Friday, February 9, 2018

AKTIVITI PERTANIAN - BANYAK CARA

AKTIVITI PERTANIAN seperti hobi menanam bahan makanan kini semakin unik dan menarik caranya terutama kepada penduduk bandar dan murid-murid sekolah. Bahan makanan yang diusahakan selain daripada untuk kegunaan sendiri kini boleh dijual kepada masyarakat tempatan seperti apa yang telah dilakukan dibawah projek pertanian bandar dan penanaman secara hidroponik atau fertigasi. Makanan merupakn antara perkara yang mningkatkan kos sara hidup masa kini terutama dikawasan perbandaran selain daripada kos untuk komunikasi, perumahan, utiliti dan sebagainya. Ada bahan makanan yang boleh diuahakan sendiri oleh masyarakat bandar seperti bahan sayuran, ulam-ulaman serta beberapa bahan asas makanan yang lain. Di beberapa negara maju seperti di Jepun mereka telah memperkenalkan beberapa kaedah penanaman seperti berkebun dalam bangunan dan juga diatas bumbung bangunan. Beberapa inovasi seperti 'vegetable factory' kini semakin popular dibeberapa negara maju yang kosmopolitan dimana tiada kawasan tanah untuk bercucuk tanam atau tanah semakin berkurangan sedangkan populasi penduduk yang ramai. Antara kaedah pengeluran makanan dengan diggunakan apa yang dikatakan dengan 'Vertical Technology'dan 'Nano Technology' serta beberapa kaedah baru lain. Di Malaysia yang menuju kearah negara maju 2020 pastinya tidak ketinggalan dengan perubahan aktiviti pertanian dimasa akan datang. Artikel malam Jumaat ini dalam ''Anim Agro Technology'' menulis mengenai beberapa laporan akhbar tempatan iaitu Harian Metro yang melaporkan testimoni mengenai aktiviti pertanian yang disusun semula kandungannya oleh penulis blog.

Tajuk ''Bertani atas bumbung'' dalam Harian Metro melaporkan bagaimana faktor kekurangan ruang untuk tujuan bercucuk tanam bukan lagi menjadi masalah terutama kepada yang ingin mencuba pertanian bercorak moden khususnya penghuni bangunan tinggi seperti apartmen atau flat di bandar. Ia kini telah pun dibuktikan menerusi pelbagai teknik moden dengan teknologi didorong bantuan khidmat nasihat Jabatan Pertanian Pulau Pinang dan ia sekali gus menjadikan kegiatan pertanian di atas bangunan bukanlah satu perkara mustahil dilaksanakan. Kini walaupun tidak memiliki latar belakang dalam bidang pertanian seorang bekas penasihat kewangan iaitu En Gary Law berumur 36 tahun tidak mahu ketinggalan untuk memulakan projek tanaman sayur-sayuran segar. Beliau telah menggunakan teknik hidroponik di atas bumbung bangunan setinggi tujuh tingkat di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang. En Law menunjukkan sayur-sayuran segar kepada pelanggan dikawasan rumah flat (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya belau dia mahu mencuba perkara baru dengan membabitkan diri dalam industri pertanian yang memang dakwa beliau mampu untuk menjana pendapatan lumayan. Pada masa sama projek seperti ini memberikan peluang kepada orang ramai menikmati sayur-sayuran segar bebas daripada penggunaan bahan kimia. Laporan tersebut nyatakan dimana sayur-sayuran segar yang ditanam kini menggunakan kaedah hidroponik. Projek ini bermula sejak awal tahun 2018 dengan modal permulaan RM10,000 bagi menyediakan peralatan hidroponik di atas sebuah bangunan seluas 112 meter persegi selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada pemiliknya untuk menggunakan ruang di situ untuk bercucuk tanam.

Dakwanya lagi sebelum ini beliau sudah mencuba menanam sayur-sayuran dengan teknik sendiri untuk makanan harian dan apabila ia berjaya dilaksanakan kini barulah dia meneruskan projek itu pada skala lebih besar (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya En Law berkata konsep penanaman sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik hanya mengambil masa antara satu hingga dua minggu untuk mengeluarkan hasil. Ianya kini sekali gus mampu menjana pendapatan dan hasil lebih segar dan bebas penggunaan bahan kimia serta racun serangga. Seterusnya dijelaskan dimana dia gembira dan berterima kasih kerana projek itu mendapat sokongan ayahnya iaitu Law Weng Cheong dan ibunya Wong Peck Kee kerana selain tidak henti-henti memberikan sokongan serta dorongan untuk meneruskan projek pertanian bandar itu ia juga membantu dalam aktiviti yang dijalankan. Dakwanya aspek suhu sangat penting dan perlu dipantau serta diselaraskan kelembapan selain pencahayaan sekeliling supaya sayur-sayuran mampu tumbuh dengan subur tanpa sebarang masalah. Ketika ini dia memberi tumpuan kepada tanaman sawi dan salad membabitkan lebih dari 20 tiang rak yang dibina secara menegak di atas bangunan terbabit. Apabila dituai katanya ada hasil kira-kira 100 kilogram yang jual secara terus kepada pelanggan termasuk rakan dan kenalan terdekat selain menggunakan media sosial dengan kadar RM7.00 untuk sepaket seberat 130 gram. Lazimnya benih sayuran segar sebelum dipindahkan menggunakan kaedah seperti hidroponik. Law berkata hasil dari tanaman sayur-sayuran dibekalkannya perlu dimasak dalam tempoh kurang tiga hari selepas dipetik bagi mengekalkan kesegarannya. Ini kerana selepas tempoh berkenaan, ia akan mulai layu kerana tidak menggunakan racun atau bahan pengawet. Menurutnya walaupun pendapatannya tidak seberapa setakat ini, dia tetap yakin projek itu semakin menunjukkan peningkatan dari segi permintaan pelanggan pada masa akan datang.

Dalam laporan lain bertajuk ''Bertani sekitar rumah'' juga dilaporkan sebagai satu aktiviti pertanian yang memberikan pulangan baik. Foto dipapar disebelah menunjukkan dimana Dr Muhammad meneliti buah terung yang ditanam melalui konsep Aquaponik. Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) bijak menggunakan kawasan laman rumahnya yang terhad di Taman Tunku Sarina, Kubang Pasu untuk menanam sayur-sayuran menggunakan teknik moden, akuaponik. Apa yang dilaporkan dimana Pensyarah Pusat Sains Kuantitatif UUM iaitu Dr Muhammad berkata dimana beliau telah berjaya mengaplikasikan konsep akuaponik yang mana ia menggabungkan kombinasi akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik (tanaman tanpa tanah) di sekeliling kawasan rumahnya. Menurutnya minat bercucuk tanam bermula apabila dia pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah di Manchester, United Kingdom pada 2012. Beliau mula menanam sayur-sayuran di atas tanah di tepi rumah, tetapi ia sukar hidup kerana tanah yang kurang subur dan serangan makhluk perosak seperti siput babi menyebabkan saya cuba alternatif lain untuk berkebun. Kini menerusi carian di Internet (mungkin beliau ada juga membaca Blog Anim Agro Technology) beliau juga ada menonton video di YouTube dari dalam dan luar negara yang memaparkan tanaman berkonsepkan akuaponik ini. Beliau gunakan kaedah baru dan tanpa berlengah lagi telah meneliti kaedah penanaman itu dengan modal permulaan hampir RM1,000. Kemudian dia membuat sendiri set kolam takungan dan sistem pengairan dan berjaya menghasilkan set akuaponik yang pertama. Dia juga telah menggunakan bhan 'leca' sebagai medium tanaman. Kini dia telah memiliki lapan kolam untuk menternak pelbagai jenis ikan air tawar seperti tilapia merah dan hitam, baung, keli dan patin selain tanaman seperti terung, pudina dan kacang bendi.

Dalam konsep auaponik ini beliau dakwa dia juga menternak udang kara air tawar dan berjaya membiakkan sehingga 30 ekor hasil daripada tiga induk yang dibelinya awal tahun ini (Sila lihat foto disebelah). Katanya konsep akuaponik mempunyai banyak kelebihan terutama kepada mereka yang sibuk dengan kerjaya kerana ia tidak perlu disiram dan dibaja apabila mendapat nutrisi daripada air kolam dan tidak dipengaruhi keadaan cuaca semasa. Udang kara yang diternak hanya menggunakan konsep akuaponik yang berjaya. Dakwanya pada tahun 2017 akibat cuaca pernah mencecah sehingga 37 darjah Celsius ketika musim kemarau beliau berjaya mengeluarkan hasil tanaman masih segar dan tetap terus menghijau. Beliau mendakwa kaedah akuaponik hanya memerlukan beberapa peralatan terutama kolam mengikut saiz yang diingini, sistem paip dan pasu bunga serta pam air yang disediakan mengikut kreativiti sendiri asalkan berlaku kitaran air antara kolam dan tanaman. Katanya bahan tanah liat mengembang (leca) digunakan sebagai medium tanaman menggantikan tanah kerana mampu menstabilkan pH air yang diperlukan ikan selain boleh digunakan dalam tempoh yang lama walaupun harganya agak mahal. Dia disokong isterinya iaitu Dr Nor Intan Saniah yang juga pensyarah kanan UUM memang kini tidak berniat menjual hasil akuaponiknya. Ia hanya untuk kegunaan mereka sekeluarga selain memberikannya kepada tetamu yang berkunjung ke rumah mereka. Beliau juga amat menggalakkan orang ramai terutama yang tinggal di taman perumahan mencuba pertanian konsep itu kerana ia menjimatkan perbelanjaan dan boleh menambah sumber pendapatan.

Dalam laporan ke 3 akhbar tersebut bertajuk ''Didik murid bertani'' lebih menyerlahkan aktiviti pertanian iaitu dikawasan bandar dimasa akan datang. ada penulis blog juga setuju dimana dikebanyakan negara maju kini konsep pertanian bandar sudah lama telah pun diperkenalkan dan diamalkan bagi membantu usaha mendepani isu bekalan makanan segar secara cekap serta selamat. Sehubungan itu ada juga sekumpulan sukarelawan Universiti Malaya (UM) daripada kelab keusahawanan yang dikenali sebagai Enactus mengambil inisiatif memperkenalkan konsep pertanian bandar ini kepada pelajar sekolah. Kaedah pertanian ini diperkenalkan melalui Mini Agrobox iaitu sistem akuaponik yang bersaiz kecil dan boleh diselenggara dengan mudah. Sistem ini menggabungkan penternakan ikan air tawar seperti tilapia merah dan sayuran yang cepat dituai seperti salad dan sawi. Malah Mini Agrobox ini membantu mengatasi kekurangan pergantungan kepada tanah kerana ia juga ada menggunakan ruang yang minimum. Sekolah yang terpilih untuk menerima sistem Mini Agrobox pertama ini adalah Sekolah Rendah Agama Al-Amin di Gombak, Selangor (Sila lihat foto disebelah). Seramai 30 murid daripada tahun satu hingga lima yang juga ahli Kelab Bumi Hijau sekolah diberi kepercayaan mengendalikan Mini Agrobox berkenaan. Kini kaedah Mini Agrobox versi mini adalah inisiatif yang telah dibangunkan Pusat Keusahawanan UM (UMEC) yang pada asalnya menggunakan sistem akuaponik di dalam sebuah kontena bersaiz 6 meter panjang. Pengarah UMEC Prof Dr Suhaiza Hanim berkata dimana sistem akuaponik mini ini dibangunkan sebagai usaha UMEC untuk mendekati masyarakat dan berkongsi pengetahuan dalam mendepani cabaran urbanisasi yang dihadapi sekarang.

Akuaponik adalah kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah yang hanya memerlukan pengaliran air daripada tangki ikan ke akar tanaman disemai dalam sabut dan sekam bakar. Nutrisi tambahan dalam bentuk bahan organik turut disembur kepada tanaman dari semasa ke semasa bagi menggalakkan tumbesaran. Kelestarian kaedah akuaponik itu juga terjamin kerana air buangan daripada tangki pemeliharaan ikan yang sebahagian besarnya mengandungi ammonia akan dikitar semula ke akar pokok atau sayur yang akan menyerapnya. Dalam pada itu guru Penasihat Kelab Bumi Hijau Sekolah Rendah Agama Al-Amin iaitu Pn Nurul Izzati natakan dimana murid bukan saja didedahkan ilmu di dalam kelas malahan mereka juga perlu mempelajari ilmu dari luar. Tanaman sayuran daun seperti salad adalah diantara jenis tanaman yang ditanam (Sila lihat foto disebelah). Mini Agrobox adalah medium yang dapat digunakan murid untuk belajar iaitu berkenaan ilmu di luar kelas dan dapat dijadikan sebagai satu aktiviti rekreasi. Beliau juga memaklumkan dengan adanya Mini Agrobox di sekolah maka murid menjadi aktif untuk menjalankan aktiviti di luar kelas kerana gembira menguruskan hasil tanaman yang dijaga semakin membesar dengan sempurna. Melihat perkembangan Mini Agrobox yang positif dan menggalakkan, saya percaya sistem tanaman akuaponik adalah penyelesaian yang boleh meningkatkan taraf hidup serta kesihatan penduduk di bandar. Semuga semua 3 testimoni dalam akhbat tempatan Harian Metro ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!.
AKTIITI PERTANIAN... BOLEH DICUBA...
ADA ILMU... BAHAN RUJUKKAN DIJANA...
TANAMAN SAYURAN... AQUAPONIK PULA...
HASIL SEGAR... SEMUANYA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1126, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(22 JamadilAwal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.