Saturday, March 31, 2018

JUALAN SENTUHAN RAKYAT - TESTIMONI

JUALAN SENTUHAN RAKYAT merupakan satu program yang amat popular dan mendapat sambutan baik dikalangan rakyat Malaysia untuk meringankan beban sara hidup. Kita boleh bayangkan jika satu tin kecil sardin hanya dijual harga 20 sen manakala barangan keperluan lain boleh diperolehi dengan lebih murah berbanding harga biasa di kedai dan dipasaraya dalam program ini yang dilakukan dibeberapa lokasi. Semua itu hanya boleh diperolehi pada Program Jualan Sentuhan Rakyat yang sedang diadakan di seluruh negara dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Oleh itu tidak hairanlah ia mendapat sambutan yang hangat dan orang ramai sanggup datang seawal dua jam sebelum jualan dibuka kepda pengguna. Kesemua barang akan habis dijual dalam tempoh dua jam sahaja. Rata-rata pengunjung ketika ditemui di beberapa kawasan program didapati melahirkan rasa puas hati dan memuji usaha oleh pihak kerajaan persekutuan itu serta berharap program baik seumpama ini diteruskan. Mereka berpendapat program seperti ini perlu diteruskan dengan menganggap program jualan itu sangat membantu meringankan beban rakyat. Ramai juga mendakwa ia sangat bagus apabila beberapa jenis barang keperluan dapur yang memang perlu dibeli setiap bulan ada dijual dengan harga murah. Kini dengan adanya program ini yang dilihat dimana ia memang amat mengurangkan bebanan dihadapi rakyat dalam mereka berbelanja. Harga yang diberikan adalah memang murah serta sangat berpatutan. Kepada mereka yang susah pun mampu datang untuk membeli kerana melihatkan harganya memang jauh lebih murah daripada di pasaraya. Ramai penduduk tempatan yang membeli dan berharap ia akan diperluaskan agar semua rakyat negara ini dapat membeli pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang agak rendah. Tinjauan umum di beberapa lokasi program yang ada membuat Program Sentuhan Rakyat mendapati rata-rata barangan dijual adalah lebih murah iaitu kurang antara RM1 dan RM5 berbanding harga di pasar raya dan kedai runcit biasa. Tinjauan rambang juga mendapati diantara barangan itu ialah susu krim pekat manis dijual dengan harga RM1.50 setin berbanding harga biasa RM2.60 manakala lampin pakai buang RM28.90 (kedai biasa harga diantara RM33 dan RM35 seunit). Tujuan asal Pogram Jualan Sentuhan Rakyat itu bagi membantu rakyat dalam mengurangkan kos sara hidup dalam membeli barangan keperluan harian. Program ini perlu juga diperhalusi sepanjang masa bagaimana hendak membantu rakyat biasa untuk mengurangkan kos sara hidup. Program ini biasanya diadakan mengikut kawasan Parlimen dimana ada Parlimen yang dibuat sekali dalam sebulan ada yang dua kali dalam sebulan. Kerajaan telah memberikan subsidi harga untuk satu program jualan meliputi lebih 30 item barangan utama antaranya ikan, sayur, telur dan tepung. Program ini melibatkan oleh beberapa buah agensi dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan ia turut dibantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan serta beberapa buah pasar raya. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam ''Anim Agro Technology'' beberapa testimoni media oleh tempatan mengenai program jualan sentuhan rakyat sekadar untuk dikongsi bersama semua pembaca blog ini.



(1) 5,000 serbu Jualan Sentuhan Rakyat
Berita Harian
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

JEMPOL: Jualan Sentuhan Rakyat anjuran UMNO Bahagian Jelebu dan Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sungai Lui di sini, hari ini diserbu kira-kira 5,000 pengunjung yang mahu mendapatkan barang iaitu makanan dan keperluan pada harga lebih murah. Daging lembu, ayam, beras, minyak masak dan ikan bilis antara yang dijual lebih murah daripada harga semasa. Sebanyak empat tan minyak masak yang dijual pada harga RM1.25 sepaket berbanding RM2.50 harga pasaran, habis dijual dalam tempoh tidak sampai sejam. Orang ramai juga turut menyerbu gerai menjual daging yang dijual dengan harga RM25 sekilogram termasuk tulang, hati dan limpa. Abdul Kadir Samah, 50 dari Ayer Hitam berkata, jualan itu memberi manfaat kepadanya untuk membeli barang keperluan dengan harga lebih murah. Katanya, beras yang biasa dijual di pasaran berharga RM26 bagi pek 10 kilogram boleh didapati dengan harga RM22 sekilogram sekali gus dapat berjimat sebanyak RM4. "Saya percaya, jika jualan sentuhan rakyat ini kerap diadakan ia akan memberi impak yang sangat baik kepada rakyat dan beri tekanan kepada pemborong dan peniaga untuk berfikir banyak kali sebelum menaikkan harga barang," katanya. Suri rumah, Napisah Mohamad, 59, berkata beliau berbelanja sebanyak RM100 bagi membeli barang keperluan dapur. Katanya, beliau cuba membeli lebih minyak masak namun tidak berjaya berikutan hanya dibenarkan membeli sebanyak dua paket sahaja seorang. "Ikan bilis saiz M dijual hanya RM14.90 sekilogram berbanding harga pasaran RM19. Jika jualan sentuhan rakyat ini diadakan seminggu sekali ia sangat membantu terutama rakyat berpendapatan rendah," katanya. Hadir sama pada program berkenaan Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali.


(2) Jualan Sentuhan Rakyat ringankan kos sara hidup
Berita Harian
Oleh Badrul Kamal Zakaria
badrulkamal@bh.com.my


TANGKAK: Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Ledang yang pertama kali diadakan diharap dapat didalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mendorong peniaga untuk turut menurunkan harga barangan keperluan pada masa depan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri, berkata program anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu diharap membantu rakyat, terutama di Parlimen Ledang, untuk mendapatkan barangan dapur berkualiti pada harga murah. "Melalui program ini, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga antara lima sen hingga RM1 lebih murah bagi produk atau setiap kilogram berbanding yang ditawarkan dalam pasaran semasa. "Sebanyak 17 jenis barangan dijual seperti pelbagai ikan, ayam, cili, beras, susu tin dan Milo. Kita berharap inisiatif ini akan dapat secara langsung untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, terutama dalam menguruskan perbelanjaan dapur mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Ledang di pekarangan pasar raya besar Giant di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang, Khairin Nisa' Ismail. Penganjuran program itu turut mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pasar raya besar Giant Muar. Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, program sama akan diadakan dua minggu sekali dengan dipecahkan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Ledang, iaitu DUN Serom, Gambir dan Tangkak. "Selain dilihat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, kita juga berharap program ini secara tidak langsung memang dapat menurunkan harga barangan seumpama ini di kawasan lain. "Apabila ada tawaran harga barang lebih murah seperti melalui program ini, diharapkan pihak lain seperti pasar raya, pasar raya mini, kedai runcit dan pasar akan turut menurunkan harga barangan ini kelak," katanya.


(3) Jualan Sentuhan Rakyat perlu diperhebat
Utusan Malaysia
oleh Wan Zulkifli Yaacob
Din (bertopi) bermesra dengan seorang pengunjung dalam 
Program Sentuhan Rakyat di Dungun hari ini.-UTUSAN ONLINE

DUNGUN 20 Jan.- Stok barangan makanan dan keperluan asas lain yang dipasarkan habis dalam waktu singkat dalam Program Jualan Sentuhan Rakyat yang turut diadakan di sini hari ini. Di luar jangkaan dimana orang ramai yang datang untuk membeli-belah di pekarangan masjid Pulau Serai di sini berharap program sebegini dapat diadakan lebih kerap. Ia digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Dungun bersama penglibatan agensi dan swasta termasuk Fama, LKIM dan Tunas Manja Group dengan kerjasama UMNO bahagian.  Pegawai Pembangunan Daerah, Datuk Din Adam yang juga Ketua UMNO bahagian ketika menyempurnakan pelancaran memberitahu, program sebegini akan cuba diteruskan setiap di lokasi berbeza. "Bekalan stok untuk pasaran juga akan cuba dipertingkatkan. Ini membolehkan lebih ramai anggota maayarakat  mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah di pasaran. "Selain membantu meringankan beban kos sara hidup, pendekatan sebegini diharapakan turut mendorong kalangan peniaga dan pengeluar untuk turut menurunkan harga di pasaran dengan tidak mengutamakan keuntungan semata-mata. "Dengan adanya program seumpama ini juga dapat memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil lain untuk turut serta," ujarnya. Menurut Din ada pelbagai pendekatan yang diusahakan dalam aspek kebajikan rakyat menunjukkan kerajaan sentiasa peka dengan setiap permasalahan, dan mencari jalan untuk mengatasi.- UTUSAN ONLINE


(4) 1,000 penduduk serbu Jualan Sentuhan Rakyat
Harian Metro
Hidayatul Akmal Ahmad
PENDUDUK setempat membeli barangan 
di Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Wangsa Maju.
KUALA LUMPUR, Mac. - Lebih 1,000 penduduk membanjiri Jualan Sentuhan Rakyat di Flat Sri Kedah, dekat sini dimana ia menawarkan pelbagai barangan keperluan dengan harga jauh lebih murah dari pasaran. Pengerusi Rukun Tetangga, Zainal Abidin Abd Rahman 51, berkata, terdapat sekurang-kurangnya 50 gerai jualan yang menjual keperluan asas seperti ikan segar, Q’Fish (ikan segar beku), ayam, minyak masak, tepung, gula, beras, sayur dan buah-buahan.  “Program ini julung kali diadakan dan mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). “Penganjuran ini tidak berorientasikan keuntungan sebaliknya untuk keperluan golongan pertengahan dan rendah di Parlimen Wangsa Maju. Sambutan diterima sangat luar biasa dan jika tiada halangan ia diharap dapat dijadikan program tahunan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Selain jualan barangan keperluan harian, turut diadakan pemberian beg sekolah kepada 100 murid sekolah terawal, baucer RM20 kepada 300 penduduk terawal serta pemberian cermin mata untuk rabun dekat. Penduduk, Zuriana Abu Hassan 44 berkata, Jualan Sentuhan Rakyat yang bermula sejak jam 8 pagi hingga 12 tengah hari memberi peluang kepadanya membeli barang keperluan dengan harga lebih menjimatkan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2018 @ 9:36 AM


(5) Jualan Sentuhan Rakyat diserbu
Sinar Harian
MOHD AZLIM ZAINURY
Hampir 5,000 pengunjung menyerbu jualan barangan 
keperluan menerusi Program Jualan Sentuhan Rakyat 
di perkarangan Pasar Binjai Rendah hari ini.

MARANG - Hampir 5,000 pengunjung menyerbu jualan barangan keperluan menerusi Program Jualan Sentuhan Rakyat di perkarangan Pasar Binjai Rendah yang berakhir jam 11 pagi tadi. Pelbagai barangan keperluan harian membabitkan 30 jenis barangan boleh didapati antaranya ikan, ayam, daging, beras dan susu dijual dengan harga lebih rendah berbanding pasaran. Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang berkata, program itu diharap dapat memberi manfaat dan meringankan kos perbelanjaan penduduk bagi menikmati tawaran harga rendah. “Ini adalah antara usaha murni kerajaan untuk membantu rakyat. Apa yang lebih penting adalah harga yang ditawarkan pada hari ini jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya di sini hari ini. Beliau yang juga Adun Pengkalan Berangan itu turut memaklumkan program sama akan diadakan di Dun Rhu Rendang, Dun Alur Limbat dan Dun Bukit Payong pada masa ditetapkan selepas ini. Sementara itu, seorang pengunjung, Hasnah Abdullah, 64, berkata, program anjuran pihak kerajaan tersebut terbukti dapat meringankan beban rakyat dan patut diadakan secara berterusan. "Saya amat berterima kasih kepada penganjur program kerana rasa lebih selesa untuk berbelanja sempena program jualan rendah seperti ini kerana harga barang dijual adalah murah,” katanya.

Semuga rencana ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Dari beberapa testimoni akhbar dan media tempatan ini ia boleh dijadikan asas untuk beberapa program seperti ini dijalankan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Wasallam!!!..
PROGRAM JUALAN... SUDAH DIATURKAN...
HARGA MURAH... BERDUYUN DIKAWASAN...
DALAM DUA JAM... SEMUA DISELESAIKAN...
MEMBANTU RAKYAT... HARUS DITERUSKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar BAru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(10 Rejab 1439H).

Friday, March 30, 2018

MONYET - PETUA MENGAWAL

MONYET atau KERA (Sub-order: Haplorhini) adalah haiwan yang sering kita jumpa dikawasan taman rekreasi, kebun, kampong dan juga dimana-mana ia boleh mendapatkan makanan dan membiak. Haiwan ini adalah haiwan jenis omnivor iaitu ia lazimnya akan makan tumbuhan (Bahagian buah, daun bunga, biji dan pucuk) dan juga menjadi haiwan pemangsa kepada haiwan lain. Terdapat lebih daripada 260 spesis monyet diseluruh dunia dimana monyet adalah jenis Mamalia berdarah panas yang dari Order Primate. Monyet juga jenis haiwan yang mampu bergerak dengan cepat diatas pokok, diatas darat malahan berenang merentasi sungai. Kepantasan bergerak didahan dan batang pokok serta lompatan jauh membolehkan haiwan ini menganggu kehidupan manusia sama ada menyerang dapor rumah atau didalam kebun petani. Kehadiean kelompok monyet atau gerombolan monyet ketika tanaman sedang berbuah hampir masak dimana ia menyebabkan petani akan kehilangan hasil pendapatan. Di kampong saya di Gersik, Muar terdapat banyak pokok buah-buahan seperti pisang, rambutan, mangga, nangka, betik, petai dan sebaganya. Bagaimana pun lazimnya simonyet ini atau panggilan manja dipanggil sebagai "CHE MON" ini akan datang dan makan buah-buahan yang masih muda, mentah apalagi kalau ia telah hampir masak. Selain daripada makan buah, monyet juga akan merosakkan tanaman dengan mematahkan dahan atau menruntuhkan buah-buahan yang ada pada pokok. Kajian saya mendapati purata masa makan seekor monyet ialah lebihkurang selama 20 minit dan boleh makan sehingga 20 kali. Makanannya terdiri daripada pelbagai jenis seperti buah-buahan, batang pokok, ketam, bunga-bungaan, serangga, cendawan, rumpai, malah ada kalanya memakan tanah liat. Tabiat pemakanan yang lahap itu menjadikan monyet menjadi masalah kepada para petani. Ia mudah dan cepat membiak jika mempunyai makanan yang cukup dan sering tinggal berkelompok. Artikel malam Jumaat ini saya gembira untuk menulis lagi artikel ke 4,782 dalam "Anim Agro Technology" mengenai monyet dan berapa teknologi atau teknik atau petua yang kita boleh lakukan untuk tujuan mengawalnya. 

Pengalaman penulis blog yang telah lama berkecimpung dalam bidang pertanian selama lebih 35 tahun mendapati yang monyet atau kera merupakan haiwan yang berkumpulan. Jika monyet ingin melakukan serangan dikebun lazimnya agak sukar bagi para petani mengawal haiwan tersebut daripada menceroboh kawasan tanaman. Berdasarkan pengalaman saya beberapa kali menghadapi pencerobohan oleh haiwan ini, serangan awal biasanya akan dilakukan oleh satu atau dua ekor monyet sahaja dikawasan sasaran. Kemungkinan besar ia sememangnya ditugaskan oleh ketua kumpulan mereka untuk meninjau keadaan dahulu. Serangan berikutnya akan disertai oleh lebih ramai monyet tetapi tidak melibatkan anak-anak monyet yang masih kecil. Kemuncak serangan ialah apabila keseluruhan anggota dalam kumpulan, termasuk anak-anak monyet yang masih menyusu. Ketika itu selalunya tanaman yang sekian lama dibaja dan dipelihara oleh para petani akan ranap, seolah-olah baru sahaja dilanda tsunami. Monyet adalah haiwan yang dikategorikan sebagai 'lebih pintar' daripada haiwan-haiwan jenis lain dengan cara hidup bermasyarakat atau berkumpulan. Menjadi masaalah kepada penduduk kampong yang mana ia dijadikan pusat habitat monyet seperti di Tg Agas Muar, Johor dimana monyet yang banyak ini akan menyerbu kereta yang membawa makanan kepada mereka. Jika makanan banyak maka monyet ini akan cepat membiak dan populasinya meningkat berganda dalam jangkawaktu singkat sahaja.

Penulis blog yang sering meninjau banyak projek pertanian yang menanam tanaman makanan berhampiran hutan atau belukar sering didedahkan dengan masaalah oleh serangan monyet kepada tanaman mereka. Kesan serangan monyet ini selalu berlaku daripada masa peringkat awal penanaman sehingga pada peringkat sebelum menuai hasil. Bergantung kepada jumlah populasi gerombolan monyet atau jenis makanan daari tanaman dikebun, kadar kerosakkan boleh mencecah 100% jika tidak dikawal serangan ini. Oleh itu sebagai panduan bagi petani yang ada menanam tanaman makanan dan menghadapi masalah serangan monyet boleh membaca blog saya dalam beberapa siri (Sila klik disini), (Sila klik Disini) dan banyak lagi. Bagaimana kaedah mengawal yang cekap, murah dan berkesan. Lazimnya apabila ada tanda-tanda tanaman dirosakkan oleh haiwan tersebut, segeralah mengambil langkah-langkah sewajarnya sebelum tiba kemuncak serangan itu. Mengikut peraturan masyarakat atau organisasi monyet, lazimnya mana-mana ahli sesuatu kumpulan yang menemui makanan sudah pasti dia akan memanggil rakan-rakan dalam kumpulannya. Mana-mana monyet yang melanggar peraturan itu maka ia akan menerima padah dengan serangan ganas dari ahli-ahli kumpulannya yang lain. Kini kebanyakan kumpulan monyet, termasuk beberapa kumpulan yang terdapat di Daerah Kunak, tidak lagi takut dengan kelibat manusia. Bahkan, kehadiran manusia mereka pandang sebagai suatu peluang untuk mendapatkan makanan dengan mudah. 


Di peringkat ekstrim selalu ada kumpulan monyet yang menyerang manusia. Pada Oktober tahun 2016 ada dilaporkan dimana seorang bayi telah meninggal dunia akibat diserang monyet. Bayi berusia empat hari itu sedang tidur di ruang tamu rumahnya iaitu berlaku di Negeri Sembilan ketika seekor dari monyet telah menceroboh ke rumah tersebut dan melarikan bayi kecil berkenaan. Ibu bayi tersebut hanya meninggalkannya seketika untuk ke bilik air sedang datuknya ke dapur untuk mengambil secawan air untuk diminum. Apa pun mujur bagi para petani, monyet merupakan haiwan diurnal dimana biasanya dia aktif di siang hari dan berehat atau tidur pada sebelah malam. Oleh itu cara kawalan oleh orang  kampong terhadap tanaman yang berisiko diserang kumpulan monyet hanya perlu dilakukan di siang hari. Antara kaedah kawalan yang boleh dilakukan seperti membaling MERCUN BOLA  dan mercun ketupat dimana ada monyet. Ini kerana monyet amat takut dengan bunyi mercun dan bau belerang. Pada monyet ia sama dengan bunyi senapang yang mana petani ingin membunuhnya dan menyababkan monyet ini akan bertempiaran lari atau bersembunyi. Bagaimana pun apabila lapar mereka akan datang semula. Kaedah kawalan kedua adalah dengan menggunakan ALAT LASTIK. Walau pun kaedah ini adalah macam bermain sahaja tetapi jika monyet dilastik dan kena sasaran maka mereka akan ketakutan dan lari. Apa pun peluru lastik sebaiknya guna batu atau peluru keras yang boleh menyakitkan sang monyet. Melastik perlukan kemahiran dan kesabaran.


Paling menyeronokkan menghalau monyet tetapi meletihkan adalah dengan KEJAR GEROMBOLAN MONYET  dengan mengetuk tin-tin kosong yang bising. Sebenarnya monyet memang takutkan manusia tetapi perlu berhati-hati juga kerana jika gerombolan monyet banyak dan kita ada membawa makanan mereka akan menyerang manusia. Diantara kaedah yang sering dilakukan oleh petani adalah dengan Meletakkan PATUNG HARIMAU (Sila lihat foto disebelah). Patung harimau berharga diantara RM200 - RM500 ini bergantung kepada saiz dan kualiti patung harimau tersebut. Lazimnya monyet akan 'takut' melihat patung harimau pada peringkat awal sahaja tetapi lama kelamaan monyet sudah tidak takut lagi. Apa pun petani boleh gunakan AIR KENCING HARIMAU ASLI atau bahan Kimia KERIMO yang menakutkan monyet dan haiwan lain. Sapu dan letakkan bahan kencing ini kelokasi dimana monyet ini sering masuk untuk merosakkan tanaman dan lazimnya monyet yang ada bau ini tidak datang menyerang. Anda boleh baca artikel saya mengenai perkara ini dalam tulisan saya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Bahan KERIMO merupakan bahan kimia yang sama boleh digunakan bagi tujuan mengurangkan serangan perosak tanaman. Bahan lain yang didakwa mampu menghalau monyet adalah MINYAK KIBAS dari Mekah. Caranya dengan sapukan minyak ini kepada tiang kayu dan pokok dimana ada potensi serangan perosak. Lazimnya babi, monyet dan beberapa haiwan perosak lain akan takut dengab minyak ini.


Ada juga petani yang memberikan umpan makanan yang telah dicampur dengan racun. Apabila monyet makan UMPAN BERACUN ini akan menyebabkan ia kehausan dan mencari air untuk minum dan kemudian ia akan mati. Monyet lain yang tidak makan akan membiarkan umpan tersebut apabila melihat rakannya mati. Bagaimana pun cara ini merbahaya untuk binatang lain yang memakannya termasuk haiwan ternakan petani. Penggunaan racun ini sangat merbahaya dalam rantaian habitat dimana ia dipanggil sebagai 'racun 7 keturunan' iaitu jika biawak atau gagak yang makan bangkai monyet kena racun tersebut pun akan mati sama. Kaedah yang jarang penulis blog terfikir adalah menggunakan ULAR GETAH dilokasi dimana monyet melaluinya (Sila lihat foto disebelah). Ular getah dengan pelbagai saiz, warna dan juga bentuk boleh menakutkan sang monyet. Apa pun lebih baik ular getah ini disapu dengan bahan kimia KERIMO atau Kencing Harimau atau Minyak Kibas untuk menjadikan ia lebih berkesan. Ada satu lagi petua menghalau gerombolan monyet yang didakwa mengganggu disekitar kampong dan kebun. Caranya adalah dengan menangkap KETUA MONYET dan kemudian disembur cat dengan warna merah atau putih dan ia akan melarikan diri atau disingkirkan dari kumpulan monyet yang tidak akan datang mengganggu lagi. Ketua kera ini akan mendapat titlr sebagai 'Kera Sumbang' dimana kumpulannya akan membuang kera ini yang sudah berubah warna. Cara lain adalah dengan memasang PERANGKAP MONYET yang dibina dengan membina perangkap dengan dinding dawai BRC dan diatasnya puntu masuk dengan zink. Perangkap ini diletakkan umpan buah-buahan seperti pisang, betik, nangka dan sebagainya untuk monyet masuk tetapi tidak boleh keluar lagi. Monyet ini boleh dihantar kelokasi lain atau dimusnahkan. Begitulah beberapa kaedah bagaimana mengawal monyet yang mengganggu. Apa pun perlu diingat jika ada kes mendera haiwan maka sesiapa juga boleh disabitkan kesalahan dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722). Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SERANGAN MONYET...IA MERBAHAYA...
TANAMAN ROSAK.... HASILNYA TIADA...
PELBAGAI KAWALAN... MENGIKUT PETUA...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH INGIN CUBA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1313, Hotel Promenade,
Tawau, Sabah,
Malaysia.
(12 Rejab 1439H).

Thursday, March 29, 2018

TEKNOLOGI 'TEM' DAN NENAS

TEKNOLOGI 'TEM' kini merupakan satu pendekatan baru didalam penanaman nenas (Ananas comosus) terutamanya untuk nenas premium iaitu varieti MD2 (AC9). Teknologi TEM atau bermaksud sebagai 'Teknologi Effective Microorganism' diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian sebagai satu lagi pendekatan didalam pelbagai tanaman seperti nenas, durian, pisang, melon dan beberapa jenis sayuran seperti cili dan sayuran daun. Teknologi Effective Microorganisms ini telah banyak digunakan oleh para petani di berbagai negara lain di Asia seperti di Thailand, Taiwan, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lainnya di dunia seperti di Afrika, bahkan di USA, Perancis, Jerman, Portugal dan Switzerland. Ada di laporkan dimana di Indonesia kadar penggunaannya seperti di Bali, Sulawesi Selatan, Jawa Tengah, Lampung, Riau, Sumatera Selatan didakwa mampu meningkatkan hasil tanaman mencapai 4 (empat) kali ganda baik tanaman padi, jagung, cili, tomato, buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu kesan teknologi TEM ini berlaku terhadap berbagai jenis aktiviti akuakultur ikan dan aktiviti ternakan. Baja Organik Teknologi EM tersebut belum digunakan secara optima di Malaysia terutama dikalangan penanam nenas dan beberapa jenis buah-buahan lain. Di Malaysia penggunaan teknologi TEM ini dimulakan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia terhadap beberapa jenis tanaman seperti buah durian, pisang, nenas, limau manis dan banyak jenis sayuran. Penulis berpeluang membuat tinjauan penggunaan teknologi TEM ini untuk tanaman nenas MD2 di beberapa buah ladang termasuk yang dijalankan di Kedah, Perak, Johor dan Pahang. Pada masa ini seluas 13,774 hektar tanaman nenas pada tahun 2016 telah dilakukan oleh pengusaha tanaman nenas dimana sebanyak 68% daripada keluasan tersebut berada dalam Negeri Johor. Antara jenis nenas yang ditanam dengan meluas adalah Nenas Moris, Nenas N36, Nenas Josapine, Nenas Gandul dan terkini adalah Nenas MD2. Ada beberapa penanam nenas terutama nenas varieti MD2 yang telah mengamalkan penggunaan teknologi TEM atau pun Teknologi Plant Booster dalam kebun mereka. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perkara ini untuk dikongsi bersama pembaca.


Teknologi TEM dan Teknologi 'Organic Plant Booster' telah didakwa mampu untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman serta ketahanan pokok seperti tanaman nenas yang manghasilkan makanan. Pada masa ini di negara kita penggunaan mikroorganisma tempatan dilihat mempunyai prospek yang luas dan dijangka menjadi satu pencetus industri baharu yang akan menyokong lagi tentang tahap perkembangan industri pertanian khususnya dalam aktiviti pertanian organik di Malaysia. Terdapat pelbagai kaedah untuk penghasilan mikrob berfaedah (Beneficial microbe) secara semula jadi dilaksanakan penggiat pertanian dinegara kita. Diantaranya kaedah pemerangkapan mikrob di bawah pokok buluh atau hutan, kaedah pemeraman dengan menggunakan bahan-bahan seperti susu, sayur-sayuran dan buah-buahan serta pemeraman isi perut haiwan ruminan. Kebanyakan kaedah ini menghasilkan kumpulan beberapa jenis mikrob seperti Lactobasillus sp, Fotosintetik bakteria dan yis (yeast). Kebanyakan kaedah-kaedah atau teknologi yang diamalkan di negara ini adalah seperti pemerangkapan mikrob daripada kawasan pokok buluh yang dikenali sebagai Indigeneous Mikroorganism (IMO) yang diperoleh dari Korea dan juga pemeraman mikrob daripada haiwan ruminan serta susu yang dikenali sebagai bahan Beneficial Indegeneous Microorganism (BIM) diperoleh dari Jepun. Kini penggunaan nama IMO dan BIM hanya untuk membezakan dua kaedah serta sumber kedapatan mikrob yang berbeza. Terpulang kepada petani untuk memilihnya mengikut keadaan setempat serta kepada kebolehan mendapatkan bahan-bahan organik tersebut. Jabatan Pertanian Malaysia juga memperkenalkan teknologi penghasilan baja cecair seperti Fish Amino Acid (FAA), Fermented Plant Juice (FPJ), Fermented Fruit Juice (FFJ) dan kompos. Kepada petani dan penanam nenas boleh mendapatkan kaedah penyediaan TEM dan Plant Booster daripada pihak mereka. Walau pun kini ada produk TEM yang dikomersilkan penulis meraskan dengan cara membuatnya sendiri adalah lebih efektif, murah, mudah dan lebih praktikal.

Bahan untuk membuat Plant Booster ini terdiri daripada belacan, nanas, pisang, betik dan kangkung perlu dikisar separa halus sebelum dimasukkan ke dalam satu bekas yang telap cahaya (Sila lihat foto disebelah). Kesemua produk ini bertindak sebagai baja dan pelengkap untuk kesuburan tanah serta tanaman. Seiring dengan perkembangan inovasi negara, kaedah pemerangkapan ini sentiasa berkembang mengikut kreativiti dan keupayaan untuk digunapakai oleh para petani. Secara tidak langsung dengan cara penambahbaikan ini ia berjaya menghasilkan satu kaedah baharu yang lebih mudah, cepat dan berkesan untuk diaplikasi dalam sektor pertanian. Hasil gabungan teknologi pertanian dari Korea, Jepun dan India terciptalah satu kaedah inovasi baharu daripada Jabatan Pertanian Malaysia yang diberi nama Organic Plant Booster (OPB). OPB adalah teknologi yang menggabungkan unsur-unsur seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan susu yang menghasilkan kumpulan dikenali sebagai  mikroorganisma berfaedah, enzim-enzim dan hormon-hormon pertumbuhan semula jadi. Ia tidak dikategorikan sebagai baja kerana mempunyai nilai nutrien yang sangat rendah bagi memenuhi keperluan tanaman. Oleh itu lazimya ia lebih berfungsi sebagai merangsang tanaman untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil serta ketahanan pokok melalui pengambilan nutrien yang lebih efisien. Bagi penyediaan OPB sebanyak 80 liter perlukan bahan mencukupi untuk digunakan terdiri daripada bahan seerti  molases atau gula merah sebanyak 3 kilogram (kg), belacan (3kg), buah nanas (5kg), telur (10 biji), susu (5 liter), buah pisang (5kg), buah betik (5kg), buah labu (5kg), kangkung (3kg), ragi (5 biji) dan air (50 liter). Kesemua bahan ini boleh dibeli atau dikumpulkan daripada kebun dan persekitarannya.


Penanam nenas juga perlu mengetahui bagaimana menyediakan bahan tEM dan Plant Booster. Sebaiknya bahan-bahan untuk mebuatnya diperolehi daripada sumber yang murah dan ada disekeliling kebun. Pembuatan Organic Plant Booster (OPB) ini adalah seperti berikut dimana bahan seperti Belacan, nanas, pisang, betik dan kangkung perlu dikisar separa halus dan dimasukkan ke dalam satu bekas yang telap cahaya. Kemudian bahan-bahan yang dikisar tadi dicampur dengan telur, susu segar atau susu tepung, gula merah dan air. Seterusnya bahan tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang sama dan dikacau sehingga sebati. Masukkan buah labu yang dipotong nipis dengan ketebalan 2 milimeter, panjang (5 hingga 6 sentimeter) dan lebar (2 hingga 3 cm). Akhir sekali taburkan ragi yang telah dipecahkan di atas permukaan labu atau media dan kacau sehingga sebati. Pastikan air yang digunakan untuk mengisar buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sebanyak 50 liter. Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan diperam melalui proses fermentasi antara tujuh hingga sepuluh hari di tempat yang gelap (Sila lihat foto disebelah). OPB ini dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas permukaan media dan berbau masam manis. OPB (tidak mengeluarkan miselium dan tidak berbau masam manis), sebanyak 0.5kg molases atau gula merah disyorkan untuk dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Kacau sehingga sebati dan bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan diperam semula melalui proses fermentasi selama seminggu. Setelah matang, OPB dikacau dan ditapis sebelum digunakan pada tanaman. Bagi tujuan penyimpanan stok TEM dan OPB sebaiknya petani juga perlu menyimpan di tempat yang gelap. Tempoh hayat penyimpanan OPB adalah enam bulan dan boleh dilanjutkan penyimpanan sehingga setahun dengan menambah 20 gram urea dan 500 gram gula merah. Apa yang penting adalah dimana petani mempunyai ilmu pengetahuan cukup mengenai perkara ini.


Aplikasi TEM dan Plant Booster pada tanaman Nenas diman bahan OPB dicairkan bersama air bersih dan dimasukkan ke dalam tong semburan mengikut sukatan yang telah disyorkan. Larutan tersebut dikacau sehingga sebati kemudian disembur pada keseluruhan pokok nenas dikebun dengan jdual yang teratur. Ada penanm nenas yang disyorkan membuat semburan kepada tanaman nenas sebulan sekali tetapi mereka membuat sembuan 2 minggu sekali. Ini memberikan prestasi pertumbuhan tanaman nenas yang lebih subur dan sihat. Laporan mengenai kes kejadian serangan Penyakit Reput Pangkal amat kurang berlaku kerana penggunaan teknologi TEM ini. Beberapa penanam nenas telah berjay menghsilkan buah nenas yang lebih berkualiti. Dalam kes lain bagi penanaman sayran secara fertigasi adalah digalakkan agar dilakukan semburan pada pokok dan media tanaman OPB juga boleh dilarutkan bersama baja fertigasi yang dimasukkan ke dalam tangki larutan. Perlu diingatkan OPB bukan baja. Memang digalakkan agar aplikasi pekebun memberikn baja kerana ia adalah sangat penting sebelum mengaplikasikan OPB. Contoh sukatan aplikasi OPB ke atas tanaman cili adalah dimana 1-3 minggu selepas tanam perlu digunakan sebanyak 15 ml/liter, 5 - 7 sebanyak 20 ml/liter dan terakhir 9 dan keatas diberikan 30 ml/liter.


Kesan penggunaan teknologi TEM dan Plant Booster kepada tanaman nenas daripada pemerhatian mata kasar amat signifikan didalam plot rawatan. Jika dilihat secara menyeluruh dilihat tanaman nenas yang disembur dengan bahan ini lebih subur, daun yang lebar dan menghasilkan buah yang berkualiti. Kejadian serangan penyakit nenas didapati kurang berlaku walau pun dimusim hujan. Berbanding dengan plot tanaman nenas yang tidak menggunakan TEM ada diserang penyakit reput perdu nenas (Sila lihat foto disebelah)Hasil pemerhatian dan tinjauan didapati ia boleh disimpulkan bahawa teknologi TEM dan Plant booster ini boleh membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan pokok, meningkatkan hasil tanaman antara 20 antara 30 peratus, penjimatan dalam penggunaan baja, mempercepatkan tempoh masa dalam proses pembungaan, memanjangkan tempoh hayat tanaman dan meningkatkan ketahanan penyakit pada tanaman. Sebaiknya penggunaan Teknologi TEM dan Plant Booster ini adalah memang sangat digalakkan kepada semua peringkat penanam nenas diseluruh negara. Petani yang menanam nenas digalakkan untuk hadir kurusus berkaitan bagaimana untuk membuat dan seterusnya mengaplikasikan teknologi ini bagi mendapatkan hail tanaman nenas berkualiti. Semuga tulisan ini memberikan info terbaik untuk anda semua. Wasallam!.
MENANAM NENAS... PERLU DIJAGA...
TAMBAH BAJA...TEM DILAKSANA JUA...
CARA MEMYEDIAKAN...SENANG SAJA...
HASIL BERKUALITI.. BAIKNYA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Nenas MD2,
Ladang PPNJ, Batu 13,
Air Hitam, Muar, Johor,
Malaysia.
(17.7.17)

Wednesday, March 28, 2018

KENTANG TRANSGENIK (GMO)

KENTANG GMO (Transgenic Potato) merupakan satu dari kategori tanaman yang kini telah dikomersil dibeberapa negara maju didunia. Dalam bahasa lain kentang GMO atau dipanggil sebagai Genetically Modified Organisms adalah kentang yang mempunyai gen (gene) diubahsuai melalui proses genetically engineered technology. Tujuan utama teknologi ini adalah untuk meningkatkan hasil kentang dengan adanya gen yang rintang terhadap serangan perosak dan penyakit. Kentang ini juga dilapor mempunyai potensi kandungan kanji yang tinggi berbanding dengan kentang biasa yang bukan sahaja ia sesuai dijadikan bahan makanan tetapi juga untuk bahan industri hiliran yang lain. Kentang ini juga mempunyai ciri ketahanan lepas tuai yang baik dan lama untuk tujuan pasaran dan juga kerosakkan semasa pengendalian. Ada banyak syarikat dan kajian dilakukan terutama di USA dalam menghasilkan kentang transgenik ini semenjak beruloh tahun dulu. Kajian-kajian ini bagi tujuan menghasilkan tanaman GMO telah mendapat respon yang berbelah bagi dikalangan penggguna dimana ramai yang menentangnya dengan pelbagai dakwaan negatif dan diviralkan alam lamanweb serta dibincangkan dalam forum-forum antarabangsa. Kita Malaysia merupakan pengimpport tegar kentang ama ada kentang segar, kentng proses atau dalam bentuk sedia untuk diguna. Hidangan kentang goreng dibanyak rantaian Maknan Segar (Fast Food) seperti di KFC, McDonald, Marry Brown dan banyak lagi memang ada dihidangkan sebagai menu utama yang mendapat tahap permintaan tinggi. Berapa nilai agaknya di negara kita jumlah import kentang seperti ini selain daripada kentang lecek, wedges dan banyak jenis lagi makanan yang berasaskan kenntang dinegara kita. Apa pun artikel pagi Ahad ini saya menulis lagi dalam ''Anim Agro Technology'' satu rencana mengenai kentang transgenik atu kentang GMO sekadar berkongsi info dengan pembaca semua.


Terdapat banyak organiasi atau syarikat yang menghasilkan kajin mengenai kentang transgenik ini. Antaranya seperti Innate, Mosanto dan Amflora yang berpusat di USA. Bagi Syarikat InnateTM yang berjaya menjalankan kajian pada 2014 mereka mendapat kelulusan USDA (US Department of Agriculture) iaitu mengenai kentang 'Innate Potato' iaitu pada tahun 2015. Kultivar yang telah dibangunkan oleh JR Simplot Compny ini direka untuk mengatasi masaalah serangan Titik Hitam (Black spot) atau kecoklatan (bruising) pada kentang yang dihasilkan semasa kentang tersebut digoreng (Sila lihat foto disebelah). Foto disebelah menunjukkan dimana pada kentang biasa akan menjadi warna kegelapan (seakan hangus) semasa digoreng tetapi kentang Innate disebelah kiri menghasilkan warna gorengan yang sangat menarik. Kentang ini juga mengandungi kurang bahan Asid Amino Asparagins dimana ianya bertukar menjadi Acrylamide semasa digoreng. Jenis kenatang Innate tidak mengunakan gen daripada pokok tomato lain sebaliknya menggunakan teknologi ''innate'' dengan kemasukkan bahan RNA (RNA interference) yang mana ia berjaya mengubah gen asal. Syarikat Simplot percaya dengan teknologi dimana mereka tidak memasukkan gen dari kentang lain dapat varieti kentang baik dan akan memberikan tahap kepercayaan yang tinggi dikalangan pengguna yang takut dengan semua jenis aplikasi Bioteknologi. Kentang Innate ada Kultivar Tunggal (Single cultivar) walau pun mungkin adal kultivar kentang lain yang mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan Innate Potato. Kini dilaporkan terdapat 5 varieti yang dihasilkan dari Simplot Company ini dimana kesemuanya telah digunakan secara komersil dikalangan penanam kentang. Dilaporkan kini McDonald merupakan pengguna utama Kentang Innate ini diseluruh dunia dengan nilai berbillion USD setiap tahun. Ada usaha membantah penggunaan bahan kentang Innate oleh McDonald seperti oleh Food and Water Watch tetapi berjaya ianya di tolak oleh McDonald melalui proses panjang perundangan.

Dalam pada itu Syarikat Mosanto berjaya menghasilkan kentang transgenik atau kentang GMO ini dengan nama NewLeaf pada tahun 1995 (Sila lihat foto disebelah). Dari segi sejarah kentang Newlwaf ini merupakan kentang GMO yang ertama dihasilkan melalui penyelidikan didunia. Kentang ini direkacipta untuk mengatasi masaalah serangan oleh Kumbang Kentang Colorado (Colorado potato beetle) yang mampu merosakkan tanaman kentang sehingga 85% hasil berkurangan. Kentang jenis ini telah didapati mampu untuk mengatasi masaalh produktiviti kentang untuk pasaran domestik dan eksport dari negara pengeluar USA dan beberapa negara lain. Kaedah teknologi yang dilakukan dalam trangenik ini adalah dengan kaedah memasukkan bahan Toksinn Bt atau pun gen asal daripada bakteria dikenali sebagai Bacillus thuringiensis dimakmal. Ini yang mungkin menakutkan pengguna apabila ada gunakan gen bakteria untuk GMO kentang yang dihasilkan. Apa pun kini kultivar kentang ini dilaporkan selamat ditanam dan dimakan oleh manusia. Dalam kes lain Mosanto melakukan kajian terhadap jenis kentang yang tahan dan rintang dari serangan serangga yang mana syarikat ini imula menjual biji benih kentang mulai tahun 2001 kepada negara yang menanam kentang transgenik ini.

Dalam kes ke 3 yang penulis blog ingin berkongsi maklumat adalah Kentang GMO dengan jenama Amflora yang juga ianya dikenali dengn nombor daftar EH92-527-1. Kultivar kentang ini merupakan kentang yang dibanu=gunkan oleh Syarikat terkenal iaitu BASFPlant Science yang mana syarikat ini juga pengeluar banyak bahan kimia pertanian yang terkenal diseluruh dunia. Apa yang dilakukan dalam kajian syarikat ini adalah kentang yang mengandungi Kanji Amylopectin Tulin (pure amylopectin starch) yang akhirnya akan diproses menjadi produk kentang kanji berlilin (waxy potato starch) yang bernilai tinggi (Sila anda melihat foto disebelah). Kentang jenis GMI ini telah mendapat kelulusan daripada EU (Europea Commision) pada March 2010 bagaimana pun EU telah menarik balik kelulusan ini pada Januari 2012. Perkara ini berlaku kerana ramai kalangan petani dan juga gulugan pengguna di EU yang tidak menerima kentang GMO kultivar ini. Kita lihat bagaimana kuasa petani dan pengguna disana mampu menilak kentang GMO ini tetapi penulis blog berpendapat mungkin ada penanaman kultivar ini dan hasilnya dieksport kenegara-negara ke 3 termasuk mungkin ke negara kita yang tidak tahu akan produk kentang GMO ini. Pihak berwajib boleh melihat perkara ini dan diharap ianya tidak berlaku dinegara kita.

Dalam kes ke 4 mengenai kentang transgenik ini ada kultivar dinamakan sebagai Kentang Desiree yang mana ia telah dibangunkan sekitar tahun 1990án. Kultivar ini juga telah dibangunkan oleh seorang saintis bernama John Gatehouse iaitu saintis dari Cambridge Agricultural Genetics (kemudian diberi nama sebagai Axis Genetics). Bagaimana pun kajian penanaman kentang Desiree ini telah dibuat diladang Rothhamsted Experimental Station selama dua tahun sehingga kajian diselesaikan. Kentang GMO ini dibuat untuk menghasilkan kultivar yang tahan dari serangan serangga kerana kandungan toksin didalamnya. Gen daripada tumbuhan Galanthus nivalis agglutinin telah digunakan dikenali dengan nama GNA lectin protein. Pengguanaan gen dari bahan GNA (snowcrop) ini telah berjaya menghasilkan kentang yang kemudiannya telah ditanam untuk penghasilan. Kentang ini kemudian dilapor mwndapat tentangan dan dilaporkan dalam kes Puzlai Affair. Puzlai affair ada kontroversi yang berlaku pada tahun 1998 dimana kah=jian yang dilakukan oleh Institute Rowett di Aberdeen di Scotland melaporkan kentang GMO yang diberikan kepada tikus menyebabkan daya tahan (immunity system) tikus menurun dan menebalkan mukus didalam perut tikus yang menyebabkan kentang GMO ini diharamkan. Terkini beberapa saintis di Bangladesh dilaporkan berjaya untuk menghasilkan kentang GMO menggunakan varieti mereka sendiri yang tahan kepada masaalah penyakit karah kentang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang dipaparkan. Wasallam!!...
KENTANG GMO... KAJIAN BERTERUSAN...
NEGARA MAJU... TINGKAT PENGHASILAN...
PRODUK KENTANG ... RAMAI YANG MAKAN...
PASTIKAN SELAMAT... INFO DIPERLUKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1317, Penthouse Floor,
Hotel Hilton, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(12 Rejab 1439H).

Tuesday, March 27, 2018

KENTANG PUTAR - ENAKNYA

KENTANG PUTAR (mashed potato) merupakan sejenis makanan yang sangat popular di beberapa restoren makanan segara terutama di Kentecuky Fried Chicken (KFC), McDonald, Marry Brown dan banyak lagi. Penulis blog memang gemar makan kentang putar terutama yang dihidangkan oleh KFC dengan berkuah lada sulah yang rasanya enak dan lemak (Sila lihat foto diatas). Makanan kentang putar di KFC sering dihidangkan bersama ayam goreng KFC (Original atau Spicy) dan produk lain seperti Burger, Salads, Kentang Wedges, Sayuran Kobis (Coleslaw), minuman panas, minuman sejuk dan banyak lagi menu. Bagaimana pun kesemua makanan direstoren ini boleh dimakan didalam restoren atau dibungkus melalui drive-trough dibeberapa lokasi dibandar-bandar utama di Malaysia dan seluruh dunia. Makanan dari KFC yang enak dimana selalunya penulis paling suka tentunya kentang putar kerana sudah serasi dengan citarasa penulis berbanding dengan produk kentang putar daripada restoren makanan segera yang lain. Sebaiknya jika tidak mahu makan ayam goreng atau pun burger ayam penulis blog hanya membeli kentang putar sahaja sama ada Saiz Kecil, Saiz Sederhana atau saiz besar. Makan kentang utar KFC memang mengenyangkan dan memberikan banyak tenaga kepada semua yang suka memakannya kerana banyak karbohiderat yang boleh menghasilkan gula dan tenaga. Kalau dahulu jika ingin makan kentang putar perlu pergi kerestoren makanan segera tetapi kini telah ada kaedah untuk menyediakan sendiri kentang putar dirumah. Artikel malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai penyediaan makanan kentang putar dan kehebatan makanan berasaskan kentang sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.


Kentang (Glysine max) merupakan tanaman jenis umbisi yang kini hasilnya telah dikomersilkan diseluruh dunia melalui rantaian restoren makanan segera. Melalui restoren seperti KFC dan beberapa lagi, produk makanan berasaskan kentang telah dimakan oleh semua penduduk dunia dengan konsep yang sama diseluruh dunia dari segi resepi, menu, citarasa dan juga piawaian. Melihat menu di KFC tentunya semua orang ingin mengunjunginya untuk mendapatkan makanan yang enak, lazat, cepat disediakan dan persekitaran yang selesa. Apa yang penting di KFC mereka mengutamakan keselamatan makanan dan kualiti makanan yang terjamin. Didalam menu mereka akan juga nyatakan jenis makanan dan harga dengan jelas dipaparkan (Sila lihat foto disebelah). Kini terdapat beratus-ratus kedai restoren makanan segera KFC daripada di Airport, Kompleks Membeli Belah utama, Bandr Besar, Pekan Kecil, RnR Lebuhraya dan sebagainya. Nili jualan daripada restoren KFC dijangka berbillion ringgit setahun dengan memberikan banyak luang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan industri ternakan ayam negara. 

Berbalik kepada makanan Kentang Putar yang menjadi tajuk utama kali ini lebih baik kita membuatnya sendiri dirumah untuk santapan ahli keluarga. Resepi yang ada ini dinamakan Resepi Kentang Putar Ala-KFC dimana ia boleh dibuat sendiri dengan bahan dan peralatan yang memang mudah diperolehi. Dalam perkara ini dua perkara yang perlu dilakukan adalah menyediakan Kentang Lenyek (kentang putar) dan juga menyediakan Kuahnya. Bagi tujuan membuat kentang lenyek atau kentang putar ini bahan yang diperlukan adalah Ubi kentang (5 biji), Susu segar (1 cawan) dan juga bahan serbuk lada sulah. Sementara itu bahan untuk membuat kuan adalah terdiri daripada 2 cawan air, 1 kuib ayam, 1 biji bawang besar (dikisar), 2 ulas bawang putih (dikisar), 4 sudu marjerin, 1 cawan tepung gandum serta juga sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah. Bagi kerja untuk membuat kentang lenyek ini pertama sekali adalah bersihkan kentang dan dibasuk dan kemudian dipotong-potong kecil (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya kentang ini direbus selama 20 minit  dengan api sederhana. Kemudian kentang tersebut ditoskan dan proses melenyek dijalankan dimana pada masa ini ia perlu digaulkan dengan susu segar dan juga bahan lada sulah. Lenyek sehingga menjadi lembut seakan lembut dimana kentang putar sudah pun siap dan dimasukkan dalam bekas khas. 

Bagi membuat Kuahnya pula maka perlu didihkan air dan masukkan kiub ayam bersama bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar. Kemudian ianya perlu direnehkan selama 10 minit dan ditutup api dan toskan air rebusan ini masukkan ke dalam sebuah bekas. Ketepikan dulu bahan ini dalam bekas. Seterusnya adalah untuk mencairkan bahan marjerin dengan memasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dalam kuali. Sentiasa kacau sehingga tepung larut dan tidak berketul. Kemudian dimasukkan air rebusan yang telah ditoskan tadi ke dalam campuran marjerin dan tepung (Sila lihat foto disebelah). Campurkan sedikit demi sedikit sehingga ia sebati. Langkah terakhir adalah menaburkan serbuk lada hitam dan lada sulah mengikut kuantiti dan citarasa anda kedalam kuah tersebut dimana kuah ini siap untuk dihidang. Tuang kuah ini kedalam kentang lenyek mengikut kadar dan kuantiti yang dikehendakki. Makanan kentang putar ini sudah sedia dihidang dan dimakan.

Penulis blog memang ada merujuk beberapa jurnal dimana ada dinyatakan dimana hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak tetpi ia juga mampu untuk meningkatkan kolesterol serta melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti. Kini ada laporan dimana bukanlah ubi kentang sahaja yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan tetapi yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan. Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia. Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang sebaiknya anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang. Tahukah anda selain membekalkan sumber untuk karbohidrat kentang dilapor mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?. Terdapat kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang maka kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi. Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet. Dkwa mereka makanan ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.

Laporan saintis nyatakan sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain. Secara kesimpulannya didakwa kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet. Ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas dengan bahan GlutenGluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai. Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar dari pada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten. Maka kini tidak hairan jika makanan ini sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur dan budaya dimana kentang kini twlah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu. Juga didalam carta piramid makanan dinyatakan dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi serta dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi. Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

KENTANG PUTAR... ENAK RASANYA...
BELI DI KFC.... HANYA SEKALI SEKALA...
MEMBUAT SENDIRI... SENANG SAHAJA....
MAKANAN BERKHASIAT... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomsit Expert,
Room 1317, Penthouse Floor,
Hotel Hitlon, Kuching,
Srawak, Malaysia.
(12 Rejab 1439H).
25 March 2018..