Tuesday, November 1, 2022

PERIA KATAK DAN KHASIATNYA

PERIA KATAK (Momordica charantia) adalah sejenis sayuran jenis buah dari keluarga Cucurbitaceae dan ia merupakan  sejenis sayuran menjalar yang mempunyai permintaan yang baik terutama digunakan sebagai ulaman serta bahan ubatan oleh kalangan masyarakat tempatan. Peria katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri fizikal dilihat pada kulitnya yang lebih mengerutu dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (atau jenis liar) lazimnya akan tumbuh dikawasan yang mendapat sinaran matahari penuh dan selalunya bila matang akan mengeluarkan buah yang kecil, berwarna hijau gelap serta sedikit daripada peria biasa yang besar dan berwarna hijau cerah. Keluasan tanaman peria di Malaysia adalah seluas 1,617 hektar dengan menghasilkan sebanyak 21,679 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Laporan Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Bagaimana pun sebahagian besar atau sekitar 85% jenis peria yang dilaporan ditanam adalah peria biasa.  Pada masa ini terdapat beberapa varieti atau jenis Peria Katak yang telah pun dikomersialkan yang kini ditanam. Antaranya hasil dari tinjauan penulis blog kebanyakan lokasi penanaman sayuran ini mereka menggunakan benih hybrid Taiwan No 321 yang lebih merupakan kegemaran ramai petani. Benih ini dahulu agak murah tetapi kini ia dijual dalam tin dengan harga sekitar RM500 - RM700 satu tin. Benih ini juga ia didakwa diimport dari luar negara tetapi kurang jelas penerangan pada label. Apa pun pengalaman penulis blog berjumpa dengan penanam peria katak yang berpengalaman mereka tidak membeli benih dalam tin ini tetapi membuat benihnya sendiri. Mereka akan menyimpan beberapa biji buah peria katak yang berkualiti dan disimpan untuk dijadikan sebegai benih kemudian. Benih ini ad jaminan terbaik daripada membeli dikedai pertanian yang ada. Pada saya yang sering beli peria katak mempunyai rasa agak pahit yang dan ia amat enak dimakan sebagai ulam dan sambal. Bahan pahit dalam peria katak ini sebenarnya adalah bahan CHARANTINA yang amat baik untuk kesihatan. Sayuan Ulaman ini kini telah sudah ada dikomersilkan disesetengah negara untuk tujuan produk kesihatan. Ramai juga kalangan peminat yang makan peria katak dengan mencelurnya atau pun ditumis dengan telur untuk dimakan dengan nasi putih. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman peria katak untuk bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Peria Katak No 321 merupakan satu varieti yang paling sesuai untuk di komersialkan dan harga satu tin benih hybrid semkin mningkat dimana biasanya satu tin yang hanya boleh ditanam sekali sahaja (Hybrid F1). Pada masa artikel ini ditulis (2018) dimana terdapat seluas kira-kira lebih dari 190 hektar penanaman sayur peria katak diseluruh negara tetapi ada sekitar 26 hektar CHE keluasan tanaman peria katak di usahakan di Daerah Muar dan Ledang (Sumber: Pejabat Pertanian Daerah Muar dan Daerah Ledang dimana tinjauan dijalankan). Kawasan tumpuan penanaman peria katak di Johor kini antaranya berada disekitar Bandar Tangkak, Kg Solok, Sagil dan Sengkang, Ledang, Johor. Kawasan lain adalah disekitar Pagoh, Ledang dan juga kawasan Sungai Balang, Muar. Peria Katak disukai penanam sayur kerana kurang segi kadar serangan oleh Lalat Buah (Daucus spp)  jika ditanam dikawasan yang baru dibuka. Ada petani yang membalut semua peria kataknya dengan kertas surat khabar tetapi kini lebih mudah dikawal perosak lalat buah dengan memasang bahan feromon, menggunakan semburan racun kimia dan juga kaedah lain yang selamat. Jika hendak dibandingkan dengan peria atau sayuran buah lain daripad keluarga Cucurbitaceae maka peria katak paling kurang dirosakkan oleh lalat buah. Ini menjadikan kini lebih ramai yang berminat menanam peria katak sebagai tanaman giliran dengan tanaman sayuran berpara yang lain. 

Peria katak memang telah diketahui akan kehebatan kandungan khasiatnya sejak zaman purba lagi dimana peria digunakan untuk merawat kencing manis (diabetic problems). Merujuk kepada sumber bacaaan yang saya buat iaitu dari sekumpulan doktor dari England (UK) yang mana telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya amat memberangsangkan temuannya. Hasil kajiannya adalah dimana mereka menemui sejenis bahan hypoglycemic atau pun insulin dalam peria. Seterusnya mereka mencipta bahan Plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing pesakit. Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus peria katak yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan juga boleh dicampurkan ke dalam makanan yang akan diambil. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya disebabkan rasa pahit maka disyorkan kepada penghidap diabetes juga boleh dia meminum air rebusan beberapa potong peria katak ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk. Daunnya pula ia didakwa sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan sebarang jus minuman yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk dapat merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula memang boleh di gunakan sebagai pes untuk di sapukan ke tempat dimana berlaku buasir.

Jika ada dikalangan pembaca blog anim agro technology mengalami masaalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus dimana didakwa kehebatan peria boleh mengatasinya dengan cara mudah iaitu mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan lamanya. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan kaedah meminum air daripada daun tanaman peria katak. Dalam pada itu sebenarnya ia juga boleh mengatasi masalah hati yang mungkin berlaku akibat kesan daripada pengambilan alkohol. Walaupun peria katak ini tidak di minati kerana rasa dari kepahitannya akan tetapi ia banyak membawa manfaat baik kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India ada laporan dimana biji daripada buah peria katak ini iaitu yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa penyedap makanan tradisional.

Khasiat Peria Katak atau pun peria biasa boleh menghilangkan kehausan kerana panas dalaman atau demam atau terkena 'heat stroke' iaitu kejadian sehingga pengsan kerana haba kepanasan. Caranya dengan mengambil sebiji buah peria katak mentah yang masih segar dicuci bersih kemudian ia dibelah. Buang isinya dulu dan buahnya dipotong-potong secukupnya sebelum direbus dengan 3 gelas air bersih sehingga airnya menjadi 1 gelas sahaja. Setelah sejuk maka perlu ditapis dan airnya kemudian diminum. Bagi rawatan untuk diabetes pula (Kencing Manis) boleh diambil sekitar 200 g buah peria segar dicuci bersih lalu dikisar dimana ia kemudian tambahkan air minum secukupnya dan diperah dengan sepotong kain sampai terkumpul sebanyak 50 ml (seperempat gelas). Perahan tadi dihangatkan dengan api kecil selama 15-30 minit dan setelah sejuk diminum dimana ia boleh dibuat setiap hari. Cara kedua dengan mengambil sebanyak 200 g buah peria katak dan dibasuh, dihiris dan direbus dengan 3 gelas air bersih sampai menjadi 1 gelas sahaja. Minum setelah airnya sejuk dan dijadikan satu amalan untuk menjamin kesihatan.

Bagi mereka yang ada mengalami masaalah cirit-birit kita boleh gunakan buah peria segar dicuci dan buang bijinya dan perlu diparut atau di kisar dengan 'blender' sebelum ianya ditapis dijadikan jus peria. Minum air jus tersebut sebanyak 200 cc bersama-sama air masak. Selain dari buah peria dilaporkan akar peria juga mujarab untuk merawat cirit birit dengan mengambil sebanyak 30 g akar peria dan basuh sehingga bersih. Kemudian ia dipotong mengikut keperluan dan rebus bersama 3 gelas air sehingga menjadi 1 gelas. Setelah ditapis kemuidan baru boleh diminum airnya. Paling bagus adalah bagaimana peria katak atau peria biasa ini boleh merawat jangkitan cacing pada kanak-kanak. Caranya adalah dengan mengambil daun segar sebanyak 7 gram dan kemudian ia direndam agar menyerap dengan 1/2 cawan air panas. Setelah ia sejuk perlu ditapis dan ditambahkan 1 sudu teh madu lebah atau madu kelulut. Kacau sehingga bercampur sebati dan minum sekaligus sebelum sarapan. Cara lain untuk rawat cacing adalah dengan mengambil potongan iaitu 1 - 3 bahagian peria katak dan ia perlu digiling sampai halus. Campurkan dengan sedikit air masak dan ia diminum dengan air suam dan diamalkan. Ramuan ini adalah untuk tujuan bagi merawat jangkitan cacing gelang.

Khasiat seterusnya peria katak dan peria biasa adalah untuk menyuburkan rambut yang nipis dan kemerahan. Caranya dengan mengambil segenggam daun peria dan perlu dibasuh sehingga bersih. Daun ini kemudian ditumbuk hingga menjadi seperti bubur kemudian ditambahkan air 3/4 gelas. Ramuan ini kemudian diperam selama satu malam dan pada esok paginya ramuan ini ditapis dimana airnya digunakan untuk membasuh kulit kepala. Cara kedua adalah dengan mengmbil daun peria yang masih segar secukupnya dan dibasuh. Daun peria tadi ditumbuk sampai halus dan lalu diperah dengan sepotong kain. Airnya digunakan untuk disapukan pada kulit kepala. Lakukan setiap hari. Ramuan ini sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. Bagi merawat masaalah bisul, Bengkak Bernanah (Abses), maka boleh kita ambil segenggam daun peria kemudian dibasuh dan direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas dan diminum. 

Siapa kata itu sahaja khasiat peria. Sebenarnya demam malaria, sakit berkaitan hati, sembelit, jangkitan cacing boleh dirawat dengan mengambil segenggam penuh daun peria dan dibasuh bersih. Kemudian ia ditumbuk halus dan airnya ditapis sebelum diminum sebelah sebelum sarapan. Pernahkan anda kena Kencing bernanah?. Jika hendak merawatinya, ambil sebanyak 6 helai daun peria , 10-15 cm akar Sesbania sesban, 10 cm kulit pokok kemboja, 5 cm temulawak, 5 cm gula enau (sugar palm). Bahan ini dibasuh dan dipotong sebelum direbus dan airnya diminum. Semua petua diatas boleh diamalkan sebagai satu kaedah perubatan tradisional. Sebaiknya pergi berjumpa doktor pakar jika apa yang anda telah lakukan tidak ada apa-apa kesan. Begitulah hebatnya pokok dan buah peria untuk kita ketahui. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info terbaik. Wasallam!...
VARIETI PERIA.... PERIA KATAK DIA...
HIJAU GELAP... WARNA KULITNYA..
APA KHASIATNYA...RASA PAHITNYA......
HARGANYA MAHAL..RAMAI CARINYA...

Related articles:
1. Petola Segi (Klik disini)
2. Capsaicin yang pedas (Klik disini)
3. Petua (Klik disini)
4. Silvershine Plastic (Click here)
5. Seeds (Click here)
6. Sayuran Popular di Malaysia (Klik disini)

By
M Anem,
Senior Agronomist,
Room F114, Blog F,
Lotus Beach Resort,
Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
18 Ogos 2018.
(Kemaskini pada 27 September 2022)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.