Wednesday, September 13, 2017

TANAM NANAS UNTUNG - TN50

'TANAM NANAS UNTUNG' merupakan satu moto bagi pembangunan industri nanas negara sempena satu Program Sembang NANAS TN50 yang diadakan untuk golongan belia di Dewan Masmerah, Wisma Nanas, Johor Bahru,Johor pada 21 Ogos 2017. Program ini yang kali pertama diadakan di Negeri Johor dibawah Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani melbatkan serama lebih 150 orang golongan belia dan penguhasa nanas dari seluruh negara. Mereka teridiri daripada pelajar, mahasiswa, anak-anak kepada penanam nanas, usahawan Industri Asas Tani, pemasar nanas, aktivis belia dan sebahagian adalah pegawai-pegawai kerajaan. Mungkin ramai kurang aham akan Transformasi Nasional atau singkatnta dipanggil sebagai TN50. Sebenarnya dengan tahun 2020 yang disasatkan akan menjadi tahun permulaan Transformasi Nasional (TN 50) maka tanggungjawab besar diletakkan kepada Menteri Belia dan Sukan untuk beliau menyelaras dan menghimpunkan semua cadangan serta pandangan mengenai Malaysia 30 tahun akan datang. Ini adalah satu program bermulanya proses merangka TN 50 yang berpaksikan aspirasi akar umbi sekali gus usaha ini membezakannya dengan dasar-dasar jangka panjang sebelum ini yang bersifat daripada kerajaan kepada rakyat. Program TN50 ini menandakan bermulanya proses public engagement atau penglibatan rakyat yang akan dibawa ke setiap negeri dan ke peringkat akar umbi. Terdapat lima bidang utama untuk perbincangan dan salah satu bidang itu adalah mempunyai masyarakat inklusif, terbuka dan bersemangat dan soal nilai menentukan apakah identiti Malaysia. Bidang ke 2 adalah kehidupan yang sihat, selamat dan lestari. Ke 3 adalah idea-idea serta ekonomi bidang baharu untuk menilai pekerjaan, produktiviti dan persaingan pada masa hadapan. Bidang ke 4 adalah inovasi dan penyesuaian masyarakat terhadap teknologi baharu kerana kehidupan kita hari ini pun dipacu oleh teknologi-teknologi seperti artificial intelligence, robotik dan big data. Bidang ke 5 mengenai peranan kerajaan, bagaimanakah bentuk kerajaan akan datang, bagaimana masyarakat menguruskan diri mereka, bagaimana keputusan dibuat pada masa hadapan. Jadi inilah lima kluster yang perlu dibincangkan dan salah satu daripadanya adalah soal nilai. Dalam bidang pertanian industri nanas merupakan salah satu perkara yang perlu mendapatkan aspirsi generasi muda pada 30 tahun akan datang. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai moto 'Tanam Nanas Untung'sebagau satu cetusan yang telah dihasilkan dalam program ini. 


Pengerusi LPNM, YB Datuk Samsul Bahari dalam ucapmula menyatakan bahawa industri nns negara teah mengalami satu tempoh yang lama iaitu lebih 60 tahun. Industri nanas negara telah mengalami banyak perubahan daripada ia ditanam semenjak tahun 1900 lagi sehingga sekarang dengan pendekatan yang pelbagai. Beliau nyatakan tahun 2017 LPNM telah menyambut ulangtahun ke 60 penubuhannya iaitu pada tahun 1957. Program TN50 ini adalah selaras dengan aspirasi kepimpinan negara untuk melihat dimana 30 tahhun lagi industri nanas ini masih terus ujud malahan lebih produktif dan menyumbang kepada Kelurn Dalam Negara Kasr (KDNK) dengan lebih bear lagi. Seterusnya beliau nyatakan dimana telah semakin ramai yang mula menanam nanas untuk pasaran segar menggantikan penanaman nanas untuk dikaleng. Pasaran egr ini membolehkan penanam nanas mendapat penpatan lebih terjamin malahan ia mengatasi daripada komoditi lain yang diusahakan di Malaysia seperti Getah, Kelapa Sawit, Padi dan Kelapa.  Ketua Pengarah LPNM, Dato Mohd Anim seterusnya menyatakan dimana menanam nanas dengan amalan agronomi dan benih yang baik adalah menguntungkan. Kini terdapat 9 varieti nanas yang telah didaftarkan dimana terdapat jenis nanas premiium MD2 iaitu nanas hibrid yang semakin mengubah presepsi rakyat Malaysia untuk makan nanas segar. Ramai penanam nanas sekarang mendapat pendapatan yang baik dengan menanam nanas Josapine, Nanas MD2, Nanas Yankee, Nanas Madu Kaca, Nanas Maspine dan beberapa varieti. Beliau bersama Pengerui LPNM setuju menyatakan bahawa dalah betul dakwaan sesetengah orang berkata 'Tanam Nanas Untung'.


Pemudahcara bagi TN50 LPNM ini dikelolakan oleh Encik AK yang pakar dalam bidang TN50. Antara aspirasi yang dinyatakan oleh seorang peserta program mengenai bagaimana beliau yang bekerja dengan Air Asia sering ditanya hanya buah durian sahajakah yang ada di Malaysia?. Ini kerana kebanyakan rakyat China tidak tahu bahawa Malaysia mampu mengeluarkan buah nanas berkualiti yang setanding malahan lebih baik daripada nanas dari Filipina (Sila lihat foto disebelah). Beliau juga merupakan seorang anak kepada penanam nanas yang berjaya di Johor memang percaya perkara ini boleh dilakukan. Aspirasi bliau minta agar buah nanas ini boleh dihidangkan didalam kapalterbang sebagai satu potensi pasaran akan datang. Seorang pemuda daripada Negeri Sembilan menyatakan masaalah kekurangan tanah untuk menanam nanas dihadapi oleh orang muda seperti beliau. Dicadangkan agar kerajaan mengadakan kawasan khas untuk pengeluaran nanas seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pertanian. Mungkin konsep Taman Kekal Pengeluaran Nanas (TKPN) boleh dilaksanakan.


Dalam pada itu seorang usahawan yang telah menanam lebih 10 ekar nanas daripada Selangor berharap agar ada skim bantuan kepada penanam nanas jenis premium MD2 dimasa akan datang terutama mereka dari golongan muda yang ingin memulakan projek kerana kos awalan adalah sangat tinggi terutama untuk membeli benih yang mencapai 20,000 pokok seekar. Kekangan modl juga amat perlu diberikan perhatian dimasa akan datang dengan peruntukkan daripada beberapa pihak dalam bentuk geran dnan juga termasuk kemudahan dalam pinjaman. Seorang peserta lain melahirkan aspirasi untuk mengeksport buah nanas segar keluar negara dan pohon agar diujudkan beberapa infrstruktur khusus untuk tujuan proses pengeksportan ini keluar negara. Ini menurut beliau mampu untuk mrlonjakkan lagi industri nanas negara. Apabila program ini berakhir sebanyak 16 aspirasi telah dkumpulkan oleh urusetia untuk dihantar kepada urusetia program TN50 di peringkat kementerian. Program yang bermotokan 'Tanam Nanas Untung' sempena program Sembang Nanas TN50 ini diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik sempena menyambut Bulan Kemerdekaan negara. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

MENANAM NANAS... UNTUNG AKHIRNYA...
NANAS PREMIUM...MD2 ADALAH NAMANYA...
SEMBANG NANAS...PROGRAM BERJAYA ...
TAHUN MENDATANG... DIHARAP BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(18 Zulhijjah 438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.