Monday, September 11, 2017

MAKANAN DAN PERMAKANAN

MAKANAN (Foods) merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna dimana ia biasanya terdiri dari karbohidrat, lemak, air atau protein iaitu perkara asas yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien atau menikmatinya. Semua hidupan dudunia ini memerlukan makanan untuk mendapatkan tenaga dan seterusnya ia gunakan tenaga untuk aktiviti hariannya. Makanan ini didapati daripada jenis makanan siap dimakan atau ada yang perlu diproses dahulu bagi mendapatkan rasa kenakkan yang tersendiri dan diperkayakan dengan keperluan zat lain. Pada masa ini kebanyakan budaya mempunyai makanan yang disediakan dengan cara masakan tersendiri sama ada ianya secara tradisi dengan cara memasak khas atau mengikut keutamaan dan amalan turun temurun. Kita di rantau Asia banyak menggunakan beras yang dimasak menjadi nasi untuk dijadikan makaaan asasi (staple foods) sementara di bahagian lain dunia ada yang memakan tepong gandum, jagung, ikan dan sebagainya mengikut budaya dan sumber sedia ada dinegara tersebut. Krisis makanan dunia yang berlaku pada 2007-2008 telah menyedarkan penduduk dunia bertapa pentingnya bekalan makanan ini dikongsi bersama penduduk dunia lain. Kini harga makanan terus meningkat selepas krisis tersebut dan kawasan pertanian untuk menghasilkan bahan makanan semakin berkurangan saban tahun. Bekalan makanan dunia semakin menjadi sukar dengan bencana alam yang selalu memusnahkan penghasilan bahan makanan dan pertambahan penduduk dunia yang amat cepat berkembang. Kini didunia terdapat seramai 7.5 billion pada 2017 yang semuanya perlu makan. Artikel subuh Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan dan permakanan sekadar berkongsi info dengan pembaca semua.


Kajian mengenai makanan dinamakan sebagai 'Gastronomi'. Kajian mengenai kualiti permakanan pula dikenali sebagai dietary
Sumber makanan diperolehi dimana hampir semua makanan berasal dari tumbuhan atau haiwan. Penulis blog juga boleh katakan hampir semua benda hidup pernah dijadikan makanan, sama ada untuk dimakan sebagai diet atau upacara amal oleh manusia. Sebenarnya definisi makanan dan pemakanan berkait dengan cara hidup seseorang dan masyarakatnya. Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal dan cair dan paling penting ia selamat dimakan. Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur, rupa, rasa, warna dan bau yang berlainan. Sebagai contoh isi buah mangga harum manis mempunyai warna kunig dengan rasa manis dan aroma yang menyelerakan (Sila lihat foto disebelah). Makanan juga ialah gabungan pelbagai rasa iaitu pahit, masin, manis, pedas dan masam digambungkan dalam satu menus makanan. Tekstur makanan pula selalu dikaitkan dengan kelembutan, kelicinan, kekerasan, kegaringan dan kekasaran suatu makanan. Dalam pada itu terdapat makanan savouri dan makanan manis. Dalam menyediakan makanan selalunya manusia akan memilih bahan-bahan yang perlu digunakan mengikut citarasa, budaya, keperluan dan juga lokaliti. Sebagai contoh orang Malaysia dan umumnya Asia Tenggara suka makan makanan bercili dengan rasa pedas begitu juga rakyat di India ramai yang suka makan semua jenis kari. Berbeza dengan sesetengah makanan yang tidak ada rasa pedas yang dimakan oleh golongan tertentu.


Makanan merupakan keperluan asas atau primer setiap manusia. Fungsinya ialah memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Kuantiti dan kualiti makanan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Contoh pengambilan makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu kurang berkualiti boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Makanan yang mempengaruhi keperluan makanan adalah faktor geografi, agama, budaya dan sosial. Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur, jantina,aktiviti seharian, pekerjaan, saiz badan, iklim dan tahap kesihatan. Dalam pada itu 'pemakanan' ialah perkataan yang berasal dari perkataan Latin yang bermaksud memberi makan makanan yang berkhasiat. Pemakanan diertikan sebagai mempelajari tentang makanan iaitu pelbagai jenis makanan, kandungannya dan peranan atau fungsinya terhadap tubuh manusia. Pengetahuan tentang pemakanan sangat penting dalam membuat pilihan dan apa yang boleh diperolehi dan apa yang boleh diterima oleh badan kita. Pilihan makanan yang betul, baik dan sesuai akan menjamin kesihatan badan. Makanan yang betul bermaksud diet seimbang yang mana ia mengandungi semua jenis nutrient yang diperlukan oleh tubuh manusia.


Makanan merupakan satu keperluan asas manusia. Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Peranan makanan adalah untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi dan sosial. Peranan Fisiologi seperti pembinaan sel tubuh, tumbesaran dan juga pemulihan. Peranan Psikologi iaitu menghilangkan perasaan sunyi, bosan atau sedih. Emosi juga boleh menyebabkan dimana seseorang tidak berselera untuk makan. Peranan Sosial dari segi pergaulan antara ahli keluarga dan menziarahi kawan atau sudara-mara, makan sering menjadi tumpuan utama. Makanan juga penting bagi melambangkan status sosio - ekonomi keluarga. Makanan secara assnya terdiri daripada Nutrien, Air dan Pelawas. Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan, pemulihan dan pengawalan kesihatan. Diet pemakanan yang baik terdiri daripada sayuran dan buah-buahan. Apa yang penting kandungan makanan adlan nutrien dimana ianya ialah komposisi kimia dalam makanan. Terdapat 5 kumpulan nutrien iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Bagi menyempurnakan peranan nutrien, air dan pelawas juga diperlukan.


Apakah anda seorang yang sibuk? Jadual harian anda mungkin telah disusun dan amat padat dengan mesyuarat, lawatan, perjumpaan daripada awal pagi sehingga larut malam dan sebagainya. Mereka yang sentiasa sibuk ini dari semua golongan yang memangnya padat gerak kerjanya. Selalunya orang yang sibuk agak susah mengawal masa mereka untuk makan. Biasanya mereka hanya memilih makanan yang cepat dan mudah diperolehi sahaja supaya tidak megguna banyak masa bekerja mereka. Keperluan makanan adalah perkara yang penting untuk meneruskan tahap kesihatan manusia. Berikut adalah tips-tips untuk cara makan yang sihat yang sesuai untuk orang-orang sibuk bertujuan untuk tujuan mendapatkan kesihatan dan mengawal berat badan, boleh meningkatkan kekuatan kerja otak dan menambah tenaga. Pertama sekali adalah waktu SARAPAN dimana ia sangat penting untuk ianya menyokong tenaga awal pagi dan membantu kitaran gula dalam darah. Elakkan dari sarapan dengan makanan yang mengandung karbohidrat dan gula tetapi ambil makanan yang mengandung karbohidrat kompleks yang tinggi seperti oatmeal, sereal, buah dan sayur. Sarapan juga sesuai ambil makanan yang kaya dengan bahan protein iaitu jenis makanan kacang-kacangan, biji-bijian, susu almond, susu lembu, yoghurt dan telur. Diwaktu sarapan sebaiknya jangan banyak minum kopi. Minum kopi pada pagi hari akan terus membebankan organ hati yang membuat terdehidrasi sebab kopi adalah minuman yang bersifat diuretik iaitu minuman meningkatkan kecepatan pembentukan urin. Ia juga akan meningkatkan risiko gula darah menjadi tidak stabil. Hati adalah organ yang perlu membersihkan racun tubuh tetapi apabila organ hati ada beban maka ada kmungkinan anda terkena penyakit dan berat badan bertambah meningkat.


Seterusnya diwaktu pagi juga kurangkan mengambil kopi tetapi sebaiknya boleh munim teh herbal tanpa gula yang mana ia mengandungi Antosianin. Teh herba akan dapat membantu organ hati membersihkan racun dari  tubuh sama seperti teh ginseng yang dapat membantu meningkatkan tenaga anda. Jenis teh oolong didakwa dapat membantu menurunkan berat badan sementara teh hijau (green tea) akan dapat meningkatkan konsentrasi pemikiran dan teh peppermint, dapat mengurangi sakit perut  (Sila lihat fotoo disebelah). Anda juga digalakkan agar banyak minum air putih atau air masak atau air mineral. Keperluan minuman air sebanyak  8 gelas air putih dalam sehari agar kadar tenaga anda tetap tinggi, pencernaan yang lancar dan juga tahap konsentrasi yang terbaik. Semasa badan kekurangan air akibat dehidrasi biasa tubuh akan memberikan tanda yang kurang tepat seperti rasa lapar. Pastikan untuk tidak meminum air putih sebelum makan sebab perkara ini dapat menghalang proses pencernaan. Sebaiknya minumlah air putih 20 minit sebelum atau 60 minit selepas makan. Sedia maklum agar untuk tidak meminum air sejuk mengandungi ari batu kerana dapat meningkatkan kontraksi pada perut dan usus  serta melambatkan proses pencernaan. 


Elakkan daripada makan Makanan Segera (Fast Food) yang kini banyak rangkaian restoren diseluruh dunia. Ini temasukklah makan makanan seperti KFC, MCDonalds, Kenny Rogers, AnW dan banyak lagi yang ada dijual dipasar malam. Makanan segera ini lazimnya mengandungi banyak gula, lemak tidak tepu, garam, bahan penstabil, pengawet, perasa buatan, perwarna buatan dan sebagainya. Bahan-bahan makanan tersebut kurang baik bagi kesehatan. seeloknya anda pilih makanan yang segar dan elok seperti daging, ikan, kacang-kacangan, gandum, buah, dan sayur yang segar adalah makanan-makanan yang baik untuk kesihatan. Jika ingin membawa snack seeloknya bawalah kacang-kacangan atau buah dan sayur yang dipotong kecil-kecil. Selalu juga memerhatikan juadah yang dijual di restoran. Semasa anda membuat pesanan makanan anda di restoran, cuba selalu perhatikan tentang proses pembuatan makanan di buku menu sama ada makanan itu dikukus, direbus, dipanggang atau dibakar. Elakkan makanan yang digoreng, dimasa dengan microwave. Lebihkan ambil dan memilih makanan yang direbus atau dipanggang. Minuman air lemon sangat baik untuk kesehatansebab ia akan dapat meningkatkan tenaga, membantu pencernaan, meningkatkan sistem imuniti badan dan membantu detoksifikasi. Ia juga didakwa dapat membantu menurunkan berat badan dan membantu perawatan kulit.


Ada juga pendapat supaya menghindari makanan-makanan putih hasil daripada prosesan. Hindarilah makanan seperti nasi putih, roti putih, pasta putih dan sos putih. Makanan tersebut telah didakwa semuanya adalah makanan proses yang kandungan serat dan nutrisinya sudah berkurangan akibat aktiviti pemprosesan tersebut. Konsumsilah roti gandum atau nasi merah. Pilihlah saus tomat daripada saus putih yang biasanya mengandung lemak jenuh dan sodium. Sebaiknya sentiasa membawa makanan ringan yang berkhasiat. Membawa makanan ringan seperti buah yang dipotong kecil-kecil, jus, oatmeal, sayur segar yang dipotong kecil-kecil, almond atau nutbar amat digalakkan. Makanlah setiap 3 jam sekali untuk membantu gula darah menjadi lebih stabil dan mencegah dari makan berlebihan semasa waktu makan sebenar. Pastikan aagar makan sampai sangat kenyang. Makanlah secukupnya semasa waktu makan iaitu hanya sekitar 80% kenyang dan jangan sampai lebih dari itu. Kalau masih merasa lapar 10 minit kemudian barulah makan sedikit lagi. Makan berlebihan melambatkan sistem pencernaan dan ia mengakibatkan penyakit-penyakit yang lebih serius seperti diabetes.


Sebaiknya digalakkan makan banyak buah dan sayur setiap hari. Carilah buah dan sayur yang penuh warna, segar dan jangan lupa dicuci terlebih dahulu untuk tujuan menghilangkan zat-zat kimia atau racun yang mungkin terdapat pada buah dan sayur tersebut. Pilihlah sayur-sayuran hijau seperti kangkung, bayam, sawi kerana jenis sayuran hijau banyak mengandungi nutrisi yang mana ia  memberi manfaat untuk kesihatan. Sebaiknya elakkan makan pada malam hari dengan banyak.  Digalakkan untuk makan malam sebelum jam 8 malam agar tubuh sempat untuk memproses makanan yang dimakan dan akan dapat membersihkan racun. Tidak makan malam ini terhindar dari berat badan berlebih. Mungkin ramai tidak tahu agar mengambil bahan suplement. Ini kerana seberapa baik pun bahan makanan yang dimakan mungkin ia masih belum sempurna pada tubuh. Suplemen yang dianjurkan untuk diambil termasuk multivitamin,, multimineral, probiotik, Vitamin B-complex (untuk membantu mengurangi stress, meningkatkan kerja metabolisme dan membantu didalam meningkatkan sistem imuniti), Vitamin yang mengandungi bahan EFA (Essential fatty acid/Omega 3). Digalakkan juga untuk mengambil minyak ikan kerana didakwa membantu meningkatkan aktiviti di otak serta meningkatkan sistem pencernaan selain daripada mengurangkan stress dan mengawal nafsu makan. Semuga tulisan panjang lebar ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology untuk terus makan dan mendapat kesihatan sebaiknya. Wasallam!!!.
PILIH MAKANAN... TERBAIK SAHAJA...
INGAT.. ELAKAN MAKANAN SEGERA...
BANYAKKAN BUAH...SAYUR JUGA...
JANGAN BERLEBIHAN...BOLEH PUASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(14 Zulhijjah 1438H)
Posted from Room 1926, Hatten Hotel,
Bandar Hilir, Melaka on 11 Sept 2017

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.