Thursday, May 4, 2017

KENCING HARIMAU - APA GUNANYA?

AIR KENCING HARIMAU (Tiger Urine) merupakan sejenis cairan yang amat sukar untuk mendapatkannya di Malaysia. Tahukah anda apakah dia kegunaan air kencing harimau didalam sektor pertanian?. Penulis blog sering ditanya oleh ramai penduduk kampong, petani dan rakan-rakan mengenai apakan dia petua untuk menghalau musuh tanaman yang sering merosakkan tanaman mereka terutama kebun yang berhampiran dengan hutan, belukar dan kawasan terpencil. Antara perosak tanaman yang sering mereka bertanya adalah bagaimana untuk kawalan seperti Babi Hutan, Tupai, Monyet, Tikus, Kambing, Lembu dan sebagainya yang merosakan tanaman. Banyak petua dan jawapan yang mana penulis telah nyatakan dalam beberapa penulisan sebelum ini antaranya adalah petua menghalau monyet (Sila klik disini) yang juga mendapat banyak pertanyaan dikalangan pembaca blog anim agro technology. Penulis sebenarnya ada memberikan beberapa petua seperti yang pernah ada diamalkan oleh petani di Negeri Pahang, Johor, Melaka dan Sarawak dimana saya pernah bertugas disemua negeri ini untuk masa agak lama. Bagaimana pun terkini penulis dapat info bagaimana seorang usahawan bumiputra melalui laman web telah memperkenalkan beberapa produk organik yang menyerupai kencing harimau untuk kawalan haiwan perosak tanaman. Sebenarnya memang sukar untuk mendapatkan air kencing harimau liar dihutan tetapi ada kemungkinan untuk mendapatkannya daripada harimau yang berada dalam zoo. Harimau merupakan haiwan pemangsa yang digeruni bukan sahaja oleh manusia tetapi juga oleh banyak jenis haiwan. Kini daripada laman web penulis dapat info mengenai produk KERIMO iaitu singkatan dari 'Kencing Harimau' yang ada dalam youtube untuk ditonton. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai produk Kerimo iaitu produk menyerupai air kencing harimau yang boleh dicuba oleh petani dan ramai penduduk kampong yang masih menghadapi masaalah gangguan haiwan liar ini.


Produk KERIMO ini ada dalam bentuk cecair dan gel merupakan sejenis produk bauan 99% serupa dengan bau kencing harimau. Produk ini didakwa mampu untuk menghalau atau menghindarkan musuh haiwan di kawasan kebun pertanian, kawasan ternakan dan juga kawasan rumah kediaman yang sering dicerobohi oleh haiwan mamalia atau reptilia. Produk berbentuk gel merupaka antara produk yang paling diterima oleh pengguna dipasaran kerana keberkesanannya dan juga mudah untuk menggunakannya (Sila lihat foto disebelah). Dakwa pegawai pemasaran produk ini yang pernah penulis hubungi, diantara haiwan perosak tanaman atau yang mengganggu seperti Babi, Monyet, Anjing, Tupai, Kerbau, Lembu, Tikus, Ular, Cicak, Lipas, Kambing dan beberapa lagi tidak datang setelah mengguna produk ini. Penulis yang baru-baru ini melawat Kg Tekek, Pulau Tioman sempena Hari Ladang Jabatan Pertanian ditanya bertubi-tubi mengenai serangan monyet di pulau ini yang serius. Monyet ini memusnahkan tanaman buah mangga selain sering masuk dapur rumah mencuri makanan. Beberapa petua biasa telah penulis nyatakan kepada lebih daripada 50 orang petani dipulau tersebut semasa majlis penerangan. Bagaimana pun hasil rujukan penulis mengenai produk KERIMO ada dinyatakan dimana produk ini hanya berkesan kepada haiwan yang mempunyai deria bau yang tinggi dan tidak berbahaya kepada manusia kerana deria bau manusia adalah lebih rendah berbanding haiwan perosak. Bagaimana pun syor adalah dimana kalau boleh penggunaannya hendaklah menjadi lebih kreatif dengan menggantungkannya serta elakkan dari terkena air hujan dan pancaran matahari yang terus menerus. Ini kerana apabila kena air hujan maka 'kuasa' bau ini akan hilang begitu juga jika terkena sinaran mpanas matahari maka ianya akan rosak.


Dalam pada itu apabilai ditanya kaedah penggunaan, En Hamdan ada menjelaskan dan menunjukkan kaedah penggunaan untuk jenis cecair, semburan (Spray) dan gel. Jika kadar serangan serius ia boleh diletakkan dengan jarak 15-20 kaki dengan cara menggantungkan KERIMO pada lokasi yang sesuai. Produk 'Spray' yang disediakan dalam bekas bersaiz kecil ini amat mudah untuk dibawa kemana-mana dan sesuai juga di letakkan di dalam beg tangan bagi wanita. Harga promosi produk Spray RM25.00 bagi dua botol semantara harga dalam bentuk cecair RM80.00 sebotol (pekatan). Produk Sprau diantara tujuannya adalah jika sekiranya bertembung dengan anjing liar bolehlah 'spray' terus ke arah anjing garang tersebut dan ini akan menyebabkan anjing lari. Kaedah lain menggunakan adalah dengan menyembur (Spray) pada motosikal untuk mengelakkan kucing naik atas tempat duduk motosikal. Seterusnya produk ini boleh disembur pada kereta untuk mengelakkan kucing tidur atas kereta atau disembur di dalam kereta untuk menghilangkan serangga dalam kereta. Amat sesuai juga jika dismebur terus kepada sofa, kerusi pejabat daripada gangguan serangga, tikus, lipas, cicak. Selain dari itu semburan KERIMO pada dinding untuk menghalau binatang-binatang tersebut  dan juga semburan pada di rak-rak kedai runcit untuk halau tikus, cicak, lipas, serangga. Jika anda menyembur didalam bilik tidur sendiri atau bilik tidur anak ia didakwa sesuai untuk halau gangguan binatang tersebut. Bagaimana pun penulis blog lebih suka menyatakan produk ini sesuai disembur pada pangkal pokok atau lebih berkesan jika spray pada kain atau tuala serta bungkuskan dalam plastik dengan ditebuk lubang-lubang kecil pada plastik tersebut serta gantungkkan pada pokok. Ini sesuai digunakan di luar rumah, kebun pertania atau pun dimana lokasi yang mana ada serangan haiwan penceroboh tersebut. 


Bagaimana pun masih ada yang tertanya-tanya apakah itu KERIMO?. KERIMO ialah singkatan daripada perkataan “KEncing RIMO” (kencing harimau - dalam loghat Perak). Sebatian ini diperbuat daripada bahan-bahan ORGANIK dan mengeluarkan BAU yang menyamai bau kencing harimau. Tapi ianya BUKAN RACUN seperti dakwaan En Hamdan dan menyatakan ia disahkan oleh Jabatan Pertanian (Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak) seperti dinyatakan dalam youtube. Produk ini juga didakwa bukan dari kategori najis cuma baunya saja yg seakan-akan bau kencing harimau (Sila lihat foto disebelah). Didakwa juga bahawa produk ini bukanlah air kencing harimau sebenar sebaliknya satu formulasi khusus yang dicipta dari bahan organik. Dakwanya lagi KERIMO mampu menghalau dan menghindar haiwan-haiwan perosak tanaman yang sering mengganggu kediaman seperti TIKUS, MONYET, BABI HUTAN, KELAWAR, MUSANG, KERBAU dan lain-lain dari memasuki kawasan kebun dan rumah. Terdapat juga bau sedikit Hamis seakan akan bau kencing harimau yang mana ini akan membuatkan kera dan beruk lari mencicit lari tidak berani mendekati kawasan disembur KERIMO. Malah babi hutan juga langsung tidak menampak bekas datang kekebun untuk merosakkan tanaman daripada beberapa testimoni yang dinyatakan. Malahan mereka yang telah menggunakan produk ini telah boleh menaam pokok kelapa atau kelapa sawit tanpa perlu membuat pagar zink keliling bagi menguji keberkesanan KERIMO ini. Penulis memang belum lagi dapat menggunakan produk yang didakwa amat berkesan ini dan sesiapa yang ada testimoni boleh berkongsi maklumat ini. Sebarang pertanyaan dari pembaca blog anim agro technology boleh hubungi pegawai pemasaran seperti kad bisnes tertera dibawah. Penulis bagaimana pun masih 'kabur' dengan keberkesanan produk ini dan berharap lebih banyak testimoni boleh dilakukan pengurus dan produk ini lebih berkesan dalam kawalan musuh tanaman. Wasallam!!!...


KENCING HARIMAU... TAKUT DENGARNYA...
PENGHALAU HAIWAN...ADA KEPERLUANNYA...
PRODUK KERIMO...DARI ORGANIK ASALNYA...
SATU PRODUK... MEMANG PERLU DICUBA...

By,
M Anem,
Senior Agrnomist,
Projek TKPM Komersil,
TKPM Ulu Sungai, Raub,
Pahang, Malaysia.
(11 Syaaban 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.