Saturday, June 3, 2017

MANGGA HARUMANIS - DALAM AKHBAR (Part 1)

MANGGA HARUMANIS (Mangifera indica) merupakan sejenis mangga yang kini mendapat permintaan tinggi dikalangan rakyat Malaysia. Mangga Harumanis yang sinonim dengan Negeri Perlis semakin popular akibat keenakannya dan harganya yang mungkin ramai akan berfikir beberapa kali untuk membeli dengan kuantiti yang banyak nagi keluarganya. Semenjak awal tahun sehingga bulan Mei berita mengenai mangga harumanis banyak kali keluar dalam akhbar tempatan. Buah mangga harumanis kini tidak perlu lagi diperkenalkan apabila dilihat isinya yang ranum, manis, berjus dan enak menambat deria rasa setiap yang merasanya (Sila lihat foto diatas)Terkenal di negeri Perlis, permintaan yang tinggi di seluruh negara kini telah menjadikannya sebagai buah eksklusif yang mesti dibeli untuk dimakan atau dibawa pulang sebagai cenderamata sekiranya mengunjungi negeri ini. Walaupun dijual dengan harga tinggi, iaitu sekitar RM25 sekilogram tetapi mangga harumanis tetap menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara, malah ia hanya terdapat di Perlis dan dijual pada penghujungApril sehingga akhir Mei setiap tahun. Apa yang lebih menarik adalah apabila buah ini bukan sahaja manis tetapi aroma keharumannya akan terasa setiap kali ia dijamah sekali gus menjadikannya lebih istimewa berbanding buah mempelam lain. Buah ini yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian semenjak lama dulu kini mempunyai kualiti buah lebih baik dengan pengurusan  yang teratur. Pusat Pertanian Jabatan Pertanian di Bukit Bintang merupakan pusat rujukkan teknologi tanaman mangga harumanis yang telah dibagunkan bagi memajukan industri tanaman mangga di Perlis. Artikel subuh ini saya dalam blog "Anim Agro Technology" akan mempaparkan beberapa laporan akhbar mengenai mangga harumanis yang dilaporkan dalam akhbar tempatan untuk kita sama-sama menilai akan buah istimewa ini.



Dalam akhbar Berita Harian ditulis artikel bertajuk "Untung berlipat kali ganda" yang merujuk kepada seorang petani dikenali dengan nama Musa Darus berumur 72 tahun dimana dilaporkan penanaman pokok itu di tapak rumahnya umpama lubuk rezeki, malah setiap tahun keuntungan jualannya meningkat sehingga mencecah 50 peratus. Menurut laporan akhbat tersebut pada tahun lepas petani ini telah memperoleh akan keuntungan sehingga RM100,000. Pendapatan tahun terdahulu hanya sekitar RM10,000 ke RM12,000 tetapi selepas 2012 dilaporkan hasil pendapatan dari  mangga harumanis telah mula meningkat. Hal ini adalah disebabkan kerajaan negeri mula memperkenalkan harumanis sebagai ikon Perlis kepada pengunjung luar selain menjadikannya hidangan istimewa pada majlis rasmi. Beliau adalah seorang bekas pekerja di Jabatan Pertanian Negeri ketika ditemui di kediamannya di Kg Santan, Perlis. Kini kutipan hasil untuk sehari mencecah 500 kilogram (kg), manakala jualannya pula sekitar 200kg sehingga 300kg. Petani mendakwa dimana aktiviti penanaman harumanis itu bermula 1985 sehingga kini. Bagaimana pun diperingkat awal hasil tidak seberapa berbanding sekarang selepas pihak Jabatan Pertanian memberi tunjuk ajar cara penanaman dan penjagaan pokok sehingga mendapatkan hasil. Kini ladang En Musa mempunyai lebih 100 harumanis yang ditanam di sekitar kawasan rumahnya seluas satu hektar dengan usaha sama keluarganya. Dakwanya bermula tahun lepas, dia menghadapi kesukaran dalam pengurusan tanamannya selepas jabatan pengguna menguatkuasakan permit kepada pekebun kecil dengan mengehadkan kadar pembelian petrol. Kesannya dia hanya dibenarkan membeli petrol sebanyak 100 liter sebulan dan hal itu menyukarkannya yang kini memasang pagar elektrik di keliling ladang. Minyak petrol sebenarnya banyak kegunaannya, bukan hanya terhad untuk kegunaan mesin racun saja tetapi turut digunakan untuk mengepam air dan kini saya memasang pagar elektrik dan menggunakan generator bagi menghasilkan tenaga. Dakwanya lagi dengan pemasangan pagar elektrik pada Ogos tahun lepas itu bagi mengelak kecurian harumanis yang kian menjadi-jadi, malah kejadian itu pernah menimpa dirinya pada 2003 yang menyebabkannya kerugian hasil sebanyak RM1,500.


Dalam laporan tersebut penulis mendapati dimana petani tersebut menjelaskan mengenai teknologi dan teknik yang digunakannya dalam penjagaan pokok harumanis. Dakwa petani dia mementingkan rawatan khas pokok supaya hasil yang diperoleh besar dan bermutu. Seperti manusia, tanaman ini juga memerlukan vitamin untuk membesar dan sihat. Oleh itu beliau memberi bahan yang mengandungi ‘vitamin’ dan ‘kalsium’ kepada pokok bagi menggalakkan penghasilan buah selain untuk mengelak daripada gugur sebelum matang. Selepas pokok mengeluarkan buah makan beliau akan menyembur racun serangga bagi menghalang serangan penyakit seterusnya membalut untuk menjaga kualiti dan mutu harumanis. Kini beliau ada dua jenis harumanis dikawasan kebunnya. Dalam pada itu bagi penjual harumanis Pn Azizah Muhamad yang berummur 32 tahun ditemui menyatakan rasa amat bangga sebagai anak Perlis jelas terasa apabila pengunjung dari luar sering memuji keenakan buah itu. Keseronokan itu berganda apabila melihat pengunjung gembira dan leka ketika memilih harumanis untuk dibawa pulang sebagai cenderahati, malah dia rasa bangga apabila menjelaskan mengenai perbezaan harumanis dengan buah mempelam yang lain. Pn Azizah berkata kini harumanis boleh didapati dalam dua jenis iaitu Harumanis Emas dan Harumanis Biasa yang mana harumanis emas dibalut menggunakan kertas khas. Katanya para pengunjung sering bertanya cara mengenali harumanis dan perbezaan emas dan biasa. Pengalamannya yang lebih empat tahun dalam penjualan harumanis memudahkannya mengenali kualiti buah berkenaan sebelum dijual kepada pelancong. Mereka sering merungut ditipu dan ia boleh menjejaskan nama negeri dan produk itu yang kini menjadi tarikan utama pengunjung ke Perlis,” katanya yang kini menjual pulut dan jus harumanis di gerainya, Biyan selepas mendapat permintaan tinggi.


Dakwa Pn Azizah dimana permintaan harumanis tinggi pada musim cuti sehingga jualan mencecah 200kg sehari berbanding hari biasa iaitu 100kg saja. Menurut Azizah kini harga pasaran dilabel berdasarkan harga yang diperoleh daripada pembekal dan tidak mengikut gred yang ditetapkan. Pekebun selalu menjual dengan harga RM17 sekilo dan beliau akan jual pada harga RM23, manakala bagi harga RM19 pula dijual dengan harga RM25 sekilo. Selalunya mangga harumanis berharga RM23 bersaiz kecil dengan kuantiti 3 biji sekilo. Bagi RM25 pula, kuantitinya sekitar sebiji ke dua biji sahaja. Menurut Penolong Pegawai Pertanian, Bukit Bintang iaitu En Hasanuddin Awang mendakwa mangga harumanis bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk malah turut memajukan industri pelancongan negeri. Kini hasil daripada amalan agronomi harumanis amat memberangsangkan sejak usaha pihak Jabatan Peertanian memberi kesedaran am mengenai penanaman, penjagaan dan pemasaran produk itu kepada orang awam berkesan sehingga ia kini mendapat permintaan meluas daripada luar negara. Beberapa proses dilakukan sebelum memasarkan harumanis kepada orang ramai. Mangga  harumanis perlu melalui beberapa proses sebelum ia sedia dipasarkan iaitu bermula dengan proses membalut buah itu ketika bersaiz 16 sentimen (cm). Petani diminta  menggunakan alat sukat bersaiz 16 sentimeter, di mana di Bukit Bintang lazimnya putik harumanis dibalut menggunakan kertas putih yang ditanda dengan warna. Ia juga akan membezakan tarikh balutan bagi memudahkannya dikutip apabila cukup matang. Warna yang sama digunakan untuk balutan putik bagi tempoh lima hari.


Daripada pakej amalan teknologi penanaman mangga harumanis selalunya aktiviti untuk mengutip hasil dilakukan selepas lapan minggu. Menjelaskan mengenai proses itu, Hasanuddin berkata, selepas lapan minggu buah itu akan dikutip dan basuh dengan air bersih sebelum dirawat dalam air panas yang dicampur racun kulat. Selalunya untuk rawatan itu, harumanis akan direndam dalam larutan khas bersuhu antara 48 sehingga 53 darjah Celsius selama lima minit bagi tujuan membunuh serangga perosak supaya buah tidak busuk semasa proses peram dilakukan. kemudian bagi tujuan menjaga kualiti dan mutu buah itu ketika diperam selama 48 jam selepas proses pengeringan. Apabila cukup 48 jam, kita akan dedahkannya selama 8 jam pula sebelum gred buah itu mengikut saiz dan beratnya. Jabatan Pertanian sentiasa memberikan latihan teori dan praktikal kepada ramai penanam mangga harumanis di seluruh negeri Perlis bertujuan meningkatkan kualiti buah mangga harumanis yang menjadi ikon bagi negeri tersebut. Artikel ini bersambung pada Part 2 untuk dibaca bersama, Semuga tulisan ini menberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
MANGGA HARUMANIS... ADA DIUTARA....
BULAN MEI... KELUARLAH BUAHNYA...
RASA ENAK, MANIS... HARUM BAUNYA....
MENJADI IKON... PERLIS SEKIAN LAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11,
Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(8 Ramadan 1438H)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.