Wednesday, April 12, 2017

'VEGE FACTORY' - SATU INOVASI

VEGGIE FACTORY (Kilang Pengeluaran Sayuran) mungkin satu konsep pertanian moden yang sesuai dilaksanakan dinegara kita seperti mana yang telah dijalankan dibeberapa negara maju. Teknologi ini dilaporkan mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Perkataan 'Vege Factory' mungkin sesuai digunakan untuk generasi muda dalam menghasilkan beberapa jenis sayuran berkualiti yang selamat dimakan dan lebih segar kepada pengguna. Penulis bloh amat setuju dengan pendapat yang menyatakan isu kekurangan tanah pertanian dapat diselesaikan melalui teknologi 'Veggie Factory'. Perkembangan industri makanan semakin rancak diperkatakan pada masa ini berikutan pertambahan bilangan penduduk yang kian meningkat dan keprihatinan kepada makanan sihat serta kesedaran terhadap pencemaran alam sekitar. Kini semakinramai pengguna yang mampu untuk mendapatkan bekalan makanan berkualiti walau pun pada kos yang agak tinggi sedikit dengan teknologi pengeluaran sayuran konvensional diatas tanah terbuka. Keadaan global berkaitan dengan perubahan iklim dunia dan faktor cuaca seperti kemarau, hujan, banjir, jerebu dan pencemaran udara yang sering berlaku di negara ini banyak memberi kesan kepada penurunan hasil tanaman sayur-sayuran secara konvensional. Kini dalam usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi serta mengurangkan jumlah defisit pengimportan makanan dari luar negara maka Jabatan Pertanian yang terlibat secara langsung dalam industri pengeluaran sayuran lebih moden dan telah berjaya dalam memperkenalkan 'Veggie Factory'. Artikel malam ini sambil menonton berita TV saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pengeluaran sayuran secara moden iaitu melalui konsep 'vege factory' untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Teknologi 'vege factory' merupakan satu teknologi tanaman sayuran yang mana ia dilakukan secara tertutup bagi tujuan menyelesaikan isu kekurangan tanah untuk kawasan pertanian berskala besar. Teknologi ini telah lazim dijalankan dibeberapa negara maju terutama negara yang ada 4 musim untuk mengeluarkan sayuran dalam bangunan yang dikawal persekitarannya. Negara Eropah dan Jepun telah lama membuat tanaman cara ini untuk menghasilkan sayuran dan tanaman lain yang sesuai mengikut kehendak pengguna. Laporan kali ini diambil satu projek yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian di Pusat Pertanian Serdang, Selangor untuk dijadikan sumber rujukkan. Projek ini telah dikunjungi oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia dan dilaporkan dalam akhbar tempatan termasuk akhbar Kosmo yang melaporkan dengan lebih jelas mengenai teknologi ini (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga berpeluang melihat projek ini mendapati ia sesuai dikembangkan terutama dikawasan bandar melalui program pertanian bandar. Lazimnya inovasi seperti ini mendapat respon yang baik dikalangan rakyat Malaysia walau pun dibeberapa negara maju teknologi ini manjdai perkara yang biasa sahaja. Ianya juga dipertikaikan oleh beberapa saintis kerana mereka kata Malaysia yang mempunyai sumber air, cahaya matahari dan tanah yang masih luas kurang sesuai untuk melaksanakan inovasi ini.


'Veggie Factory' merupakan teknologi menggunakan sistem pencahayaan diod pancaran cahaya (LED) sebagai media fotosintesis dimana konsep ini mampu mempercepatkan tempoh hasil tuaian. Ia dipasang didalam ruang didalam satu bangunan berbumbung yang tertutup atau terbuka (Sila lihat foto disebelah). Teknologi ini dibuktikan dapat menghasilkan tanaman makanan yang lebih berkualiti, segar dan selamat dimakan dengan kaedah pengawalan cahaya, pengeluaran karbon dioksida (CO2), kelembapan, suhu, kebersihan ruang, pengairan terkawal dan sistem pengudaraan yang baik. Selain itu ujud jaminan keselamatan makanan juga dapat dipertingkatkan melalui teknologi ini. Pada penulis blog mendapati konsep untuk penanaman Veggie Factory adalah secara dalam bangunan (indoor planting) yang dapat mencegah akan kemasukan sebarang serangan penyakit dan perosak tanaman. Aplikasi ini juga dapat mengatasi masalah cuaca dan persekitaran tanaman secara langsung. Di Selangor khususnya, teknologi Veggie Factory mampu mengatasi isu-isu utama dalam sektor tanaman. Ia dapat bersaing dalam arus kemajuan pembangunan melalui pendekatan meminimumkan penggunaan kawasan pertanian tetapi mampu meningkatkan produktiviti hasil tanaman.


Penggunaan teknologi ini dapat membantu meningkatkan peratusan Tahap Sara Diri (SSL) sayuran negara terutama beberpa negeri yang pesat membangun proses perbandaran seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka. Hasil msayuran ini dihasilkan bagi tujuan menampung keperluan sumber pertanian terutamanya di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi di negara. Sehingga kini untuk tahap awal Jabatan Pertanian telah memulakan sebuah makmal penyelidikan dan pembangunan Veggie Factory di Pejabat Pertanian Daerah Gombak iaitu di Pusat Pembangunan Komoditi, Kompleks Pertanian Serdang, Selangor. Makmal di Pejabat Pertanian Daerah Gombak ini mula beroperasi sejak Februari tahun ini dan berkeluasan 320 kaki persegi dengan mengandungi sembilan rak tanaman yang boleh menampung 960 point sayur pelbagai jenis. Keluasan ini adalah lebih kecil berbanding kaedah penanaman konvensional (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga mendapati konsep ini juga boleh digunapakai untuk pengeluaran cendawan tiram. Kini apa yang menarik mengenai penanaman menggunakan konsep Veggie Factory dimana hasil sayuran yang ditanam adalah bebas dari sebarang bahan kimia dan boleh dimakan terus. Teknologi Veggie Factory ini mempunyai potensi besar untuk diusahakan dan mampu mengatasi isu-isu utama dalam pertanian seperti kekurangan tanah pertanian, faktor persekitaran yang tidak dapat dikawal dan mampu memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam sektor pertanian. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Veggie Factory, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pembangunan Komoditi, Kompleks Pertanian Serdang, Selangor di talian 03-89486302.



Pada penulis blog apa yang penting adalah mengenai analisa ekonomi teknologi 'vege factory' yang dijalankan ini. Bagi teknologi ini punca kuasa eletrik merupakan terpenting iaitu untuk Lampu LED dan juga Penghawa Dingin. Kos letrik untuk 200 mentol LED adalah sebanyak RM334.06 sebulan. Sebanyak 300 mentol LED dengan kuasa 16Watt beroperasi selama 26 kwh selama 30 hari. Bayaran letrik untuk penghawa dingin adalah sekitar RM51.92 sebulan menjadikan jumlah keperluan kuasa eletrik sebanyak RM386.00 sebulan. Jumlah kawasan 320 kaki persegi ini mampu mengeluarkan sebanyak 960 point tanaman sebulan atau 11,520 setahun. Purata tuaian hasil dikira sebanyak 150 gram/point. Jika kadar harga jualan hasil sayuran sekitar RM1.50/point maka anggaran pendapatan kasar adalah RM1,440.00 sebulan atau RM17,280.00 setahun. Jika kos pengeluaran adalah RM580.00 sebulan maka nilai untung bersih adalah sekitar RM860.00 sebulan atau RM10,320.00 setahun. Analisa kewangan yang penulis blog kira mendapati kadar keuntungan bagi satu point adalah sekitar RM0.89 (Sumber: Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian, Malaysia). Daripada analisa kewangan diatas walau pun hanya mengira kos operasi (Operational costs) menunjukkan ia masih berdaya maju jika dijalankan secara berhemah. Penelitian penulis mendapati penerimaan oleh pengguna terhadap sayuran dari vege factory ini amat baik dikalangan penduduk sekitar bandar kerana kesegarannya, selamat dimakan dan harga berpatutan. Berkemungkinan harga premium boleh dilakukan jika ada akreditasi seperti MyOrganic atau MyGAP dimasa kaan datang. Terimakasih kepada tem Jabatan Pertanian yang memberi bahan asas untuk rujukkan kepada penulis blog. Semuga tulisan ini memberi idea baru kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Sayuran yang segar di Vege Factory di Serdang, Selangor.

VEGE FACTORY.. INOVASI DISEDIA...
DALAM BANGUNAN...LAMPU MENYALA...
CARA HIDROPONIK... DICAIRKAN BAJA...
PRODUK BERKUALITI... SUDAH DIKIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Hortikultur,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(2 April 2017).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.