Tuesday, December 20, 2022

KRISIS MAKANAN GLOBAL

KRISIS MAKANAN DUNIA
 (Global Food Crisis) yang penulis blog masih ingat telah melanda pada sekitar 2007-2008 semasa penulis masih bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar, Johor. Krisis yang bermula semenjak 2007 ini dikenali dengannama 'Krisis makanan yang memang didakwa agak membimbangkan'  apabila pengeluaran beberapa jenis tanaman kontan seperti beras, gandum dan jagung susut mendadak di negara-negara pengeluar utama termasuk negara tradisi yang mengeksport ke Malaysia. Perkara ini seperti apa yang pernah diramal oleh kebanyakan pemerhati di seluruh dunia dan saintis dimana berlaku kegawatan krisis makanan itu tidak menunggu masa yang lama untuk ianya meledakkan kebimbangan global. Kesannya kini semakin dirasakan apabila kebanyakan negara berdepan dengan krisis kekurangan bekalan makanan utama yang serius dengan penyusutan yang disifatkan terburuk sejak 1980. Di Asia termasuk Malaysia, benua ini meskipun merupakan negara pengeluar beras terbesar dunia namun tidak dapat mengelak daripada kekurangan bekalan waima untuk kegunaan domestik. Indonesia pula mereka masa itu mula bergelut dengan kenaikan harga barang seperti gula, gandum dan minyak masak sejak awal tahun ini lagi dan rakyatnya masih merasai tekanannya sehingga ke hari ini. Ia berlanjutan dimana dinegara Filipina dan Thailand yang semakin kekurangan beras memaksa kerajaan negara itu tidak lagi mengeluarkan stok simpanan beras negara untuk diagihkan kepada penduduk. Penduduk miskin Filipina dilaporkan oleh akhbar tempatan mereka membuat tunjuk perasaan berkait harga makanan asasi yang tidak mampu mereka dapatkan (Sila anda lihat foto diatas). Beberapa negara yang makanan asasinya seperti beras semakin bingung bagaimana untuk menstabilkan harga beras kerana kos serta ketersediannya juga sukar diperolehi. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya krisin makanan dunia. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kupasan krisis makanan dunia pada tahun 2007-2008 untuk dijadikan renungan dan permakluman agar ianya tidak berulang seperti dijangkakan akan berlaku pada tahun 2023 akan datang.

Krisis makanan ruji yang semakin menyusut dan mahal terutamanya beras dan gandum ini membimbangkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) mengenai kemungkinan akan berlakunya lebih banyak kes rusuhan terutamanya di negara-negara miskin dan ianya telah benar-benar berlaku. Waktu itu bekalan makanan yang telah berkurangan menyebabkan rakyat di Haiti, Cameroon, Mesir, Argentina dan Burkina Faso merusuh. Organisiai FAO meramalkan situasi sama bakal menular di lebih banyak negara lain jika tindakan sesuai dilakukan dinegara berkaitan. Berdasarkan laporan Bank Dunia telah awal lagi meramalkan 33 buah negara bermula dari Mexico sehinggalah ke Yemen turut mengalami tekanan daripada kenaikan berterusan harga makanan dan minyak akibat krisis makanan ini. Negara-negara kaya di rantau Arab juga tidak terlepas daripada krisis kenaikan harga barangan keperluan terutamanya harga gandum yang naik dua kali ganda sejak enam bulan terakhir pada masa itu. Dilaporkan negara Yemen iaitu negara paling miskin di rantau itu telah menyebabkan harga beras, minyak masak dan makanan meningkat sehingga 20%. Bagaimana pun apa yang paling membimbangkan Program Makanan Dunia (WFP) ialah kenaikan harga barangan berterusan akan memberi kesan kepada kira-kira empat juta pelarian rakyat Mesir, Iraq, Yemen dan Palestin yang dibantu oleh organisasi berkenaan pada masa itu.

Sejarah melaporkan dimana negara Mesir pula dalam reaksi kenaikan harga beras berterusan turut menghentikan eksport beras mereka bermula awal bulan hingga Oktober 2008 bagi memastikan harga bekalan makanan itu kekal murah di pasaran domestik. Peningkatan harga barang ini seperti dipersetujui oleh kebanyakan masyarakat dunia adalah kesan daripada lemahnya ekonomi dunia berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah. Pada tahun 2007 minyak mentah mencecah AS$110.87 (RM349.24) setong dan dijangka bakal mencecah harga tertinggi dalam sejarah iaitu sehingga AS$118 (RM371.7) setong. Kenaikan harga tepung yang disifatkan tertinggi dalam tempoh 26 tahun juga dikaitkan dengan perubahan iklim kesan daripada pemanasan global yang mula dirasai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa wilayah tanaman gandum di Kanada dikatakan kering-kontang dan tidak lagi sesuai untuk tanaman manakala ladang sedia ada pula musnah akibat kekeringan melampau. Cuaca yang tidak menentu juga memberi kesan kepada negara pengeluar tepung utama lain termasuk Amerika Syarikat dan juga negara-negara Eropah, India dan Australia. Peningkatan mendadak harga gandum dan beras selain pengeluaran yang terhad turut dikaitkan dengan permintaan yang sangat tinggi di China dan India iaitu dua buah negara yang mana kadar ekonominya berkembang sangat pantas ketika ini. Dengan kadar pertumbuhan dalam negara kasar (GDP) sekitar lapan hingga 10 peratus, rakyat China dan India kini menjalani kehidupan yang mewah sekali gus meningkatkan permintaan beras dan gandum untuk kegunaan domestik.

Krisis kekurangan bekalan makanan terutamanya bijirin seperti gandum, jagung dan soya semakin menghimpit negara miskin apabila negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia sanggup membeli dengan harga yang tinggi untuk tujuan penyelidikan biofuel bagi menggantikan minyak mentah yang mana harganya semakin mahal. Amat jelas dimana kenaikan harga barangan sudah menjadi isu global dan Malaysia pastinya tidak boleh mengelak daripada turut menerima kesan yang sama pada masa itu. Kita sebagai pengguna dengan kuasa yang sangat terhad dalam mengawal dan menentukan harga barangan keperluan di pasaran berharap dimanaperlua sentiasa meletakkan sepenuhnya kepada kerajaan untuk menyekat kenaikan harga secara berterusan dan melampau. Pada penulis blog mendapati selain faktor global berlaku kesan kenaikan harga barang diburukkan lagi mungkin dengan isu-isu domestik terutamanya yang dicetuskan oleh pembekal yang dengan sengaja mengambil kesempatan menyorok barangan keperluan. Mungkin keadaan ini telah menyebabkan barangan keperluan seperti gula dan beras berkurangan dan mendapat permintaan yang sangat tinggi sekali gus memberi peluang kepada peniaga untuk mereka menaikkan harga sesuka hati.

Pada masa itu sebagai langkah didalam membuat kaedah penyelesaian segera dimana kerajaan boleh mendepani situasi itu dengan mengimport barangan yang mana kononnya didakwa berkurangan oleh pembekal dalam kuantiti yang lebih besar. Keputusan tersebut pada waktu itu bukanlah penyelesaian jangka masa panjang kerana selain memberikan kuasa kepada pembekal untuk mereka menentukan harga barangan di pasaran pihak kerajaan juga menanggung kerugian apabila terpaksa mengimport dalam kuantiti yang tinggi. Malaysia barangkali boleh mengelak daripada ketidaktentuan harga beras dengan meningkatkan produktiviti tanaman ini di negeri-negeri pengeluar utama seperti kawasan Jelapang Padi utama negara dan juga meningkat kan produktiviti. Krisis kekurangan tepung pula boleh diatasi dengan Malaysia membuka ladang tanaman gandum sendiri di lokasi-lokasi yang dikenal pasti berpotensi dan sesuai dengan tanaman tersebut. Sehingga kini lebih 10 tahun krisis makanan berlalu tetapi penanaman gandum masih tidak dapat dilakukan di Malaysia. Kita masih terus mengimport makanan untuk manusia dan ternakan haiwan dengan nilai berbillion ringgit setiap tahun. Pernah masa itu disebutkan dimana menanam gandum bukanlah sesuatu yang mustahil melihat kepada percubaan Indonesia pada 2000 yang mengimport teknologi India untuk membangunkan sektor tanaman gandum di negara berkenaan. Sehingga kini hasilnya negara jiran Indonesia berjaya menghasilkan gandumnya sendiri. Negara meraka dilaporkan menyertai senarai negara pengimport gandum utama dunia selain berjaya mengekang krisis kenaikan harga tepung yang sering berlaku sebelumnya. Perancangan rapi perlu disediakan untuk Malaysia mampu menghadapi krisis makanan dunia dimasa akan datang dengan pelbagai pendekatan. 

Dalam satu laporan bertajuk 'Makanan sukar diperolehi pada 2023 - semua akan menderita' yang terpaparkan dalam beberapa media pada Julai 2022 amat mengejutkan. Mengikut 
Ketua Program Makanan Sedunia (WFP), David Beasley memberi amaran bahawa semua orang di dunia akan menderita, bukan hanya orang miskin disebabkan masalah ketersediaan makanan yang menjadi lebih parah seterusnya menyebabkan makanan boleh menjadi lebih sukar untuk diperoleh tahun depan. Menurut laporan Badan Penyiaran Jepun (NHK) Jepun, Beasley mendakwa dimana ada 26 buah negara telah pun mengharamkan eksport makanan dan jika rantaian bekalan terganggu kerana panik di pasaran, maka orang ramai tidak akan mendapat makanan. Beliau bercakap kepada NHK di Tokyo dan menjelaskan dunia kini mempunyai ‘ribut lengkap’ akibat konflik perang Russia dan Ukraine, kejutan iklim dan dua tahun kemusnahan ekonomi kesan Covid-19. Negara Ukraine yang digelar ‘bakul roti dunia’ dilaporkan telah berhenti membekalkan makanan ditambah masalah tertentu, bersama-sama dengan lonjakan kos bahan api dan baja, menyebabkan kemunculan ‘ribut kemelesetan ekonomi yang lengkap’. Pada tahun 2023 disebabkan faktur kemarau dan krisis baja maka mungkin dunia akan menghadapi masalah ketersediaan makanan. Dijangka dimana isu dalam menghadapi masalah penetapan harga makanan utama yang menimbulkan kemusnahan bagi golongan termiskin daripada golongan miskin. WFP telah memberi amaran bahawa sehingga 345 juta orang dianggarkan sangat tidak selamat makanan atau berisiko tinggi di 82 negara. Kini pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turki, Ukraine dan Rusia sedang menjalankan rundingan beersama dalam usaha membolehkan makanan dieksport semula. Sementara itu dalam portal Fortune.com melaporkan Beasley sebagai berkata dimana pada 2023 dunia mengalami masalah kekurangan makanan yang serius. Dakwanya lagi, kira-kira 25 juta tan pelbagai bijirin ruji kini berada dalam unit simpanan di bandar pelabuhan besar seperti Odesa,Ukraine menunggu untuk dihantar ke pasaran antarabangsa, tetapi mereka tidak dapat meninggalkan Ukraine kerana sekatan berterusan Rusia di Laut Hitam.  Eksport makanan yang hilang dari Ukraine menambah kepada ketidakamanan makanan sedia ada yang menjejaskan kawasan yang lebih terdedah di dunia tahun ini, termasuk wabak, kejadian cuaca buruk dan kemarau yang menjejaskan hasil tuaian. Sekiranya isu kekurangan makanan yang menjulang gagal ditangani, Beasley memberi amaran bahawa ia boleh membawa kepada krisis di atas krisis, tsunami dalam tsunami dan itu, kami tidak mampu hadapi sekarang. Akan ada beberapa negara termasuk Tanzania, Uganda, Sudan, dan Cameroon bergantung kepada Ukraine dan Rusia untuk sekurang-kurangnya separuh daripada import gandum mereka sebelum perang, menurut Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa Human Rights Watch. Sekiranya produk makanan kekal terperangkap di Ukraine, negara-negara ini akan dilanda kekurangan makanan pertama dan mengalami kesusahan. Semuga artikel ini menberi kesedaran dan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini.. Wasallam!!!...
SEJARAH DITULIS.... KRISIS MAKANAN...
SELURUH DUNIA... SEMUA TERTEKAN...
HARGA BERAS... BERLAKU KENAIKAN...
KEDAULATAN MAKANAN...PENTING BUKAN...

By,
MAnem,
Senior Agronomist,
Room 837, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(15 Zulhijjah 1438H).
Kemaskini artikel pada 25 JamadilAwal 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.