Monday, March 12, 2018

LPKNM AKAN DITUBUHKAN

LPKNM (Lembaga Perindustrian Kelapa dan Nanas Malaysia) bakal ditubuhkan dengan menyediakan pindaan Rang Undang-undang Akta Perindustrian Nanas Malaysia (Akta 427) yang dijangka akan dibawa ke Parlimen tahun 2018 ini. Perkara ini di nyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia semasa sidang media di CCRC, Jelebu, Negeri Sembilan padi pagi Ahad 11 Mac 2018. Pada penulis blog yang mendengar pengumuman ini amat tepat pada masanya apabila kedua-dua jenis tanaman tersebut telah dikategorikan sebagai Sumber Kekayaan Baru sektor pertanian dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri. Komoditi lain yang dimasukan dalam SKB ini adalah seperti Industri Jagung Bijirin, Industri Tanaman Durian dan juga Industri Kulinari. Peruntukkan sebanyak RM68 juta telah diluluskan peringkat pertama daripada sebanyak RM200 juta yang diluluskan kerajaan. Cadangan penubuhan Lembaga Kelapa Negara telah lebih 10 tahun dibincangkan proses penubuhannya tetapi hanya hari ini ia dilihat lebih serius proses penubuhannya. Langkah kerajaan ini didapati tepat pada waktunya apabila negara yang memerlukan sebanyak 750 juta biji kelapa setahun hanya mampu menghasilkan sekitar 600 juta biji sahaja semantara bakinya diimport dari negara jiran Indonesia. Penanaman kawasan kelapa terus menusun daripada lebih 120,000 hektar pada tahun 2000 kepada hanya sekitar 87,500 hektar pada tahun 2016.  Pokok kelapa sedia ada yang ada merupakan jenis pokok kelapa Malaysn Tall (CN1) yang dibangunkan lebih 50 tahun dulu melalui Program Rancangan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) Jabatan Pertanian. Semenjak program tersebut dihentikan awal tahun 1980 didapati penanaman kelapa terus kurang mendapat perhatian. Kini ia perlu diuruskan oleh sebuah lembaga baru yang boleh memacu semula pertumbuhan industri penanaman dan pengeluaran serta aktiviti pemprosesan kelapa. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kenyataan akhbar tentang penubuhan lembaga baru ini untuk dikongsi bersama semua pembaca. 


(1) Laporan BERNAMA:
RUU penubuhan LPKNM dibentang Hujung Tahun.
DATUK Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan hadapan sekali) melihat projek 
tanaman nanas selepas Pelancaran Model Tanaman Nanas Tanah Tinggi 
Jelebu Dan Lawatan Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS ) 
di Pusat Rawatan dan Pemulihan ( CCRC ) Jelebu. RUU penubuhan
 LPKNM dibentang hujung tahun. - Foto Abnor Hamizam

JELEBU: Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Lembaga Perindustrian Kelapa dan Nanas Malaysia (LPKNM) yang bertujuan bagi memperkasakan sektor itu akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata RUU itu kini dalam proses draf dan semakan sebelum ianya akan dibentangkan dalam Kabinet untuk diluluskan. "Kerja ke arah itu sedang dijalankan kerana ia membabitkan proses undang-undang dan akta baharu ini perlu dibentangkan di Parlimen. "Sekarang yang ada hanyalah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) manakala kelapa ditadbir secara berasingan dan tidak ada lembaga pembangunan yang khas," katanya kepada pemberita selepas melawat projek penanaman nanas di sini hari ini.  Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Jelebu Datuk Jalaluddin Alias; Pengerusi LPNM, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Bakar serta Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim Hosnan. Ahmad Shabery berkata kelapa dan nanas kini dilihat sebagai sumber kekayaan baharu selepas durian musang king dan mendapat permintaan tinggi daripada beberapa negara luar. Contohnya, nanas MD2 yang mendapat permintaan tinggi dari China, Asia Barat, Jepun dan Korea. "Bagi kelapa pula, kita mengimport 151 juta biji kelapa setahun membabitkan nilai RM226 juta dari negara jiran bagi menampung permintaan kelapa dalam negara yang dianggarkan 700 juta biji setahun," katanya. Ahmad Shabery berkata program sumber kekayaan baharu, sejumlah RM27.5 juta diperuntukkan untuk pembangunan industri kelapa dan RM29.6 juta bagi pembangunan industri nanas, tahun ini. 

Ahmad Shabery berkata tanaman nanas dan kelapa akan diperluaskan dan diperbesarkan di seluruh negara dan daerah Jelebu yang memiliki struktur muka bumi berbukit bukau membolehkan nanas yang dihasilkan adalah luar biasa dari segi kemanisannya. "Setakat ini, ladang nanas terbesar terletak di Johor. Kita harap suatu hari nanti kita boleh eksport kelapa juga. "Kita kena ubah pemikiran lama kita iaitu tanaman sekadar cukup untuk keperluan rakyat sebaliknya boleh dieksport ke luar negara," katanya. Katanya, nanas jenis MD2 berpotensi meraih pendapatan sebanyak RM150,000 semusim manakala kelapa RM35,000 setahun, bagi satu hektar tanah. "Projek integrasi tanaman kelapa dan nanas akan dapat memberikan pendapatan berganda kepada pekebun," katanya. - BERNAMA



(2) BERITA AM

RUU Penubuhan LPKNM Akan Dibentangkan Di Parlimen Hujung Tahun Ini
Tarikh kemaskini: 11/03/2018

JELEBU, 11 Mac (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Lembaga Perindustrian Kelapa dan Nanas yang bertujuan bagi memperkasakan sektor itu akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata RUU tersebut kini dalam proses draf dan semakan sebelum dibentangkan dalam Kabinet untuk diluluskan.  "Kerja-kerja ke arah itu sedang dijalankan kerana ia melibatkan proses undang-undang dan akta baru ni perlu dibentangkan di Parlimen." "Sekarang ini, yang ada hanyalah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sahaja manakala kelapa ditadbir secara berasingan dan tidak ada lembaga pembangunan yang khas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat projek penanaman nanas di sini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Jelebu Datuk Jalaluddin Alias, Pengerusi LPNM Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Bakar.


(3) Laporan The Malay Mail Online:
Bill on LPKNM to be tabled in parliament, says minister
MARCH 11, 2018

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (fourth right) plants a coconut
 tree at a farm in Jelebu today, March 11, 2018. - Bernama.

JELEBU, March 11- A Bill on the setting up of a Malaysian Pineapple and Coconut Industry Board (LPKNM) aimed at empowering the sector will be tabled in Parliament end of the year. Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the Bill, which was now in the drafting stage, would first be tabled to the Cabinet for approval. “Currently, there is only the Malaysian Pineapple Industry Board (LPNM), while there is no special body to oversee coconut,” he told a media conference after a visit to a pineapple farm here today. He said coconut and pineapple were now seen as the country’s new source of wealth, after the musang king durian, due to their high demand abroad.  “For example the MD2 pineapple, there is high demand for the fruit in China, the Middle East, Japan and Korea. “As for coconut, we import 151 million of coconuts a year, involving RM226 million, from a neighbouring country to meet the demand for the commodity in the country, which is estimated at 700 million coconuts a year,” he said. Ahmad Shabery said RM27.5 million was allocated under the new source of wealth programme for the development of the coconut industry, and RM29.6 million for the pineapple industry, this year. He said coconut and pineapple farming would be expanded to the nationwide. “The biggest pineapple farm, so far, is in Johor. We hope one day, we can also export coconut,” he said. Also present were State Urban Wellbeing, Housing and Local Government Committee chairman Datuk Jalaluddin Alias, LPNM chairman Datuk Samsolbari Jamali and Agriculture and Agro-based ministry secretary-general Datuk Seri Ismail Bakar.



(4) BERNAMA NEWS:
Perbadanan Kelapa Dan Nanas Malaysia Bakal Diwujudkan - TPM Zahid
Tarikh kemaskini: 27/02/2018
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan perasmian Karnival
Jalinan Peladang peringkat Negeri Perak di Parlimen Bagan Datuk.

BAGAN DATUK, 27 Feb (Bernama) - Perbadanan Kelapa dan Nanas Malaysia akan diwujudkan bagi memastikan kelapa diangkat sebagai komoditi utama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini kerana percantuman antara kedua-dua perbadanan itu dilakukan sebagai satu langkah untuk menyelaraskan usaha dan pentadbiran peladang dari Bagan Datuk termasuk Kawasan Pantai Barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang merupakan pengeluar utama komoditi itu. Katanya penubuhan perbadanan itu adalah sejajar dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menyarankan pada Majlis Ekonomi dan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk menjadikan kelapa sebagai komoditi utama negara. "Mengapa kita menyarankan (perbadanan) sedemikian, kerana kita mengimport kira-kira 7.5 juta biji kelapa setahun dan ia tidak dapat menampung permintaan pengguna di negara ini.  "Dalam keadaan itu, saya mahu LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) merancang jangka masa panjang kerana terdapat 100,000 peserta (LPP). Jadi dengan adanya pembentukan perbadanan nanas dan kelapa, ia mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran kelapa tempatan seperti kelapa pandan, matag dan gading," katanya. Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata demikian dalam ucapan perasmian Karnival Jalinan Peladang peringkat Negeri Perak di Parlimen Bagan Datuk di Perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang di sini hari ini. 

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tan Sri Zainal Dahalan dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK negeri Datuk Zadzri Ismail dan Pengerusi AJP PPK Hutan Melintang Datuk Khairuddin Tarmizi. Ahmad Zahid berkata dengan adanya perbadanan Kelapa dan Nanas Negara itu, beliau berharap sektor berkenaan akan mendapat perhatian sewajarnya daripada semua pihak terlibat. Jelasnya lagi perkara itu amat penting bagi mengelak kegagalan yang pernah dialami pengusaha pekebun kelapa matag di negara ini. Justeru itu, Ahmad Zahid mengulas kerajaan telah memberi peruntukan awal sebanyak RM50 juta untuk PPK seluruh negara mencari jalan untuk program penanaman semula kelapa berkenaan. -BERNAMA


(5) LAPORAN 4: BERNAMA
Lembaga baharu urus pertanian

03 November 2017 3:00 AM


TAJUDDIN ABDUL RAHMAN bersalam dengan orang ramai yang 
menghadiri majlis sambutan Deepavali peringkat Parlimen 
Pasir Salak di Langkap, Perak, kelmarin.– BERNAMA


PASIR SALAK 2 Nov. - Penggabungan pengurusan industri kelapa, nanas dan buah-buahan di bawah satu lembaga baharu akan menjadi pemangkin kepada nilai tambah produk pertanian terbabit. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, lembaga itu boleh menjadi satu badan yang mampu memberi cadangan nilai tambah untuk meningkat dan usaha untuk mempelbagaikan industri berkaitan produk berasaskan kelapa. Katanya, penggabungan itu akan menjadi sektor yang berpotensi besar dan mempunyai hala tuju bagi mengutarakan dasar lembaga terbabit. “Kerajaan nak bangunkan tanaman kelapa dan penanaman nanas supaya ia menjadi sektor berpotensi besar yang berinput menjana ekonomi negara. ‘‘Jadi takdalah industri kelapa hanya tertumpu kepada produk berasaskan minyak dan santan semata-mata sedangkan ia boleh dipelbagaikan,” katanya dalam Maj­­­lis Perayaan Hari Deepavali peringkat Pasir Salak di Langkap dekat sini malam tadi. Tajuddin berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 berkaitan pengurusan industri kelapa akan digabungkan di bawah satu lembaga bersama-sama industri nanas dan buah-buahan.  Selain itu Najib yang juga selaku Menteri Kewangan berkata, gabungan itu antara lain akan memberi faedah kepada pengusaha dan 10,000 pekebun kecil. Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, setakat ini negara terpaksa mengimport kira-kira 1.5 juta biji kelapa bagi menampung permintaan dalam negara. - BERNAMA.
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...


LEMBAGA BARU... MENJAGA KELAPA...
MENJAGA NANAS... SATU USAHA JUA...
MENTERI UMUM... JADI BERAPA LAMA...
SEMUGA INDUSTRI... TERUS BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Konkoi, Jelebu,
Negeri Sembilan,
Malaysia..
(11 Mac 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.