Sunday, March 18, 2018

BENIH KULTUR TISU KELAPA - TEKNOLOGI (Part 3)

BENIH KULTUR TISU KELAPA (Cocos nucifera) kini terus menjadi perbincangan pada saintis dan ahli pembiakbaka tanaman seluruh dunia. Tanaman kelapa kini merupakan tanaman penting dibeberapa negara sebagai sumber ekonomi negara tersebut. Pada masa kini keluasan tanaman kelapa dunia adalah sekitar 61.4 juta hektar dengan negara Indonesia menanam seluas 19.1 juta hektar diikuti oleh Filipina (14.7 juta hektar), India (11.1 juta ha), Brazil (2.9 juta ha) dan Sri Lanka (2.2 juta ha) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 61 juta metrik tan (Sumber: FAO Statistic Report, 2014). Malaysia hanya mempunyai sekitar 97,500 hektar kawasan tanaman kelapa pada tahun 2014. Terdapat lebih daripada 90 negara yang menanam kelapa diseluruh dunia dimana kebanyakannya adalah di kawasan Asia. Tanaman kelapa kebanyakannya adalah dikawasan tanah pamah terutama dikawasan pesisir pantai dan kawasan berpulau-pulau dimana ia merupakan tanaman yang paling sesuai untuk diusahakan. Kelapa merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan jangkahayat mampu sehingga 50 tahun dan masih lagi mengeluarkan hasil. Ia mampu tumbuh sehingga 30 meter tinggi (98 kaki) dengan mempunyai daun dari pelepah berukuran 4-6 meter panjang dalam dikelaskan sebagai 'pinnate leaf'. Mempunyai dua kategori pookok kelapa iaitu JENIS TINGGI (Tall variety) dan JENIS RENEK (Dwarf variety). Kacukan antara keduanya dan bersilang akan menghasilkan jenis KELAPA HIBRID (Hybrid variety). Kelapa lazimnya akan dibiakkan dengan biji benih yang terhasil daripada pokok induk yang matang. Secara marfologinya setiap mayang kelapa mempunyai kedua-dua bunga betina dan jantan yang akan melakukan proses pendebungaan sendiri atau ia lakukan pendebungaan bersilang dengan pokok lain. Agen pendebungaan adalah seperti angin, seragga (lebah madu, kelulut, lebah madu, kerengga, semut, tebuan dan lain2). Hasilnya adalah buah kelapa matang yang boleh dibuat pemilihan untuk dijadikan benih tanaman kelapa. Kini kajian dan penyelidikan terus dijalankan untuk mendapatkan benih kelapa dengan kaeda 'in-vitro propagation technique' atau mudahnya kita sebut sebagai kaedah Kultur Tisu Didik (Tissue Culture). Penulis blog sering ditanya petani dan rakan-rakan kenapa tidak boleh mendapatkan benih kelapa hibrid MATAG jika ia boleh dikeluarkan dengan kaedah kultur tisu?. Memang sukar memberi kefahaman mengenai perkara ini. Oleh itu artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perkara ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Kaedah ke 2 didalam tujuan pembenihan atau pembiakan kelapa adalah dinamakan sebagai Kultur Embryo Zygotic Matang  (Mature zygotic embryo culture). Ini adalah kerana selain dari pembiakan secara klonal, teknologi kultur embrio memberikan kesan penambahbaikan kepada tanaman. Kaedah ini adalah memberikan keutamaan kepada kemudahan pengumpulan, pertukaran dan konservasi (collection, exchange and conservation) janaplasma kelapa itu sendiri. Kultur Embrio melibatkan penggunaan embrio daripada biji kelapa didalam makmal dan bekas dan medium yang bebas kuman (sterile nutrient medium). Daripada kaedah menggunakan media lain, endosperm didalam biji kelapa akan membekalkan semua keperluan semulajadi untuk embrio dalam biji bercambah sehingga menjadi  benih kelapa berkualiti. Kaedah In-vitro dilakukan dimana embrio benih yang tumbuh tadi dialihkan kenurseri dalam masa 6 - 8 bulan untuk ianya didedahkan kepada persekitaran. Selepas beberapa bulan proses pengerasan (hardening process) maka ia sudah boleh ditanam diladang. Teknologi pembiakan kultur embrio merupakan satu pendekatan yang mudahdilakukan dimana ia dibuat unutk 3 sebab utama iaitu Menyelamatkan Embrio (embryo rescue), Pertukaran Janaplasma (Germplasm exchange) dan juga Konservasi Janaplasma (Germplasm Conservation). Di Malaysia telah dijalankan kaedah ini dimana beberapa pusat pertanian Jabatan Pertanian dan MARDI telah menjalankan aktiviti ini. Penulis blog yang pernah terlibat dengan industri kelapa faham apa perkara yang dimaksudkan diatas.

Kaedah pembiakan kelapa dengan cara Menyelamatan Embrio dilakukan dimana ada sebab benih kelapa tersebut gagal untuk membiak secara semulajadi (to save embryos that fail to develop naturally). Sebagai contoh seperti KELAPA DIKIRI di Sri Lanka yang mana ia ada isi kelapa yang lembut seperti jeli (jelly) yang memenohi semua isi kelapa (Tiada air kelapa seperti kelapa biasa lain). Endosperm kelapa ini yang lebih berbentuk cecair pekat dan likat menyebabkan kelapa ini tidak boleh bercambah sendiri. Kelapa seperti ini mempunyai berbagai nama sendiri iaitu mengikut negara seperti dinamakan dengan nama Kelapa MAKAPUNO di Filipina, Kelapa KOPYOR di Indonesia, Kelapa THAIRU THENGAI atau GHEE THENGAI atau NEI THENGAI di India dan juga dinamakan sebagai Kelapa  MAPHARAO KHATI di Thailand. Penulis blog hanya ada jumpa sepokok kelapa Macapuno ini di Pusat Pertanian Kelapa Teluk Baru, Bagan Datoh, Perak dan dapat rasa keenakan isi buahnya pada tahun 2015. Anda boleh juga membaca mengenai kelapa Macapuno dalam tulisan saya sebelum ini dengan membuat pautan (Sila klik disini). Pada masa ini kelapa makapuno ini merupakan makanan eksotik atau delicacy yang unik dijual dengan harga amat mahal di Filipina. Benih kelapa macapuno yang didapati ada dijual di Filipina dengan harga tinggi (Sila lihat foto disebelah) dan sukar diperolehi daripada pokok induknya. 

Sementara itu kelapa Dikiri di Sri Lanka pun hanya tumbuh dan ditanam khusus dikawasan tertentu sahaja seperti mana di Weligama iaitu hanya di Daerah Matara sahaja. Kajian menunjukkan hanya 2 - 20% sahaja biji kelapa Dikiri di Sri Lanka yang dituai lazimnya boleh dijadikan benih tanaman. Harga benih yang teramat mahal didapati menyebabkan ia kurang ditanam. Harga kelapa Makapuno dan Dikiri ini biasanya dijual 10 -15 kali ganda daripada harga sebiji kelapa biasa. Kelapa ini mempunyai isi lembut seperti jeli dengan manis isinya dan lembut (Sila lihat foto disebelah). Walau pun ada permintaan benih kelapa jeni ini denga banyak tetapi ia sukar diperolehi. Walau terdapat usaha untuk membiakkan kelapa jenis ini dengan teknologi Somatic Embryogenesis menggunakan ovari mandul dilakukan tetapi kajian lanjut masih diperlukan. Masaalahnya dimana benih Kelapa Dikiri atau Makapuno atau Kelapa Kopyor tidak boleh bercambah dalam keadanan biasa. Ini kerana endosperm yang ada dalam biji kelapa akan busuk (rot) apabila buah matang  yang tidak membolehkan benih bercambah. Sekarang ini Coconut Research Institute (CRI) di Sri Lanka telah berjaya menggunakan teknologi kultur embrio untuk selamatkan kelapa Dikiri. Jika diperolehi dimana embrio dalam buah kelapa matang yang diperolehi itu normal, ia boleh diambil dari kernel yang abnormal dan di kultur didalam media dimakmal yang sesuai. Kajian ada menunjukkan ia boleh menghasilkan sekitar 75 - 100% kejayaan untuk menjadi benih tanaman. Penanaman kelapa jenis ini mesti diasingkan (isolated) dengan kelapa biasa lain untuk membolehkan ia tidak berlaku pendebungaan silang. Kini beberapa kawasan di Filipina, Indonesia, Sri Lanka dan Thailand dilaporkan membangunkan kawasan khusus untuk kelapa seperti ini dengan jayanya.
Anda boleh membaca artikel bersiri ini dalam Part 1, Part 2 dan Part 4 untuk memahami kesemua perkara mengenai tajuk diatas. Semuga pembaca blog anim agro technology kali ini mendapat info terbaik. Wasallam!!!...
MEMBUAT KAJIAN... BENIH KELAPA... 
BENIH BIJI KELAPA...ITU CARA BIASA...
CARA KULTUR TISU... BOLEJKAH DIA?...
MEMBACA JURNAL... DIRUJUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1439H)
Bersamaan 15 Mac 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.