Tuesday, February 27, 2018

INDUSTRI KULINARI - SUMBER KEKAYAAN BARU (Part 5)

KULINARI (Culinary) merupakan satu aspek penting yang disebut oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2017 semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor. Perdana Menteri menyatakan dimana sehingga kini tidak ada mana-mana kementerian yang memberi tumpuan secara spesifik dan khusus dalam merancang secara rapi industri yang mengintergrasikan pengeluaran diperingkat ladang sehingga keperingkat outlet makanan sedia ada seperti Cafe, Restoren, Kenderaan saji (food truck), pandu lalu serta pesanan makanan melalui talian (internet food service). Oleh itu Perdana Menteri telah mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MoA) dipertanggungjawabkan untuk menerajui dan membangunkan industri kulinari negara. Perkara ini dibangitkan kembali dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen pada Oktober 2017 menyatakan bahawa peruntukkan diluluskan untuk pembangunan industri kulinari dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penulis blog merujuk dalam Kamus Bahasa Inggeris ia didefinasikan sebagai ''Culinary (adj) related to cooking. Culinary skill is the skill a person has for cooking. When you say that her culinary skills are excellent, you mean that she is very good at cooking. Attempts to cook are culinary attempts. Culinary delight is the wonderful and enjoyable taste a food has. Trained in the foremost institute of hotel management and culinary art, example words, Anita has culinary expertise that can match that of the best in the country. Her cooking is appreciated by all those who have tasted it. Jamison's culinary skills are limited to making a few simple dishes like an omelet and plain chicken.'' Apa pun penulis blog lebih gemar dengan definasi bahasa Malaysia yang bermaksud 'Kulinari adalah satu cabang seni dalam persembahan makanan". Aktiviti seperti ini akan mencipta permintaan keluaran pertanian tempatan yang memberikan menafaat dalam sistem rantaian nilai makanan. Industri ini merupkan satu industri yang mempunyai potensi baik dimajukan di Malaysia. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' iaitu Part 5 mengenai halatuju strategik industri kulinari di negara kita yang mempunyai masa hadapan baik untuk rujukkan. 

Dalam perancangan untuk tujuan usaha membangunkan industri kulinari negara, beberapa perancangan strategik boleh dilakukan. Dalam meneliti potensi ini mungkin ada sebanyak 7 strategi boleh dilakukan oleh pihak berwajib seperti MoA untuk industri kulinari. Strategi ini terdiri dari Pembangunan Menu Citarasa Malaysia dan Warisan Asli, Penetapan Standard dan persembahan menu, Pembangunan modiul latihan Kulinari Malaysia, Pemerkasaan usahawan industri kulinari, Pengiktirafan atau akreditasi usahawan industri kulinari, Pengiktirafan atau Akreditasi kepada Chef dan Promosi menu citarasa Malaysia didalam dan diluar negara. Dalam merangka strategi ini memang penting dibincangkan bersama banyak pihak yang berkepentingan dalam industri ini. Pihak penyedia makanan perlu dengan rela hati memberikan resepi makanan yang dikategorikan sebagai makanan Malaysia yang boleh di ketengahkan. Bagaimana negara seperti Thailand mampu membawa makanan seperti Makanan Tomyam diperingkat antarabangsa. Kita juga memang tahu bagaimana Korea mampu memperkenalkan makanan seperti Kimchi dan Rayon (mee seperti mee maggi) keperingkat dunia. Bagaimana Ayam Goreng KFC, Pizza, McDonald Burger, Sphageti dan sebagainya dijadikan makanan antarabangsa. Dimana juga didunia ini jika anda makan ayam goreng Kentucky dan McDonald Burger mempunyai rasa dan kualiti yang sama. Ia berkait dengan kulinari yang mana ada piawaian yang mesti dipatuhi dalam penyediaan makanan tersebut, infrastruktur yang sama dan bahan masakan serta SOP masakkan yang juga sama. Murid sekolah mendapatkan makanan mereka dikantin perlu ada piwaian dlm industri kulinari (Sila lihat foto disebelah). Ini bermakna industri kulinari memang luas daripada semua peringkat.

Strategi membangunkan industri kulinari ke 6 adalah dengan melakukan Pengiktirafan atau Akreditasi kepada Chef. Industri kulinari mempunyai tukang masak atau chef yang profesional dan mereka inilah yang menentukan industri tersebut. Siapa tidak kenal dengan Chef Wan iaitu seorang profesional dalam penyediaan makanan yang berasaskan kepada ''The Taste of Malaysia'' keseluruh dunia (Sila lihat foto disebelah). Ikon seperti ini perlu dinaikan tarafnya dengan pelbagai pengiktirafan dan sistem akreditasi diperingkat nasional dan peringkt dunia. Perlu ada kaedah yang membolehkan lebih ramai menjadi ikonik seperti Chef Wan dri negara kita untuk industri kulinari. Ikon seperti Chef Wan mendapat pengiktirafan peringkat dunia diatas ushnya sendiri dan kegigihannya dalm segmen industri ini. Banyak nama-nama lin diiktiraf sebagai Chef di Malaysia mengikut ranking mereka dan perlu diketengahkan. Acara-acara pengiktirafan tahunan juga perlu diwujudkan melalui satu sistem yang boleh membangunkan industri kulinari ini. Beberapa insentof kepada mereka juga perlu diadakan dalm mengembangkan kepakaran dan kehebatan mereka dalam penyediaan makanan.

Strategi halatuju yang ke 7 dalam membangunkan industri kulinari adalah dengan membuat Promosi Menu Citarasa Malaysia didalam dan diluar negara. Pertama sekali adalah dengan sering mengadakan program promosi makanan citarasa Malaysia dalam negara melalui pelbagai platform termasuk dalam massmedia tempatan dan kaedah lain yang sesuai. Pengguna domestik kini mampu mendapat hidangan makanan terbaik jika sering dilakukan promosi makanan citarasa Malaysia seperti dijadualkan mengikut kalendar yang tersusun. Walau pun kini program promosi domestik ini ada dilakukan tetapi ianya tidak disepadukan melibatkan pihak yang lebih luas. MAHA 2016 yang mana ia merupakan salah satu platform promosi makanan kulinari tempatan perlu diperkukuhkan. Diperingkat antarabangsa pula perlu ada program khusus dalam mempromosikan makanan citaras Malaysia. Program ''East Bite West'' oleh Chef Wan merupakan satu program yang pada penulis blog amat signifikan dalam memperkenalkan makanan kita keluar negara (Sila lihat foto Chef Wan disebelah). Ini juga kerana program ini dengan jelas menunjukkan bagaimana ramuan herba yang digunakan oleh Chef Wan amat memberi kesan baik kepada penonton rancangan tersebut dan mendapat ranking yang baik. Di pejabat kedutaan Malaysia luar negara memang program kulinari ini selalu dijalankan dan perlu terus untuk diperkukuhkan dengan lebih terancang dan berkesan. Semuga anda membaca sama artikel Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 berkaitan industri kulinari sebagai sumber kekayaan baru. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
INDUSTRI KULINARI... PM UMUMKAN...
SUMBER KEKAYAAN BARU.. PASTIKAN...
BANYAK MANAFAAT... DILAKSANAKAN...
MOA TERAJUI...PASTI MEMBERI KESAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1530, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang, 
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1439H).
Kemaskini di BBU, Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.