Tuesday, August 8, 2017

KRIM DICIPTA ATASI EKZEMA

MASAALAH EKSZEMA (Sakit kulit) merupakan satu dari masaalah dalam kategori sakit kulit. Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan berjaya mencari jalan penyelesaian untuk melegakan simptom penyakit ekzema atau atopik dermatitis (AD) yang menyebabkan kegatalan dan keradangan pada kulit. Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma. Dalam pada itu penulis blog merujuk dimana perkataan eczema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang sedia ada menghadapi masalah ini. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi selalunya masaalah eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih selalunya kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah. Eczema yang teruk memang kelihatan hodoh dan dilihat seakan menjijikkan. Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang boleh juga menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat). Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta perlu menjauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, eczema tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungus seperti masaalah penyakit kurap dan panau. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu inovasi yang di dakwa berjaya menghasilkan krim untuk mengatasi masaalah sakit kulit iaitu eczema yang dipaparkan didalam akhbar tempatan.


Sekumpulan saintis UPM dilaporkan berjaya membuat kajian mencipta krim mengatasi masaalah eczema walau pun ianya baru dikomersilkan tetapi mendapat liputan akhbar tempatan. Formulasi yang dihasilkan melalui ekstrak kelapa sawit (Elaeis guineensis) itu menjadi produk krim ultra pelembab semula jadi berasaskan spektrum penuh vitamin E yang bebas steroid dikenali sebagai REMDII SensitiveEkzema menyebabkan kulit menjadi merah, kering, bersisik dan sangat gatal. Penyakit kulit ini dideritai sesiapa saja sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut Ketua Penyelidik daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM Prof Dr Lai Oi Ming berkata, REMDII Sensitive dibangunkan tanpa unsur bahan pengawet. Beliau berkata, ia mengandungi bahan bioaktif antiradang nano yang mampu menembusi lapisan dermis kulit bagi merangsang pemulihan. Produk ini dirumus dengan minyak olein ekstrak daripada sawit merah (Red Palm Oil - RPO) yang kaya dengan tokoferol, tocotrienol dan karotenoid yang juga ramuan utama bagi formulasi penjagaan kulit. Penggunaan RPO terhad dalam aplikasi makanan kerana ia direka untuk mengekalkan kepentingan fitonutrien dalam buah kelapa.


Krim ciptaan saintin ini didakwa mampu mengatasi ekzema. REMDII Sensitive antara penyelesaian terhadap penyakit ekzema atau atopik dermatitis (AD). Ia melalui langkah pemprosesan yang lebih ringan untuk menangani masalah kekurangan vitamin di beberapa kawasan luar bandar,” katanya pada sidang media di UPM, Serdang, baru-baru ini. Dr Lai mendakwa dengan teknologi yang maju dalam industri penjagaan kulit dan permintaan pengguna terhadap produk yang lebih semula jadi dengan kecekapan setara atau lebih baik, RPO kini telah mempunyai peluang yang baik untuk menjadi penyelesaian menyeluruh bagi penjagaan kulit. RPO yang dimuatkan dengan bioaktif termasuk tocotrienol dan antioksida yang tinggi mempunyai harga yang kompetitif serta stabil. Pada beliau Malaysia antara negara pengeluar utama minyak sawit dan pengeluaran RPO yang mantap. Oleh itu, RPO adalah bahan ideal untuk dimasukkan dan dirumuskan menjadi produk penjagaan kulit pada tahap skala yang besar. Menurutnya beberapa kajian mendapati dimana kebanyakan daripada emolien iaitu bahan yang digunakan untuk tujuan mencegah atau mengurangi kekeringan sebagai satu kaedah perlindungan bagi kulit yang dijual untuk melegakan ekzema tidak mengandungi bahan aktif. Ia masih mempunyai banyak bahan kimia sintetik, pengawet dan bahan asas yang murah apabila mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan.


Data klinikal yang diperolehi turut menunjukkan produk ini telah berjaya mengurangkan kegatalan dan juga kesan pengelupasan dengan berkesan serta dapat merawat keadaan kulit dalam masa hanya dua minggu. Beliau yang juga penyelidik bersekutu di Institut Biosains UPM berkata, selain daripada menyasarkan penghidap ekzema sebenarnya produk ini juga memberi tumpuan kepada pengguna produk halal di semua peringkat usia. Projek penyelidikan yang dijalankan selama dua tahun sejak Januari 2014 itu membabitkan penyelidik Dr Lai Wee Ting, Dr Nicholas Khong Mun Hoe, Hishammudin Muhammad dan Leow Min Min. Produk ini sudah sedia untuk dikomersialkan melalui syarikat Lipidware Sdn Bhd dengan kerjasama Putra Science Park (PSP) UPM. Bagaimanapun, LIPIDWARE menyarankan REMDII Sensitive bukan penawar sepenuhnya bagi penyakit ekzema. Setiap pesakit adalah unik dan perlu dipantau doktor yang berpengalaman. Remdii Sensitive dirumuskan untuk mengurangkan keradangan kulit tanpa penggunaan steroid. Banyak produk lain yang didakwa mampu merawat masaalah eczema bergantung kepada syor doktor pakar yang dirujuk. Semuga ciptaan saintis UPM ini akan membantu dalam sektor perubatan negara dalam mengatasi masaalah eczema. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology subuh ini. Wasallam!!..

DR Lai bersama produk REMDII dan anugerah emas yang diterima.

MASAALAH ECZEMA... ADA UBATNYA...
KRIM DICIPTA...REMDII ITU NAMANYA...
ASALNYA SAWIT...MUDAH SEMBERNYA...
SESUAI DIGUNA... BERKESAN DIANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Tampoi, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(15 Dzulkaedah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.