SEKOLAH LADANG PETANI (Farmers School) merupakan satu konsep pengembangan teknologi pertanian yang diujudkan oleh Jabatan Pertanian. Terdapat beberapa didiplin Sekolah ladang petani yang dijalankan mengikut komoditi tanaman seperti Sekolah Ladang Petani Padi berada di Pulau Pinang, Sekolah Ladang petani Durian di Raub, Pahang, Sekolah Ladang Petani Cili di Serdang, Selangor dan beberapa lagi. Kini Sekolah untuk melatih usahawan cili dengan sistem fertigasi menjadi tumpuan ramai petani moden terutama daripada gulongan muda. Dalam sistem pengembangan teknologi pertanian telah banyak berubah daripada cara lama yang konvensional kepada cara baru seperti dengan memggunakan gadget dan aplikasi sistem ICT. Penggunaan talipon bimbit (Smart phone) dan komputer dirumah membolehkan usahawan mencapai banyak info dan maklumat dengan cepat, pantas dan tepat. Penulisan blog Anim Agro Technology sebagai contoh dikunjungi oleh sekitar 250,000 - 300,000 pembaca sebulan dengan jumlah sehingga kini menerima kunjungan melebihi 12.8 juta sejak 9 tahun dulu. Bagaimana pun maklumat ini tidak boleh dikatakan lengkap tanpa proses tunjuk ajar praktikal (Hands-on) seperti yang dilakukan dalam konsep Sekolah Ladang Petani ini yang dilaksanakan. Usahawan pertanian perlu melalui latihan amali dengan betul bagi mempastikan kepakaran dapat diujudkan semasa menjalani latihan ini. tamanan cili merah (Capsicum annum) merupakan tanaman yang popular kerana ia menjanjikan pulang baik berbanding dengan tanaman sayuran lain. Harga cili besar yang tinggi terutama pada musim hujan atau musim tengkujuh mahu pun musim kemarau membolehkan penanaman cili secara fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan secara fertigasi ini amat sesuai. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Sekolah Ladang Petani yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian sebagai satu info untuk rujukkan anda semua.
Pada masa ini penulis blog dapati Sistem Tanaman Fertigasi Cili dalam Sistem Pelindung Hujan berjaya menarik minat usahawan terutama gulongan muda. Ini kerana cili kini merupakan tanaman singkat masa yang boleh dituai dalam tempoh antara empat hingga enam bulan selepas ditanam. Ia juga merupakan perasa utama dalam masakan rakyat Malaysia. Sehingga kini daripada laporan Jabatan Pertanian jumlah keluasan bertanam cili di Malaysia telah mencapai 3,381 hektar manakala sebanyak 43,738 metrik tan cili telah dihasilkan bagi tahun 2016. Penggunaan cili Malaysia dianggarkan sebanyak 88,722 metrik tan pada tahun 2016. Bagi menampung kekurangan tersebut, negara perlu mengimport lebih kurang 48,382 metrik tan cili setahun dengan anggaran nilai RM154 juta. Kini jumlah import cili ini menunjukkan peningkatan setiap tahun dan keadaan ini merugikan negara untuk jangka masa panjang. Susulan daripada itu, antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bagi mempertingkatkan pengeluaran cili negara adalah melalui latihan atau kursus yang dilaksanakan melalui penubuhan Farmers Field School (FFS) atau dikenali sebagai Sekolah Ladang Petani. Kursus hands-on FFS ini berkonsepkan pembelajaran berkumpulan dimana ia meliputi kaedah-kaedah latihan secara amali sejak awal musim penanaman mengikut kalendar tanaman secara hands-on sebagai tempat utama pembelajaran.
Dilaporkan sebanyak 13 modul telah dirangka dalam kursus FFS ini. Ia merangkumi asas penanaman cili secara fertigasi seperti penyediaan media tanaman, pengurusan infrastruktur ladang, sistem pengairan dan saliran, pembajaan dan perosak tanaman serta penanaman di ladang. Selain itu, terdapat juga modul teknologi efektif mikroorganisma dan amalan pertanian baik, seterusnya pemprosesan produk hiliran, aliran kewangan serta pengendalian lepas tuai. Kursus ini telah berlangsung selama empat bulan bermula pada 25 Julai hingga 15 November lalu. Kuliah diberi berdasarkan keadaan yang sebenar. Para peserta FFS dibimbing dalam membuat pemerhatian, analisis, perbincangan dan perbahasan bersama fasilitator yang dipertanggungjawabkan mengetuai aktiviti kumpulan. Kini peserta yang dipilih akan mengikuti sepenuhnya kursus FFS sepanjang musim dari masa awal penanaman mengikut sukatan modul dan aktiviti-aktiviti berdasarkan kalendar tanaman. Pendekatan bersepadu dan dua hala antara peserta dengan fasilitator ditonjolkan dalam kursus ini apabila peserta yang terdiri daripada usahawan pakar bukan sahaja sebagai pelatih tetapi dipeercayai dapat menggunakan pengalaman mereka sebagai subjek latihan dan perbincangan. Pada akhirnya, usahawan pakar yang dilatih akan membimbing lima orang rakan usahawan lain. Mereka bertindak sebagai Kontak Tani (contact farmer) dalam komuniti mereka sendiri.
Pada tahun 2017 Jabatan Pertanian telah melaksanakan program FFS di enam buah negeri melibatkan 164 orang peserta iaitu di Pahang bagi FFS Cili Fertigasi, FFS Rock Melon di Terengganu, FFS Jagung Hibrid di Perak, FFS Jagung di Negeri Sembilan, FFS Cili Fertigasi serta FFS Padi di Selangor. Bagi memberi pengiktirafan kepada peserta yang telah berjaya menamatkan kursus, satu Majlis Graduasi diadakan bagi setiap subsektor tanaman terpilih. Ramai para peserta graduan FFS telah mengamalkan teknologi yang dipelajari serta lebih peka dengan situasi penanaman cili fertigasi yang diusahakan. Mereka telah mewujudkan rangkaian komunikasi (WhatsApp) mengenai perkembangan tanaman cili yang diusahakan serta saling bertukar maklumat sesama sendiri dan para pegawai Jabatan Pertanian bertindak membantu memberi khidmat nasihat teknikal. Kursus FFS ini diharap dapat melahirkan petani atau pengusaha contoh yang akan menjadi rujukan penanam lain bagi meningkatkan hasil, produktiviti pengeluaran dan menyokong memajukan industri tanaman cili melalui program penyampaian teknologi berkesan. Peserta program ini juga diharap dapat memainkan peranan dalam membantu menyebarluaskan ilmu yang diperoleh dalam kalangan rakan-rakan dalam komuniti dan saling menyokong antara satu sama lain untuk meningkatkan produktiviti hasil tanaman cili masing-masing, seterusnya dapat menyelia dan menjadi pembimbing kepada petani atau pengusaha yang lain di kawasan masing-masing. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!.
LATIHAN PETANI... PELBAGAI CARA...
ADA TEORI... PERLUKAN AMALINYA...
FFS... JABATAN PERTANIAN MULA...
BACA ARTIKEL... INGIN IKUT SERTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar BAru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1439H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.