Wednesday, January 3, 2018

ARUHAN UNTUK NANAS SARAWAK

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di Malaysia kini merupakan satu aktiviti pertanian yang melibatkan kawasan seluas 13,500 hektar dengan pengeluaran sebanyak 500,000 metrik tan bernilai sekitar RM515 juta pada tahun 2016. Kini kawasan penanaman nanas terus meningkat saban tahun dengan adanya pelbagai program dan insentif daripada kerajaan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Selain daripada nanas premium MD2 yang menjadi sasaran utama untuk pasaran domestik dan eksport, kini beberapa varieti nanas lain ada ditanam mengikut lokasi, negeri dan tujuan pasaran yang berlainan. Antaranya penulis blog dapati dimana ada nanas varieti Sarawak yang amat popular dan banyak ditanam di pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya di Negeri Kelantan dan Terengganu. Pada penullis nanas ini dahulu banyak ditanam di Johor terutama dikawasan tanah gambut seperti di Batu Pahat, Pontian dan Muar dan dijual dengan menggantungnya ditepi jalanraya. Rasanya yang manis, warna isi yang kuning keputihan, agak berserat dan berjus menjadi tarikan utama untuk buah ini menjadi pilihan bagi pasaran makan segar di pantai timur semenanjung Malaysia. Nama nanas Sarawak ini adalah dikatakan sama dengan nanas Paun atau Nanas Pada yang ditanam di Sarawak sendiri. Ia telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2013 dengan nombor kod iaitu AC4. Penulis kurang pasti pemberian nama varieti Nanas Sarawak ini dahulu percaya berkemungkinan saiznya yang besar sama dengan luasnya Negeri Sarawak iaitu terbesar di Malaysia. Ada juga kemungkinan nanas ini berbentuk seperti Peta Nageri Sarawak atau memang benih asal nanas ini di bawa masuk dari Sarawak oleh orang dulu-dulu disekitar Negeri Johor. Walaubagaimanapun, nanas dari kumpulan Cayenne ini agak kurang bertindakbalas dengan bahan kimia aruhan pembungaan yang biasa digunakan oleh pengusaha seperti kalsium karbaid dan hormon ethrel. Kejayaan proses aruhan pembungaan penting bagi memastikan pengusaha akan memperolehi untung yang optimum kerana pengusaha dapat menyeragamkan pengeluaran buah, mengatur jadual pengeluaran buah mengikut kehendak pasaran, urusan menggunakan tenaga kerja dengan lebih efisyen di ladang dan mengelakkan lambakan buah di pasaran. Artikel petang Ahad ini saya terus untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" satu teknologi untuk membuat aruhan bunga (hormone) nanas jenis Sarawak daripada penelitian oleh seorang pegawai iaitu Encik Imran di LPNM yang membuat pemerhatian atau kajian khusus di Terengganu dan telah dibentangkan dalam Seminar Teknologi dan InovasiTanaman Nanas 2017 di Pontian baru-baru ini.


Masaalah pengeluaran Nanas Sarawak semenjak dahulu agak sukar untuk dirancang tarikh jadual pengeluarannya berbanding dengan varieti nanas lain. Ini kerana nanas Sarawak merupakan spesis yang 'kurang responsif' dengan kebanyakan jenis bahan penggalak (hormone) yang sedia ada dipasaran. Bagaimana pun dilaporkan dimana Pihak Bahagian Pembangunan dan Pengembangan Tanaman LPNM telah memperkenalkan kombinasi baru untuk digunakan didalam kerja-kerja aruhan pembungaan untuk nanas varieti Sarawak iaitu Campuran kalsium kabaid, ethrel, urea dan kapur.  Karbaid adalah bahan terbaik pelbagai guna termasuk untuk membedil meriam ketika malam raya (Sila anda lihat foto disebelah). Teknologi ini pernah dilakukan oleh beberapa orang penanam nanas yang telah lama menanam  nanas jenis lain seperti Nnanas moris, naas Josapine, Nanas MD2 dan banyak lagi. Kajian dalam percubaan pertama dengan  menggunakan kombinasi bahan-bahan ini telah dilakukan di Setiu dan mendapat hasil 90 peratus. Temuan tentang kadar kejayaan aruhan diTerengganu dengan menggunakan petak plot demonstrasi untuk pendebungaan telah dijalankan.  Cubaan kedua telah dilakukan di Besut juga mendapat hasil yang sama iaitu 90 peratus kadar kejayaan aruhan pembungaan. Keputusan yang konsisten pada kedua-dua plot percubaan menunjukkan kombinasi bahan-bahan ini boleh digunakan pada masa hadapan dengan kaedah dan waktu yang betul bagi menyelesaikan masalah kurang tindakbalas varieti nanas Sarawak kepada bahan aruhan pembungaan. Tujuan aruhan pembunggaan adalah untuk menyeragamkan pembungaan, pengeluaran buah dan penuaian serta mengatur pengeluaran buah mengikut kehendak pasaran. Ini akan membolehkan penanam nanas akan mendapat harga pasaran yang baik dan seterusnya akan menjamin pengeluaran buah secara berterusan serta dapat mengelak berlaku lambakan buah di pasaran.


Sebenarnya pokok nanas merupakan sejenis tumbuhan yang istimewa kerana masa pembungaanya boleh diatur melalui kaedah aruhan.  ARUHAN BUNGA NANAS ialah kaedah rangsangan pembungaan untuk menghasilkan buah serentak dengan menggunakan bahan kimia pengawalatur tumbuhan. Nanas peka kepada bahan kimia pengawalatur tumbuhan. Kini diantara bahan kimia pengawalatur nanas di dalam pasaran ialah pil ANAA, ethrel dan kalsium kabaid. Biasanya aruhan pembungaan penting untuk memastikan pengeluaran buah boleh diatur dan ini menjadi faktor utama dalam kempen "Tanam nanas UNTUNG!"". Mari penulis perkenalkan ciri-ciri khusus Nanas Sarawak (AC4) yang dibincangkan kali ini. Nanas ini adalah dari Kumpulan Cayenne dan dinegara jiran Thailand dipanggil nanas ‘Kew’. Istimewanya nanas ini mempunyai saiz buah besar (Berat diantara 1.8 - 4.5 kg). Ia mempunyai daun  yang kurang berduri dengan warna hijau dan isinya bewarna kuning keemasan. Sesuai untuk di makan segar serta banyak ditanam di Kelantan dan Terengganu dimana kini ia mempunyai harga ladang tinggi (RM 1.80 - RM 2.00/kg). Bagaimana pun terdapat nanas hampir sama di Kelantan yang juga dipanggil sebagai Nanas Sarawak iaitu Nanas Madu Kaca. Nanas Sarawak seperti saya nyatakan diatas kurang peka kepada bahan kimia pengawal atur tumbuhan dan ini menyebabkan kalangan pengusaha nanas mengalami kerugian kerana tidak dpat memenuhi kehendak pasaran mengikut jadual dan aturan yang disusun. Oleh itu perlu terpaksa menunggu pokok untuk mengalami aruhan semulajadi. Ada kes dimana pokok menjadi “gila daun” atau “pokok naga” yang menghasilkan buah yang kecil bila aruhan semulajadi berlaku.


Teknologi menggunakan bahan Kombinasi Kalsium Karbid dan Ethrel telah ditemui baru-baru ini. Sejumlah 100 ml Ethrel dicampurkn dengan sebanyak 180g Urea dan juga 180 Liter Air Bersih. Bagi bahan seterusnya adalah sebanyak 400 gram bahan Kalsium Kabaid dicapur dengan sebanyak 18 Liter air dan dijadikan larutan untuk disemburkan pada pokok nanas Sawarak. Sebaiknya pokok nanas tersebut mestilah pada usia pokok tua dengan pokok yang dikelaskan sebagai terlalu subur. Disyorkan masa terbak membuat semburan bahan ini atau masa aplikasi aruhan (lebih jam 9.00 pagi / sebelum jam 5.00 petang) berakna sebaiknya dilakukan pada waktu lewat petang. Dalam kombinasi lain ada formulasi iaitu cara mencampurkan sebanyak 80 ml ethrel dengan  100 gram urea dan sebanyak 330 gram kalsium kabaid bersama 18 Liter air. Larutan ini kkemudian boleh di sembur sebanyak kuantiti 50ml ke pucuk pokok nanas yang dewasa dan dikira sedia untuk menghasilkan bunga. Semasa mencampurkan tadi sebaiknya setiap bahan dilarutkan secara berasingan sebelum dicampur di dalam pam 18Liter. Pokok yang dipilih mestilah telah berumur lebih 9 bulan. Biasanya kaedah ini akan memberikan peratus kejayaan antara 85 - 90 % (fakta ini adalah berdasarkan kepada keputusan aplikasi yang dibuat di kebun En. Abdul Rahman Abdullah, di Sg Tong, Terengganu). Dari segi kos pula dikira sekitar RM 3.99 untuk sediakan larutan sebanyak 18L atau purata kos sekitar hanya RM 0.01 sepokok. Pastikan semburan dilakukan pada waktu lewat petang kerana pokok nanas aktif diwaktu malam. Dalam formulasi ke 3 yang dibyat kajian melibatkan formulasi campuran 100 ml ethrel dicampur dengan sebanyak 180 gram urea, 400 gram kalsium kabaid dan juga sebanyak 18 Liter air bersih. Formuasi ini kemudian disembur pada pokok nanas pada lewat petang dimana hasil kajian mendapati peratus kejayaan 88%. Campuran kajian yang ke 4 denga mencampurkan sebanyak 00 ml ethrel bersama sebanyak 180 gram urea , sebanyak 400 gram kalsium kabaid ditambah dengan 180 gram kapur serta sebanyak 18 L air dan disebatikan. Semburkan sebanyak 50ml larutan ini  ke pucuk nanas pada waktu petang dimana formulasi ini memberikan peratus kejayaan 91%. Dari segi analisa kosting didapati kos formulasi larutan tanpa kapur adalah sekitar RM 5.05 satu pam 4 liter atau sekitar kos sekitar RM0.02 sepokok. Bagi formulasi dengan ada bahan kapor pula kos terlibat sekitar RM 5.23 satu pam 4 liter atau jatuh kepada RM0.02 sepokok. Temuan mendapati dimana kombinasi gas etilen dan asetilena memberi kesan yang konsisten kepada proses aruhan Nanas Sarawak. Ini berkait dengan masa aplikasi yang paling sesuai menyembur iaitu pada lewat petang dan malam hari untuk kesan optima. Pastikan tidak hujan dalam tempoh 3 jam selepas aplikasi semburan dilakukan kerana jika hujan maka larutan tidak berkesan. Bagi memudahkan pengusaha untuk merancang pemasaran buah dan mampu meningkatkan keuntungan pengusaha maka teknologi ini boleh dilakukan. Bagi keterangan lanjut boleh berhubung dengan pegawai LPNM diseluruh negara. Diharap artikel ini memberi maklumat terbaik kepada penanam nanas Sarawak. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.

NANAS SARAWAK... BESAR BUAHNYA...
HORMON BIASA... TIADA KESANNYA...
TEKNOLOGI TERKINI... LPNM JUMPA....
BOLEH AMALKAN... BUAHNYA SEKATA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301 Hotel Aloha,
Pusat Perdagangan Pontian,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(13 RabiulAkhir 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.