Sunday, December 31, 2017

MENTARANG BAKAR - ADA HARGA

SIPUT MENTARANG (Pholas orientalis) merupakan sejenis  haiwan bercengkerang (dari kumpulan Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, di Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut. Penulis blog beberapa kali ke lokasi tersebut melihat bagaimana ada orang yang mencari siput mentarang mengikut musim. Ia juga dianggap sebagai memiliki sifat perangsang seks kepada yang memakannya dimana terkini terdapat hidangan istimewa iaitu Mentarang Bakar yang kini dijual pada harga RM18 sekilogram. Dalam akhbar tempatan pernah juga dilaporkan ada pengusaha tempatan yang semakin berani berniaga mentarang di kawasan Sabak Bernam untuk dijadikan hidangan istimewa kawasan tersebut. Pada ramai pengunjung dari Kuala Lumpur yang kali pertama melihat mentarang mungkin mula-mula makan rasa geli sebab siput ini bentuknya macam melekat. Namun apabila sudah masuk ke mulut dan dapat merasai akan keenakannya pula semua perasaan tadi akan hilang. Penulis pada kali pertama ketika menikmati sejenis siput laut semasa bertugas dan tinggal di Putrajaya yang sering lalu jalan tersebut untuk ke Bagan Datoh. Saya pernah menulis beberapa artikel berkaitan siput, kerang-kerangan, ketam, ikan tetapi cuma ada 3 artikel berkaitan dengan mentarang. Mentarang yang berbentuk tirus seperti siput sangat enak apabila dibakar. Pada orang awam mendengar nama siput ini agak pelik namun penulis blog memang menyukainya selain kerang. Artikel petang Khamis ini sempena cuti rehat hujung tahun saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" berkaitan siput mentarang sekadar berkonggsi info dengan anda semua.

Hidupan eksotik yang mana ia dinamakan Mentarang atau nama saintifiknya Pholas orientalis mempunyai kulit yang nipis. Habitatnya pula di kawasan pantai yang berselut sahaja. Ia digelar makanan laut eksotik berikutan ia hanya boleh didapati di Perlis dan Pantai Sabak, Sabak Bernam, Selangor. Selain itu siput mentarang ini biasanya hidup pada kedalaman antara 30 hingga 50 sentimeter di dalam lumpur dan boleh didapati pada jarak 300 meter dari pesisir pantai. Siput Mentarang agak asing kepada ramai orang dari tempat lain kerana umum hanya lebih mengenali makanan laut seperti udang, ketam, sotong, lokan serta ikan sebagai sajian utama. Penulis blog pernah berkunjung ke Restoran Faridah Mentarang Bakar ini kerana memang dulu sering melalui kawasan ini dalam perjalanan ke Perak. Pernah penulis makan sebelum ini memang siput mentarang bagi saya makanan laut yang sedap dan lazat. Dalam mencari info, menurut pemilik Restoran Faridah Mentarang Bakar iaitu Encik Sazali Zainal menyatakan pembabitannya dalam perniagaan itu bermula sejak tahun 2010 dengan menjual mentarang mentah. Mentarang itu dijual di sebuah gerai kecil di tepi jalan Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Lazimnya dahulu beliau akan hanya menggunakan tempurung kelapa untuk membakar siput mentarang bagi mengekalkan tekstur isinya. Bagaimanapun kini oleh kerana berlaku evolusi maka penjualan mentarang bermula apabila salah seorang pelanggannya memberi idea supaya menjual mentarang bakar. Maka kini perniagaan beliau telah maju dan ramai pelanggan yang berkunjung.


Mengimbau sejarah dahulu, beliau cuma ingat bila ada seorang pelanggan iaitu merupakan seorang pegawai polis dari Melaka yang singgah ke gerainya sebaik selesai satu operasi di Sekinchan tujuh tahun lalu. Pelanggan ini mencabar dia untuk menjual mentarang bakar dimana pada keesokan harinya dan sambutan amat memberangsangkan. Dari segi pengalaman beliau adalah peniaga pertama menjual mentarang bakar di sekitar Sungai Leman hingga ke Sungai Besar, Selangor. Kini perniagaan yang diusahakan semakin berkembang daripada gerai kecil sehingga mempunyai restoran sendiri yang dibina secara berperingkat-peringkat dengan kos sekitar RM30,000. Maka sejak dari itu perniagaan mentarang bakar ini menjadi fenomena di sekitar Sekinchan. Sazali menegaskan siput mentarang yang didapati daripada para pencari siput itu berkenaan dibeli pada harga antara RM12.00 - RM15.00 sekilogram. Dakwanya kadang kala harga mentarang boleh mencecah sehingga RM25 sekilogram (kg) kerana ia hanya boleh ditangkap ketika air surut. Siput mentarang ini akan direndam di dalam kolam pembersihan yang diisi dengan air laut selama enam jam dengan bantuan tangki oksigen sebelum dihidangkan. Kini produk mentarang bakar telah menjadi fenomena di Sekinchan, Selangor dikalangan orang tempatan dan orang luar. Langkah ini bagi memastikan selut tanah yang terdapat di dalam cengkerang mentarang itu dapat dikeluarkan selain memastikan kesegarannya. Setelah cukup enam jam direndam, berus sabut digunakan bagi menggosok cengkerang mentarang untuk menghilangkan kekotoran selut.  Beliau akan menggantikan air laut yang digunakan setiap dua hari sekali. Dia memperuntukkan lebih 50kg mentarang terutama pada hujung minggu.


Menurut Sazali selalunya hidangan mentarang kini bukan saja dibakar dan di rebus sahaja tetapi sebaliknya ada jenis masakannya boleh dipelbagaikan. Antaranya dimasak sup, asam pedas, masak merah, lemak dan goreng tepung bergantung kepada permintaan pelanggan. Di restoran ini siput mentarang bakar atau rebus dijual pada harga RM18.00 sekilogram dan tambahan RM2.00 bagi masakan jenis lain. Beliau juga bercita-cita membuka lebih banyak cawangan restoran. Dalam pada itu seorang pengusaha restoran mentarang berhampiran  iaitu En Sapihudin Azman atau dia dikenali dengan nama 'Aji Mentarang' juga ada memberitahu dimana sebaik-baiknya mentarang yang telah dibersihkan dihidangkan dalam masa dua hari meskipun ia boleh hidup sehingga 10 hari selepas dibawa keluar dari habitatnya.  Dia menggunakan tempurung kelapa setiap kali membakar mentarang bagi mengekalkan tekstur makanan laut itu. Dikedai beliau terdapat lebih 300 biji tempurung kelapa digunakan untuk tujuan tersebut setiap minggu. Dari tinjauan penulis blog terdapat bilangan peniaga mentarang di Sekinchan dengan jumlah agak ramai dimana dengan membakar dalam tempurung kelapa ia dapat menggalakkan persaingan sihat. Menurut Aji Mentarang lazimnya pecahan pelanggannya masing-masing 50 peratus terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Dia juga ada banyak menerima tempahan daripada pengusaha restoran makanan laut di sekitar Kuala Selangor. Seorang pelanggan diteny ada nyatakan dimana mentarang secara langsung melonjakkan ekonomi masyarakat setempat di Sekinchan. Dalam usaha mempopularkan lagi siput mentarang ini perlu ada satu inovasi perlu dilakukan oleh pihak berkaitan memajukan industri makanan laut ini agar dapat dieksport ke luar negara. Kalau diproses dengan baik dan dibungkus dengan kemas pasti ada permintaan baik untuk pasaran domestik dan juga eksport dimasa akan datang. Lebih banyak penyelidikan dan kajian mengenai lokasi penghasilan mentarang di kawasan pantai Selangor ini dan bagaimana untuk menghasilkan produk mentarang yang baik dmasa akan datang. 

Dalam pada itu dilaporkan di Perlis dimana dikawasan Pantai Sungai Baru bagai pesta bila tiba musim Mentarang. Salah seorang pnjual Mentarang Masaidi Mansor menjual mentarang tempatan ini pada harga antara RM10 hingga RM16 sekilogram mengikut saiz di Kuala Perlis. Sebenarnta di Pantai Sungai Baru di Simpang Empat bagaikan 'pesta' pada pertengahan dan akhir bulan dengan kemunculan mentarang iaitu sejenis siput laut yang menjadi rezeki tambahan penduduk tempatan. Hidupan bermusim Mentarang atau nama saintifiknya Pholas Orientalis merupakan spesies hidupan laut bercengkerang, mempunyai kulit nipis dan biasanya lebih menggemari air bersuhu rendah. Mentarang biasanya muncul di pantai berselut kira-kira dua kilometer dari tebing pantai dalam tempoh enam atau tujuh hari dalam sebulan, boleh dijual RM10 hingga RM16 sekilogram. Tinjauan mendapati kira-kira 50 pencari mentarang termasuk dari luar kawasan Sungai Baru sanggup meredah pantai berselut hampir tiga kilometer apabila air surut, biasanya pada sebelah pagi, untuk mencari hidupan laut itu yang menjadi rezeki buat mereka. Menurut dkwaan seorang penduduk tempatan iaitu En Hussain Yahya berumur  49 tahun berkata beliau boleh mendapat hampir 30kg mentarang dalam tempoh kira-kira dua jam. Lazimnya bila dia sekali turun (keluar mencari) boleh dapat RM250 hingga RM300. Sebahagian untuk makan sendiri. Dakwanya kalau rajin boleh dapat RM1,200 hingga RM1,600 dalam tempoh mentarang muncul (enam hingga tujuh hari). Kerja mencari mentarang ini mudah tapi terpaksa bermain dengan selut. Dia hanya perlu bawa alat pengorek yang diperbuat daripada kayu dipanggil 'kedan' dan bekas untuk mengisi mentarang. Beliau adalah pekerja sebagai tukang kebun sebuah syarikat swasta di pekan Simpang Empat. Kepada penduduk lain iaitu En Bakar Yaakob yang juga merupakan nelayan sepenuh masa dari Sungai Berembang berdekatan Sungai Baru, berkata beliau memperoleh hampir 40 kilogram setiap kali mencari hidupan laut itu. Beliau  juga pembeli tetap mentarang yang sedia menunggu di tebing pantai. Dalam tempoh enam hingga tujuh hari dia biasa mendapat RM2,500. Lazimnya dia akan keluar mencari mentarang seawal 8 pagi apabila air laut surut. Mentarang sedap dan enak dimasak lemak atau dibakar secara tradisional menggunakan arang, untuk dimakan bersama nasi dan ulam (Sila lihat foto disebelah). Suasana di pantai Sungai Baru bertambah meriah pada musim cuti persekolahan, dengan kehadiran kumpulan remaja atau pelajar membantu ibu bapa mereka mencari mentarang. Peraih siput unik ini juga turut kelihatan memborong mentarang daripada pencari di sepanjang kawasan pantai dari pantai Sungai Berembang, Kurong Tengar dan Kuala Perlis. Semuga tulisan artikel ini dalam anim aro technology memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
SIPUT MENTARANG ... RAMAI TAK JUMPA...
SEKINCHAN SELANGOR... ADA DISANA...
KALAU DIBAKAR....AMAT ENAK RASANYA...
BACA ARTIKEL... RASA HENDAK KESANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(6 RabiulAkhir 1439H)

Saturday, December 30, 2017

SENARIO TERKINI INDUSTRI KELAPA

TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan tanaman indutri yang keempat terpenting di Mlaysia selepas Kelapa Sawi, Getah dan Padi. Tanaman ini merupakan tanaman penting satu ketika dulu sebelum komoditi baru mengambil alih secara berperingkat digantikan dengan tanaman kelapa sawit bagi sektor pekebun kecil terutamanya. Bagaimana pun Perdana Menteri Malaysia dalam Bajet 2018 telah memberikan tumpuan khas pembangunan kelapa dengan jumlah perunukkan yang besar iaitu sebanyak RM50 juta pada tahun 2018. Penulis blog mengupas isu sejarah komoditi tanaman kelapa ini dimana dahulu sekitar tahun 1960 - 1980 ada program khas dibawah Jabatan Pertanian iaitu Program Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) yang memperkenalkan tanaman kelapa terutama varieti Malayan Tall (CN1). Bagaimana pun program yang berjaya memajukan lebih daripada 120,000 hektar tanaman kelapa di Malaysia ini dihentikan pada tahun 1980án awal kerana produktiviti dan pendapatan penanam kelapa pada masa itu adalah diantara yang terendah. Kajian penulis blog mendapati purata pokok kelapa varieti Malayan Tall sekitar 7,000 - 8,000 biji sehektar setahun. Pada masa itu harga kelapa dikebun hanya sekitar RM0.30 - RM0.50 sebiji menjadikan petani hanya menerima pendapatan sekitar RM2,100/ha/tahun hingga RM4,000 /ha setahun. Jika hendak dibahagi dengan bulanan maka purata pendapatan penanam kelapa adalah antara terendah pada masa itu iaitu dianara RM175 - RM 334 sebulan. Penanaman kelapa telah tidak digalakkan selepas itu dn daripada 12 buah estet kelapa kini hanya tinggal 2 estet sahaja yang masih mempertahankan tanaman kelapa iaitu satu di Perak (UP Plantation) dan satu di Pahang. Negara memerlukan sebanyak 750 juta biji kelapa setahun untuk kegunaan domestik bagi pasaran segar dan kilang. Sehingga kini sebanyak 650 juta mampu dikeluarkan dalam negara dan bakinya sebanyak 100 - 120 juta biji kelapa diimport dari negara jiran Indonesia. Kelapa tua biji yang diimport ini hanya untuk diproses oleh 17 buah kilang yang ada di Semenanjun Malaysia. Saya menulis lebih daripada 70 artikel mengenai kelapa dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. Kali ini aya paparkn senario terkini industri kelapa dipetik daripada akhbar tempatan untuk anda.

Pada masa ini jumlah keluasan kawasan penanaman menunjukkan trend yang menurun dalam tempoh 10 tahun lepas disebabkan oleh persaingan dengan tanaman lain terutama kelapa sawit. Pada analisa penulis blog, di Malaysia kini jumlah keluasan bertanam kawasan kelapa pada tahun 2006 adalah seluas 119,465 hektar (ha) dan dianggarkan akan menurun kepada 80,360 ha pada tahun 2016. Pada ketika ini Jabatan Pertanian melaporkan dianggarkan seramai 68,000 keluarga tani yang terlibat dengan tanaman kelapa. Taburan keluasan sebanyak 63 peratus kawasan adalah di Semananjung Malaysia, manakala 20 peratus di Sabah dan 17 peratus di Sarawak. Apa pun berdasarkan statistik semasa antara negeri yang mempunyai keluasan penanaman terbesar adalah Sabah diikuti Sarawak, Johor, Selangor dan Perak. Pada saya secara keseluruhannya jumlah produktiviti adalah agak rendah iaitu sebanyak antara 5,000 hingga 6,000 biji sehektar setahun iaitu kebanyakannya adalah dari pokok kelapa Malayan Tall yang tua (Senile tree). Pokok ini merupakan pokok kelapa yang diberikan bantuan oleh Jabatan Pertanian dalam Program khas RPSKK yang saya nyatakan diatas tadi. Penanaman baru kelapa dengan jenis kelapa pandan dan Matag kini mula mendapat tempat sekitar pertengahan tahun 2000 (Sila anda lihat foto disebelah). Permintaan kelapa muda pada analisa penulis blog telah meningkat berganda-ganda dengan ujudnya produk seperti 'Coconut Shake' yang mampu menjada permintaan kelapa muda yang tinggi. Petani lebih untung menjual kelapa muda dengan harga ladang RM1.50 sebiji berbanding dengan kelapa tua yang gugur hanya RM1.00 sebiji. 

Laporan menunjukkan penggunaan kelapa tempatan 2016 adalah dianggarkan sebanyak 640 juta biji setahun manakala pengeluaran adalah sebanyak 538 juta biji. Justeru, baki keperluan sebanyak 102 juta biji lagi adalah diimport dari Indonesia. Dari aspek lain sebenarnya apakah cabaran utama yang dihadapi industri kelapa masa akan datangi?. Pada penulis blog yang juga dirujuk sebagai pakar dalam tanaman kelapa mendapati terdapat beberapa cabaran dan isu yang dihadapi industri kelapa negara di antaranya ialah dimana ada petani atau pekebun sedia ada telah berumur iaitu purata 55 tahun ke atas. Golongan muda kini sudah tidak berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Sebab ke 2 dimana saiz kebun yang kecil (antara 0.2 hingga dua hektar) dan tidak ekonomik untuk tanaman kelapa. Seterusnya yang ke 3 adalah dimana tanamn kelapa mungkin tidak dapat memberikan pendapatan yang tinggi kepada petani seperti saya nyatakan diatas jika tidak ada kombinasi (intergrasi) dengan komoditi lain. Purata keluasan milikan petani di Malaysia kekal dalam 1.2 hektar sahaja. Keempat adalah dimana tanaman kelapa sering menerima ancaman perosak dan penyakit juga adalah salah satu cabaran yang tidak boleh dipandang rendah. Pada ketika ini, terdapat sejenis perosak iaitu Kumbang Merah Palma (Rhynchophorus ferrugineus) telah didapati menyerang tanaman kelapa dan telah diisytiharkan sebagai wabak di negeri Terengganu pada Julai 2011. Jabatan Pertanian telah memperuntuk sebanyak RM4 juta untuk membendung, mengawal dan menghapuskan perosak tersebut dan sehingga kini perosak tersebut telah dapat dikawal daripada merebak ke negeri-negeri lain. Anda boleh rujuk artikel tulisan saya mengenai perkara ini.

Kekangan dan cabaran dalam industri kelapa yang ke 5 dimana jika pengurusan ladang yang tidak sistematik atau masih lagi mengamalkan pengurusan tradisional seperti tidak membaja pokok dan hanya kutip hasil tunggu buah tua jatuh. Lazimnya pokok kelapa sedia ada kebanyakannya adalah jenis kelapa tinggi Malaya (Malayan Tall) dengan hasil yang diperoleh adalah di antara 3,000 hingga 4,000 biji sahaja dalam sehektar. Di samping itu, pokok ini juga telah mencapai ketinggian antara 50 hingga 60 kaki dan menyukarkan proses mengait buah atau menuai hasil. Didakwa kepapa hibrid Matag mampu menghasilkan potensi sehingga 25,000 biji sehektar jika dijaga dengan baik. Kelapa Pandan pula jenis kelapa wangi yang semakin popular ditanam dikalangan petani. Penulis blog fikir apakah langkah-langkah atau usaha yang dilaksanakan bagi memulihkan industri kelapa negara?. Sebenarnya sejak tahun 1960-an lagi seperti para pertama diatas, kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah memperkenalkan program Penanaman Semula dan Pemulihan kawasan tanaman kelapa sedia ada iaitu menerusi program Skim Pembangunan Pekebun-pekebun Kecil Kelapa dengan memperkenal penanaman varieti Malayan Tall. Seterusnya menerusi Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) varieti hibrid MAWA (Malayan Red/Yellow Dwarf X West African Tall) pada tahun 1980-an. Pada tahun 1990-an iaitu sepanjang Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) kelapa hibrid Matag telah diperkenal bagi menggantikan kelapa MAWA yang boleh memberikan hasil yang lebih tinggi di samping dapat memberikan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kelapa. Pada RMK-8 (2000-2014) Pelan Pembangunan Kelapa juga telah diluluskan oleh pihak iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan dokumen ini telah digunakan oleh Jabatan Pertanian sebagai panduan bagi melaksanakan program pembangunan tanaman kelapa di negara ini.


Pada masa ini telah ada pelan memajukan kelapa bagi tujuan tersebut dengan memberi penekanan kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil dan meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan bagi meningkatkan pendapatan melebihi RM1,000 sebulan. Perancangan tersebut juga telah diteruskan sehingga ke RMK-11 dan insentif yang diberikan kepada pekebun termasuk Program Pengeluaran Benih, Program Penanaman Semula dan juga Program Pemulihan serta Program Integrasi Kelapa dengan tanaman lain. Kini Program Pengeluaran Benih Kelapa Berkualiti adalah salah satu program yang amat penting memandangkan industri kelapa negara pada masa ini mengalami kekurangan bekalan anak benih yang berkualiti dan boleh memberikan hasil tinggi iaitu anak benih kelapa hibrid Matag. Isu ini juga telah menjejaskan program penanaman semula tanaman kelapa. Namun demikian ada dilaporkan dimana Jabatan Pertanian juga telah memperluas lagi kawasan pengeluaran benih kelapa hibrid Matag dengan membangunkan kawasan ladang pokok induk seluas 90ha di Pusat Pertanian Lekir pada tahun 2012 selain 40ha yang sedia ada di Pusat Pertanian Jorak, Pagoh, Johor bagi meningkatkan lagi pengeluaran anak benih kelapa. Selain itu Program Penanaman semula juga sedang giat dijalankan oleh Jabatan Pertanian iaitu menggantikan Malayan Tall dengan Matag dan kelapa terpilih lain seperti Pandan, Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Malayan Red Dwarf (MRD). Pada masa ini jenis insentif yang disediakan adalah berbentuk pembangunan infrastruktur dan bahan input yang berbentuk in-kind untuk tempoh empat ahun sebanyak RM20,000 sehektar. Program pemulihan adalah aktiviti memulihkan kawasan-kawasan kebun yang masih produktif untuk meningkatkan hasil. Insentif yang disediakan ialah bantuan input berbentuk in-kind untuk tempoh tiga tahun berjumlah RM5,500. Program integrasi adalah aktiviti penanaman tanaman lain selain seperti pisang, nanas, kopi dan tanaman singkat masa di kawasan kelapa bagi memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun.

Apakah strategi pemasaran dalam meningkatkan hasil eksport kelapa negara?. Sebenarnya Jabatan Pertanian sentiasa menggalakkan pengusaha dan pengilang untuk terlibat dengan aktiviti pemprosesan produk kelapa seperti santan, kerisik, minyak kelapa, air kelapa dan produk yang berpotensi untuk dieksport seperti karbon teraktif, sabut dan sebagainya. Pada masa ini minyak kelapa dara (VCO) juga mendapat permintaan yang amat tinggi dari negara-negara Europah dan Amerika Syarikat. Namun kebanyakan pengusaha yang terlibat hanya menjalankan perusahaan ini secara kecil-kecilan. Sekiranya dapat dilaksanakan dengan skala yang besar ia akan dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara. Selain itu penyelidikan oleh pihak universiti tempatan juga telah membuktikan bahawa minyak kelapa juga mempunyai khasiat yang baik dari segi kesihatan dan dengan adanya promosi yang baik produk-produk ini akan meningkatkan lagi eksport negara. Teknologi-teknologi baharu yang diperkenal kepada petani agar dapat meningkatkan keluaran kelapa negara. Jabatan Pertanian sehingga kini sentiasa memberikan khidmat nasihat teknikal kepada petani dari segi amalan agronomi dan juga lepas tuai bagi meningkatkan hasil dan juga kualiti hasil yang dikeluarkan. Penggunaan mesin pengupas kelapa juga telah diperkenal kepada petani supaya kerja-kerja tersebut labih efisien dilaksanakan. Kerjaan sudah mengumumkan untuk menggabungkan Lembga Nanas dengan Kelapa dan buah-buahan dan diharap sektor pembangunan kelapa khususnya akan lebih maju dimasa akan datang. Semuga anda mendapat info terbaik daripada anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN INDUSTRI... IANYA KELAPA...
PERLU DIMAJUKAN... JANGANLAH LUPA....
LEMBAGA BARU... DICADANGKAN MOA...
BUAH KELAPA BANYAK...PETANI SUKA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(5 RabiulAkhir 1439H)

Friday, December 29, 2017

MEMANCING IKAN DI SAWAH

MEMANCING IKAN DISAWAH merupakan satu aktiviti yang menghasilkan ikan serta menyeronokan dikalangan kaki pancing dan masyarakat kampong. Penulis blog memang pernah menjadi kakipancing di Sawah Ring, Muar, Johor sekitar tahun 1970'an dahulu bilamana orang tua dahulu ada menanam padi dikawasan sawah tersebut. Antara jenis ikan paling mudah didapati seperti ikan haruan, ikan betuk (ikan puyu), ikan keli, ikan Seluang, ikan Terbol, ikan Sepat (cara sauk) dan beberapa jenis lagi. Ikan air tawar ini mudah dipancing dengan menggunakan umpan cacing tanah yang mudah dicari dibelakang rumah kami. Joran pancing pun lazimnya buatan sendiri sama ada dengan buloh, kayu atau pun joran lain. Tali dan matakail sahaja yang dibeli daripada kedai walau pun saya sebenarnya pandai juga buat mata kail daripada dawai yang ada dirumah. Kalau cuaca baik ada kala mendapat ikan yang lumayan dan cukup untuk dijadikan lauk untuk beberapa hari. Pada masa dulu memang banyak ikan dalam sawah kerana kualiti air yang baik dan racun amat jarang digunakan dalam sawah padi tidak seperti sekarang ini. Dalam tali air disawah mahupun dalam bendang sendiri memang mudah melihat ikan berenang-renang dan amat rugi jika kita tidak menangkapnya. Pada masa ini semakin kurang kita dapat melihat orang kampong memancing ikan dikawasan sawah padi. Bagaimana pun kalau anda pergi ke Melaka, sekitar Alai, Batu Berendam, Kg Gelam dan beberapa lokasi lagi yang ada parit atau lopak atau anak sungai sesekali anda akan dapat melihat orang yang memancing. Mereka kebanyakannya adalah orang tua (sama ada lelaki atau perempuan) dengan tujuan untuk memancing ikan puyu. Apa pun di Sekinchan, Selangor baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar KOSMO! dimana ada aktiviti memancing dikawasn sawah sebagai satu aktiviti riadah yang perlu dikembangkan. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technonoly" akan mengupas laporan akhbat ini untuk dikongsii bersama pembaca semua.

Dalam laporan Kosmo terbit pada 14  Disember 2107 penulis teruja dengan tajuk "Ikan sawah jadi buruan si kaki pancing" tulisan oleh Amirul Akmal Redzwan. Dalam laporan wartawan tersebut menyatakan dimana pada akhirnya setiap peserta perlu menimbang ikan yang berjaya ditangkap dan disahkan oleh pengajur pertandingan dalam pesta tersebut (Sila lihat foto disebelah). Kepada anda yang ingin merasai nikmat memancing di kawasan sawah bolehlah berkunjung ke Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. Anda yang mungkin ada pengalaman seperti penulis blog ingin menimbau kembali keseronokan memancing disawah padi jangan terkejut jika anda melihat di mana-mana terdapat ramai orang memancing di parit atau tali air di tepi-tepi sawah di negeri itu. Pada penulis blog apa yang lebih menarik dimana golongan pemancing wanita boleh dikatakan sama ramainya dengan lelaki. Penulis blog juga dapati dimana ada yang sambil memakai topi besar atau kain penutup muka bagi menghalang panas terik matahari dimana mereka yang kebanyakannya suri rumah asyik memancing tanpa mengira waktu pagi, tengah hari atau petang. Ianya seakan-akan satu pemandangan biasa setiap hari di sana, malahan pada hari cuti hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad biasanya jumlah pemancing wanita akan bertambah ramai. Ini berikutan seluruh ahli keluarga akan turut serta memancing disitu sehinggakan menjadi seperti aktiviti perkelahan.

Dalam tinjauan wartawan Kosmo baru-baru ini pula kebetulan Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan (SKSS) juga berjaya mengadakan Pertandingan Jom Memancing di sawah padi dalam masyarakat di situ sekali gus ianya merancakkan lagi suasana aktiviti memancing daripada hari kebiasaan. Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki iaitu En Abdul Halim Ahmad Poad berumur 56 tahun yang meluangkan masa lapang khususnya pada cuti hujung minggu dengan memancing bersama isterinya. Katanya aktiviti memancing sama dengan pengalaman penulis blog iaitu Anim Agro Technology adalah mengimbau sewaktu muda dahulu beliau memang biasanya memancing di sekitar sungai Tanjong Karang sehinggalah ke Ulu Sungai Labu pada waktu pagi atau petang untuk memancing udang galah. Namun, kini dia hanya memancing di kawasan sekitar sahaja ekoran faktor usia. Menurutnya hobi memancing adalah minatnya dan dia bersyukur kerana minat itu mendapat sokongan isterinya iaitu Pn Noraini Abd. Rashid yang juga merupakan suri rumah. Kini oleh kerana sama-sama minat beliau dan isteri akan ke bendang atau berdekatan tali air di tepi-tepi sawah untuk memancing ikan bersama,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. Menurut Abdul Halim jika dibanding memancing di laut maka dia lebih berminat memancing di tali air kerana tidak mengambil masa terlalu lama dan tidak berbahaya selain dapat membawa sama ahli keluarganya jika berkelapangan. Tambahnya dia menggunakan umpan cacing dan cengkerik yang dibeli di kedai-kedai menjual ikan perhiasan dan akan membantu memasang umpan pada joran isteri atau anak-anaknya. Kini isteri dia orang yang paling gembira di dunia jika umpannya dimakan ikan kerana dia akan bawa balik ikan-ikan ini untuk dimasak. Biasanya, kami goreng sahaja untuk dijadikan hidangan bersama keluarga. Ada juga yang dijadikan pekasam seperti ikan puyu atau lampam.

Lazimnya pada musim menuai padi atau banjir, hasil tangkapan ikan akan lebih banyak dan pernah suatu ketika saya memperoleh hampir tiga kilogram ikan lampam dengan hanya menggunakan pukat,” katanya yang juga telah menetap selama tiga dekad di Sekinchan. Sementara itu ada salah seorang peserta kecil dikenali dengan nama Adek Harfidzi berumur 10 tahun mendakwa dia menyertai pertandingan memancing kerana sememangnya meminati aktiviti berkenaan sejak kecil (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada perasaan gembira pada seawal usia lima tahun lagi dulu bapanya sudah membawa dia pergi ke tepi sawah untuk memancing bersama adik-beradiknya yang lain. Perkara yang dia paling suka tentang memancing ini ialah suatu perasaan gembira dan puas apabila berjaya memancing seekor ikan serta menariknya ke daratan. Ini adalah kerana setelah lama menunggu dan saat umpan dimakan ikan, ia mempunyai cabarannya tersendiri sama ada anda berjaya mendapatkan ikan itu atau pun terlepas semula ke dalam air. Menurut budak bertubuh kecil itu lagi dia dapati antara jenis ikan yang terdapat di kawasan itu ialah seperti lampam, keli, haruan, puyu, tilapia dan belida.  Selalunya ikan yang popular berjaya dipancing oleh penduduk di sini ialah ikan puyu dan lampam. Ikan-ikan lain jarang didapati kerana ia mempunyai kaedah dan teknik tertentu untuk menangkap ikan tersebut,” ujar anak jati Selangor itu.

Dalam pada itu dilaporkan menurut penyelaras bagi Pertandingan Jom Memancing SKSS iaitu en Azlizam Mohamad menyatakan program memancing di Sawah Sekinchan itu merupakan yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKSS untuk mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah bersama penduduk setempat serta komuniti di sekitarnya. Terdapat juga cadangan dikalangan penduduk tempatan disini yang ingin menjadikan aktiviti memancing ini sebagai satu aktiviti yang berfaedah dan menarik minat masyarakat tentang aktiviti memancing. Mereka mahu menggalakkan seseorang individu itu mempunyai satu hobi sihat dan mendidik diri menjadi seorang yang lebih sabar serta sayang kepada alam sekitar. Jelas Azlizam penyertaan peserta dalam pertandingan itu amat menggalakkan meskipun ia pertama kali dianjurkan oleh pihaknya. Lebih 100 peserta mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan tersebut. Seterusnya dinyatakan pemenang pertandingan ditentukan berdasarkan berat ikan yang diperoleh tanpa mengira spesies daripada ikan air tawar. Sekiranya terdapat berat ikan yang sama pemenang ditentukan berdasarkan masa mendapat ikan mengikut catatan pihak urusetia. Mengenai syarat-syarat pertandingan pula, tangkapan ikan daripada peserta mestilah boll iaitu mata kail dalam mulut ikan dan ia disahkan oleh pihak marshal pertandingan memancing. Peserta akan mencuba nasib dimana setiap joran yang didaftarkan untuk pertandingan perlu menggunakan satu mata kail sahaja yang dibenarkan dan teknik casting pula tidak dibenarkan sama sekali. Seorang lagi peserta veteran lain iaitu En Mezan Idris memberitahu dimana dia datang ke pertandingan itu hanya ingin mencuba nasib selepas diberitahu oleh rakannya. Ini merupakan pengalaman pertama kali saya memancing di Sekinchan dan sebelum ini saya hanya sampai di Tanjong Karang sahaja, malah pada waktu lapang saya lebih suka memancing bersama-sama di Sungai Gombak dan kolam ikan berbayar. Beliau kini tinggal dan datang dari Setapak, Kuala Lumpur. Ikan lampam, keli, haruan, puyu, tilapia dan belida antara spesies ikan sawah yang menjadi dambaan si kaki pancing pada Pertandingan Jom Memancing Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog memang aktiviti memancing dikawasan sawah seperti in perllu dikomersilkan oleh pihak tertentu sebagai satu produk pelancongan yang baik. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. wASALLAM!!!...
PERGI KESAWAH ... MEMANCING IKAN...
CACING TANAH... DIJADIKAN UMPAN...
IKAN PUYU... ADA JUGA IKAN HARUAN...
AMAT SERONOK.... ACARA DIHIDUPKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2305, Pullmann Hotel and Resorts,
Pullman Lake Side,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(4 RabiulAkhir 1439H)

Thursday, December 28, 2017

SGE - SATE GANTI DAGING?

ADAKAH ANDA SUKA SATE DIATAS?... Kalau suka memang ia boleh dikomersilkan bagi menggantikan sate daging lembu, sate kambing, sate babat, sate kerang mahu pun sate ayam. Sebenarnya foto diatas adalah SATE SIPUT SAWAH atau di negara kita dipanggil sebagai Siput Gondang Emas (Pomacea spp) atau ringkasnya SGE yang menjadi musuh utama kepada aktiviti penanaman padi. Penulis blog merujuk kepada satu artikel daripada Indonesia berjudul "Superlicious - kalau harga daging lembu terlalu mahal... inilah gantinya". Artikel tersebut boleh dicapai dengan url iaitu http://mylabulabi.tech/ 2017/12/ ganti-daging-lembu/. Artikel mengenai siput SGE ini ada beberapa artikel tulisan saya yang boleh dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. SIPUT GONDANG EMAS (Pomacea canaliculata dan Pomacea incularum) merupakan sejenis siput yang merosakkan tanaman padi di Malaysia yang teruk jika tidak dikawal. Siput Gondang Emas (SGE) merosakan anak benih padi yang bari ditanam kurang daripada 21 hari dimana serangan teruk akab berlaku jika paras air disawah melebihi 1 cm atau dikawasan air yang dalam. Tanda-tanda serangan agak mudah dilihat dimana akan kelihatan kehilangan rumpun-rumpun padi dan kelihatan daun padi terapong di permukaan paras air. Serangan SGE lazimnya sangat aktif pada malam hari dan sewaktu fajar dimana dan agak kurang pada waktu sianghari. Kerosakan akibat serangan SGE ini amat merugikan pesawah jika berlaku pada kadar yang teruk. Walau SGE ini pada peringkat awal dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan hiasan dalam akuarium tetapi kini merupakan musuh utama didalam industri tanaman padi negara. Bagaimana pun mengikut dakwaan artikel yang menarik ini, di Indonesia oleh kerana harga daging lembu terlalu mahal maka ada cadangan untuk menggantikan dengan daging siput ini untuk dijadikan satae. Dakwanya selain daripasa dari kosnya yang murah didapati rasanya juga lebih enak dari daging lembu biasa. Artikel malam ini sambil bercuti hujung tahun di Melaka saya menulis satu artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu lagi kemungkinan SGE boleh dijadikan sate yang bernilai!.

Apabila harga daging lembu (daging sapi) menjadi semakin melambung tinggi kini memang membuat masyarakat jarang dapat menikmatinya. Bayangkan jika dibandingkan dnengan dengan daging jual sekitar RM10.00 (Rp30 ribu) tetapi daging sapi memiliki harga lebih dari tiga kali lipat. Pada masa ini setidak-tidaknya rakyat tempatan perlukan sekitar RM34.00 (Rp100 ribu rupiah) untuk mendapatkan satu kilo daging sapi. Oleh karena itu peluang mengkonsumsi daging sapi itu boleh sahaja jarang diambil. Dalam kes lain rakyat tempatan memerlukan bahan protin makanan berkhasiat dengan nutrisi yang terkandung dalam daging sapi. Akibat faktur herga harga daging sapi tinggi menyebabkan masyarakat boleh menggantikannya dengan makanan lain yang memiliki nilai gizi yang sama dengan daging sapi. Apa bahan makanan tersebut itu? . Apa yang dimakssudkan oleh penulis artikel asal ini adalah SIPUT (Di Indonesia dipanggil 'keong sawah' dimana makanan sepele ini ternyata didakwa mempunyai kandungan seperti daging sapi. Lantas itu diterangkan dimana ada beberapa fakta tentang Siput/keong sawah yang wajib di ketahui (Sila lihat foto SGE disebelah). Di negara yang mempunyai sawah padi yang luas seperti di Indonesia untuk mengumpul dan mencari siput ini memang mudah dan boleh dikomersilkan pula. Adakah anda pembaca semua akan sanggup makan daging siput sawah ini yang dijual kepada anda?. Mungkin ramai kalangan pembaca tidak mahu.

Kempen makan dan mengusahakan daging Keong ini disarankan Oleh Menteri Pertanian Agar Dikonsumsi Masyarakat Indonesia baru-baru ini (Sila lihat foto disebelah). Seperti dibahaskan umum sebelumnya, daging sapi memang harganya begitu mahal. Oleh sebab itu, tidak semua masyarakat mampu untuk selalu menikmatinya meski semua memerlukan zat dan juga nutrisinya. Meski demikian, menteri pertanian menyarankan agar masyarakat boleh mengkonsumsi keong sawah sebagai alternatif makanan yang memiliki kandungan gizi tinggi. Keong sawah daripada kajian mereka dimakmal didakwa mengandung protein 12%, kalsium 2017 mg, rendah kolesterol, 81 gram air dalam setiap 100 gram isi daging keong sawah. Keong sawah atau sering disebut 'tutut' juga mengandung vitamin yang tinggi seperti Vitamin A dan E. Dilaporkan dengan kaedah memproses siput ini yang tepat, tutut boleh jadi sumber protein haiwan yang bermutu dengan harga super murah daripada daging sapi atau daging kambing. Apa yang penting adalah bagaimana produk akhir yang siap diproses ini dapat dipamerkan dengan cara betul agar orang biasa tidak merasa 'geli' atau 'nak muntah' apabila memikir untuk memakannya. 

SGE atau Siput Gondang atau Keong ini sebenarnya merupakan perosak kepada tanaman padi (hama padi). Sebelum dikenal sebagai bahan makanan, keong sawah lebih dulu terkenal dengan julukan hama padi. Pasalnya dimana binatang ini yang suka berkubang di sawah tersebut memang selalu merosakkan (menyantap) tumbuhan padi. Bukan sahaja cuma memakan padi selalunya semua para pasukan keong sawah juga kerap menggunakan batang padi sebagai tempat bertelur (Sila lihat foto disebelah). Pembiakan binatang ini boleh dikatakan sangat cepat dimana ia tentu saja membuat para pesawah menjadi gusar. Selalunya apa yang penulis blog tahu bagi tujuan mengatasi hama keong sawah ini mereka biasanya memelepaskan itek (bebek) untuk ianya makan binatang kecil itu. Ada pula yang mengawal dengan cara menggunakan racun kimia (pestisida)  untuk peswah memberantas hama tersebut. Serangan serius SGE dikawasan sawah yang tidak dikawal mampu mengurangkan hasil padi sehingga 90%. Kenapa masaalah ini berterusan dan merugikan rakyat sementara ada kemungkinan dagung keong ini ada nilai ekonomi.

Daripada beberapa pemantauan didapati daging keong telah lama dijadikan makanan umum yang dikonsumsi di Asia Tenggara.  Kini bukan sahaja ia dimakan di Indonesia tetapi ternyata keong sawah memang sudah jadi makanan yang umum dikonsumsi orang-orang disebelah Asia Tenggara. Ini kerana selain memiliki nilai gizi yang tinggi, keong sawah juga boleh diolah sebagai masakan yang berasa lazat. Meski demikian kita juga patut waspada kerana keong sawah adalah perumah (inang) bagi beberapa penyakit parasit. Selain itu jika haiwan ini diambil di sekitar persawahan biasanya akan menyimpan sisa pestisida dalam tubuhnya. Oleh itu disarankan memang lebih baik jika kita mengkonsumsi keong sawah yang sudah diternak secara komersil (budidayakan) saja dalam kolam khas dimana ia tidak memiliki sisa pestisida. Kini telah ada usahawan di Indonesia yang telah membudidayakan perusahaan menternak keong. Kalau dulu keong sawah kerap dianggap hama pengganggu kini rupanya sekarang binatang satu ini sudah dianggap spesial. Saling spesialnya, bahkan banyak juga petani yang secara khusus berani membudidayakan keong sawah. Cara untuk mereka dalam membudidayakan juga cukup mudah. Biasanya masyarakat memanfaatkan kolam terpal untuk tempat memelihara keong ini.

Apa yang menarik dari tulisan artikel asal menyatakan dimana untuk anda membudidayakan keong sawah juga tidak memerlukan kos biaya yang besar. Kita hanya membutuhkan kawasan tanah (lahan) yang tidak terlalu luas untuk membuat digali kolam dimana ia kemudian kolam kecil tersebut dilapiskan dengan lapisan plastik (terpal). Sebaiknya menggunakan jenis plastik yang tahan lasak dan tidak udah reput (Sila lihat foto disebelah). Kemudian baru diberikan tanah dan air dan juga tidak lupa letakkan dahan atau ranting-ranting tumbuhan yang nantinya akan dijadikan tempat untuk bertelur. Masukkan keong didalam kolam tersebut dan ianya akan membiak dengan cepat jika diberikan makanan dedaun hijau yang mencukupi. Biasanya pembiakan berlaku pada malam hari dimana ia adalah aktif. Apabila sudah banyak maka siput SGE atau keong ini boleh dituai dan diproses untuk dijadikan produk yang berkualiti dan selamat dimakan kerana tidak ada kesan racun kimia. Sebenarnya ada dakwaan dimana keong ini manfaatnya luar biasa. Walau pun ia dianggap hama sampai disembur  racun dengan pestisida, barangkali dulu orang-orang hanya belum tahu bepata keong sawah itu punya banyak manfaat. Selama ini adakah kita pernah membayangkan kalau lendir binatang satu ini boleh ia mengubati jerawat yang ada dimuka? Bahkan ada dakwaan  di negara lain yang lebih maju dimana lendir siput diproses dengan teknologi yang canggih dan kemudian dijadikan bahan asas beberapa produk kecantikan kosmetik. Lendir binatang ini didakwa mempunyai fungsi buat meregenerasi kulit dan mengurangkan tanda kedutan di wajah. Juga ia boleh dihasilkan dengan harga yang lebih murah tetapi kandungan gizi keong sawah boleh dikomersilkan jika ada yang mahu. Beranikah anda mencuba?. Semuga artikel dalam anim agro technology malam ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
Rawatan muka dengan siput sawah.
NAMA SIPUT SAWAH... CEPAT BIAKNYA...
MEROSAKKAN PADI... TERUK KESANNYA...
DIJADIKAN SATE... AGAK ENAK RASANYA...
BOLEH DITERNAK ... SIAPA HENDAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
( 5 RabiulAkhir 1439H)


Wednesday, December 27, 2017

TANAM DURIAN MUSANG KING

DURIAN MUSANG KING atau D197 atau Durian Raja Kunyit merupakan satu kegilaaan baru dikalangan ramai orang pada masa kini. Durian (Durio zibethinus Murr.) merupakan sejenis pokok tumbuhan dari keluarga Malvaceae iaitu jenis buah tropika yang dipercayai berasal atau natif dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Buah durian memang sejenis buah yang telah lama sinonim dengan masyarakat Malaysia dan negara jiran terutama di Thailand. Pada masa ini negara Thailand dilaporkan pengeksport terbesar buah durian segar didunia dengan beberapa varieti seperti Chanee, KanYou dan Munthong. Buah durian yang dieksport daripada Thailand merupakan buah yang dipetik diatas pokok tidak sama dengan di Malaysia dimana buah durian yang gugur sahaja yang dipasarkan (buah durian masak ranum). Keluasan tanaman pokok durian di Malaysia sekitar 110,000 hektar dengan beberapa negeri mendomisasi tanaman durian iaitu di Perak, Johor dan Pahang. Saya juga telah menulis lebih daripada 200 artikel mengenai durian dalam blog ini dengan beberapa topik yang telah  dirujuk lebih daripada hampir 2.7 juta pembaca. Kini demam tanam durian telah kembali apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato Seri Shabery Cheek membuat kempen makan dan tanam durian secara konsistent. Dalam pada itu fenomena  harga durian Musang King (D197) pada tahun ini mencecah harga jualan tertinggi pada tahun 2017 sehingga menjadi RM140.00 sekilogram, lebih ramai orang yang telah mencari benih tanaman durian ini untuk mula ditanam. Menteri melalui kenyataannya memberi tahu jika tanam durian Musang King sekarang sekitar 4-6 tahun akan datang akan menuai hasilnya. Malahan dalam Perhimpunan Agong UMNO 2017 PAU pada DIsember ini memecahkan rekod dimana anak benih durian Musang King dijadikan 'buah tangan' kepada semua perwakilan UMNO. Promosi makan durian Musang King yang diadakan di Nanning, China juga membuka ruang pasaran durian Malaysia ke China dimasa akan datang. Protokol pengeksportan buah durian segar Malaysia  ke China sedang diusahakan diantara AQSIQ China dengan Jabatan Pertanian Malaysia. Bagaimanakah kita hendak pastikan bahawa pengeluaran durian premium seperti Musang King ini akan berjaya dimasa hadapan?. Artikel dalam "Anim Agro Technology" bilangan ke 4,676 ini akan berkongsi info mengenai tanaman durian Musang king.


Faktur pertama didalam usaha hendak menanam durian adalah ketersediaan Tanah atau kebun atau ladang sesuai. Pengalaman penulis blog mendapati tanah berbukit dengan saliran baik sesuai dengan tanaman durian termasuk durian Musang King ini. Kawasan lereng bukit dengan ketinggian 50 meter dari paras laut sesuai dari jenis tanah gembur berpasir dimana akar tunjang pokok mampu pergi jauh kedalam tanah (Sila lihat foto disebelah). Pokok durian lazimnya kurang sesuai ditanam dikawasan jenis tanah rendah yang ada masaalah sistem saliran apa lagi kalau paras air dalam tanah (water level) tinggi. Pokok durian yang ditanam dikawasan tanah rendah mudah diserang penyakit terutama pada musim hujan dimana produktiviti pokok durian adalah amat rendah. Ramai dikalangan pembaca blog dan rakan-rakan yang bertanya kepada penulis bagaimana memilih tanah yang sesuai untuk tanaman durian ini. Seperti dinyatakan diatas, jika hanya ada tanah yang kurang sesuai untuk tanaman durian boleh dilakukan beberapa pengubahsuaian kepada tanah tersebut seperti menyediakan sistem saliran baik, sentiasa menjaga amalan agronomi, menggunakan benih yang lasak dan juga aplikasi penggunaan bahan input yang lebih signifikan. Ramai kini dikalangan penanam kelapa sawit di sekitar Raub, Pahang semasa penulis bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang telah menebang pokok kelapa sawit dan menggantikannya dengan pokok durian Musang King pada tahun 2016. Mereka percaya apabila pasaran durian Musang King menembusi pasaran ke China tidak lama lagi, maka harga durian premium ini akan memberikan pulangan baik kepada kebun mereka.


Faktur kedua didalam usaha untuk menanam durian Musang King secara komersil adakah mengenai punca bekalan Benih Tanaman. Benih durian Musang King kini ada dijual dibanyak premis Nurseri Tapak Semaian diseluruh negara, Pasar Malam dan juga Pasar Tani. Bagaimana pun apa yang paling penting adalah untuk pekebun membeli benih durian D197 yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia mempunyai sijil akreditasi Skim Pemgesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang didaftarkan. Hanya mereka yang telah memohon SPBT dan menjalani pemeriksaan pokok induk yang disahkan dan lulus sahaja akan diberikan sijil tersebut. Ini bermakna pembeli boleh bertanya kepada penjual berkaitan ketulinan baka banih D197 yang dibeli daripada penjual atau pemilik premis. Jabatan Pertanian akan mengesahkan benih-benih tersebut mengikut jumlah tertentu yang telah lulus pemeriksaan sahaja dimana ada kemungkinan penjual akan menipu dengan cuba mencampurkan dengan benih yang tidak disahkan. Salah seorang pembekal benih durian Musang King daripada Raub yang penulis kenal adalah Encik Zamri daripada Zamri Farm, Kampong Pamah Rawas, Ulu Dong, Raub, Pahang. Penulis blog beberapa kali melawat ke tapak nurseri beliau untuk membuat pemeriksaan. Beliau dulu daripada seorang pegawai ‘procurement’ atau pemerolehan di sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor, kini ialah pengusaha dan pengeluar anak benih durian Musang King antara terbesar di negara ini (Sila lihat foto disebelah). Dari lawatan penulis terkini sejumlah pengeluaran sebanyak 30,000 anak benih yang mahu ditingkatkan menjadi 120,000 anak benih atau lebih empat (4) kali ganda daripada asal, pada tahun depan (2018). Semua anak benih-anak benih ini telah diiktiraf oleh Jabatan Pertanian sebagai yang asli iaitu dari varieti D197 atau Musang King atau dulunya lebih dikenali sebagai Raja Kunyit hasil cantuman antara pokok induk klon sama dengan durian kampung. Anak tempatan berusia 42 tahun itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan daripada Universiti e Asia (AeU telah berjaya membekalkan anakbenih durian Musang King keseluruh Malaysia. Bergantung kepada saiz pokok dan sebagainya, harga sepokok bermula daripada RM15.00 sehingga lebih lagi terutama benih Advanced Planting Materian Durian (APM) yang lebih mahal. Kepada mereka yang ingin membeli beni dari beliau boleh menghubunginya. Jabatan Pertanian melalui beberapa Pusat Pertanian mereka juga ada bekalkan benih durian D197 dan mata tunas.


Kepada petani yang telah mempunyai pokok durian kampong dewasa boleh melakukan program Cantuman Dewasa Durian. Kini kaedah cantuman dewasa durian lebih cepat memberikan hasil berbanding dengan kaedah penanaman baru. Terdapat berberapa cara melakukan cantuman dewasa durian. Kaedah paling biasa dan berjaya adalah dengan cara memotong pokok durian tua dan membiarkannya bertunas dan tunasnya akan dicantum dengan varieti durian D197. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai kaedah cantuman dewasa durian sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Aktiviti cantuman dewasa durian ini telah lama dilakukan oleh ramai petani yang mengetahuinya dan menukar pokok durian yang kurang produktif atau bukan dari varieti durian premium kepada durian jenis baru. Dalam lawatan penulis di sekitar kebun durian di Pagoh,  Tangkak dan Raub, petani dikawasan ini telah menukar durian kampong dengan varieti Durian Hajah Hasmah (D168), Durian D24 dan terkini dengan Durian Musang King (D197). Mereka akan mengupah pekerja mahir untuk melalukan cantuman dewasa hingga berjaya dengan membuat pollarding atau membuatnya diatas pokok (Sila lihat foto disebelah). Penulis dimaklumkan upah mencantum durian dewasa bermula dengan RM150.00 . Penanaman pokok durian sebaiknya adalah dicampurkan dengan beberapa varieti durian lain dalam satu kebun. Sebanyak 2-3 varieti durian perlu ditanam dalam satu kawasan seperti durian D2, D16, D24, D197, D168 bagi mempastikan 'fruit set' berlaku kerana ujud faktur pendebungaan silang (cross pollination) yang berlaku. Pernah penulis blog dihubungi oleh seorang pemilik kebun durian di Mantin Negeri Sembilan yang menanam 12 ekar durian D197 tetapi kurang berbuah dan hasilnya tidak berapa menjadi setelah pokok dewasa. Ini kerana kebun durian taukeh balak ini dipagar setinggi 10 kaki tinggi dengan zink dan mereka tidak tahu akan rahsia tanaman durian mesti dicampur dengan beberapa varieti lain. Akhirnya beliau membuat aktiviti cantuman dewasa dengan beberapa varieti lain atas nasihat penulis blog dan kini dilaporkan penghasilan durian musang king menghasilkan buah berkualiti dan ada kuantiti pengeluaran.


Masaalah Amalan Agronomi tanaman durian perlu pekebun mahir mengatasinya. Pokok durian diantara tanaman yang mudah diserang penyakit dan perosak sejak awal mula ditanam. Kemahiran pekebun yang selalu membuat pemantauan dikenun dan memeriksa pokok durian akan membolehkan mereka menuai buah durian apabila pokok matang. Bagaimana pun jika petani pemgamalkan 'Tanam dan Tinggal' maka pastinya mereka tidak akan mendapat pokok yang baik dan buah berkualiti malahan mmungkin anak pokok akan mati tidak disulam. Kebun  pokok durian perlu dibuat sanitasi (kerja membuang rumpai), memasang sistem pengairan titis (kritikal dimusim kemarau) dan juga membaja mengikut syor dan mengawal musuh dan penyakit. Antara jenis penyakit seperti Stem Canker, Patch Canker, Root Canker dan sebagainya yang boleh membunuh pokok jika tidak dikawal (Sila lihat foto disebelah). Anda boleh membuat rujukkan penyakit durian dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Pembajaan adalah asas didalam tanaman durian dimana kaedah pembajaan betul, jenis baja yang digunakan adalah jenis baik dan juga jadual (timing) pembajaan yang tepat. Terdapat petani dikampong yang tidak pernah membaja atau pun membuat semburan racun kimia dimana hasil buah mereka boleh dikategorikan sebagai 'Durian Organik'. Bagaimana pun durian jenis ini lazimnya kurang berkualiti dan rasa yang tidak seragam.


Kepada mereka yang masih juga berminat untuk menanam durian terutama varieti Musang King sebaiknya membuat pelan perancangan perniagaan yang betul. Pada saya penghasilan buah durian banyak bergantung kepada faktur Cuaca dan juga cara Pengurusan Tanaman di Ladang. Lazimnya jika cuaca mmengizinkan dimana ada kemarau dan suhu tinggi akan membolehkan pokok durian ada 'stress' sehingga ia akan berbunga. Bagaimana pun jika berlaku cuaca hujan berterusan maka ini memberi faktur kejayaan kepada pembentukkan putik buah (fruit set) dan menjadikan pengeluaranbuah berkurangan dan rendah kualiti. Putik durian akan gugur jika hujan berterusan atau kekurangan air akibat kemarau. Bunga dan Putik durian juga boleh gugur jika petani menabur baja ketika itu. Bagaimana pun lazimnya durian berbuah dua kali iaitu musim utama (pada Julai - September) dan luar musim pada hujung tahun (pada Disember Januari). Apa pun kini cuaca sudah banyak berubah berbanding dengan masa dulu. Pokok durian juga salah satu jenis tanaman buah tropika yang kadang kala ada masaalah 'Biennial'. Ia bermaksud jika sesebuah pokok atau satu kebun durian tersebut  mampu mengeluarkan buah banyak pada tahun ini maka pada 2-3 berikutnya penghasilan buah akan menurun. Oleh itu penulis blog minta supaya bakal usahawan durian tidak terburu-buru untuk menanam durian Musang King jika belum bersedia dengan ilmu teknikal atau belum membaca artikel ini. Memang seronok mendengar harga durian Musang King melonjak tinggi tetapi untuk mendapatkan sebiji durian musang king dari tangan dikebun sendiri tidak mudah seperti dijangka. Apa pun anda kena mulakan dari sekarang. Kalau tidak mampu menghasikan durian musang king dikebun sendiri jadilah pembeli durian di gerai sahaja. Semuga tulisan ini memberi ifo berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
TANAM DURIAN... MUSANG KING JENISNYA...
TANAH BERBUKIT... SESUAI KAWASANNYA...
BENIH YANG TULIN... PASTIKA ADA SIJILNYA...
POKOK DIJAGA... DIBAJA ADA HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1202, Hotel Mariot Nanning,
Nanning, China PR.
(2 RabiulAkhir 1439H).