Tuesday, March 27, 2018

KENTANG PUTAR - ENAKNYA

KENTANG PUTAR (mashed potato) merupakan sejenis makanan yang sangat popular di beberapa restoren makanan segara terutama di Kentecuky Fried Chicken (KFC), McDonald, Marry Brown dan banyak lagi. Penulis blog memang gemar makan kentang putar terutama yang dihidangkan oleh KFC dengan berkuah lada sulah yang rasanya enak dan lemak (Sila lihat foto diatas). Makanan kentang putar di KFC sering dihidangkan bersama ayam goreng KFC (Original atau Spicy) dan produk lain seperti Burger, Salads, Kentang Wedges, Sayuran Kobis (Coleslaw), minuman panas, minuman sejuk dan banyak lagi menu. Bagaimana pun kesemua makanan direstoren ini boleh dimakan didalam restoren atau dibungkus melalui drive-trough dibeberapa lokasi dibandar-bandar utama di Malaysia dan seluruh dunia. Makanan dari KFC yang enak dimana selalunya penulis paling suka tentunya kentang putar kerana sudah serasi dengan citarasa penulis berbanding dengan produk kentang putar daripada restoren makanan segera yang lain. Sebaiknya jika tidak mahu makan ayam goreng atau pun burger ayam penulis blog hanya membeli kentang putar sahaja sama ada Saiz Kecil, Saiz Sederhana atau saiz besar. Makan kentang utar KFC memang mengenyangkan dan memberikan banyak tenaga kepada semua yang suka memakannya kerana banyak karbohiderat yang boleh menghasilkan gula dan tenaga. Kalau dahulu jika ingin makan kentang putar perlu pergi kerestoren makanan segera tetapi kini telah ada kaedah untuk menyediakan sendiri kentang putar dirumah. Artikel malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai penyediaan makanan kentang putar dan kehebatan makanan berasaskan kentang sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.


Kentang (Glysine max) merupakan tanaman jenis umbisi yang kini hasilnya telah dikomersilkan diseluruh dunia melalui rantaian restoren makanan segera. Melalui restoren seperti KFC dan beberapa lagi, produk makanan berasaskan kentang telah dimakan oleh semua penduduk dunia dengan konsep yang sama diseluruh dunia dari segi resepi, menu, citarasa dan juga piawaian. Melihat menu di KFC tentunya semua orang ingin mengunjunginya untuk mendapatkan makanan yang enak, lazat, cepat disediakan dan persekitaran yang selesa. Apa yang penting di KFC mereka mengutamakan keselamatan makanan dan kualiti makanan yang terjamin. Didalam menu mereka akan juga nyatakan jenis makanan dan harga dengan jelas dipaparkan (Sila lihat foto disebelah). Kini terdapat beratus-ratus kedai restoren makanan segera KFC daripada di Airport, Kompleks Membeli Belah utama, Bandr Besar, Pekan Kecil, RnR Lebuhraya dan sebagainya. Nili jualan daripada restoren KFC dijangka berbillion ringgit setahun dengan memberikan banyak luang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan industri ternakan ayam negara. 

Berbalik kepada makanan Kentang Putar yang menjadi tajuk utama kali ini lebih baik kita membuatnya sendiri dirumah untuk santapan ahli keluarga. Resepi yang ada ini dinamakan Resepi Kentang Putar Ala-KFC dimana ia boleh dibuat sendiri dengan bahan dan peralatan yang memang mudah diperolehi. Dalam perkara ini dua perkara yang perlu dilakukan adalah menyediakan Kentang Lenyek (kentang putar) dan juga menyediakan Kuahnya. Bagi tujuan membuat kentang lenyek atau kentang putar ini bahan yang diperlukan adalah Ubi kentang (5 biji), Susu segar (1 cawan) dan juga bahan serbuk lada sulah. Sementara itu bahan untuk membuat kuan adalah terdiri daripada 2 cawan air, 1 kuib ayam, 1 biji bawang besar (dikisar), 2 ulas bawang putih (dikisar), 4 sudu marjerin, 1 cawan tepung gandum serta juga sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah. Bagi kerja untuk membuat kentang lenyek ini pertama sekali adalah bersihkan kentang dan dibasuk dan kemudian dipotong-potong kecil (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya kentang ini direbus selama 20 minit  dengan api sederhana. Kemudian kentang tersebut ditoskan dan proses melenyek dijalankan dimana pada masa ini ia perlu digaulkan dengan susu segar dan juga bahan lada sulah. Lenyek sehingga menjadi lembut seakan lembut dimana kentang putar sudah pun siap dan dimasukkan dalam bekas khas. 

Bagi membuat Kuahnya pula maka perlu didihkan air dan masukkan kiub ayam bersama bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar. Kemudian ianya perlu direnehkan selama 10 minit dan ditutup api dan toskan air rebusan ini masukkan ke dalam sebuah bekas. Ketepikan dulu bahan ini dalam bekas. Seterusnya adalah untuk mencairkan bahan marjerin dengan memasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dalam kuali. Sentiasa kacau sehingga tepung larut dan tidak berketul. Kemudian dimasukkan air rebusan yang telah ditoskan tadi ke dalam campuran marjerin dan tepung (Sila lihat foto disebelah). Campurkan sedikit demi sedikit sehingga ia sebati. Langkah terakhir adalah menaburkan serbuk lada hitam dan lada sulah mengikut kuantiti dan citarasa anda kedalam kuah tersebut dimana kuah ini siap untuk dihidang. Tuang kuah ini kedalam kentang lenyek mengikut kadar dan kuantiti yang dikehendakki. Makanan kentang putar ini sudah sedia dihidang dan dimakan.

Penulis blog memang ada merujuk beberapa jurnal dimana ada dinyatakan dimana hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak tetpi ia juga mampu untuk meningkatkan kolesterol serta melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti. Kini ada laporan dimana bukanlah ubi kentang sahaja yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan tetapi yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan. Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia. Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang sebaiknya anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang. Tahukah anda selain membekalkan sumber untuk karbohidrat kentang dilapor mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?. Terdapat kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang maka kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi. Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet. Dkwa mereka makanan ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.

Laporan saintis nyatakan sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain. Secara kesimpulannya didakwa kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet. Ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas dengan bahan GlutenGluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai. Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar dari pada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten. Maka kini tidak hairan jika makanan ini sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur dan budaya dimana kentang kini twlah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu. Juga didalam carta piramid makanan dinyatakan dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi serta dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi. Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

KENTANG PUTAR... ENAK RASANYA...
BELI DI KFC.... HANYA SEKALI SEKALA...
MEMBUAT SENDIRI... SENANG SAHAJA....
MAKANAN BERKHASIAT... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomsit Expert,
Room 1317, Penthouse Floor,
Hotel Hitlon, Kuching,
Srawak, Malaysia.
(12 Rejab 1439H).
25 March 2018..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.