Monday, July 31, 2017

TANAM KACIP FATIMAH - TESTIMONI

KACIP FATIMAH (Labisia pumila) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Myrsinaceae yang digunakan oleh masyarakat Melayu semenjak dulukala terutama untuk kesihatan wanita khususnya selepas bersalin. Banyak maklumat mengenai Kacip Fatimah yang boleh didapati daripada internet daripada kajian-kajian institut penyelidikan, mengenai khasiat, kajian makmal dan penjualan anak benih untuk penanaman. Walau pun kini tidak banyak maklumat mengenai agronomi tanaman herba ini dan juga mengenai aliran wang tunai atau cashflow didapati tetapi kerajaan telah cuba membangunkan tumbuhan herba ini melalui program NKEA iaitu dibawah Pembangunan Kluster Herba (EPP1). Beberapa rujukan menyatakan kacip fatimah yang tumbuh dan terdapat di Malaysia dan terdapat 3 varieti yang telah dikenalpasti iaitu L. pumila var alata, L. pumila var pumila dan L. pumila var lanceolata (Stone, 1988). Kebanyakan tumbuhan ini adalah liar dimana sumber bekalan herba ini dahulu diperolehi daripada kawasan hutan atau belukar secara semulajadi dan tidak banyak maklumat mengenai penanaman herba ini secara komersil. Pengalaman penulis dalam membuat kajian mendapati pada tahun 2014 kawasan terluas menanam kacip fatimah secara komersil adalah di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor dengan kaedah penanaman yang moden dan monokrop. Projek ini yang dijadikan 'Model Farm' oleh Jabatan Pertanian melibatkan usahawan swasta untuk bersama dalam kajian daripada penanaman sehingga pemprosesan. Permintaan pasaran yang tinggi menyebabkan telah ada usaha untuk menghasilkan anakbenih secara komersil bagi penanaman kacip fatimah dan beberapa kaedah penanaman. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis herba yang terkenal dikalangan masyarakat kita dan testimoni penanaman herba kacip fatimah dinegara ini.

Pada masa ini jenis Labisia pumila var alata merupakan varieti yang didakwa paling baik untuk digunakan bagi tujuan perubatan tradisional dan mendapat permintaan tinggi dipasaran. Bahagian DAUN kacip fatimah adalah tidak banyak dan ttumbuh mendatar atau menegak yang berwarna hijau gelap dibahagian atas dan hijau cerah dibahagian bawah daun atau pucuk muda. Lazimnya saiz daun kacip fatimah adalah berukuran 5 -30 cm panjang dan 3 - 9 cm lebar bergantung kepada jenis dan habitat. Daunnya mempunyai bau dan rasa agak kelat. Dilaporkan juga yang daun ini tidak mempunyai stomata yang dapat dilihat dibawah mikroskop. Pokok renek ini mempunyai ketinggian antara 10 - 50 cm dengan akar utama panjang dan akar rambut yang kukuh yang merebak dibawah batangnya. Bahagian akar kacip fatimah dan bahagian batang dikatakan mempunyai khasiat untuk diproses bagi produk kesihatan. Pelepah daun tumbuh dari perdu pangkal pokok dengan susunan spiral. Bunganya agak kecil berwarna putih atau pink dengan jambak berukuran 6-30 cm panjang. Kacip Fatimah menghasilkan buah yang kecil berwarna ungu atau merah terang berukuran 0.5 cm garispusat (Sila lihat foto dibawah). Dalam pada itu penulis bagaimana pun tidak pernah jumpa buah kacip fatimah yang ditanam di Johor kerana ia dikutip hasil diperingkat awal lagi.

Biji kacip fatimah untuk disemai adalaj yang telah matang, tulin dan sihat. Penanaman herba Kacip Fatimah memerlukan ilmu pengetahuan kepada usahawan yang ingin memajukannya. Habitat semulajadi tumbuhan ini adalah dikawasan terbuka bagaimana pun dilaporkan penanaman dikawasan bernaung untuk tujuan pertumbuhan lebih baik. Kepada mereka yang menanam kacip fatimah sebagai hobi sahaja boleh ditanam dikawasan lapang keliling rumah atau pun ditanam dalam pasu, kotak atau bekas tong. Isikan tanah gembur kedalam pasu dan masukan anakbenih kacip fatimah didalamnya. Pembiakan herba kacip fatimah pada masa kini dibuat dengan memilih bijibenih matang dan disemai dalam kotak pasir sehingga tumbuh. Teknik keratan akar (pecahan akar) juka boleh digunakan untuk mendapatkan anak benih. Alihkan anakbenih kedalam polibeg plastik sehingga berukuran sesuai untuk dijual atau dialihkan keladang. Kini terdapat beberapa syarikat yang telah mula membiakan anakbenih kacip fatimah dengan teknologi tisu kultur. Isu utama kekurangan anakbenih kacip fatimah perlu diatasi bagi mempercepatkan insudtri tanaman kacip fatimah.

Antara kaedah penanaman kacip fatimah adalah dikawasan redup atau kawasan bernaung yang sesuai dari tanah yang subur dan mempunyai saliran yang baik. Jarak penanaman disyorkan 1m x 0.5m empatsegi sama atau lebih rapat bergantung kepada sistem tanaman. Berikan baja organan dikawasan lubang penanaman dan baja TSP diperingkat awal. Ada yang menanam diatas batas untuk memudahkan pengurusan rumpai dan amalan agronomi. Terdapat usahawan yang menanam kacip fatimah didalam kawasan khas seperti tapak semaian dengan menggunakan polibeg yang mengandungi media tanaman tanah campuran atau cocopeat diletakkan dibawah struktur jaring hitam (netted shade). Cara ini memang memudahkan pengurusan dan boleh dilihat pertumbuhannya jika diletakan dihadapan rumah (Lihat foto diatas). Sebaiknya saiz plastik agak besar untuk memberikan sistem pengakaran yang lebih jauh. Pasangkan sistem pengairan dikawasan tanaman.

TESTIMONI AKHBAR
Kampung Sagil rintis tanam kacip fatimah

TANGKAK 26 Jun - SEJAK sekian lama, herba kacip fatimah atau nama botaninya, Labisia pumila telah digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional. Bagi masyarakat Melayu, tumbuhan yang hidup meliar di hutan itu digunakan sejak turun-temurun lalu bagi memulihkan tenaga wanita yang baru lepas bersalin. Kacip fatimah juga dipercayai mampu untuk mengekal dan menguatkan sistem peranakan wanita yang menghampiri usia menopaus. Menyedari khasiat dan kebaikan tumbuhan itu, Persatuan Peniaga Kecil Kampung Sagil, Tangkak, Johor telah memulakan projek penanaman herba kacip fatimah di atas tanah seluas satu ekar (0.4 hektar) di kampung tersebut. Projek di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah itu dijangka memberikan hasil lumayan sehingga RM100,000 untuk sekali tuaian yang mengambil masa sembilan bulan sebelum dituai. Sebagai permulaan, seramai 10 peserta daripada 50 ahli persatuan diberi kepercayaan mengendalikan tanaman herba masing-masing yang bermula Ogos tahun lalu. Salah seorang peserta, Mohd. Zulkarnain Andi Patman, 42, berkata, projek itu berpotensi meraih hasil tuaian kacip fatimah basah antara 2,000 dan 5,000 kilogram bagi setiap 2.5 ekar (satu hektar) tanaman. Ia dijanga akan menambah pendapatan peserta. Katanya, projek itu dapat memberi peluang kepadanya dan penduduk kampung menambah pendapatan sampingan, sekali gus meningkat mobiliti sosial komuniti. Peserta menyambut baik usaha kerajaan terutamanya Jabatan Pertani dengan kerjasama MOSTI kerana membawa projek ini ke Kampung Sagil. Saya amat berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Projek ini dijangka mampu menjana pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat. Apa yang menariknya, kacip fatimah yang dihasilkan peserta persatuan itu akan diberi jaminan belian balik oleh syarikat Bioalpha East Coast Agro Sdn. Bhd., (Bioalpha). Pengarah Urusan Bioalpha, William Wong berkata, kacip fatimah mempunyai permintaan tinggi daripada penggiat industri produk kesihatan.

SERAMAI 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Peniaga Kecil Kampung Sagil menerima sijil penghargaan daripada MOSTI. Jelasnya, ia didorong oleh kesedaran masyarakat di seluruh dunia mengenai khasiat herba tersebut. Namun malangnya, bekalan tumbuhan herba itu sangat terhad, sekali gus menjejaskan pengeluaran produk. Mereka memberi jaminan akan membeli hasil tanaman kacip fatimah di sini. Kami sangat memerlukan bekalan kacip fatimah dalam penghasilan produk kesihatan seperti tablet dan pil untuk kegunaan wanita. Produk syarikat tersebut kini mendapat permintaan tinggi di luar negara terutamanya dari China. Kekurangan bekalan kacip fatimah mengehadkan pengeluaran produk,” katanya. Hasil kajian yang dilakukan oleh pihaknya, tanaman kacip fatimah di Kampung Sagil adalah lebih baik berbanding ladang-ladang di tempat lain. Dari segi biaya tambah William, ia didorong oleh kesuburan tanah dan iklim di kampung itu selain pengetahuan petani membesarkan tumbuhan tersebut dengan betul. Kini penanaman kacip fatimah itu turut menjadi projek contoh bagi Malaysia Bioeconomy Developement Corporation Sdn. Bhd., (Bioeconomy Corporation). Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Bioekonomy Corporation, Syed Agil Syed Hashim berkata, projek itu mendapat Dana MOSTI Social Innovation (MSI) yang membolehkan syarikat membiayai kos latihan, peralatan dan baka kacip fatimah. Katanya, menerusi peruntukan itu, ahli-ahli persatuan berkenaan akan diberi latihan dan kemahiran memperbanyakkan baka kacip fatimah melalui pembiakan secara keratan. “Penduduk di kampung ini sangat bertuah kerana kawasan telah dipilih oleh kementerian untuk projek penanaman kacip fatimah. Usaha ini sedikit sebanyak dapat membangunkan industri kacip fatimah di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek MSI Bagi Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi-Projek Penanaman Herba Kacip Fatimah di Kampung Sagil baru-baru ini. Turut hadir Menteri MOSTI, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir, Datuk M. Asojan. Syed Agil memberitahu, pihaknya sentiasa menekankan usaha untuk memperkasakan masyarakat desa kerana mereka mempunyai keupayaan membentuk negara progresif. Sehubungan itu, Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) berjaya memanfaatkan masyarakat luar bandar khususnya dalaman kalangan petani untuk membekalkan bahan mentah kepada industri. Model perniagaan koperasi dengan kerjasama syarikat berstatus BioNexus dalam BCPD merupakan satu pendekatan unik kerana ia membolehkan petani meraih pencapaian kolektif. Laporan akhbar ini menunjukkan tanaman herba kacip fatimah telah mendapat sambutan beberapa pihak untuk dimajukan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
KACIP FATIMAH.... SEJENIS HERBA...
BANYAK KHASIAT...TERUTAMA WANITA...
KAWASAN SAGIL... DIPILIH LAKSANA...
SEMUGA BERJAYA... HASIL DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gersik, Ledang,
Johor, Malaysia.
(28 Ramadan 1438H)

Sunday, July 30, 2017

VANILLA - APA POTENSINYA


VANILLA (Vanilla fragrans) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia. Terdapat lebih 20,000 spesis didalam keluarga orkid diseluroh dunia dimana tumbuhan orkid ada yang tumbuh sebagai pokok, renek, herba, parasitk dan sebagainya. Pengeluaran vanilla dunia adalah sekitar 7,508 metrik tan setahun dengan 50% dari jumlah pengeluaran adalah di Indonesia sebagai pengeluar vanilla terbanyak didunia. Pengeluaran vanilla juga daripada Madagascar (1,587 mt) dan China (1,385 mt). Negara lain yang menanam vanila adalah Kepulauan Seychelles, Fiji, Tahiti, Mexico, Malawi, Grenada dan Sri Lanka dimana ia kebanyakannya adalah negara berpulau (Islands). Sila rujuk kepada jadual dibawah untuk melihat negara yang menanam dan menghasilkan vanilla. Vanilla perlukan iklim yang tinggi kelembaban, suhu tinggi, kurang hujan pada musim berbuah dengan keperluan hujan antara 2,000 -2,500 setahun. Artikel kali ini saya berkongsi dalam "Anim Agro Technology" maklumat mengenai tanaman vanilla yang saya baca dari buku 'An introduction to Botany of Tropical Plats" karya L.S. Cobley dari Longman 1972 dan pengalaman penulis serta carian maklumat lain berkaitan vanilla. Apakah potensinya untuk menanam vanilla di Malaysia?... itu satu persoalan yang boleh dibincangkan.

Vanila adalah sejenis tanaman rempah yang didakwa boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Penanaman vanila tidak memerlukan kawasan yang terlalu luas tetapi ia memerlukan keadaan yang sesuai serta penjagaan yang rapi. Vanila sangat sensitif kepada keadaan persekitaran maka dengan itu pengetahuan teknikal yang baik adalah amat diperlukan. Daripada banyak rujukkan yang saya baca dan jumpa, tanaman vanila mula ditanam di Pulau Jawa kemudian di Bali, Lampung, Acheh dan Sumatera Barat dari digelar 'emas hijau' kerana harga pasaran yang tinggi. Vanila dari Pulau Jawa terkenal kerana kualitinya yang tinggi dan mengandungi vanilin yang tinggi dan dikenali sebagai 'Java Vanilla Bean'. Vanila dari variati Vanilla Planifolio Andrews telah dikenal pasti sesuai ditanam di Sabah. Penggunaan vanila adalah meluas dalam industri makanan, perubatan, kosmetik, wangian, tayar, cat dan sebagainya. Dianggarkan bahawa penggunaan vanila asli di dunia hanyalah 3% sahaja manakala 97% lagi adalah vanila sintatik. Dengan kesedaran terhadap penggunaan barangan asli, permintaan vanila asli semakin meningkat.



Penanaman vanilla di negara kita pernah dipromosikan oleh beberapa syarikat swasta dan juga terdapat agensi kerajaan. Penanaman vanilla bagaimana pun kurang berjaya disebabkan oleh kurang minat daripada petani, teknologi yang kurang pasti, kesesuaian amalan pengurusan tanaman, varieti yang kurang sesuai dan ketidaktentuan pasaran. Walau pun pernah diujudkan sistem pasaran kontrak (Contract Farming) dalam usaha untuk memajukan tanaman vanilla tetapi ianya masih gagal. Tanaman vanila memerlukan lindungan cahaya antara 30-50% (Sila lihat foto sebelah) seperti ditanam dibawah struktur naungan dengan jaring hitam. Jadi persekitaran di kebun kelapa dewasa sesuai untuknya. Jarak tanaman yang disyorkan untuk vanila sebagai tanaman selingan di kebun kelapa ialah 1.5 m di antara baris dan 1.0 - 1.5 m di antara pokok dalam baris. Dengan jarak ini kepadatan tanaman ialah 3,300 - 5,000 pokok /hektar. Bagi memulakan tanaman vanila, tapak perlu dibersihkan daripada pelbagai pokok-pokok besar yang tidak sesuai. Penanaman mula dimulakan dengan membina batas selebar 60 cm x tinggi 30 cm. Pada bahagian batas akan disediakan lubang untuk penanaman pokok tumpang atau pelindung. Biasanya pokok baja (glyceridia) ditanam kerana ketinggian 4-5 kaki sesuai sebagai pokok tumpang atau pelindung sebelum tanaman vanila ditanam. Lubang penanaman vanila adalah diposisi sebelah timur dengan keluasan dan kedalaman bersesuaian dengan saiz anak pokok. Jarak antara lubang untuk tanaman vanila dan pokok tumpang adalah 10-15 cm.


Anak Benih tanaman vanilla mudah diperolehi daripada pokok induk yang matang. Lazimnya benih daripada keratan sepanjang 1.5 meter digunakan. Bahagian tiga ruas yang terbawah dibuang daunnya dan dicucukkan ke dalam lubang tanaman. Bahagian keratan yang berada di atas permukaan tanah diikat pada pokok tumpang supaya dapat melekat dan memanjat. Setelah pokok mencapai ketinggian 5 kaki, ia akan digayut juntai ke bawah, ke atas dan ke bawah. Pencantasan boleh dilakukan untuk mendapatkan cabang-cabang baru bagi menghasilkan buah yang lebat. Pokok vanila biasanya akan berbunga setelah berusia 2 tahun dan tidak berbuah jika tidak didebungakan. Bunga vanila mula berkembang setelah 12 malam dan layu pada 12 tengahari. Kerja-kerja untuk pendebungaan akan dijalankan waktu pagi hingga tengahari. Pucuk vanila dicantas sepanjang 15 cm bagi menggalakkan pengeluaran buah lebih baik dan mengambil masa 8-9 bulan untuk matang dan sedia untuk dipetik. Setiap tandan selalu mengandungi antara 15-20 biji buah tetapi buah yang kurang baik akan dibuang dan 10-16 biji dibiarkan setandan. Biasanya vanila mengeluarkan hasil setahun sekali.

Bagi kerja penyelenggaraan tanaman dan bagi menjamin hasil yang baik, pokok vanila perlu diselenggara dengan betul. Ketinggian yang disyorkan tidak melebihi 2 m. Aras lindungan hendaklah dikekalkan antara 30-50 % dengan mencantas pokok penaung sekiranya terlalu gelap. Pokok vanila perlu dipangkas untuk merangsang pertumbuhan cabang supaya dapat menghasilkan buah yang lebat dan bermutu tinggi. Selain baja asas semasa menanam, baja NPK (15:15:15) boleh diberikan pada kadar 1 kg sepokok iaitu setiap 4 bulan. Bagi tanaman yang belum mengeluarkan hasil, baja daun perlu disembur pada kadar 0.5 kg/ha dua minggu sekali. Pemberian baja daun ini hendaklah dikurangkan apabila tanaman sudah mengeluarkan hasil.


Setiap pokok berupaya menghasilkan sehingga 6 kg buah vanila mengikut benih dan kaedah pengurusan. Buah dipetik berperingkat-peringkat mengikut tahap kematangan dan buah cukup matang berwarna hijau pudar dan kuning dihujung. Buah perlu dipetik sebelum hujungnya pecah bagi mendapat gred terbaik dan buah vanila tidak matang tidak mempunyai nilai kerana kandungan vanilinnya rendah. Buah vanila yang cukup matang akan dipetik dan diasingkan mengikut gred yang telah ditetapkan. Buah ini akan disusun selari dalam bekas kotak sederhana besar dan dihantar ke pusat pengumpulan. Tanaman vanila dijangka dapat menjana pendapatan lumayan kerana boleh ditanam dalam kepadatan tinggi iatu satu ekar dengan 1,600-2,000 batang pokok. Pokok vanila juga boleh dijadikan tanaman sampingan sekiranya diusahakan di kebun atau ladang tanpa menjejaskan tanaman yang sedia ada. Projek penanaman vanila hanya memakan masa 1 - 12 tahun kerana selepas tempoh berkenaan pokok vanila tidak produktif dan petani perlu menjalankan penanaman semula.

Berdasarkan laporan teknikal diatas mungkin ada diantara kita yang berminat untuk menanam vanila. Bagaimana pun cara terbaik kepada peminat yang ingin menanam vanilla adalah dengan membuat lawatan belajar ke Indonesia untuk melihat bagaimana kaedah pengurusan tanaman ini dijalankan. Varieti yang sesuai dengan kawasan kita perlu dikenalpasti dan sistem pembajaan serta kawalan musuh dan penyakit. Paling penting adalah menganai pemasaran vanila yang dituai. siapakan yang sanggup membeli buah vanilla dengan kos pengeluaran yang agak tinggi di Malaysia?. Minyak dari vanilla mempunyai permintan yang tinggi dan harga lumayan untuk pasaran antarabangsa dalam industri (Lihat foto botol minyak ekstrak vanilla). Diharap artikel ini memberikan informasi berfaedah kepada anda. Wasallam!...
TUMBUHAN ORKID... JENIS VANILLA...
PERLU NAUNGAN...DI INDONESIA...
12 TAHUN... JANGKAHAYAT NYA...
KURANG SAMBUTAN...DIMALAYSIA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Kuala Pilah,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(24 Ramadan 1434 H)

Saturday, July 29, 2017

GERANIUM - HASILKAN MINYAK

Bunga GERANIUM (Geranium spp) adalah salah sejenis tumbuhan yang menghasilkan bunga yang pelbagai bentuk dan warna daripada keluarga Geraniaceae. Penulis yang mana telah membuat rujukan mendapati bunga geranium ini merupakan dari sekelompok sekitar 300 spesies tumbuhan renek yang terdapat dibanyak negara. Walau pun dilaporkan tumbuhan ini sebahagian besarnya berasal daripada negara Afrika Selatan tetapi kini ia sudah tersebar luas kebeberapa negara lain terutama di Benua Afrika dan Asia. Warna bunga Geranium terdiri dari warna putih, merah muda, merah dan ungu dengan bentuk yang unik dan menarik. Kini sebahagian besar spesies Bunga Geranium yang ditanam untuk skala komersil merupakan varieti jenis Hibrid yang mempunyai nilai ekonomi penting. Di negara Rwanda dilaporkan industri menghasilkan minyak daripada tumbuhan Geranium menjadi sumber pendapatan penduduk tempatan. Walau pun rakyat Malaysia mungkin masih kurang kenal akan bunga Geranium penulis blog berpendapat melihat bunganya mungkin kenal akan bunga ini. h hibrida. Umunya tanaman ini memiliki bunga berganda bentuknya dengan campuran warna menarik berserta pada kelopak bunga. Lazimnya kaedah atau cara pembiakan bunga geranium adalah dengan keratan batang aatau boleh juga dbiakkan dengan bibi benih yang dihasilkan. Bagaimana pun penanam atau petani akan menggunakan keratan batang kerana ia cepat, murah, benih tulin (true to type) dan lebih praktikal. Kebanyakan tumbuhan Geranium yang ditanam menghasilkan bunga dengan banyak pada musim pans tetapi ad kala bunganya terhasil pada musim bunga dan musim luruh. Dilihat daripada pencirian pokok geranium ini selalunya tanaman in boleh mencapai ketinggian daripada serendah 15 cm - 4 meter. Kadar ketinggian ini lazimnya bergantung kepada varieti, ksuburan tanah dan penerimaan cahaya matahari. Kawasan tanah subuh dengan saliran baik mampu menghasilkan pokok yang tinggi dan banyak bunga. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis sejenis bunga yang kurang dikenali di Malaysia untuk dijadikan baha bacaan dan rujukkan.


Bunga Geranium banyak ditanam dimana ia kemudian akan diproses untuk menjadi minyak pati bagi dijadikan bahan wangian. Minyak geranium juga disebut minyak Pelargonium oleh sesetengah pihak dan ada nilai komersil. Minyak tersebut berwarna pucat kuning-coklat atau kehijauan dan memiliki bau seperti itu dari mawar. Minyak pati geraniummenjadi bahan asas untuk dijadikan perfumes, Sabun dan Ubatan Salap. Pokok ini sesuai juga ditanam didalam pasu untuk tujuan landskap yang menarik (Sila lihat foto disebelah)Bunga geranium dapat ditanam terus pada tanah dikebun atau keliling rumah dengan mudah sesuai untuk ditanam  didalam bekas pasu atau pot tanaman. Bagaimana pun perlu dipastikan agar kedudukkan  tanaman ini mendapat sinar matahari yang cukup untuk kadar pertumbuhan dengan cekap. Umumnya antara keperluan asas bunga geranium tidak memerlukan penyiraman yang berterusan sebab apabila penyiraman terlalu kerap meniadikan kelembapan dan seterusnya apabila akar terlalu basah maka bunga geranium akan layu atau juga boleh juga mati. Antara asas untuk menanam bunga geranium adalah dengan mecari anakbenih tanaman yang sesuai. Proses memilih benih yang tepat dan sempurna adalah hal yang perlu diperingkat awal. Sebaiknya bagi ia ditanam bagi tujuan perlu mendapatkan benih geranium terbaik untuk hasilkan bunga berkualiti. Benih bunga geranium ini sesuai diambil dari pokok induk yang matang dari bijinya. 


Bagi tujuan penanaman komersil sebaiknya menggunakan media tanaman seperti tanah campuran atau cocopeat. Dinegara barat mereka menanam bunga geranium secara komersil dibawah strkutut Rumah Pelindung Hujan atau Greenhouse yang besar untuk menghasilan bijinya bagi tujuan ekstrak pati minyak (Sila lihat foto disebelah)Media tanah yang telah disiapkan lalu di campur dengan baja kompos lalu tanam dengan benih geranium bunga pada media tersebut. Aktiviti menyiram perlu dilakukan secara teratur tapi jangan terlalu kerap sebab kesan air berlebihan akan menyebabkan tanaman basah lalu tanaman layu dan mati. Tanaman Bunga geranium perlu diberikan baja mengikut peringkat umur iaitu baja peringkat pertumbuhan dan untuk peringkat berbunga. Jika ditanam didalam greenhouse lazimnya tidak banyak berlaku serangan serangga perosak atau penyakit. Apa pun amalan agaronomi perlu dilakukan mengikut syor. Pokok geranium yang matang akan berbunga dan menghasilkan biji yang kemudian dituai untuk diproses. Minyak pati bunga geraanium ini mempunyai harga baik dipasaran dunia. Penyelidikan mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit akibat infeksi virus HIV AIDS hingga kini masih dilakukan oleh para saintis diseluruh dunia.  Kajian perlu dijalankan dengan berterusan kerana bilangan pesakit semakin bertambah setiap tahun sedangkan kaedah merawat masih belum ada yang didakwa berkesan untuk merawatnya. Dalam pada itu kini dilaporkan dalam sebuah jurnal dari negara Jerman mendakwa mereka menemui ubat yang mampu merawat penyakit AIDS. Bahan tersebut adalah ekstrak daripada Bunga Geranium.


Laporan menyatakan dimana bunga geranium yang disebut dapat mencegah berkembangnya virus HIV di dalam tubuh manusia. Dulu Bunga geranium yang sering digunakan untuk menghalau nyamuk ini mempunyai bentuk bunga berkumpul dimana ia berwarna ungu, biru, pink atau pun warna putih. Ekstrak dari bunga inilah yang telah didakwa berpotensi menjadi ubat penyakit AIDS dan mampu mencegah virus HIV-1 berkembang. Dipasaran ada dijual ekstrak bunga geranium yang dibotolkan (Sila lihat foto disebelah). Kajian yang dijalankan di German Research Centre for Environmental Health, Munich berjaya menemui kemampuan ekstrak geranium dalam mencegah virus melakukan replika menjadi virus baru dimana ia bahkan mampu melindungi sel tubuh untuk mempunyai tahap kekebalan dari serangan oleh virus HIV.  Penyakit AIDS memang menyerang sistem kekebalan tubuh manusia sehingga tidak mampu melindungi dari serangan virus paling lemah sekalipun. Perkara ini selalu menyebabkan pesakit AIDS boleh meninggal dunia hanya disebabkan virus yang umum seperti flu, batuk dan lainnya. Lazimnya geranium membantu sel darah dan meningkatkan kadar sistem kekebalan (immunity system) seseorang dari infeksi virus berbahaya  atau mencegah penyebaran HIV. Kajian masih diteruskan berkaitan ekstrak bunga geranium ini bagaimana akhirnya ekstrak ini dan kesannya terhadap kesihatan manusia. Apa pun dinegara Jerman sendiri ekstrak geranium sudah dibenarkan dibawah undang-undang mereka untuk tujuan perubatan secara herbal bagi pencegah HIV AIDS.


Dalam sebuah laporan dinyatakan dimana pati minyak Geranium kini diusahakan mampu menjana ekonomi dikalangan Penduduk Rwanda. Foto disebelah menunjukkan dimana petani di Rwanda iaitu Hitimana menadah pati minyak berwarna hijau di sebuah bangsal untuk dipasarkan. Foto tersebut menunjukkan dia memegang bekas plastik mengandungi cecair pekat berwarna hijau yang diproses di sebuah bangsal berhampiran ladang geranium. Sebenarnya ianya bukanlah cecair biasa sebaliknya merupakan pati minyak yang telah disuling dan siap sedia untuk dieksport dengan harga melebihi AS$200 (RM860) sekilogram. Petani ini yang merupakan perintis perniagaan pati minyak di Rwanda mendakwa dimana beliau menyedari keperluan untuk membangunkan tanaman bernilai tinggi di negaranya yang berkeluasan 2.6 juta hektar itu sejak sedekad lalu. Kini aktiviti pertanian menyumbang satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Rwanda dan menawarkan empat daripada lima peluang pekerjaan kepada populasi penduduknya menyebabkan tanah untuk pertanian semakin terhad. Lazimnya untuk satu hektar tanah yang ditanam kacang petani disana mampu memperolehi hasil pendapatan sekitar AS$2,000 (RM8,569) setahun. Namun dengan keluasan tanah yang sama menerusi geranium mereka mampu memperoleh sekitar AS$6,000 (RM26,000) hingga AS$8,000 (RM34,000). Ia merupakan inisiatif ahli-ahli argonomi di negara itu yang berusaha mempelbagaikan produk pertanian dan meningkatkan eksport negara ke pasaran global menerusi penghasilan pati minyak geranium.


Sebagai rujukkan pengusaha Hitimana telah mengimport benih geranium dari Afrika Selatan sejak 2004. Pada ketika itu tanaman yang kerap dijadikan pokok hiasan itu tidak begitu dikenali di Rwanda namun Hitimana cuba meyakinkan mereka ia mempunyai potensi besar dalam sektor pati minyak. Di Afrika Selatan pokok geranium boleh dituai dua kali setahun disebabkan musim sejuk di sana. Cuaca di sini berbeza menyebabkan ia boleh dituai sehingga empat kali setahun katanya yang merupakan pemilik syarikat Ikirezi Natural Products. Kini dengan keluasan tanaman kira-kira 25 hektar syarikat beliau telah mampu menghasilkan 1,000 kilogram (kg) pati minyak menerusi campuran geranium, pokok nilam, serai dan pokok kayu putih. Pati minyak ini kemudiannya dieksport ke Kanada, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan negara-negara lain di dunia untuk digunakan dalam industri minyak wangi. Pada peringkat awal, sukar untuk meyakinkan petani di sini supaya meninggalkan tanaman sedia ada dan beralih kepada tanaman komersial. Tanaman ini perlu diuruskan mengikut jadual, baik dari segi menanam, membaja, menyiram dan menuai. Jika tidak, pokok akan rosak dan hasilnya juga terjejas. Kini mereka menghasilkan sebanyak 600 - 1,000kg bunga geranium dan ia mampu menghasilkan sebanyak sekilogram pati minyak. Sebenarnya selepas beberapa tahun penanamannya barulah pekerja terlibat yakin dengan potensi tanaman itu. Sejak ujud projek menanam geranium dan ada pekerja di sini, mereka mampu membina rumah baharu dan membayar wang persekolahan anak dan membeli apa sahaja yang saya perlukan.


Permintaan tinggi ekstrak minyak geranium dipasaran menyebabkan industri ini semakin berkembang. Kini penanaman geranium memberi sumber pendapatan baharu kepada penduduk Rwanda. Mengikut laporan Lembaga Pembangunan Pertanian Kebangsaan, pada tahun lalu sahaja Rwanda telah mengeksport sebanyak 15 tan pati minyak yang dianggarkan bernilai AS$473,000 (RM2.02 juta). Selain itu petani turut mengeluarkan tanaman bunga piretrum yang digunakan sebagai bahan penghasilan racun semula jadi. Berdasarkan sebuah firma dari India, Market Research Future (MRFR), pati minyak mempunyai kadar permintaan tinggi di negara-negara maju bagi penghasilan produk kosmetik, makanan dan farmaseutikal. MRFR juga menjangkakan permintaan pasaran dunia meningkat sebanyak tujuh peratus antara 2017 dan 2022. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Rwanda kini membuka makmal penghasilan pati minyak sejak tiga tahun lalu, yang pertama seumpamanya di benua itu bagi membolehkan mutunya dikawal. Satu cabaran utama dihadapi negara ini ialah defisit perdagangan yang semakin meningkat dan jumlah syarikat kompetetif yang terhad untuk memenuhi piawai eksport serantau dan antarabangsa. Kini dengan kewujudan makmal itu membolehkan syarikat-syarikat di negara itu meneroka pasaran baharu dan menguntungkan. Ia mampu meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti produk mereka. Pengarah TradeMark East Africa di Rwanda, Patience Mutes kini berjaya untuk mempromosikan perdagangan serantau dan menyalurkan dana bagi projek tersebut. Antara barisan hadapan yang meneraju makmal yang terletak di Kigali itu ialah Antoine Mukunzi dari Rwanda Standards Authority yang berpuas hati dengan pencapaian negaranya. Mereka kini tidak boleh bersaing dari segi jumlah eksport, sebaliknya memikat hati pelanggan dari segi kualiti produk untuk pasaran antarabangsa. Semuga rencana ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!...
POKOK GERANIUM... APAKAH DIANYA...
BERBUNGA BANYAK...AMBIL PATINYA...
MENJADI INDUSTRI...NEGARA RWANDA..
ARTIKEL DITULIS... ANDA MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 952, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(3 Zulkaedah 1438H)

Friday, July 28, 2017

NENAS JOSAPINE RAIH RM2.5 JUTA

Akhbar Berita Harian pada 25 Julai 2017 telah mempaparkan satu rencana bertajuk "Peserta Projek Nanas Josapine Raih RM2.5 juta" dalam ruangan satu muka penoh (Sila lihat foto diatas).  Caption yang ditulis dibahagian atas akhbar tersebut pada mukasurat 18 dinyatakan sebagai 'Jangkamasa pengeluaran tanaman lebih singkat dan kos yang murah'.  Berita yang ditulis oleh wartawan BH iaitu Zuraidah Mohamad ini dipetik daripada Simpang Rengam, Kluang, Johor. Dimulakan dengan ayat hampir 90% daripada tanaman nenas yang diusahakan oleh peserta tanaman nenas Kelompok Kampong Parit Ghani, Kampong Parit Gantong dan Kampong Parit Basri disini adalah daripada Varoeti Josapine iaitu antara nenas terbaik dinegara ini. Penulis blog merujuk blog sebelum ini dimana nenas Josapine merupakan nenas yang didaftarkan dengan kos AC5 (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Dengan kawasan keluasan tanaman nenas 86 hektar, projek nenas yang melibatkan seramai 48 petani dilaporkan kelompok tanaman nenas Josapine Kg Parit Ghani ini adalah yang terbesar di Malaysia dalam satu lokasi. Daripada tinjauan dan laporan secara kasar hasil jualan daripada projek ini akan mencecah sebanyak RM4.2 juta bagi setiap tuaian atau pun purata RM40,000 sehektar bagi tempoh 12 - 13 bulan. Penelitian menunjukkan dimana dengan mengambilkira anggaran kos pengeluaran kasar berjumlah RM1.7 juta bagi keluasan yang sama, pengusaha nenas dikelompok tersebut dijangka menerima pendapatan bersih sekitar RM2.5 juta atau pun purata RM30,000 sehektar. Ini bermakna mereka mampu beroleh keuntungan sehingga 147.5% bagi setiap musim tuaian. Artikel malam Jumaat ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis semula laporan akhbar Berita Harian berkaitan tajuk tersebut untuk rujukkan semua.

Mengenai Insentif Bantuan Nenas yang diberikan, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM), Datuk Mohd Anim bin Hosnan berkata LPNM ada  membantu kelompok itu dengan memberikan insentif bantuan berjumlah RM391,450 yang berbentuk bahan tanaman (benih) nenas untuk kawasan seluas 86 hektar pada tahun 2015 dan 2016. Berdasarkan kepada data pengeluaran yang direkodkan, setiap hektar tanaman nenas Josapine disini mampu menghasilkan 18 tan buah nenas dan dengan purata berat 1.2 kg sebiji. Harga purata neas diladang adalah RM1,100 setiap tan atau dikira sebagai RM1.32 sebiji buah nenas Josapine, katanya. Seterusnya beliau menyatakan dimana LPNM kini memberikan bantuan baja dengan nilai RM5,500 bagi kawasan tanaman nenas yang berkeluasan 600 hektar hingga 800 hektar untuk tanaman nenas jenis Josapine di Negeri Johor sahaja setiap tahun," katanya sempena sambutan 60 tahun LPNM. LPNM yang ditubuhkan pada tahun 1957 dimana kini menyambut ulangtahun ke 60 tahun penubuhannya pada tahun 2017. Pelbagai acara sambutan diadakan bagi tujuan tersebut termasuk pertandingan foto nenas terbaik, aktiviti sukan dan rekreasi. pameran, treasure hunt, pertanian masakan berasaskan nenas dan acara kemuncaknya adalah perasmian hari sambutan.   


Sementara itu Pengerusi Projek Tanaman Nenas Berkelompok Kg Parit Ghani, Encik Mohd Apandi Kasimon, 30 tahun berkata tanaman nenas disini yang diusahakan kelompok semenjak 30 tahun lalu sebenarnya telah menjadi sumber utama pendapatan keluarganya. Menurutnya dahulu nenas varieti Morris sangat popular ditanam dan dipasarkan dikampong dan diluar tetapi selepas ujudnya nenas baru Josapine dan beberapa varieti lagi kini penanaman nenas morris semakin berkurangan. "Lagi pun jangkamasa pengeluaran nenas Josapine lebih singkat selain tidak membabitkan kos yang tinggi berbanding dengan nenas Morris" katanya yang mana beliau menanam seluas 12 hektar tanaman nenas Josapine. Bagi pengurus Pemasaran Projek Tanaman Nenas Berkelompok Kg Parit Ghani ini, Encik Sarjiman Surip, 60, ladangnya mampu membekalkan sehingga 30,000 biji nenas setiap minggu bagi memenuhi permintaan pasaran disekitar Johor Bahru sahaja. Apa yang lebih menarik dimana syarikatnya iaitu Syarikat NS Fruit Trading menjadi pemborong utama nenas Josapine yang dikeluarkan oleh kelompok ini dan beberapa kelompok lain yang berhampiran. Kawasan pemasaran kini telah lebih meluas meliputi beberapa daerah lain seperti Kota Tinggi dan Negeri Melaka. Seorang peserta projek, Robiah Kosni, 68, yang mendapat Persijilan Amalan Ladang Baik Malaysia daripada Jabatan Pertanian (MyGAP) berkata, menanam nenas semakin jadi lebih mudah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini apabila pelbagai input dan teknologi diperkenalkan oleh pihak LPNM. Sisipan fakta info akhbar dinyatakan dimana Nenas Josapine sebenarnya ketika ini dijual dengan harga ladang RM1.80 sekilogram bagi gred A, RM 0.40 sekologram bagi gred E. Jika dibandingkan harga nenas Morris untuk gred A dijual dengan harga RM1.40 sekilogram dan RM0.35 sekilogram bagi gred D. Begitulah laporan akhbar BH yang saya tulis semula.


Buah Nenas JosaPine adalah hasil kacukan diantara Nenas JOHOR (JO) dengan Nenas SARAWAK (SA) yang dilakukan oleh saintis di Malaysia dan hujungnya ditambah dengan PINEAPPLE (PINE) menjadikan nama varieti JOSAPINE. Nenas Johor adalah jenis nenas dari kumpulan 'Spanish' dan Nenas Sarawak adalah dari kumpulan Smooth Cayenne. Hasilnya varieti ini mempunyai saiz yang besar dengan purata berat buah dari 1.0 - 1.3 kg sebiji. Penulis memeriksa semasa membuat lawatan teknikal mengenai tanaman nenas varieti ini di Pusat Pembiakan Nenas di Stesyen Alor Bukit, Pontian ,Johor mendapati buahnya berbentuk Selinder dengan warna kulit merah atau jingga. Diteliti lanjut ia mempunyai antara 100 - 120 mata dengan keadaan matanya adalah 'timbul' dengan jelas (Sila lihat foto disebelah). Varieti Josapine mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan rasa manis dimana kanfungan gula adalah 16-17 Brixs. Kadar kandungan asid citrik sekitar 0.5 - 1.2% sahaja. Ia mempunyai saiz empulur yang besar iaitu sekitar 2.5 - 3.8 cm dengan warna permukaan atas braktea adalah hijau. Pada penulis blog anim agro technology ada mendapati nenas varieti ini amat sesuai untuk dimakan segar dan juga boleh diproses.


Nenas Josapine ini mempunyai warna dominan pada permukaan atas daun iaitu UNGU GELAP (Sila lihat foto disebelah). Warna daun varieti ini amat berbeza dengan kebanyakkan varieti lain dimana memang terdapat antosianin dipermukaan atas daun dengan jelas. Keamatan (intensity) anthocyanin pada daun varieti ini SANGAT Kuat. Sebaran antosianin ini adalah meluas memanjang dan seragam pada bahagian margin dan juga alur daun (Sila lihat foto disebelah). Masa penulis blog teliti lanjut mendapati terdapat DURI pada bahagian margin daun dengan warna duri yang dominan adalah Merah sama seperti warna daun. Arah duri juga didapati ujud pada kedua-dua arah dengan saiz duri yang SEDERHANA. Melihat cara pertumbuhan pokok nenas Josapine didapati ia tumbuh dengan SEPARA MENEGAK (Sila lihat foto dibawah) dengan kedudukan buanya adalah menonjol dibahagian atas pokok. Penulis dapat memetik, megupas dan menguji rasa nenas varieti Josapine diladang dengan amat memuaskan. Penulis blog popular anim agro mengesyorkan agar petani menanam dan pengguna dapat membeli nenas varieti Josapine ini. Wasallam!!!...
NENAS JOSAPINE...BAIK VARIETINYA...
KELPMPOK DITINJAU...BAIK HASILNYA...
INSENTIF DIBERI...PENANAM GEMBIRA...
LAPORAN AKHBAR.. RAMAI MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(5 Zulkaedah 1438H)

Thursday, July 27, 2017

LARANG PENGIMPORTAN GUARANA

POKOK GUARANA?.... Mungkin ramai dikalangan orang Malaysia yang kali pertama mendengar tumbuhan ini apabila Ketua Pengerah Pertanian membuat satu sidang akhbar mengenai "Kerajaan larang bawa masuk Guarana" pada 26 Julai 2017 di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian, Putrajaya. Pokok Guarana atau GuaranĂ¡ dengan nama saintifiknya sebagai Paullinia cupana adaah tanaman yang tiada di Malaysia sebelum ini.  Ia juga mempunyai nama saintifik lain sebagai Paullinia crysan dan Paullinia sorbilis daripada famili Sapindaceae. Pokok guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya dimana ia terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi (Sila lihat foto diatas). Daripada lamanweb yang dirujuk ada menunjukkan pokok ini menghasilkan buah yang berwarna kemerahan dan ada 'mata' dimana ia jelas dapat dilihat apabila cukup matang. Biji buah guarana yang diproses didakwa boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan hanya sekitar 1-2% untuk biji kopi (Coffea spp). Sepertimana tumbuhan lain yang mampu untuk menghasilkan bahan kafein (caffien) dimana ada kajian dimana sebenarnya ada bilangan tinggi konsentrasi kafein pada buah dan biji guarana menjadi pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor. Kegunaan buah daripada tumbuhan ini memang masih belum diketahui dikalangan orang Malaysia kecuali mereka yang pernah berkunjung dinegara dimana pokok itu ditanam. Apakah ia sesuai untuk ditanam di negara kita bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah?. Apakah tumbuhan ini tidak membawa penyakit dan perosak yang merbahaya kepada tanaman lain dinegara kita. Bagaimanakah nanti jika pokok ini berbuah dan amalan agronominya. Penulis kurang pasti kalau pihak tertentu di Malaysia mempunyai simpanan bahan tanaman pokok guarana ini. Saya ada menulis mengenai tumbuhan ini pada 17 Oktober 2016 apabila ada pihak iaitu RISDA yang ingin membawa masuk tumbuhan ini untuk dikomersikan (Sila klik Disini). Bagaimana pun hanya setahun lebih kemudian pula baru dikeluarkan kenyataan larangan ini. Artikel malam Khamis ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengeai isu larangan ini seperti laporan sidang akhbar yang dikeluarkan. 

Dalam satu sidang akhbar tersebut yang di petik di Putrajaya, larangan mengimport terhadap tumbuhan ini amat tepat kerana jikaa tiak dilakukan maka ia menjejaskan industri getah di Malaysia. Kerajaan mengharamkan import tumbuhan dan benih Guarana dari kawasan Tropika Amerika kerana dikhuatiri membawa penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB) yang boleh menjejaskan industri tanaman getah di negara ini. Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek yang berkata spora penyakit SALB yang disebabkan kulat 'Microcylusulei' itu sangat berbahaya kepada industri getah negara kerana ia boleh mengakibatkan tanaman getah muda menjadi bantut. Walau pun larangan ini merupakan tanggungjawab Jabatan Pertanian yang ada kepakaran mengenai keselamatan tumbuh-tumbuhan dalam negara melalui Bahagian Biosekuriti ianya mesti dilakukan. Pada penulis blog mendapati larangan import terhadap tumbuhan dan benih Guarana yang diharamkan untuk diimport amat wajar kerana sangat berbahaya kepada industri getah negara. Daipada pakar-pakar Biosekuriti Tumbuhan didakwa dimana tumbuhn ini boleh serang dan mengakibatkan tanaman getah muda menjadi bantut. Keterangan oleh Jabatan Pertaanian menyatakan serangan pada pokok besar pula boleh menyebabkan pokok menjadi meranting, kering, tidak dapat mengeluarkan hasil yang produktif dan seterusnya mati. Tumbuhan ini hanya boleh dibawa masuk untuk tujuan penyelidikan melalui kebenaran jabatan, termasuk mematuhi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981. Beliau berkata demikian pada sidang media Larangan Mengimport Biji Benih Guarana Dari Brazil dan Kawasan Tropika Amerika di Putrajaya hari ini. Mereka yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Operasi), Datuk Jamal Harizan dan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan), Datuk Jabar Sheikh Muhaideen. Beberapa akhbar utama perdana dan lamanweb terus menyiarkan mengenai perkara ini pada hari yang sama.


Guarana adalah sejenis tumbuhan memanjat yang berasal dari Lembah Amazon dan banyak didapati di negara Amerika Selatan dimana ia ada ciri seperti berdaun besar dan lazimnya akan dapat mengeluarkan gugusan buah berwarna merah bila masak dan isinya berwarna putih (Sila lihat foto sebelah). Buahnya mengandungi biji sebesar biji kopi dan boleh diproses menjadi minuman sama seperti kopi tetapi kadar kafeinnya lebih tinggi iaitu dua hingga 4.5 peratus berbanding hanya satu hingga dua peratus dalam biji kopi. Perkara ini dijalankan oleh Jabatan Pertanian apabila seminggu sebelum ini Jabatan Pertanian menyita anak benih Guarana yang dibawa masuk secara haram dan ditanam di Baling, Kedah iaitu lporan hasil maklumat daripada orang ramai serta media. Jelas Zakaria, pokok Guarana yang disita itu akan dirawat menggunakan racun kulat seperti Thiophanate methyl, Benomyl dan Carbendazim bagi memastikan kulat yang terdapat pada pokok itu dibunuh. Penyakit SALB sangat berbahaya terhadap industri getah negara dan juga negara jiran jika berlaku serangan. Laporan daripada jurnal ada menyatakan berlakunya industri getah di Brazil dan negara berdekatan seperti Colombia, Costa Rica, Surinam dan Panama sejak dulu sehingga sekarang dikenal pasti berpunca akibat penyakit SALB berkenaan. Penulis blog mendapat tahu akan ancaman SALB semasa zaman sekolah lagi dimana ianya dikatakan mampu mengancam industri getah negara yang pada masa itu merupakan tunggak ekonomi negara sebelum sektor perindustian, petrolium, perkhidmatan, perlancongan dan kelapa sawit mengambil alih. 

Datuk Zakaria menunjukkan buah Guarana pada sidang media Larangan Mengimport Biji Benih Guarana Dari Brazil dan Kawasan Tropika Amerika, di Putrajaya  (Sila lihat fotoo disebelah). Dalam sidang akhbar tersebut ada dinyatakan dimana kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil.7 Tahun 1983 bagi memastikan pelawat dari negara yang mempunyai penyakit SALB supaya membasuh pakaian mereka di negara yang berlainan iklim seperti Amerika Syarikat, Eropah, Australia, New Zealand dan Jepun. Sebenarnya langkah ini bertujuan memastikan mereka bebas daripada spora SALB sebelum singgah di negara ini, sekali gus memastikan spora berkenaan tidak dibawa masuk bersama. Lazimnya serangan kulat SALB itu sangat cepat merebak dan menyerang pokok getah terutama dalam keadaan cuaca yang lembap. Malah kemungkinan kawasan pokok getah yang terdapat berhampiran nurseri tanaman Guarana di Baling itu juga akan dipantau bagi memastikan penyakit SALB tidak menyerang pokok terbabit. Perkara ini perlu diketahui dan difahami oleh rakyat Malaysia kerana jika ada pihak yang cuba membawa masuk secara haram maka ianya akan menjejaskan ekonomi negara dan ramai pekebun kecil getah dan estet swasta akan terjejas. Semuga sidang akhbar mengenai larangan ini akan dipatuhi dan menjamin bahawa sektor pertanian negara akan terus utuh dimasa akan datang. Tahniah penulis blog kepada Jabatan Pertanian mengenai isu ini. Semua anda semua mendapat info berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...

MERAH MENYALA... BUAH GUARANA...
LEMBAH AMAZON... TEMPAT ASALNYA...
SALB... IA MEMANG AMAT MERBAHAYA...
SIDANG AKHBAR...MENYEDARKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(4 Zulkaedah 1438H)