Monday, July 24, 2017

APB UNTUK KAWAL PEROSAK TANAMAN (Part 2)

KAWALAN PEROSAK TANAMAN boleh dilakukan secara AMALAN PEROSAK BERSEPADU (APB) dimana ia adalah satu perkara untuk mendapatan hasil tanaman berkualiti. Definasi bagi ABP ini adalah pendekatan kawalan perosak melalui beberapa pendekatan seperti Kaedah Biologi, Kaedah Kimia, Kaedah Kultura, Kaedah Mekanikal atau Fizikal dan Kaedah Kuarantin. Gabungan kaedah kawalan ini melibatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang khusus kepada petani yang ingin melaksanakan kawalan secara APB ini. Banyak jenis tanaman kini mempunyai pakej kawalan perosak secara bersepadu terutama tanaman makanan. Antara beberapa jenis tanaman yang telah ada pakej amalan APB ini seperti sayur-sayuran, kelapa, padi, tanaman kontan dan sebagainya. Ramai dikalangan petani yang lebih suka atau gemar menggunakan bahan kimia dengan pelbagai jenis racun dalam mengawal perosak tanaman. Ini kerana racun memberikan kesan yang nyata pada kacamata mereka tetapi banyak juga kesan negatif jika sering menggunakan racun sahaja. Ia akan menimbulkan kesan kekebalan (immunity) kepada serangga selain daripada kesan terhadap alam sekitar apa lagi kesan kepada manusia akibat sisabaki racun tersebut. Kawalan Perosak Bersepadu yang mementingkan konsep ETL (Economic Treshold Level) dalam membuat kawalan memang amat digalakkan untuk menghasilkan kualiti produk yang lebih berkualiti, selamat dimakan, murah serta berkesan. Artikel subuh Ramadan ke 3 kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah kawalam APB didalam usaha untuk mengawal perosak tanaman.


Beberapa kaedah APB secara fizikal dan mekanikan juga lazim dilakukan oleh petani yang memahami konsep ini. Penggunaan perangkap serangga sering dilakukan untuk memerangkap serangga yang terdapat dikebun. Antara alatan yang digunakan adalah seperti Perangkap Steiner, Perangkap Feromon, Perangkap Payong, Perangkap Lampu UV dan juga Perangkap Lampu (Sila lihat foto diatas).  Perangkap ini akan menyebabkan serangga yang tertarik dengan bau feromon, cahaya terang atau faktor lain masuk dalam perangkap ini dan kemudiannya akan mati atau dimusnahkan. Penggunaan feromon seperti Methyl eugenol dalam botol plastik menarik serangga lalat buah atau Fruit Fly (Bactocera carambolae) yang mersakan hasil tanaman. Feromon ini akan menarik lalat buah datang dan apabila masuk dalam perangkap akan mati terkena racun serangga didalamnya. Lampu UV dan lampu sportlight juga ada digunakan dalam kebn sayur dan sawah padi untuk menarik serangga pada malam hari. Daripada pemerhatian penulis beberapa pekebun sayur di projek TKPM Sepayang, Rompin dan TKPM Sg Atong, Lipis, Pahang ada beberapa peserta menggunakan perangkap lampu untuk mengawal serangga perosak. Encik Ahmad peserta TKPM Sg Atong telah memasng 2 unit Lampu Mentol UV bagi tujuan untuk perangkap lalat dikebun sayurnya dan berjaya dengan berkesan dari serangan ulat pengorek lengai jenis kacang panjang. Kupu-kupu dewasa akan datang kepada cahaya UV ini dan kemudian jatuh ketanah dan dimakan oleh semut pada esok hari. Penulis dapati  kaedah kawlan ini juga berjaya mengurangkan kadar serangan ulat pengorek buanh kacaang atau lengai, ulat makan daun dan beberapa lagi jenis serangga perosak lain. Keberkesanan kaedah ini mampu memberikan hasil kacang berkualiti, tidak mengguna racun kimia dan keberkesanan kos yang efektif.


Perangkap Baldi dengan menggunakan bahan feromon kini semakin popular digunakan oleh petani dalam kebun sayur, kelapa dan tanaman lain (Sila lihat foto diatas). Dalam kebun kelapa sebagai contoh praktikal adalah dengan pemasangan perangkap kumbang tanduk dimana ia menggunakan bekas baldi dan Paip PVC didapati amat berkesan mengawal serangan kumbang tanduk (Rhinocerous beetle). Kumbang ini akan tertyarik dengan feromon RBW Lure yang diletakkan dalam baldi atau PVC dan akibatnya kumbang tanduk akan terperangkap didalamnya (Sila lihat foto diatas). Kawalan bagi kumbang jalur merah boleh dibaca dalam penulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Kaedah memasang perangkap feromon dikawasan tanaman kelapa merupakan teknik yang paling mudah untuk dilakukan. Perangkap ini dibuat khusus untuk diletakkan dalam kebun kelapa dengan bilangan tertentu oleh Jabatan Pertanian. Bahan kimia khusus yang menarik RPW dewasa diletakkan didalam bekas baldi berlubang dimana apabila RPW dewasa ada dikawasan maka ia akan memasukki perangkap tersebut. Sama ada ia spesis R. vulneratus atau R. ferungineus maka disediakan laporan dan juga kaedah kawalan. Kehadiran spesis yang kini dikatakan lebih merbahaya adalah oleh R. ferungineus dimana ia mampu menyerang dengan cepat dam memusnahkan tanaman lebih teruk berbanding dengan serangan oleh spesis RPW Tempatan (R. vulneratus). Terdapat perbezaan nyata diantara kedua spesis ini kepada mereka yang telah berkursus. Kaedah memasang perangkap feromon ini juga boleh dilakukan sebagai satu kaedah kawalan yang agak berkesan. Kaedah lain mengawal serangan dan kehadiran RPW adalah dengan membuat semburan racun serangga. Petani digalakkan menyembur bahan kimia yang disyorkan. Bagi pokok kelapa yang masih rendah atau pada peringkat anak pokok racun jenis Cypermethrin atau Dimethoate sesuai digunakan sama ada disiram atau pun di sembur pada pucuk, daun dan batang menggunakan Alatan Pam Penyembur. Seterusnya bagi pokok kelapa yang tinggi dan besar cara meracun dengan menggunakan racun jenis Imidachloprid melalui teknik dikenali sebagai 'soil- drenching' yang dilakukan disekeling pangkal pokok. Racun jenis lain yang sesuai digunakan adalah Dinotefuran yang disembur pada bahagian batang kelapa.


Kaedah kawalan APB secara kimia merupakan kaedah paling sering dilakukan oleh petani seluruh dunia. Terdapat benyak jenis racun kimia yang ada dipasaran untuk mengawal serangga, mengawal rumpai, mengawal kulat dan patogen perosak tanaman yang lain. Bagaimana pun aplikasi racun kimia ini hanya digunakan semasa serangan perosak mencecah tahap 'Economic Treashold level' dari aktiviti pemantauan dan pengawasan yang dilakukan. Kaedah penggunaan bahan kimia ini boleh dilakukan secara semburan terus kepada tanaman, trunk injection, campu dalam air larutan baja untuk fertigasi dan sebagainya. Bagi ladang luas lazimnya petani akan menggunakan jentera seperti 'Boom Sprayer', Drone UAV atau kapalterbang (Sila lihat foto diatas). Lazimnya perosak yang disembur akan mati dengan kadar segera (racun sentuh) atau lambat untuk mati jika gunakan racun sistemik (Systemic pesticide). Walau kos penggunaan bahan kimia semakin meningkat kerana bahan tersebut kebanyakannya adalah diperbuat daripada asas petrokimia tetapi ia amat singifikan kesannya. Racun ini dikawal oleh Lembaga Racun (LPRMP) yang mendaftarkan semua jenis bahan kimia ini. Semuga artikel 2 siri ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang ditulis pada bulan ramadan 1438 Hijrah. Wasallam!!!...
KAWALAN APB.... APAKAH BENDANYA...
AMALAN BERSEPADU...ITU RUPANYA...
PELBAGAI KAEDAH... SEMUA BERGUNA...
BACA ARTIKEL... KASIH PENULISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Sayuran Komersil,
Jalan Pemuda, Seelong, 
Senai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(2 Ramadan 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.