Tuesday, February 13, 2018

PALM - ROYAL PALM

ROYAL PALM atau PALMA DIRAJA (Roystonia regia) merupakan sejenis tumbuhan hiasan dari keluarga Arecaceae (Dulu ia adalah keluarga Palmae) yang popular ditanam dikawasan taman bunga atau kompleks-kompleks bangunan kerajaan atau kompleks membeli belah.  Pada oenulis blog tanaman Royal Palm di UPM Serdang menjadi satu ikon yang sejak dahulu dijaga dengan baik. Tumbuhan ini adalah natif daripada kawasan Kepulauan Carribean dan kini telah ditanam diseluruh dunia terutama di kawasan SubTropika dan Tropika. Tumbuhan ini mudah kita jumpa di negara kita kerana banyak di tanam dipinggir atau ditengah-tengah pembahagi jalanraya seperti di ibukota iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Ipoh, Johor Bahru dan bandar-bandar besar lain. Rujukkan saya kepada bebrapa buah buku mendapati terdapat 11 spesis pokok palma diraja ini yang didaftarkan dimana spesis yang paling popular adalah Roystonia regia. Spesis lain adalah R. attilisia, R. violacea, R. palea, R. oleracea, R. dunkapiana, R. borinquena, R. lenis, R. marceana, R. princeps dan R. stellata. Dari segi kegunaan, tumbuhan ini adalah khusus untuk landskap saja dimana kecantikan bentuk pokoknya memang menakjubkan. Selain itu dibeberapa negara kepulauan Caribean, isi dari bahagian batangnya (empulur batang) digunakan sebagai sayuran dan digunakan sebagai makanan ternakan. Walau pun kini belum ada penanaman royal palm ini secara komersil di Malaysia untuk diambil bahagian umbutnya tetapi ujud banyak nurseri swasta yang menjual anak pokok royal palm ini. Apa pun didakwa pada bijinya yang masak boleh diproses untuk dijadikan kopi walau pun ianya agak kurang popular di Malaysia. Pernahkan anda merasa kopi palma diraja ini (royal Palm Coffee) yang dihasilkan atau diperbuat daripada biji palma ini. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan landskap popular didunia iaitu Pokok Palma Diraja atau Royal Palm bagi bacaan anda.


Royal Palm Hotel, Miami, USA
Banyak nama-nama pusat percutian atau hotel swasta menggunakan nama ROYAL PALM kerana ianya memang pokok ini ada ditanam dikawasan premis tersebut. Hotel Royal Palm ini terdapat diseluruh dunia dengan satu jenama perniagaan yang sangat hebat dan berkekalan. Walau pun pada asasnya pokok ini adalah dari tumbuhan tropika yang perlukan cuaca panas dan lembab tetapi telah ada beberapa spesis tanaman ini yang telah sesuai ditanam di kawasan agak sejuk di utara seperti di Fliroda dan California. Kawasan tanah mineral yang subur dengan air yang cukup serta saliran baik diperlukan untuk pokok palma ini hidup subur dan bertahan lama. Sebaiknya ia mendapat sinaran matahari yang banyak untuk dapat mempercepatkan pertumbuhannya. Pokoknya yang mempunyai batang menegak amat mudah untuk pemilik dapat menyelenggara kerana ia bersih dan kemas. Pokok ini tidak bercabang dan tidak menyebabkan timbunan daun yang berguguran pada musim tertrntu. Daun tua yang kering akan gugur ketanah dan mudah untuk dikemaskan. Lazimnya kos penyelenggaraan untuk tanaman ini sebagai tumbuhan ornamental adalah rendah. Sehingga artikel ini ditulis belum ada laporan rasmi mengenai serangan Kumbang Jalur Merah (Red Palm Weevil) dilaporkan Jabatan Pertanian yang serious.


Pokok Palma Diraja mempunyai batang berbentuk selinder memanjang daripada bawah sehingga kepangkal pelepah daun (Sila lihat foto sebelah). Apa yang unik mengenai batang pokok palma ini adalah bentuk batang yang kembong atau seakan membengkak seakan pada 'dada' pokok yang jelas dilihat dari jauh. Ketinggian pokok adalah sekitar 15 - 20 meter walau pun terdapat spesis tertentu yang dilaporkan mampu tumbuh melebihi 40 meter (100 kaki). Ada juga spesis yang cantik mempunyai bentuk batang yang kembong di beberapa bahagian iaitu sama ada di bahagian bawah (pokok muda), bahagian tengah atau dibahagian pucuk (Pokok dewasa). Warna kulit batang adalah kelabu keputihan dan akan kelihatan bersih. Daun pokok ini keluar daripada pelepah yang terdapat pada bahagian pucuk. Daun yang berwarna hijau tua ini (Rachis) mempunyai kedudukan bertentangan berukuran sekitar 1.5 - 2.0 meter panjang. Panjang pelepah diantara 3.0 - 6.0 meter bergantung kepada umur pokok dan spesis. Pelepah yang tua lazimnya akan gugur ketanah apabila ia telah kering dan mati. Sama dengan jenis tumbuhan arecaceae yang lain lazimnya satu mayang akan dikeluarkan setiap bulan dari pokok palma yang matang dengan susunan spiral. Bunga dan buah sangat bergantung kepada umur pokok, keadaan iklim, amalan agronomi seperti pembajaan dan kawalan rumpai.


Bahagian akar pokok adalah mempunyai akar serabut yang keluar daripada perdu pokok (Sila lihat foto sebelah iaitu susunan anak pokok palma diraja untuk ditanam). Walau pun sistem akar adalah akar serabut dtetapi sebenarnya ia tidak berapa dalam dimana ini mempengaruhi kekuatan dalam cengkamannya. Ada dakwaan dimana akar yang mencengkam bumi ini adalah kuat dan jarang-jarang pokok ini tumbang walau ditiup angin kencang atau ribut. Lazimnya pokok ini akan menjatuhkan pelepahnya jika ditiup angin ribut tetapi pokok tidak tumbang. Pokok Royal Palm mempunyai bunga didalam tangkai dengan jambak bunga yang akan didebungakan oleh angin atau serangga. Bunga yang bersaiz kecil berwarna putih ini akan menghasilkan buah. Buahnya adalah berbentuk drupe atau oblong yang kecil bersaiz 1-2 cm diameter dengan warna hijau ketika muda menjadi warna merah keunguan apabila ia telah masak. Buah yang masak ini akan gugur sendiri dan ia boleh disemai untuk dijadikan anak benih. Kini ada beberapa negara yang menanam royal palm ini menjadikan bijinya sebagai serbuk kopi yang unik.


Penanaman pokok Royal Palm ini selalunya menggunakan anakbenih yang telah pun ada disediakan didalam tapak semaian swasta atau kerajaan tempatan. Bijinya yang matang perlu dikutip daripada pokok yang sihat dan dimasukkan didalam polibeg untuk ia akan bercambah (Sila anda lihat foto sebelah). Lazimnya anakbenih yang sesuai untuk ditanam adalah yang mempunyai ketinggian sekitar 1.0 meter. Bergantung kepada kedudukan kawasan penanaman sebaiknya jarak penanaman berbaris adalah sekitar 6 - 8 meter atau mengikut kesesuaian tapak landskap dikawasan premis. Penjagaan pokok ini agak mudah dengan program pennyiraman dan pembajaan mengikut jadual. Sebaiknya baja organik diberikan setiap 3 bulan bersama aktiviti kawalan perosak. Masaalah serangan kumbang dan reput pangkal adalah diantara perkara yang perlu diteliti selalu. Bahan kimia seperti racun kulat atau racun serangga sistemik sesuai digunakan secara terkawal mengikut keperluan. Pokok Royal Palm memang memberikan senario pemandangan yang menarik jika ditanam secara sistematik dan dijaga dengan baik. Semuga rencana ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam!..
ROYAL PALM... ITU NAMA DIBERI...
POKOKNYA TEGAK... IA BERSERI...
BATANG BULAT..MACAM IA GULI...
HENDAK TANAM... BENIH DICARI...

By,
M Anem
Kompleks Kampus UPM,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(8 Rejab 1434H)
)Kemaskini pada 21 JamadilAwal 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.