Tuesday, September 19, 2017

VITAMIN - APA DIA?

VITAMIN (Vitamins) merupakan satu nama yang telah lama dikomersilkan dalam banyak promosi iaitu sebagai sejenis makanan kesihatan dipasaran. Dalam istilah saintifik maka penulis blog mendapati Vitamin dimaksudkan sebagai sejenis BAHAN ORGANIK yang sangat diperlukan oleh badan kita dengan jumlah kecil. Ia didapati berperanan dalam sistem pertumbuhan normal, membantu mengawal tahap kesihatan dan juga ada yang kata membantu dalam mencegah kepada penyakit tertentu. Semasa belajar di Universiti dulu memang ada pensyarah yang menyebutkan yang vitamin biasanya disebut sebagai jenis zat mikro (Micronutrients). Bahan ini juga membantu aktiviti dalam proses membentuk bahan pprotin, karbohiderat dan juga lemak didalam badan kita. Ada juga sesetengah vitamin yang akan membantu tubuh manusia didalam menghasilkan sel-sel darah serta bahan hormon untuk berfungsi dalam badan kita. Kajian sains juga telah mendapati yang tubuh badan manusia memang tidak mampu menghasilkan bahan ini dengan sendiri. Makanan yang lazim diambil daripada buah-buahan, ikan, sayur-sayuran, susu, daging malahan banyak dakwaan dimana cahaya matahari mampu membekalkan vitamin. Kini telah banyak suplement (makanan tambahan) dipasaran seperti kapsul, pil, cecair dan sebagainya yang dijual dipasaran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh manusia. Beberapa produk yang mengandungi vitamin kini berjaya dikomersilkan dengan tujuan untuk diambil pengguna dengan tujuan kesihatan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa itu vitamin sekadar untuk dikongsi dengan pembaca sekelian yang mengikuti blog ini.

Ramai mungkin agak keliru yang vitamin itu sebagai dikatakan UBAT atau dalam bahasa Inggeris disebut 'medicine'. Kalau kita ambil atau makan vitamin dengan banyak pun akan menyebabkan mudharat kepada tubuh badan kita. Mengambil bahan vitamin yang banyak juga tidak akan mengenyangkan kerana ia bukan makanan ruji seperti makan nasi dengan pelbagai lauk.  Penulis blog dapati dimana anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda dimana makanan yang kaya dengan bahan nutrien didalam makanan tersebut diambil setiap hari. Pemilihan bahan makanan dan masa serta kuantiti makanan yang diambil oleh setiap individu adalah berbeza-beza. Dari tinjauan penulis kekedai ubatan mendapati diantara banyak jenis vitamin yang ada dipasaran adalah jenis VITAMIN C, VITAMIN A, VITAMIN E, VITAMIN  dan VITAMIN K. Apa pun ramai kurang sedar bahawa makanan harian yang anda makan memang mengandungi pelbagai jenis vitamin. Jika ada melakukan pemeriksaan ujian kesihatan dan permakanan maka pastinya dapat tahu akan nilai permakanan.  Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu dan buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi. Selalu dibincangkan dimana nilai makan makanan tertentu bagi tujuan mengekalkan kesihatan telah diketahui lama sebelum vitamin dikenal pasti. Orang-orang Mesir purba dilaporkan tahu bahawa memberi pesakit makan hati akan membantu merawat rabun malam. Perkara ini sebenarnya diketahui akibat kekurangan vitamin A.


Beberapa jenis dan fungsi vitamin ada dibincangkan  oleh saintis permakanan. Ada vitamin yang akan larut dalam lemak. Sebagai contoh dimana vitamin A didakwa mampu menggalakkan untuk pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta juga akan mengelakkan rabun. Vitamin D pula akan meningkatkan paras sitrat (garam asid citrik) dalam darah dan seterusnya menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus serta akan menjaga kesihatan tulang dan gigi. Vitamin E pula sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot serta melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mampu mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antioksidant lazimnya vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan lagi proses penuaan. Vitamin K pula bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini dapat membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan. Sementara itu didakwa dimana bagi jenis vitamin yang larut dalam air pula ada banyak jenis. Vitamin C mampu dalam membantu untuk mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


Dalam pada itu terfikir bagaimana akan terjadi jika tidak mengambil vitamin kerana biasanya semua orang digalakkan mengambil vitamin. Bagi mereka yang tidak mahu makan jenis makanan seperti sayur, ikan dan daging mungkin mendapatkan vitamin dari sumber lain. Vitamin baik untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya seseorang mengamalkan cara pemakanan sebegini maka lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Bagi mendapatkan nutrien yang hilang semua orang perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Masaalah rabun disebabkan kurang vitamin A) dan masaalan Anemia (penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) adalah disebabkan oleh kes kekurangan vitamin B12 atau zat besi. Kementerian Kesihatan sering ingatkan agar mengelakkan mengambil makanan segera. Golongan kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa masih makan makanan seperti makanan ringan yang kurang menyihatkan. Ada juga yang gemar dengan restoran makanan segera. Makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan jika diambil terlalu kerap. Antara kesan sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap adalah masaalah Kegemukkan (Obesiti). Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Makanan ini juga memang lazat tetapi skesan yang kurang baik. Siatem ketahanan badan menjadi lemah akibat terdapat banyak bahan kimia dimasukkan dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja dilaporkan dimana ada pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia. Terdapat kes penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak dan juga kandungan karbohidrat yang tinggi. 


Pengambilan makanan segera juga kurang baik kepada pesakit diabetes. Ini kerana diabetes merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis adalah sejenis penyakit dikaitkan dengan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas juga merupakan sumber utama kepada diabetes kerana bahan kandungan gulanya memang tinggi. Selain itu masaalah serangan kanser berkait dengan kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan segera. Makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan. Sebagai contoh mi segera merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan sebagai makanan harian. Ini kerana perencah mi segera itu mempunyai perisa ynag berlebihan dan kandungan garam yang tinggi. Lain makanan segera seperti Kentang goreng dimana ia mengandungi terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan. Makanan Segera seperti Burger Daging pula ada kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak. Sementara itu makanan ringan atau Jajan lazimnya mempunyai garam dan pewarna yang tinggi. Jenis Air bikarbonat ada kandungan gula yang sangat tinggi.


Antara makanan yang mengandungi zat vitamin yang tinggi seperti lobak, kobis, tomato, buah limau, epal dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin. Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang ia membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya. Sebagai contoh sayuran tomato memang kaya dengan vitamin A, C dan serat juga zat besi (Sila lihat foto disebelah). Buah Avokado pula amat kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C sementara Buah Pisang memang kaya dengan vitamin A dan C, potasium dan zat besi. Buah Nanas kaya dengan vitamin A, B dan C. Makanan seperti telur, susu, hati mampu menyediakan vitamin A sementara jenis kekacang dan daging adalah sumber kepada vitamin B1. Selain itu dilaporkan keju, putih telur, dan yogurt juga menyediakan vitamin B2. Ubi kentang, sardin dan ikan tuna juga sumber untuk vitamin D manakala sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum memang kaya dengan vitamin E. Akhirnya sayur kobis daun salad adalah penyumbang kepada vitamin K.  Mungkin ubat atau vitamin yang sering diambil tidak sesuai dengan ketahanan badan seseorang kerana ia mungkin juga itu bukan vitamin. Disyorkan agar pengguna mengikuti peraturan dan panduan ini supaya apa yang anda makan seperti vitamin, tidak akan memudaratkan kesihatan anda. Pastikan vitamin yang diambil telah pun mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar. Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol. Semuga tulisan ini meberi info berguna kepada pembaca blog anim agro kali ini, Wasallam!!!.

MAKANAN ANDA... PERLU DIJAGA...
AMBIL BERKHASIAT..IKUT ZATNYA....
CUBA ELAKKAN...MAKANAN SEGERA...
PILIJ YANG SEGAR... SIHAT SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 102A, Hotel Wawasan,
Simpang Rengam, Kluang,
Johor, Malaysia.
(29 Zulhijjah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.