DURIAN BELANDA (Annona muricata) atau di Indonesia lebih dikenali dengan nama 'Sirsak' merupakan sejenis buah-buahan yang semakin diminati ramai. Buah durian belanda memang sama sekali tidak sama dengan jenis buah durian (Durio ziberthinus) yang dikatakan sebagai 'Raja Segala Buah" dimana di negara Indonesia dipanggil sebagai 'Duren'. Sejarah menunjukkan buah durian belanda bukan berasal dari buah tempatan kerana ia dipercayai dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh zaman kolonial dahulu dari kawasan Hindia Barat. Buah durian belanda yang telah masak sesuai dimakan dalam keadaan segar setelah kulitnya dikupas terlebih dahulu. Isinya yang berwarna putih krim amat manis (jenis yang manis) atau masam (jenis yang masam) atau rasa yang sederhana sahaja. Di Malaysia terdapat beberapa varieti durian belanda yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian seperti tulisan saya sebelum ini (Sila rujuk disini) untuk mengetahui varieti tersebut. Selain dari itu juga durian belanda banyak digunakan untuk membuat pes buah, jus, pati buah, dodol, digoreng dan untuk campuran minuman jus atau sirap ais. Kini telah ramai penjual air minuman durian belanda di pasar malam, pasar tani, kompleks membeli belah dan premis lain kerana kehebatan khasiatnya telah diketahui ramai. Pemerhatian penulis menunjukkan bahawa bentuk buah Sirsak tidak menentu bergantung kepada beberapa faktur dan keadaan. Sila rujuk artikel saya sebelum ini (Sila klik disini). Bentuk buah durian belanda ada yang bulat seperti 'heart shape' dan ada pula yang lonjong malahan ada yang bentuknya bengkok. Bentuk buah ini bergantung kepada proses pendebungaan (lengkap atau separa lengkap atau tidak lengkap) serta pengurusan agronomi tanaman. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman durian belanda atau Sirsak untuk dijadikan bahan bacaan.
Pemerhatian penulis dibeberapa lokasi mendapati bahawa bentuk buah durian belanda dari berbentuk ginjal sampai berbentuk seperti telur saja (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun bentuk yang paling baik adalah yang berbentuk Jantung (Heart shape). Lazimnya kulit buahnya akan juga dilengkapi oleh duri-duri lembut yang hijau warnanya. Duri ini bagaimana pun akah kurang ketara apabila buah durian belanda lebih matang atau hampir masak ranum. Sewaktu masih muda kulit buahnya berwarna hijau muda bagaimana pun ia setelah masak warnanya menjadi hijau gelap atau sedikit kehitam-hitaman. Bagaimana pun apabila sudah terlalu masak akan bertukar kepada warna pudar apa lagi kalau disimpan dalam peti sejuk. Bahagian isi buah durian belanda atau pun isi daging buahnya berwarna putih dan mengandungi banyak serat serta ada beberapa biji (seed). Isinya merupakan bahagian yang enak dimakan terus jika ia manis dan ianya adalah lembut. Ia juga sesuai untuk diproses dan diminum dalam bentuk jus setelah dikisar dan paling enak jika dicampur air batu. Buah yang masih muda boleh dipotong dan digoreng. Ada yang menggoreng begitu sahaja tetapi lebih enak jika disalut dengan tepong goreng. Biji durian belanda bersaiz besar dan berwarna hitam dan jumlahnya tidak menentu. Bentuknya agak lonjong dan pipih dimana penulis mendapati didalam setiap buah terdapat biji yang boleh dikumpulkan untuk dijadikan benih bahan tanaman. Benih ini bagaimana pun perlu di rawat sebelum disemai didalam tapak semaian. Kaedah semaian menggunakan biji durian belanda adalah kaedah paling mudah dan efektif.
Dalam banyak keadaan, pokok durian belanda atau pokok Sirsak mempunyai percabangan batang yang rendah tetapi ia mampu menjadi tinggi juga. Tinggi pohonnya antara 3 sampai 8 meter. Daunnya memanjang dengan bentuk lanset atau bulat telur terbalik. Bunganya berdiri sendiri berhadapan dengan daun dimana ia berbentuk seperti Karung (kerucut). Warna bunganya yang matang adalah kuning muda. Dibahagian pangkal atau dasar bunga cekung, benang sarinya cukup banyak dan begitu pula bakal buahnya. Bagaimana pun proses pendebungaan bunga durian belanda kadang-kadang bermasaalah dan ianya mengurangkan 'fruit set' pada sesetengan pokok. Bagi meningkatkan kadar kejayaan tinggi dalam pendebungaan, kaedah memelihara lebah tukang dalam kawasan kebun boleh membantu. Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Kini telah ada teknologi untuk meningkatkan peratus kejayaan pendebungaan durian belanda. Kaedah terbaik adalah dengan menggunakan alat khas iaitu 'Muricata Shaker'. Alat ini digunakan pada malam hari dari jam 8.00 malam sehingga tengah malam dengan menggoncang pokok durian belanda yang berbunga. Ini kerana bunga jantan (debunga) akan matang pada sekitar jam 5.00 petang sedangan bunga betina hanya 'receptive' mulai jam 8.00 malam sehingga tengahmalam. Oleh itu gegaran pada pokok mampu memberikan peratus pendebungaan melebihi 80% dari jumlah bunga pada pokok untuk jadi buah. Sila baca banyak tulisan saya mengenai teknologi ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Menanam tanaman Sirsak dengan mempergunakan bijinya. Bagaimana pun terdapat juga menanam dengan cara pembiakan vegetatif. Musim berbuah lazimnya adalah pada bulan Januari dan Februari setiap tahun bergantung kepada lokasinya. Dalam satu bulan sebelum penanaman lubangnya sudah harus disediakan dengan diisi tanah campuran dan baja asas. Persiapan dilakukan dengan jarak 6 meter.
Cara menanamnya sama saja dengan cara untuk menanam tanaman buah-buahan lainnya. Begitu juga aktiviti agronomi dan pemeliharaan selanjutnya, Pokok Sirsak atau durian belanda mula berbunga dan berbuah dan dapat dipetik buahnya setelah berumur 3 tahun lebih. Durian belanda sebenarnya memerlukan jangkamasa pertumbuhan untuk membentuk daun sehingga pokok membesar selama lebih kurang 2 tahun. Jangkamasa peralihan dari peringkat vevetatif pertumbuhan ke masa berbuah (reproduktif) sirsak ini saya kira memerlukan jangka waktu kira-kira 1 tahun. Buah yang terbentuk sebelum pokok berumur 3 tahun boleh menyebabkan buah gugur apalagi kalau pokok mengalami kekurangan air pada waktu musim kemarau. Kemungkinan buahnya gugur ketanah ini dapat dicegah dengan cara iaitu mengairkan tanah di kawasan sekitar. Sebaiknya kebun tanaman Sirsak disediakan sistem pengairan sempurna untuk tanah cukup lembab. Biasanya keguguran bunga dan buah dapat juga disebabkan oleh faktur lain seperti tidak ada perimbangan antara pengambilan nutrien dan unsur lain makanan dari tanah. Ini berlaku dimana daun-daunnya akan melalukan timbunan unsur makanan dalam bakal buah pada masa peralihan itu belum seimbang. Pembajaan dengan baja organik yang mencukupi adalah digalakkan selain daripada baja sebatian lain.
Ada teori menyatakan yang buah yang sudah terbentuk dan kemudian ia tidak menjadi buah akan tumbuh agak lama kerana tidak menerima penyaluran bahan makanan. Jika putik buah tidak terima bahan makanan untuk ditimbunkan dengan baik maka buah tidak menjadi besar dan matang. Lazimnya putik buah yang tidak dapat membesar dengan baik itu akan gugur dengan sendirinya. Antara teknologi untuk mengatasi perkara ini adalah dengan memberikan banyak baja tambahan terhadap pokok tersebut dan juga air yang mencukupi. Tinjauan penulis dibanyak kebun sirsak mendapati dari segi amalan, sebaiknya program membaja dilakukan berperingkat-peringkat dalam setahun tetapi paling kritikal adalah bila ia memasuki masa berbunga dan berbuah. Lebih baik lagi kalau pembajaan itu dilakukan sebelum ada bunga atau buah yang ada masih melekat atau belum gugur lagi. Pemberian baja dilakukan secara teratur minima sekali setahun. Pastikan memberikan baja organik yang mencukupi dan ditambah dengan baja sebatian kimia NPK 12:12:17:2 TE dan buja baja jenis lain dipasaran. Hanya pokok yang sihat sahaja akan menghasilkan buah durian belanda yang banyak dan berkualiti. Dari pengalaman dan tinjauan ladang, buah durian belanda yang berada dibahagian atas pokok lebih berkualiti daripada buah yang berada dibahagian tengah pokok dan buah dibahagian bawah pokok. Buah dibahagian atas lazimnya lebih besar, manis dan elok bentuknya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology. Saya telah menulis artikel mengenai buah durian belanda atau sirsak ini melebihi 35 artikel. Wasallam!..
LEPAS 3 TAHUN...BERHASIL DIA...
BANYAK KHASIAT... IA DIJAGA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Projek Buah-buahan,
Kg Bekok, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(30 Zulkaedah 1435H)
Kemaskini pada 29 November 2017
di Hotel Imperial Heritage, Melaka.

DURIAN BELANDA...SIRSAK JUGA...
HENDAK TANAM...BENIH MANA...LEPAS 3 TAHUN...BERHASIL DIA...
BANYAK KHASIAT... IA DIJAGA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Projek Buah-buahan,
Kg Bekok, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(30 Zulkaedah 1435H)
Kemaskini pada 29 November 2017
di Hotel Imperial Heritage, Melaka.