Sunday, September 3, 2017

BERANI CUBA TERAPI SENGATAN LEBAH?


LEBAH MADU (Apis spp) merupakan sejenis serangga yang menghasilkan madu lebah dan beberapa produk lain yang amat berkhasiat. Disebutkan dalam Alquran surat An Nahl ayat 68-69 dinyatakan di dalam madu lebah terdapat ubat yang menyembuhkan pelbagai masaalah kesihatan bagi manusia. Produk turunan yang dihasilkan lebah ada 13 buah, di antaranya madu, propolis, royal jelly, pollen, bee venom, lilin lebah, madu sarang, roti lebah, larva lebah dan phedra. Perkataan ''Apitherapy'' atau Apiterapi adalah gabungan dalam bahasa Latin iaitu 'aphis'' yang bermakna lebah dan 'therapy' yang bermakna rawatan perubatan. Apiterapi didefinisikan sebagai kaedah perubatan alternatif untuk tujuan preventive, Curative dan pemulihan (rehabilitation) dengan produk dariada lebah madu. Penggunaan madu lebah untuk tujuan kesihatan daripada pakar menyatakan dimana ia telah diketahui sejak berribu tahun lalu. Lukisan pada batu karang dizaman batu (6000 SM) memperlihatkan kegiatan memburu madu lebah (honey hunting) oleh manusia. Dilaporkan antara bukti tertua penggunaan madu lebah adalah untuk mengubati infeksi kulit dan luka, kurap pada ulit, sakit mata dan telinga dimana maklumat ini asa dinyatakan tertulis dalam ceramik bangsa Samaria (2000 SM). Madu lebah juga digunakan untuk menyembuhkan luka semasa pembedahan, termasuk semasa bersunat, atasi masaalah supositoria, mengurangkan masaalah radang dan mampu untuk meredakan kajadian kaku pada sendi. Ada juga pesakit diberikan sengatan lebah madu untuk rawatan antritis, sakit sendi dan meningkatkan tahap kesihatan. Ia juga dikaitkan dengan kemampuannya untuk merawat masaalah reumatik dan neuralgia melalui terpi sengatan lebah. Perubatan menggunakan sengat (bisa lebah) telah dikenal sebagai terapu cara '"Apipuntur". Apipuntur adalah salah satu cabang daripada kaedah "Apiterapi". Apipuntur menggnakan 'bee venom'' dengan cara akupuntur. Lebah yang sesuai digunakan di Malaysia dan mudah diperolehi untuk terapi adalah jenis Apis mellifera dan Apis cerana. Artikel pada subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan sengatan lebah sebagai satu rawatan alternatif bagi kesihatan dan kecantikan.


Terapi Apipuntur merupakan sat kaedah rawatan Apiterapi. Sengat atau racun lebah sangat baik untuk menormalkan segala aktiviti dalam pembuluh darah dan saraf. Hasil kajian saintis menunjukkan bahawa sengat lebah mengandung bahan yang dikenali sebagai Melitine, Apamine, Peptide 401 (MDC), inhibitor protease dan Norepinephrine. Apiterapi secara umum dilakukan untuk meredakan gangguan reumatik, masuk angin, flu, salah urat, masaalah darah tinggi, diabetes dan kanser. Kaedah ini didakwa sangat berkesan untuk merawat masaalah penyakit degeneratif lain seperti stroke. Dalam pengamalan apipuntur apa yang dipraktikkan pengamal dikatakan sengatan lebah yang dimasukkan ke dalam tubuh badan kita boleh dilakukan dengan dua cara. Pertama dengan Secara Langsung atau (direct bee sting) daripada lebah pekerja yang matang terus kelokasi titik skupuntur. Apa yang penulis blog lakukan dengan membuat sendiri atau minta bantuan penternak lebah mengambil seekor lebah pekerja matang dengan penyepit (forcept) dan ekornya ditusuk kedalam kulit. Kemudia lepaskan penyepit dan lebah tersebut akan terbang meninggalkan kantung venom yang masih mengepam masuk semua venom kedalam kulit untuk 1 minit. Apabila kantung tersebut sudah berhenti mengepam maka keluarkan kantung tersebut dengan pisau atau objek lain. Mula-mula memang ada rasa sakit sedikit tetapi beberapa minit kemudian bila venom bertindakbalas kullit tersebut akan mula membengkak dan macam rasa gatal. Biarkan dan terus mengambil lebah lain untuk ditusuk kepada titik lain. Biasanya lebah yang menyengat akan terbang dan mati beberapa minit kemudian. Kesian dia!!.. Kaedah kedua dengan memasukkan venom menggunakan Alat Suntik Moden yang mengandungi venom lebah yang dikutip lebih awal. Kaedah ini lebih klinikal.


Pada pengalaman penulis jumlah lebah madu yang boleh digunakan untuk sengatan adalah penting untuk diteliti. Tahap ketahanan bisa sengatan berbeza antara individu dimana ada juga individu memang tidak boleh terima langsung sengatan dimana akan menyebabkan satu badan membengkak dan beliau akan jadi demam. Pengalaman penulis mendapati lebah Apis mellifera yang diternak dikawasan kampong dengan dikelilingi hutan gelam di Melaka kurang berbisa berbanding dengan Apis mellifera yang diternak didalam hutan akasia di Hutan Sedeli, Kota Tinggi, Johor. Kebisaan venom sengatan leah dari hutan luas Sedeli dirasakan 3 kali ganda daripada tahap bisa venom yang ditusuk di Melaka. Kepakaran memegang lebah dewasa dengan gunakan forceps penting agar lebah tersebut tidak mati semasa mengambilnya (Sila lihat foto disebelah). Kes penulis mendapatkan 6 sengatan dari 6  ekor lebah Apis mellifera dari Hutan Sedili dimana menyebabkan penulis blog terpaksa mendapatkan rawatan segera di Klinik di Kota Tinggi. Memang diluar jangka kerana selama ini mengambil lebah dikawasan kampong sehingga 7- 8 ekor penulis masih bertahan. Kini pengalaman tersebut tersebuat dan penulis lebih berhati-hati untuk sengatan lebah dari hutan liar.


Lazimnya untuk terapi profesional jumlah sengatan tergantung pada jenis penyakit. Biasanya diberikan hanya satu sengatan pada titik-titik tertentu dan dianggap cukup sebagai perkenalan. Bagaimana pun dalam rawatan terapi berikutnya maka titik-titik yang sama tersebut boleh disengat lagi tetapi dinasihatkan untuk tidak boleh lebih dari 10 sengatan. Sengatan lebah akan bertindakbalas pda bahagian angota badandengan ada tanda merah pada kulit. Reaksi pesakit yang menerima sengatan berbeza-beza dimana ada yang biasa sahaja dan ada yang demam. Apa pun pengalaman pertama amat penting dengan satu sengat dilokasi tidak sensitif. Jika okey maka boleh diulang rawat terapi sengatn lebah ntuk pesakit ini. Ada yang menunjukkan tanda luaran sahaja dan ada yang bertindakbalas dengan cara sistemik dalaman. Dilihat ada berlaku pembengkakan yang berlaku di sekitar lokasi sengatan diikuti dengan gejala seperti rasa gatal, ngilu dan kaku. Reaksi sistemik selalunya adalah berupa demam, lemas, telinga berdengung dan kadang kala pening kepala. Mengikut dokktor yang penulis temubual  jika pesakit menjadi teruk rasanya perlu diberikan rawaran dengan gunakan ubat  dinamakan "Antihistamin" untuk selama 10 hari. Selanjutnya baru boleh dilakukan apiterapi lagi. Antara petua untuk kurangan bengkak boleh disapukan madu lebah dan digosok-gosok. Sebaiknya juga rawatan ini digambungkan dengan pengambilan produk madu lebah, propolis dan royal jelly bagi menambahkan keberkesanan rawatan. Bergantung kepad jenis penyait yang dialami penggunaan kombinasi produk lebah adalah berbeza kaedah pengambilannya. Contohnya untuk rawatan pada masaalah kencing manis boleh sesuaikan dengan dengan terapi tambahan yang gunakan produk pollen dan propolis. Bagi sakit mata Katarak disyorkan selain sengatan lebah boleh amalkan titisan mata dengan madu kelulut (Trigona spp) dan madu lebah. Bagi rawatan masaalah reumatik mka perlukan dua titik sengatan iaitu dilokasi titik lokal di mana yang sakit dan titik sistemik disekitarnya.  Sebaiknya aktiviti Terapi Apipuntur dilakukan dalam 12 kali rawatan. Biasanya pada kunjungan pertama titik yang disengat hanya satu. Hari berikutnya ditambah satu titik sengatan lagi. Begitulah yang perlu dilakukan seterusnya. Lamanya sekali sengatan antara 10-15 minit dan laukan sehingga sembuh.  Wanita hamil, bayi, kanak-kanak dan orang lanjut usia tidak digalakkan uuntuk tidak menjalani terapi  sengtan ini. Semuga tulisan kali ini memberi info terbaik daripada blog anim agro technology kali ini untuk rujukkan. Wasallam!!!.
SENGATAN LEBAH... MADU PUN ADA...
MENJADI PILIHAN... SAKITNYA TERASA...
PERLU DIULANG... BERANI MENCUBA...
PENYAKIT SEMBUH..HIDUP BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Nature Bee Farm,
KM48, Hutan Akasia Sedeli,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.