Friday, October 13, 2017

LAKSA JOHOR - ENAKNYA!

LAKSA JOHOR merupakan sejenis makanan berasaskan kepada Laksa yang sangat popular di Negeri Johor. Kini makanan yng menjadi ikon Negeri Johor ini telah pun jadi makanan kebangsaan kerana ia boleh didapati dibeberapa premis lain diseluruh negara. Laksa Johor juga merupakan sebahagian daripada makanan berasaskan nama Laksa selain daripada Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Melaka, Laksa Terengganu, Laksa Kari dan banyak lagi.  Apa pun makanan laksa menggabungkan jenis mee, kuah dan juga beberapa ramuan lain yang dimakan sebagai hidangan istimewa. Makanan ini sering dihidangkan kepada ahli keluarga pada waktu tengahari, petang dan malam tetapi jarang dihidangkan pada waktu pagi. Paling ketara adalah jenis laksa ini dihidangkan semasa jamuan seperti rumah terbuka, majlis rasmi dan sebagainya. Laksa Johor memang dipercayai memang berasal dari Negeri Johor semenjak dulu semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar lagi. Ia dimakan oleh semua golongan masyarakat kerana rasanya yang lemak, masam, manis, pedas dan mengenyangkan. Kini Laksa Johor banyak dijual di restoren, pasar malam, gerai-gerai di pusat membeli belah, gerai biasa malahan ada dilaporkan penjaja yang menjual laksa ini. Adalah tidak menjadi kehairanan jika makanan Laksa Johor ini sentiada dhidangkan dibanyak hotel sebagai satu makanan yang istimewa. Penulis blog yang berasal daripada Johor memang meminati makan laksa ini kerana ia menjanjikan kandungan dan kepelbagaian yang ada pada laksa ini dengan banyak jenis sayuran sebagai ramuannya. Jika membeli dipasar malam atau pasar tani lazimya laksa ini disediakan dengan harga amat berpatutan. Bergantung kepada keunikan laksa ini biasanya dijual pada harga serendah RM3.00 satu set kepada RM6.00 satu set. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan makanan popular iaitu Laksa Johor untuk bacaan anda.


Makanan Laksa Johor telah mencapai pengiktirafan antarabangsa apabila ianya telah dihidangkan didalam Golden Lounge Malaysian Airlines (Sila anda lihat foto disebelah). Walau pun laksa yang dihidang ini tidak seperti resepi yang tradisional tetapi konsep hidangannya adalah hampir serupa. Pada penulis yang beberapa kali makan laksa ini di Golden Lounge amat berpuashati dengan menu yang ada disebabkan lazimnya memang akan terbuka selera makan ditempat ini. Dalam beberapa hotel terkemuka memang Laksa Johor ada dihidangkan sebagai salah satu hidangan yang mesti dicuba. Lazimnya ia merupakan jenis Laksa Johor yang lebih lengkap komponennya. Walau pun pelik sedikit kerana laksa ini menggunakan belacan sebagai salah satu komponen ramuannya tetapi segalanya memang mesti dicuba. Penulis blog yang kini tinggal di Johor Bahru memang sangat mudah untuk mendapatkan hidangan Laksa Johor. Ia ada dijual di pasar tani, pasar malam, pasar basah malahan dibeberapa buah restoren setiap hari. Hanya resepi dan rasa Laksa Johor yang disediakan ini berbeza diantara premis jualan. Makanan berkuah ini bagaimana pun selalunya tidak tahan lama seperti makanan lain yang bergoeng atau yang dikukus. Bagaimana pun makanan ini mmang layak dipanggil sebagai makanan sihat kerana ia mempunyai pelbagai ramuan yang diadunkan menjadi laksa yang semakin diminati ramai ini.


Pada penulis blog Laksa Johor yang sedap adalah laksa yang baru sahaja disiapkan memasaknya. Terdapat banyak resepi Laksa Johor jika anda google diinternet. Ia menghidangkan pelbagai pilihan kepada kita untuk memilihnya yang mana sesuai mengikut bajet dan citarasa. Salah satu yang penulis rujuk adalah penulis membaca berkenaan Laksa Johor ini yang digunakan untuk berniaga. Walau pun cara untuk menghiris timun mengikut cara orang Johor tapi tidak mudah kerana mungkin ada yang kurang berjaya sebab ianya asyik terputus sahaja. Begitu juga bagaimana ada orang Johor yang menyimpul spaghetti untuk mudah dihidangkan. Proses menyediakan laksa Johor tidak begitu susah tapi kerjnya agak renyah kerana biasanya banyak bahan yang perlu disediakan. Penulis paparkan antara bahan bahan untuk membuat Laksa Johor. Ia perlukan 1 paket spaghetti (cukup untuk di makan 10 orang), 1kg ikan sardin atau ikan selayang, ¾ cawan rempah kari ikan, ½ cawan cili kering yang perlu dikisar, ¾ cawan udang kering (di cuci bersih, dikering dan di kisar),2 cawan santan pekat, 3 cawan air, ½ cawan minyak masak, 1 sudu besar kerisik, Garam dan juga Serbuk perasa. Bagi bahan kisar pula perlu dsediakan 5 batang serai, 2 inci halia, 2 inci lengkuas dan 5 biji bawang besar. Bahan bagi ulam-ulaman terdiri daripada Timun, Taugeh, Daun kesum atau daun selasih, Kacang panjang, Limau kasturi dan juga Lobak masin. Pastikan bahan ini disediakan dahulu sebeum mula masak laksa ini.

Cara cara menyediakan Laksa Johor ini dimulakan dengan membersihkan ikan dibersihkan dan kmudian ia perlu dikukus. Walau pun ada orang yang merebus ikan tersebut tetapi penulis blog syorkan dengan mengukus membolehkan lebih senang hendak carikkan isinya. Air kukus ikan perlu simpan untuk digunakan. Kemudian adalah aktiviti mengisar ikan yang telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi dan diketepikan. Seterusnya dipanaskan periuk dengan membubuh 1/2 cawan minyak dan seterusnya masukkan bahan kisar. Ia perlu ditumis sampai naik bau. Kemudian dimasukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit dan seterusnya memasukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit (Sila anda lihat foto disebelh). Kemudian dimasukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak maka dimasukkan ikan yang telah dikisar kedalam periok. Perlu sentiasa dikacau rata. Seterusnya dimasukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan dan reneh dengan api yang kecil. Apabila sudah mendidih maka dimasukkan udang kering dan kerisik. Kuah laksa Johor lazimnya agak pekat dimana sebaiknya jaga jumlah air dengan kepekatan yang disukai. Bagi menyediakan bahan spaghetti mudah dilakukan dimana air dimasaak dalam periuk dan dibubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih maka dimasukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa sudah kenyal, ditapis dan siram dengan air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat. Bagi menyediakan ulaman sebaiknya disediakan bahan iaitu timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan daun selasih boleh dibubuh. Apa yang unik bagi LAksa Johor adlah sambal belacan. Ia disediakan dari bahan cili kering yang direbus, belacan bakar dan ditumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat. Laksa Johor unik kerana cara menghidang adalah berbeza dengan laksa lain. Mula-mula dibubuh spaghetti dalam mangkuk dan kemudian ditaburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. Boleh uga diperah limau kasturi untuk menambah keenakannya dan makan dengan sambal belacan. Diharap artikel ini saya harap pembaca mendapat info dari anim agro technology. Wasallam!!!.
LAKSA JOHOR... LAZAT RASANYA...
BANYAK RAMUAN...SEDAP KUAHNYA...
MUDAH DIDAPATI... DIMANA-MANA....
MAKAN SEKALI... PUAS MERASANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Tani, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(3 Muharam 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.