Wednesday, March 21, 2018

RENDANG NANGKA MUDA - HEBAT ENAKNYA

RENDANG NANGKA MUDA (Jackfruit Rendang) adalah merupakan sejenis makanan eksotik yang enak dan mudah untuk disediakan selain daripada berkhasiat. Makanan ini lebih popular di negara jiran Indonesia walau pun versi dan resepi rendang nangka muda disana agak berbeza.  Kita lebih kenal dengan menus nangka muda yang dimask lemak atau pun nangka muda yang di jadikan ulam dan dimakan dengan sambal. Buah Nangka (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Moraceae dengan pokok yang kini dikomersilkan di beberapa Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) terutama dalam negeri Pahang. Buah nangka dari beberapa varieti nangka yang belum matang dimana isinya dan bijinya masih lembut sesuai dipetik untuk dibuat Nangka Masak Lemak, Rendang Nangka Muda, Serunding Nangka, Kerabu Nangka, Ulam Nangka Muda, Gulai Nangka Muda dan pelbagai menu masakan lain. Terdapat seluas 3,980 hektar tanaman nangka dilaporkan oleh Jabatan Pertanian ditanam pada tahun 2011 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 28,000 metrik tan. Sebahagian besar tanaman nangka ditanam di Negeri Pahang dengan keluasan sedia ada seluas 670 hektar diikuti dengan Negeri Johor seluas 550 hektar. (Sumber: Laporan Ststistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2012). Bekalan nangka muda segar memang tidak menjadi masaalah di negara kita dengan keluasan tanaman nangka sedia ada. Nangka ditanam sebagaii tanaman monokrop dan selingan atau dusun bercampor dikeliling kawasan rumah. Buah nangka yang masih muda boleh dijadikan bahab sayuran dan buah yang tua dimakan isinya. Nangka  varieti Tekam Yellow (J33) antara varieti yang popular untuk pasaran domestik dan eksport. Varieti lain yang ditanam dikalangan penanam buah nangka seperti varieti Subang Chap Boy, Varieti Uncle Hong, Varieti Mantin dan Varieti Mastura. Artikel ke 4,644 subuh ini jam 5.20 pagi saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' satu makanan enak iaitu Rendang Buah Nangka Muda sekadar berkongsi info dengan semua pembaca untuk bacaan dan rujukkan.


Buah nangka memerlukan masa agak lama daripada ia anthesis sehingga buah masak dan dituai untuk dimakan. Buah nangka lazimnya banyak pada pokok matang dengan amalan pengurusan yang baik mmengikut amalan MyGAP. Bagi mendapatkan kualiti buah yang baik maka boleh dilakukan penjarangan buah dengan membuang nangka muda dan ia boleh dijadikan sebagai hasil daripada tanaman nangka. Buah nangka muda perlu dikupas kulitnya dengan pisau tajam dan dibelah empat. Kemudian bahagian empulur nangka dibuang dan isi nangka perlu dipotong bentuk dadu berukuran sekitar 2 - 4 cm bergantung kepada saiz kesukaan dan tujuan masakan (Sila lihat foto disebelah). Basuh sehingga bersih dan kemudian direbus selama 10 - 15 minit bertujuan untuk melembutkannya. Ada yang bubuh sedikit garam halus semasa merebus jika hendak dimakan sebagai ulam nangka muda yang dimakan dengan sambal belacan. Toskan nangka muda yang telah direbus untuk proses memasak seterusnya. Bagi membuat Rendang Nangka muda ia dipotong bersegi dengan ukuran 3-4 cm dan disesuaikan dengan varieti buah nangka tersebut. Bagi membuat Serunding Nangka atau Kerabu Nangka kaedah memotong dan merebus bahan asas nangka muda agak berbeza. Kalau untuk lebih mudah dan tangan tidak kena getah nangka muda pergi sahaja ke Pasar Tani atau Pasar Malam atau Kedai Runcit yang selalu ada menjual nanka muda yang siap dipotong dengan harga yang amat berpatutan.


Dalam menyediakan rendang nangka muda bahan-bahan yang digunakan tidak berbeza dengan bahan masakan untuk membuat rendang ayam atau rendang daging. Pada penulis blog yang ada sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan resepi ini antara bahan-bahan diperlukan terdiri daripada semangkuk nangka muda yang telah dipotong dadu (saiz mengikut kesesuaian), 15 tangkai cili kering, 7 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia, 1cm lemgkuas,,  2 btg serai dimana kesemua bahan rmauan ini perlu dikisar. Bahan lain diperlukan adalah seperti semangkuk santan kelapa, Suku (1/4) sudu teh serbuk kunyit, 2 sudu makan air asamjawa, 2 sudu makan kerisik kelapa, Setengah (1/2) sudu teh serbuk lada hitam (ada yang kata ia baik untuk buang angin), garam serta gula secukup rasa, 2 sudu udang kering @ ikan bilis yang perlu ditumbuk. Bergantung kepada bahan yang disediakan dan kualiti bahan mentah yang diguna akan mempengaruhi kualiti dan citarasa rendang nangka muda yang bakal disediakan.


Cara menyediakan dan memasak rendang nangka muda biasanya lebih cepat daripada memasak rendang daging. Ini kerana bahan buah nangka muda lembut dan perlu dimasak tidak sampai ''overcook'' yang kualitinya akan menurun. Pada mulanya semua nangka muda yang dipotong-potong dadu hendaklah dibasuh sehingga bersih. Kalau ada lagi kesan-kesan getah perlu dibersihkan juga. Sebaiknya menggunakan nangka muda yang masih segar dan ukan yang telah lama disimpan dalam peti sejuk. Proses seterusnya adalah merebus nangka muda dalam periok yang mengandungi air yang di campur dengan sedikit garam (Sila lihat foto disebelah). Rebus sehingga empuk dan elakkan terlalu lama sehingga buah nangka menjadi lembik dna toskan. Kemudian bahan ini diketepikan. Seterusnya perlu panaskn sesenduk minyak dan menumis bahan ramuan rendang yang telah dikisar hingga pecah minyak. Kemudian dimasukkan udang kering dalam periok dan dikacau hingga wangi. Seterusnya masukkan santan kelapa bersama serbuk kunyit. Proses seterusnya adalah memasak rendang ini sehingga pekat kuahnya dan dimasukkan kerisik kelapa bersama air asam, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali dimasukkan juga daun kunyit dan digaul rata lalu kemudian sekali dimasukkan nangka muda. Perlu digaul rata dan dimasak sehingga kering serta 'semua ramuan meresap pada potongan buah nangka muda. Padamkan api dan ia sedia untuk dihidangkan. Rendang nangka muda enak dimakan dengan nasi putih atau roti terutama diwaktu makan tegahari bersama keluarga. Semuga tulisan 4 paragraph ini dalam anim agro technology subuh ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!...
RENDANG NANGKA... NANGKA MUDA...
MUDAH DISEDIA... BAHAN MEMANG ADA...
ENAK DIMAKAN... BERSAMA KELUARGA...
BERSAMA NASI...BERKHASIAT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ra,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(8 Jamadilakhir 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.