EKSPORT BUAH NENAS (Ananas comosus) merupakan satu aktiviti penghantaran buah nenas segar yang mana telah menyumbangkan kepada ekonomi negara dan pendapatan pengusaha nenas. Malaysia secara tradisinya merupakan sebuah negara pengeksport nenas dalam tin (canned in syrup pineapple) yang tersohor semenjak sebelum merdeka lagi. Produk nenas kaleng ini telah menjadi komoditi eksport yang penting menyumbang kepada ekonomi negara terutama dari kawasan penanaman nenas utama di Malaya masa itu iaitu di Johor. Bagaimana pun eksport nenas kaleng telah berkurangan pada masa kini kerana penanam dan estet nenas telah bertukar kepada penanaman kelapa sawit dan tanaman lain. Hanya tinggal satu kilang yang masih beroperasi memproses nenas dalam tin berskala besar dan 6 buah lagi mini kilang yang masih menjalankan pemprosesan buah nenas. Pada masa ini sasaran eksport nenas telah berubah sedikit demi sedikit kepada eksport nenas segar selain daripada masih banyak lagi mengeksport nenas kaleng. Pada tahun 2014 jumlah eksport nenas Malaysia bernilai RM114.115 juta dan nilai ini terus meningkat kepada RM161.169 juta pada tahun 2015 (Sumber: Laporan e-pineapple, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia.LPNM, 2016). Pada tahun 2015 daripada RM161 juta jumlah nenas yang dieksport sekitar RM23.767 juta (14.7%) adalah eksport nenas segar, RM80.834 juta (50.2%) adalah nenas kaleng dan SLIP (Nenas Ornamental) sebanyak RM51.586 juta (32.2%) sementara bakinya sekitar RM4.9 juta adalah dalam bentuk jus atau kordial nenas. Jumlah eksport buah nenas segar sekitar 20,278 metrik tan dengan sasaran pasaran nenas segar ke Singapura, Iran, Qatar, Jepun, Hong Kong dan juga Korea. Persetujuan telah diperolehi untuk pasaran nenas segar ke China dengan nilai sasaran eksport sebanyak RM320 juta sehingga tahun 2020. Artikel malam ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai eksport nenas dari Malaysia sekadar berkongsi maklumat dengan pembaca semua.
Nenas Kaleng merupakan nenas yang mana ia diproses bertujuan untuk mengekalkan kesegarannya dan tahap penyimpanan lebih lama. Antara jenis nenas yang dikalengkan adalah seperti varieti Nenas Gandul, Nenas N36 dan beberapa jenis lagi. Nenas kaleng ini diproses dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk keratan bulatan (Sila lihat foto disebelah) atau pun dipotong dalam bentuk Kiub (Cube shape). Buah nenas ini melalui proses yang panjang bermula dengan buah yang diterima dari kebun akan ditimbang dan digredkan mengikut saiz. Buah ini kemudian dicuci dengan air bersih dan dibawa dengan konveyor untk dibilas. Buah akan digredkan iaitu mengikut 3 gred utama berdasarkan kepada saiz buah. Buah akan dikupas dan dibuang empulur dengan mesin dikenali dengan nama 'Kwong nam' dan diperiksa semua untuk pastikan tiada sisa kulit dengan pisau. Kemudian nenas tersebut dibawa kepada 'slicing machine' bertujuan untuk kerja pemotongan menggunakan juga 'Resizing Machine'. Potongan nenas ini akan dibawa kepada mesin mengetin dan diisikan dengan sirap. Larutan sirap dengan pekatan yang ditentukan menggunakan 'syruping machine'. Kemudian ia dibawa kepada mesin 'exhousting box' bagi tujuan membuang udara didalam tin. Tin akan melalui 'seaming machine' dan kemudian ditutup dengan kedap udara. Kemudian tin berisi nenas ini melalui 'sterilizatiom machine' pada suhu 105 celsius selama 30 minit. Tin yang siap akan dilabelkan dan disusun dalam kotak penyimpanan. Produk siap ini akan disimpan selama 2 minggu untuk melihat kestabilannya sebelum dihantar untuik pasaran domestik dan eksport.
Pengeksportan nenas segar sebenarnya mempunyai pasaran besar dimasa akan datang bergantung kepada kualiti, konsistensi dan kuantiti buah nenas. Beberapa jenis varieti nenas yang menembusi pasaran antarabangsa masa kini adalah nenas MD2, Nenas N36 dan juga nenas Morris (Nenas Morris adalah khusus ke Singapura). Nenas MD2 mulai mendapat pasaran eksport sekitar 5 tahun kebelakangan ini apabila penanaman nenas kini telah mencapai hampir 1,500 hektar pada tahun 2017 melibatkan beberapa usahawan komersil diseluruh negara. Eksport buah nenas segar memerlukan protokol khusus seperti syarat yang dikenakan oleh negara pengimport dan sekatan Phytosanitary Certification. Oleh itu beberapa negara perlukan sistem rawatan khusus untuk membolehkan nenas dari Malaysia boleh dihantar kenegara mereka. Beberapa kaedah rawatan dikenakan dengan kos bagi mempastikan nenas segar boleh dihantar mengikut kehendak pengimport. Kini ladang-ladang dan pekebun kecil yang telah menerima persijilan MyGAP mempunyai ruang pasaran lebih baik untuk pasaran eksport berbanding dengan ladang yang tidak mempunyai persijilan MyGAP. Nenas MD2 bagaimana pun diantara varieti yang mendapat permintaan tinggi dipasaran antarabangsa. Pada masa ini nenas MD2 daripada Filipina (Del Monte dengan jenama 'Dole') merupakan antara pengeksport yang unggul dirantau ini. Malaysia mempunyai dua jenama nenas MD2 yang mengeksport nenas MD2 iaitu jenama MELITA oleh KPF Sdn Bhd dari Johor dan jenama TROPICALE oleh NAZA Motor Sdn Bhd. Kedua-dua jenama ini dijangka akan membolehkan nenas MD2 Malaysia memasukki pasaran antarabangsa dimana akan datang dengan jayanya.
Dalam penulis hendak buat sedikit analisa kosting untuk eksport nenas segar MD2 ini ke luar negara sempat pula berjumpa dengan beberapa orang pengeskport dan beberapa pengimport. Nenas segar ini perlu melalui proses yang ketat sejak awal penanamnya bagi membolehkan ia mendapat kualiti untuk pasaran eksport. Lazimnya nenas yang telah dihormon akan dituai dalam 134 - 135 hari untuk mendapatkan indeks kematangan yang sesuai untuk dituai bagi pasaran eksport. Nenas MD2 ini perlu dituai dalam masa 2 hari untuk siap diproses sehingga masuk kedalam kotak (crates) seterusnya dimasukkan kedalam kontena melalui beberapa rawatan. Lazimnya jenis kontena 40 kaki digunakan daripada syarikat perkapalan ternama (Sila lihat foto disebelah). Satu kontena mampu diisikan dnegan jumlah 2,100 kotak tanpa lantai (lantai kayu) dan sebanyak 2,000 kotak jika ada lantai kayu dibawahnya. Susunan kotak dalam kontena lazimnya untuk setinggi 15 lapisan kotak disusun. Bagi buah dengan saiz 10 kg satu kotak mampu diisi dengan buah dengan purata berat 1.4 kg sebiji. Kotak yang beratnnya 12 kg biasanya diisikan dengan buah nenas MD2 seberat 1.8 kg sebiji. Jika harga FOB adalah sekitar RM360 metrik tan (sekitar RM3.60 sekilogram) maka anggaran nilai eksport satu kontena bekisar antara RM65,000 - RM75,000 satu kontena. Kos satu penghantaran dengan kontena oleh syarikat Maersk atau Green sekitar USD 2,500 bergantung kepada jarak dan pelabuhan. Sebagai contoh penghantaran nenas MD2 dari Pelabuhan PTP, Johor ke Pelabuhan Al-Jabbar di Dubai mengambil masa selama 11-12 hari. Nenas MD2 tahan didalam kontena sekitar 25 - 30 hari dalam keadaan segar dan baik jika melalui semua SOP pengeksportan. Ini bermakns di negara pengimport mereka boleh menjualnya dalam tempoh 2-3 minggu lagi. Semua tulisan ini berdasarkan kepad temubual penulis dengan beberapa pemain industri nenas untuk dirujuk oleh pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
NENAS MD2... POTENSI EKSPORT ADA...
PESIJILAN MYGAP...KUALITI DIPERIKSA...
DIDALAM KOTAK... MASUKKAN KONTENA...
MASUK KAPAL... HANTAR SEGARA KESANA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Bary UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(20 Ogos 2017)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.