Friday, January 5, 2018

TEMPE - SETANDING SUSU

TEMPE atau Tempeh merupakan satu jenis makanan yang diperbuat dari kacang soya yang terkenal dikalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia dimana ia memang menjadi hidangan penting. Tempe merupakan hasil kacang soya yang kaya dengan zat protin malahan ia dipercayai setanding dengan susu. Tempe menjalani proses penapaian menggunakan ragi yang dipercayai produk ini berasal dan dicipta dari Indonesia (Kepulauan Jawa) dan di bawa masuk ke Malaysia oleh datuk nenek kita beratus tahun dahulu. Bagaimana pun pada masa ini pengeluaran tempe komersil telah menggunakan ragi komersil yang ada dijual dipasaran. Terdapat beberapa kaedah pembungkusan tempe pada masa ini iaitu Jenis Tempe Tradisional yang dibungkus dengan gunakan beberapa jenis daun (Daun Pisang, Daun Keladi, Daun Hutan, Daun lebar) dan wujud Jenis Tempe Moden yang dibungkus dengan Pembungkus Plastik. Bagaimana pun tempe yang dibungkus dengan plastik kini mendominasi pasaran terutama dikawasan kampong dan pasaraya. Pengeluaran Tempe di Malaysia dahulu memang banyak di Negeri Johor, Selangor dan Perak serta WP Persekutuan dengan bilangan pengusaha lingkungan 450-500 usahawan tetapi kini meluas diseluruh negara. Penulis membuat anggaran sebanyak 250,000 - 450,000 keping tempe atau mungkin lebih lagi yang dikeluarkan setiap hari. Bahan tempe ini boleh dimasak sebagai sayur, digoreng, dijadikan kerepek tempe, sambal tempe dan sebagainya bergantung kepada kehendak pengguna. Kalau di musim perayaan ramai yang mencari kerepek tempe pedas untuk dijadikan hidangan di Hari Raya Puasa. Artikel kali ini penulis menulis dalam "Anim Agro Technology" satu laporan hasil kajian saintifik yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia oleh saintis dari beberapa universiti tempatan. Penulis blog anim agro mengupas semula rencana asal untuk dijadikan bahan bacaan. Makan tempe hebat dimana ada yang mengatakan khasiat tempe adalah setanding dengan susu untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua. Kepada mereka yang tidak suka minum susu lembu boleh membaca dan mendapatkan makanan dari tempe yang segar atau siap proses.



LAPORAN TESTIMONI 1:
Tempe awet muda, setanding susu
Minum susu dan elakkan agar tulang rapuh? Berapa ramai masyarakat Malaysia yang suka minum susu terutama wanita yang hampir mencapai usia menopaus?. Ramai juga penduduk Asia lain seperti rakyat Malaysia tidak gemar minum susu. Jadi salah satu alternatif pengganti susu perlu dicari. Kajian yang dijalankan bagi menggantikan susu kini hasil kajian adalah mereka rekomen sebagai tempe iaitu sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapai bukan saja setanding susu malah ianya mempunyai bahan Isoflavon iaitu sejenis antioksidan bagi menjadikan seseorang  itu menjadi awet muda. Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Suzana Shahar melakukan kajian berkenaan perkara tersebut. Anggota pasukan itu terdiri dari Prof Dr Kimberley O'Brien daripada Bahagian Sains Nutrisi, Universiti Cornell, Ithaca, New York, Amerika Syarikat (AS).  Prof. Madya Dr. Hasnah Haron dari Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan dan Prof Dr Suriah Abdul Rahman, dari Program Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Norazmi Kamaruddin iaitu dari Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Prof. Dr. Amin Ismail dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Prof Suzana berkata tempe didapati dapat menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh. "Empat keratan tempe adalah setara dengan sejumlah serapan kalsium yang diperolehi dari satu gelas susu," katanya semasa sidang akhbar 'Tempe Mengandungi Kalsium Setanding Susu' di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau menjelaskan, wanita telah menopaus biasanya menghadapi penyakit seperti tulang reput (osteoporosis) akibat kurang mengambil kalsium yang biasanya terdapat dalam susu. Ini ditambah dengan beberapa kajian terhadap pengambilan makanan di negara ini sejak 10 tahun lalu menunjukkan pengambilan kalsium adalah kurang daripada 500 mg sehari. "Pengambilan kalsium yang kurang, biasanya dikaitkan dengan risiko tulang retak," katanya. Penyelidikan yang dijalankan bermula tahun 2008 menunjukkan tempe menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh. Prof Suzana berkata, kajian penyerapan kalsium susu dan tempe dilakukan ke atas wanita Melayu pada usia menopaus menggunakan teknik dua isotop stabil. "Kajian isotop stabil dijalankan oleh Prof Kimberley, pakar biokimia dalam penyelidikan makanan manusia menggunakan isotop stabil dan bidang berkenaan terletak di bawah pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)," katanya. 


Subjek"Subjek dipilih adalah wanita Melayu berusia 55 hingga 65 tahun, sudah menopaus dua tahun, tidak menghidap penyakit atau menggunakan ubatan yang diketahui tidak mengganggu keseimbangan kalsium (seperti sakit darah tinggi, kencing manis, kegagalan ginjal, sakit jantung dan barah)," katanya. Prof Suzana berkata pengambilan kalsium di kalangan wanita warga emas Melayu menopaus di pedalaman adalah antara 200 hingga 300 mg sehari. Manakala wanita warga emas Cina pula dilaporkan mengambil kalsium kurang daripada 500 mg sehari. "Biasanya pengambilan kalsium bagi wanita dalam usia menopaus adalah antara 30 hingga 60 peratus daripada 1,000 mg kalsium sehari seperti dicadangkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Negara mengenai Pemakanan Khasiat Kebangsaan (RNI) 2005," katanya. Prof Suzana menambah 65 peratus wanita menopaus mengalami kekurangan kalsium dalam tulang. Oleh itu sumber kalsium daripada tumbuhan yang murah dan mudah diperolehi boleh diambil bagi menambah keperluan kalsium kumpulan yang berisiko tinggi. Pengambilan susu dan produk tenusu adalah sumber terbaik kalsium dan ia amat penting untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang. "Kajian yang dijalankan menunjukkan dalam makanan penduduk Malaysia, tempe dikategorikan sebagai salah satu sumber makanan kaya-kalsium selain susu dan produk tenusu," kata Prof Suzana. Tempe adalah produk kacang soya yang ditapai, mudah diperolehi dan amat digemari oleh penduduk terutama oleh kaum Melayu Jawa.  Produk ini menjalani perubahan nutrisi semasa proses penapaian menjadi tempe yang mengubah kandungan fito kimia dan anti oksidan. Di kalangan wanita Melayu menopaus, penyerapan kalsium daripada tempe tidak banyak beza daripada yang diukur daripada susu. "Kajian dilakukan pada 2005 mendapati penyerapan kalsium sama di antara susu soya diperkaya dengan kalsium dengan susu lembu di kalangan wanita pra menopus yang sihat, diuji dengan kepadatan kalsium 250 mg," kata Prof Suzana. Hasilnya terdapat kalsium dalam air soya diperkaya dengan kalsium dan tauhu biasanya adalah untuk mendapatkan kekuatan penyerapan kalsium kerana air soya mengandungi kurang kalsium.  Garam kalsium biasanya ditambah sebagai bahan pengumpal dalam membuat tahu. Proses penapaian dalam membuat tempe menambah kedapatan galian, termasuk kalsium. Proses berkenaan mengurangkan tahap asid fitik dan mengubah isoflavon kepada aglikon yang lebih bersedia diserapkan ke dalam badan. Pengambilan kalsium rendah menjadi faktor bahaya tulang rapuh di kalangan wanita Asia. Kejadian tulang pinggul retak dijangka meningkat di kalangan wanita di Malaysia sedang negara bertambah maju dengan penduduk hidup di bandar dan semakin tua.


LAPORAN TESTIMONI 2: 
Kandungan kalsium tempe setanding susu



KUALA LUMPUR 14 Jun - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membuktikan tempe mengandungi khasiat kalsium setanding susu. Timbalan Dekan dan Profesor Pemakanan Dietetik UKM, Dr. Suzana Shahar berkata, penemuan tersebut diperoleh hasil kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti mengapa jangka hayat golongan wanita melebihi lelaki. Walaupun umur lebih panjang, katanya, majoriti wanita berusia 50 tahun ke atas di negara ini sering menghadapi masalah tulang reput.  "Untuk mencegah lebih ramai golongan wanita menghadapi masalah ini, pihak kami telah membuat satu kajian terhadap tempe. "Hasil kajian mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram (empat keping) memberi khasiat setanding susu segelas,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Fakulti Sains Kesihatan UKM di sini hari ini. Menurut Dr. Suzana, kajian selama empat bulan tersebut membabitkan 21 orang warga emas. "Hasrat kami adalah untuk memajukan lagi hasil produk tempe di pasaran serta menyarankan orang ramai mengambilnya sebagai pemakanan harian selain sayuran hijau," katanya. Tempe mengandungi soya isoflavones iaitu sejenis antioksidan yang mampu memerangi kerosakan sel, membantu didalam mengurangkan masalah menopaus serta meningkatkan kepadatan tulang terutama kepada golongan wanita.
Semuga tulisan dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda pembaca semua. Wasallam!!!.
KHASIAT TEMPE...DIHINA JANGAN...
SETANDING SUSU...KALAU DIMAKAN...
HARGA MURAH... PROSES PENAPAIAN...
KACANG SOYA... ASAS DIGUNAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1434H). 
Kemaskini artikel pada 3 Januari 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.