Saturday, December 2, 2017

TANAM AN HIASAN - SATU CATITAN

TANAMAN HIASAN (Ornamental tree) atau pokok hiasan adalah tumbuhan yang ditanam untuk tujuan hiasan pada taman dalam rekabentuk landskap atau tumbuhan ditanam disekeliling rumah sebagai tanaman rumah. Terdapat banyak jenis tumbuhan tanaman hiasan daripada jenis renek, jenis menjalar, pokok menegak, menjalar sehingga jenis palma yang menarik. Pada penulis blog mendapati iaitu tanaman hiasan ialah tanaman yang ditanam bagi mewujudkan satu lagi suasana yang cantik dan indah bagi sesuatu kawasan seperti di kawasan kediaman, sekolah, pejabat dan taman. Tanaman hiasan boleh ditanam di dalam pasu atau terus di atas tanah atau dalam pasu atau digantung. Selain daripada ia dijadikan tanaman hiasan mencantikkan dikawasan luar rumah, tumbuhan ini juga seringkali ditanam dalam rumah dengan jenis tertentu yang tidak perlukan cahaya matahari. Pokok yang ditanam dalam rumah juga menghasilkan oksijan dan secara tidak langsung akan memberikan kesihatan kepada penghuninya. Pokok hiasan ini akan memberikan kesan psikologi kepada pemilik dan orang awam yang melihatnya secara langsung. Apa yang penting adalah bagaimana penyusunan pokok, pemilihan jenis tanaman, warna dan rekabentuk tanaman hiasan ini di lakukan untuk dilihat sebagai terbaik (Sila lihat foto diatas). Pada masa ini tanaman hiasan ini digabungkan dengan tanaman hiasan yang boleh menghasilkan makanan (Edible Landscape). Antara jenis tanaman edible landskap adalah seperti tanaman sayuran daun, sayuran buah, tanaman ulam-ulaman dan tanaman herba serta rempahratus yang sesuai. Kempen menanam sayuran dan ulaman disekeliling rumah atau kawasan perumahan seperti Program Pertanian Bandar juga merupakan satu konsep dalam tanaman hiasan yang amat menguntungkan. Bahan tanaman untuk tanaman hiasan ini boleh didapati dengan membelinya dari Nurseri dan Kedai Semaian satau mendapatkannya daripa jiran-jiran tetangga atau sumber lain. Pada masa ini dilaporkan terdapat lebih daripada 1,600 buah nurseri berdaftar diseluruh negara yang mengusahakan anak benih tanaman hiasan. Artikel malam ini say amenulis dalam "Anim Agro Teechnology" mengenai tanaman hiasan sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan.


Terdapat banyak nurseri diseluruh negara yang menyediakan bahan tanaman hiasan daripada anakbenih, tanaman dalam pasu yang siap dipamerkan atau anakpokok sedia untuk ditanam secara ekspress. Tinjauan penulis di Daerah Muar, Johor sahaja terdapat lebih daripada 35 buah nurseri bungaan yang mengeluarkan berbagai jenis pokok hiasn untuk pasaran domestik dan eksport. Laporan Jabatan Pertanian Daerah Muar menyatakan terdapat lebih daripada 348 hektar kawasan tanah yang ditanam dengan pokok hiasan pada tahun 2015. Pengusaha nurseri ini mempunyai beratus malahan beribu koleksi tanaman hiasan daripada tanamn hiasan tempatan, nadir atau pun tanaman hiasan yang dibawa masuk daripada luar negara. Salah satu pengusaha nurseri yang terkemuka di Muar iaitu Bu Seng Chong Nursery Sdn Bhd, lebih daripada 430 koleksi tanaman hiasan ada dalam beberapa lokasi nurseri mereka. Selain daripada bahan tanaman hiasan ini dijual untuk pasaran tempatan, syarikat ini juga mengeksport bahan tanaman hiasan untuk pasaran Singapura. Syarikat yang telah beroperasi lebih daripada 25 tahun di Muar ini juga akan menghasilkan banyak jenis pokok buah-buahan dan sebagainya. Industri tanaman hiasan terutama pokok bunga-bungaan terus meningkat saban tahun dengan nilai jutaan malahan ratusan juta ringgit setiap tahun. Perniagaan nurseri sebenarnya amat menguntungkan terutama untuk menjual pokok tanaman hiasan yang mendapat permintaan tinggi. Harga jualan pokok hiasan daripada semurah RM1.00 sepokok sehingga beribu ringgit sepokok bergantung kepada nilai tanaman hiasan tersebut. 


Antara tanaman hiasan yang popular ditanam di Malaysia adalah seperti pokok Bunga Kertas (Bougainvilea spectabillis), Bunga Raya (Hibiscus rosa sinensis), Bunga Siantan (Ixora javanica), Bunga Puding (Codeaum sp), Bunga Ekor Kucing (Acalypha sp) dan Bunga Loceng (Alammanda cathartica). Banyak lagi jenis bunga hiasan yang penulis tidak dapat senaraikan dari kumpulan pokok renek yang menarik (herbaceous) ini. Selain pokok renek memang banyak jenis tanaman hias yang menjalar atau melekat pada dinding simen. Penyusunan jenis-jenis tanaman hiasan ini amat penting untuk menghasilkan satu taman landskap yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun penulis pasti hanya mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman didalam bidang florikultur serta akitek landskap mampu menghasilkan satu taman yang mempunyai beberapa tanaman hiasan yang menarik. Kini terdapat profesional dalam bidang landskap tanaman hiasan untuk pelbagai kategori daripada yang berskala kecil untuk hiasan disekeliling rumah sehingga kepada hiasan dalam kompleks perniagaan dan tanam bunga kegunaan publik. Dalam pada itu kalau hendak melihat tanaman hiasan yang menarik seperti di kawasan Pentadbiran Putrajaya dimana keseluruhan kawasan dihiasi dengan tanaman hiasan pelbagai. Di Bandar Melaka juga mereka mempunyai tanaman hiasan landskap yang menarik sepanjang kiri, kanan malahan ditengah-tengah pembahagi jalanraya. Unit bunga dikedua-dua contoh bandar taman ini penulis blog pasti mereka mempunyai kepakaran, bekalan anak benih dan kerja-kerja penyelenggaraan yang hebat dan lengkap.


Dalam pada itu terkini telah ramai orangramai yang menjadikan beberapa jenis tanaman baru untuk dijadikan tanaman hiasan. Antara tanaman tersebut adalah POKOK ANGGUR.
Walau pun dulu ia dianggap sebagai sejenis tanaman asing dan pelik, kini ia menjadi satu pilihan ramai. Dulu ia mungkin dianggap susah ditanam apatah lagi anggur sering dikaitkan dengan tanaman beriklim sederhana sejuk. Jika hidup sekali pun belum tentu ia berbuah atau mendatangkan hasil kepada petani. Dahulu tanaman anggur tidak sesuai untuk negara seperti Malaysia yang menerima hujan dan panas sepanjang tahun. Bagaimana pun persepsi negatif itu berubah selepas tanaman beriklim sejuk itu mencambahkan gugusannya. Buktinya ada petani di utara tanah air mengusahakan ladang anggur hingga dikenali di seluruh negara. Kisah kejayaannya mengubah persepsi tanaman itu gagal diusahakan secara komersial. Kesan penyelidikan kini dilaporkan tanaman anggur turut giat dilaksanakan Jabatan Pertanian dan Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Rahsia kejayaan tanaman dipamerkan dalam Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dimana teknik penanaman anggur secara betul diterangkan secara terperinci. Kini dengan cara betul tanaman anggur mudah dikendalikan dan selain mendapat hasil yang lebih memberangsangkan dengan hanya menanam di sekeliling rumah juga sebagai tanaman hiasan. Penanaman anggur di negara ini jika menggunakan teknik yang betul dan dijaga sempurna akan mendapat pulangan lumayan. Kini terdapat pelbagai varieti anggur yang sesuai ditanam di kawasan tropika. Buah anggur mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, selain vitamin A, B1 dan B2 serta sumber terbaik bagi elemen kalium. Selain itu buahnya juga dikatakan didakwa mempunyai kandungan kalori yang rendah dan 80 peratus air. Ia dikatakan mengandungi phytonutrien iaitu bahan aktif dipercayai boleh melindungi tubuh manusia daripada penyakit jantung. Pokok anggur juga ditanam sebagai tanaman hiasan di kediaman dan taman awam. Antara spesies sesuai ditanam di negara ini seperti anggur jenis IAC (hijau), ‘black queen’ (kehitaman), ‘black opal’ (hitam biru), dan ‘new white malaga’ (hijau).


Penulis yang dulu mempunyai beberapa pokok anggur ditanam di Melaka menjadikan ia tanaman hiasan yang amat menyeronokan bila berbuah. Sebenarnya aktiviti penanaman anggur di Malaysia dimulakan sejak awal 80-an melalui kajianagronomi oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Namun pada 1986, UPM mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pertanian Perlis bagi memulakan penanaman anggur di negeri itu. Lokasi itu dipilih kerana negeri Indera Kayangan mengalami cuaca kemarau dan kering selama tiga bulan dan ia amat sesuai bagi penanaman anggur. Taburan hujan yang sesuai adalah antara 800 hingga 1,500 milimeter (mm) setahun kerana tanaman ini memerlukan cuaca panas sekitar tiga hingga empat bulan bagi membantu menghasilkan buah yang manis. Di samping itu cuaca panas dapat membantu pokok hidup lebih subur dan dapat mengurangkan serangan penyakit. Menurut Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Perlis, Kamaruddin Malek berkata, anggur boleh hidup subur di atas tanah rendah yang terdapat di negara ini seperti tanah gambut, tanah liat, tanah berpasir serta berpaya. Kini teknik penjagaan kena betul supaya buah anggur berkenaan tidak masam dan rosak. Pokok anggur boleh dibiak secara keratan, tetapi tidak boleh disimpan lama dalam beg plastik kerana ia perlu ditanam dalam tempoh tiga bulan. Ia sesuai ditanam pada tanah yang mengandungi banyak bahan organik dan tumbesarannya dipengaruhi suhu serta hujan. Kemarau yang panjang antara tiga hingga empat bulan amat penting bagi memberi peluang kepada proses penukaran asid kepada gula yang membantu menjadikan buah anggur lebih manis. Kawasan tapak penanaman anggur yang dikenal pasti hendaklah mempunyai sistem saliran yang baik dan mempunyai tahap keasidan tanah antara 5.5-7.5ph. Bagi memastikan proses tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik, pokok anggur memerlukan penjagaan yang baik termasuk semburan racun serangga, racun kulat dan baja daun setiap minggu bagi mencegah serangan kumbang. Penyakit seperti karat daun dan hawar daun juga dapat dicegah melalui semburan racun kulat manakala baja daun menambah kesegaran kepada pokok. Diantara masalah penyakit tanaman anggur ialah antraknos yang menyerang pucuk, daun dan buah. Masalah ini boleh ditangani dengan semburan racun kulat jenama Benlate. Selainitu penyakit karat yang menyerang daun dan buah anggur pula boleh di atasi dengan menggunakan racun kulat jenis Bayleton. Kulapok Downy yang menyerang pucuk, daun, sulur paut (tendril) bunga dan buah pula boleh dimusnahkan menggunakan racun kulat Ridomil serta Mikal. Cara pembajaan perlu dilakukan setiap bulan bagi memulihkan kesuburan tanah untuk proses tumbesaran pokok secara baik dan berkesan. Ketika pokok anggur mengeluarkan bunga dan peringkat awal berbuah, penyuburan baja, semburan racun kulat dan serangga perlu dilakukan. Penyiraman pokok dilakukan setiap hari bagi mengelak layu dan terbantut. Tunas sisi perlu dibuang bagi mendapatkan pertumbuhan batang pokok yang tegak dan sekata selain penting untuk mempercepatkan proses tumbesaran pucuk dan dahan. Penyediaan para diperlukan supaya pokok anggur dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran serta mengelak pelbagai masalah penjagaan pokok secara keseluruhannya. Cabang atau ranting yang belum matang atau masih hijau perlu dipotong untuk menghasilkan banyak cabang dan seterusnya apabila matang banyak mengeluarkan bunga. Pokok anggur sekiranya dijaga dengan teknik yang betul dapat menghasilkan buah dua kali setahun iaitu pada Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember. Apa yang penting untuk penanaman anggur ini, pengusaha perlu membina struktur pelindung hujan (SPH) bagi mengelak pokok berkenaan rosak sekiranya musim hujan. SPH ini diperbuat daripada bahan antaranya kayu, besi dan khemah lut sinar bagi memastikan pokok anggur berkenaan mendapat cahaya matahari. Mungkin selepas ini ada penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai tanaman anggur yang boleh dilakukan di mana-mana tanpa menggunakan SPH sekiranya tanaman anggur ini dikomersialkan. Buat masa ini, produk tanaman anggur di negara ini lebih kepada industri pelancongan. Semuga tuliasn ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN HIASAN... BANYAK DIGUNA...
POKOK RENEK..DISUSUN CANTIKNYA...
NURSERI BUNGA... BANYAK PILIHANNYA...
TANAMAN ANGGUR... TERKINI CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 733, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(30 Safar 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.