Friday, July 14, 2017

PISANG - KEBAIKAN MAKAN PISANG

PISANG (Musa spp) merupakan sejenis buah-buahan yang amat mudah didapati dengan harga yang murah tetapi ianya adalah berkhasiat. Buah Pisang Masak Segar juga sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Buah Pisang secara amnya memang dietahui umum mengandungi zat potasium yang disyorkan oleh para doktor untuk para pesakit yang kekurangan sumber itu. Kajian oleh pakar pemakanan mendapati sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (cm) mengandungi 600 miligram potasium. Saya memang suka beli dan makan pisang segar seperti pisang berangan, pisang mas, pisang tanduk dan juga pisang masak 40 hari. Harga pisang dahulu murah sahaja sekitar RM 2.50 sekilogram tetapi kini tidak boleh dapat harga tersebut terutama jenis pisang cavendish yang bertaraf antarabangsa. Kajian oleh Pakar perunding diet mengenai maklumat berguna tentang khasiat buah pisang menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus. Apabila pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan,ia lazimnya mengandungi gula akan yang berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pisang bebas daripada lemak dimana kajian menunjukkan yang kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang adalah dikategorikan sebagai berkhasiat. Pisang juga amat senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas. Artikel pagi Hari Raya Aidil Adha 1434 Hijrah ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kebaikan makan buah pisang untuk bacaan dan rujukkan anda semua. Alahuakbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!... Walila ilham.

Diantara khasiat buah pisang adalah kerana rasanya yang sedap, aroma yang wangi (sesetengah varieti), manis, lembut dan membekalkan tenaga dalam kalori yang banyak.  Apabila kita makan buah pisang, pastinya tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi. Pemerhatian saya mendapati memang ada perbezaan diantara pisang yang dimakan segar begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng. Perbezaan nyata adalah dimana pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak. Oleh itu saya nasihatkan anda lebih selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali. Lazimnya apabila pisang digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah. Bagaimana pun pisang tanduk goreng atau pisang nipah goreng memang enak dimakan jika dicicah dengan sambal kicap (walau pun ia mengandungi bahan garam dan minyak tinggi).

Buah pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di negara Thailand terdapat amalan bagi wanita sedang hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit. Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang. Diantaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin. Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok. Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Dalam beberapa kes, ada laporan mendapati orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok adalah amat digalakkan mengamalkan pemakanan pisang. Amalan ini dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur. Kajian juga turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu. Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang. Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.

Laris adalah buah yang boleh dibeli sepanjang tahun dan amat laris mengikut kualiti dan jenisnya. Pisang seperti pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Selain itu pisang ini ada juga yang diproses menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek. Pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun. Pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih. Pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3.00 sekilogram. Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan. Ramai antara pengguna kerap datang membeli pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 cm. Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan.

Rosak diserang Penyakit Moko.
Kajian mendapati berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga. Pisang tidak menghadapi masalah 'kurang permintaan' malahan pada masa ini bekalan pisang adalah amat berkurangan akibat serangan beberapa jenis penyakit seperti Panyakit Moko, Sigatoka disease dan sebagainya. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram dengan keadaan trend harga yang tidak pernah jatuh teruk. Pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Penulis blog memang tidak hairan jika orang ramai gemar memakannya. Kini ramai keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut. Ramai kata jika mereka mengamalkan makan pisang sejak kecil lagi, badannya kan menjadi sihat kerana ia meningkatkan kandungan bahan hemoglobin dalam darah. Ramai mendakwa dan juga mendapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian boleh dikatakan mereka sihat dengan memakan buah pisang. Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi. Wasallam!...
MAKAN PISANG ... AMBOI ENAKNYA...
PISSANG MAKAN SEGAR ...MANISNYA...
PISANG GORENG... BERLEMAK PULA...
BANYAK KHASIAT... SIHAT BADANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kelpmpok Projek Kampong Pisang,
Jelebu, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(13 Dzulhijjah 1434H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.