Saturday, January 20, 2018

MANGGIS SELEPAS MUSANG KING?


MANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang mempunyai potensi untuk pasaran domestik dan eksport selepas buah DURIAN MUSANG KING (Durio zibethinus) dimasa akan datang. Buah manggis sama seperti buah durian merupakan sejenis buah-buahan tropika yang bermusim ditanam secara monokrop dan intercrop. Terdapat sejenis buah manggis spesis lain yang mana ia dipanggil sebagai MESTA dimana penelitian penulis blog ianya lebih baik dari segi kualiti buah dan harga jualannya. Kawasan utama yang menanam dan masih lagi mengeluarkan manggis seperti di Pahang, Perak, Johor dan Selangor. Buah manggis menjadi lebih popular apabila Pesawat MH 370 yang hilang semenjak 3 tahun lalu sehingga kini Januari 2018 dimana ujud bangkainya masih tidak ditemui. Apa yang uniknya dilaporkan membawa buah manggis beberapa belas tan banyaknya. Penulis tahu pada bulan March biasanya tidak terdapat buah manggis tempatan yang sudah berhasil atau pun dituai. Umum menjangka ada teori dimana ia bukan 'manggis tempatan biasa' sebaliknya ada kemungkinan ia juga adalah 'benda rahasia' yang akan menyebabkan kapal terbang tersebut perlu 'dihilangkan' oleh pihak terrentu. Ada besar kemungkinan juga buah manggis tersebut adalah manggis daripada negara jiran Sumatra yang dibawa masuk melalui pelabuhan Kuala Linggi di Melaka. Penulis blog ada dua kali melihat dimana tongkang kayu dari Sumatra sedang memunggah dalam bakul buah manggis dipelabohan tersebut. Artikel malam ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai usaha mengeksport manggis diusahakan selepas durian musang king untuk rujukkan semua.


Durian varieti Musang dengan nombor daftar D197 merupakan duran sama dengan varieti Durian Raja Kunyit. Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit (Sila lihat foto disebelah). Durian D197 yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1993. Diketahui umum masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang yang bermaksud 'Raja Kucing Gunung' iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip seekor kucing sedang tidur. Bagaimana pun kini gelaran ini terus digunakan secara meluas sehingga perkataan 'Mao Shan' ditukar kepada sebutan Musang dan 'Wang' ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai 'Musang King' hingga kini. Apa pun penulis blog fikir pembeli perlu berhati-hati membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual. Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan-akan bintang pada bawah buahnya. Isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang pahit sedikit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain. Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal, bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain.  Terdapat sesetengah peniaga cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King walhal ia baka durian varieti lain. Pembeli perlu memeriksa ciri-ciri durian itu terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan ditipu. Bagi mengenali baka anak pokok Musang King pula lazimnya pokok durian ini memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan beralun sedikit. Anak pokok musang king ini sesuai untuk ditanam di tanah terbuka apabila sudah mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun selepas ditanam.


Dalam akhbar tempatan baru-baru ini dilaporkan artikel bertajuk "Selepas Musang King, Kini Giliran Manggis Pahang pula tembusi pasaran antarabangsa" yang diterbitkan pada 12 Januari 2018. Buah manggis kini menjadi perhatian di kalangan penggemar buah tropika di China dan Eropah (Sila lihat foto disebelah). Berita yang dipetik daari Bandar Bentong ini menyatakan dimana jika sebelum ini durian Musang King dari Raub dan Bentong berjaya menembusi pasaran China, sehingga harganya melonjak di pasaran tempatan, kali ini giliran buah manggis pula dieksport sehingga menyebabkan tahap  permintaannya meningkat. Dakwa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Seri Shafik Fauzan Shariff berkata buah manggis kini menjadi perhatian di kalangan penggemar buah tropika di China dan Eropah. Buah manggis yang kini dikeluarkan dari negara kita khususnya di Pahang mempunyai kualiti yang tinggi termasuk kurang penggunaan bahan kimia menyebabkan ia mendapat tempat di pasaran antarabangsa.  Keadaan ini juga telah 'memaksa' ada pengeksport dari negara jiran turun ke daerah Bentong, Pahang khususnya kawasan Telemong untuk memajak kebun manggis di kawasan ini dan dibawa balik untuk 'dibinkan' dengan nama negara mereka sebelum mengeksport ke dua negara berkenaan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perlepasan eksport manggis ke Eropah dan China selain menyaksikan perjanjian persefahaman antara syarikat pengeksport buah itu, DRS Trading Sdn Bhd dengan pengeluar-pengeluar manggis di daerah Bentong di Dewan Orang Ramai Telemong, di sini hari ini (Sila lihat foto disebelah)Turut hadir Pengarah Syarikat DRS Trading Sdn Bhd, P Ravidran dan Pegawa Daerah Bentong Datuk Azhar Arshad Shafik Fauzan berkata perjanjian itu ia dapat mengeratkan lagi kerjasama antara pengeksport dan pengeluar bagi meneroka pasaran baharu di peringkat antarabangsa selain boleh meningkatkan kefahaman pengeluar buah tempatan tentang keperluan semasa dalam mengeksport buah itu. Terkini di pasaran Eropah sekarang harga sekilogram buah manggis yang mempunyai gred tinggi boleh mencecah sehingga RM35 sekilogram, manakala di negara China pula mencecah sehingga RM50 sekilogramKeadaan ini juga telah membolehkan penanam-penanam manggis mendapat pendapatan yang tinggi namun mereka perlulah seterusnya mengamalkan amalan pertanian yang baik bagi tujuan untuk menghasilkan buah yang bermutu. Mengikut rekod darpada  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) buah tersebut telah mula dieskport ke Eropah dan China sejak 2016, namun hanya mendapat permintaan tinggi pada tahun 2017. Pada tahun lepas sahaja dianggarkan sebanyak 5,000 tan metrik buah manggis telah dieksport ke Eropah dengan nilai RM20 juta, manakala ke China pula adalah sebanyak 20,000 tan metrik dengan nilai RM200 juta dan ia hanya memenuhi satu peratus daripada permintaan di dua negara itu. Di Pahang sahaja sahaja terdapat 404.3 hektar keluasan penanaman manggis, sementara di Bentong adalah sejumlah 58.7 hektar. Berita yang dipetik dari Bernama ini membuat kenyataan iaitu jika tanaman manggis diusahakan dengan baik mampu untuk dijadikan barangan eksport. Apa pun penulis blog percaya banyak usaha untuk mengeksport buah ini keluar negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog 'anim agro technology' kali ini. Wasallam!!!..


TANAM DURIAN... PILIH JENISNYA...
MUSANG KING... EKSPORT DAH ADA...
BUAH MANGGIS...IA  SUDAH DICUBA...
BUAH BERMUSIM...BEKALAN DIMANA?..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room F114, Lotus Desaru Beach Resirt,
Jalan Desaru, Bandar Penawar,
Kota Tinggi,, Johor,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.