jambak. Buah terbentuk 2-5 bulan selepas pendebungaan bergantung kepada cuaca. Bunga ini akan perlu didebungakan oleh agen pendebunga seperti serangga dan angin. Cara menanam pokok ini dengan menggunakan biji yang disemai dan menjadi anakbenih. Biji boleh ditanam terus dalam tapak semaian sedalam 2 cm dan akan bercambah 12 - 15 hari kemudian. Bagaimana pun kaedah vegetatif lain seperti kaedah cantuman dan tutu boleh dilakukan untuk tumbuhan ini. Bahagian ranting yang masih lembut berwarna hijau ditut menggunakan media tut seperti cocopeat dan dibalut dengan plastik. Beberapa bulan kemudian apabila akar keluar makan tut boleh dipotong dan dijadikan benih tanaman. Kaedah pembiakan cara tut dan keratan adalah baik untuk mengekalkan ketulinan baka Safou. Selepas ditanam anak pokok Safou perlu dijaga dengan menyiram selalu. Ia berbeza dimana pokok matang yang berbuah tidak tahan kepada kelembapan tinggi yang akan merosakkan buah. Buah yang dipetik musim hujan mudah rosak.


Dalam penjagaan baik pokok Safou yang berumur 4-5 tahun boleh berbuah. Ia berbunga dan kemudian akan menjadi buah Safou yang mana apabila matag berwarna ungu atau biru gelap (Sila lihat foto disebelah). Sekali pandang penulis lihat bentuk dan warna buah seakan buah mangga atau Buah Kanna. Buah berbentuk ''Elipsoidal'' atau lonjong dengan ukuran sekitar 4 - 12 cm panjang. Warna isinya adalah pucat (pale) atau hijau terang. Buah daripada jenis D. endulis var  endulis lebih besar daripada jenis D. endulis var parvicarpa yang pokoknya melempai. Ada laporan dimana pokok ini ada di tanam di Malaysia sebagai pokok hiasan atau pun berada dibeberapa pusat pertanian atau di Jabatan Hutan. Buah Safou yng masak mengandungi isi yang lembut dengan aroma seperti buah pear dengan berminyak. Buah segar mempunyai kulit yang keras tetapi apabila dimasak atau dipanggang maka kulitnya terbuka. Isinya yang berminyak (oily) boleh dimakan terus dengan rasa seperti Butter. Jika buah ini diekstrak maka minyak pati berkualiti dihasilkan untuk dijadikan bahan kosmetik dan produk industri yang lain. Bahagian isi buah dan bijinya secara tradisinya akan dijemur terus dibawah sinaran matahari atau dipanggang untuk penyimpanan jangkamasa lebih lama tetapi kandungan nutrisinya akan berkurangan jika disimpan lama. ini kerana ia menyebabkan kandungan iodin dan asid akan meningkat.


Biji Buah Safou mengandungi protin yang tinggi dimana biji ini amat sesuai untuk dijadikan bahan makanan ternakan (Sila lihat foto disebelah). Dari segi kualiti kayu pokok Safou pula, ia adalah dari jenis kayu yang lembut, elstik dan berwarna kelabu kemerahan (grey rose colour). Ia sesuai digunaa sebagai bahan binaan perabot berasaskan kayu, bahan bakar api dan juga sebagai barang kraftangan (sarung parang, pemegang pintu dan sebagainya). Bahagian kayu (wood bark) kayu safou ada kandungan RESIN yang sangat berguna untuk perubatan merawat sakit kulit seperti jangkita kuman pada kulit dan juga kulit yang mengelupas. Resin ini juga amat sesuai untuk dijadikan varnish bagi kegunaan sapuan kepada perabut kayu. Bahagian daun pokok safou pula amat baik dijadikan ubat untuk merawat sakit Untut, Cirit Birit, Anemia dan sakit tekak. Pokok Safou yang ditanam pada cerun dan lereng bukit amat sesuai dijadikan tumbuhan penghalang hakisan tanah atau dijadikan sebagai tanaman pagar. Ia juga sesuai dijadikan tanaman hiasan dan juga tanaman agro forestly dikawasan taman rekreasi dan taman awa. Pokok safou yang kurang kita kenali di negara kita kini telah ada yang faham setelah membaca blog anim agro technology yang ringkas ini. Semuga anda lebih berilmu selepas ini. Wasallam!!!.
BACA ARTIKEL... PELIK BUAHNYA...
BUAH SAFOU... DIAFRIKA YANG ADA...
POKOK BUTTER... ENAK RASANYA...
DAPAT ILMU... HENDAK MERASAJUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(30 JamadilAwal 1439H).
HAPPY NEW YEAR 2018!!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.