Saturday, April 22, 2017

ROCK MELON - TANAM FERTIGASI TERBUKA

ROCK MELON (Cucumis melo Linn) merupakan tanaman buah-buahan yang semakin popular diusahakan di Malaysia semenjak lebih dari 10 tahun dahulu. Sebelum ini tanaman buah dari benih hibrid ini agak kurang diusahakan kecuali jenis 'Honey Dew' yang ditanam secara konvensional diatas tanah (Horizontal agriculture). Kini penanaman melon secara fertigasi bukanlah satu perkara asing dalam sektor pertanian kerana ia sudah begitu banyak dipraktikkan oleh masyarakat petani di negara ini iaitu satu kaedah 'vertival technology'. Kebanyakan ramai pengusaha akan menanam beberapa jenis tanaman yang bersesuaian seperti lada besar, timun, kacang panjang dan petola dan menanam melon adalah pilihan yang perlu difikir banyak kali. Bagaimanapun kini lazimnya pengusaha memahami dimana menanam tidak semua jenis tanaman mampu mendatangkan keuntungan menggalakkan buat mereka kerana ia turut bergantung kepada harga pasaran semasa. Ramai petani yang juga mendapatkan khidmat nasehat daripada Jabatan Pertanian dan rakan-rakan lain yang telah mengusahakan tanaman melon ini. Perkara ini juga turut dialami oleh bebrapa kumpulan dan NGO serta GLC seperti di PPK Gombak dimana mereka telah menananam tanaman cili fertigasi yang dimulakan sejak 2009 dimana didapati keupayaan mereka melaksanakan separuh sahaja jalan ekoran harga pasaran yang tidak menentu. Daripada tinjauan penulis dengan Pengurus Besarnya, Azman Md Lazim berkata antara faktur tersebut yang telah menjejaskan program PPK Gombak adalah cabaran dan nilai ekonomi. Tanaman fertigasi cili telah terhenti seketika namun ia kembali aktif pada tahun ini melalui program usahawan peladang muda dengan cara menanam melon. Mereka memilih tanaman fertigasi rock melon sebagai projek utama kerana permintaan terhadap buah tersebut kian menggalakkan terutama di kawasan bandar di Lembah Kelang walau pun bekalan di pasaran kadang kala berlebihan dan kadang kala ia masih belum mencukupi. Terdapat banyak varieti melon yang ditanam di Malaysia dan antara yang paling popular adalah varieti "Besut Sweet" yang banyak ditanam di TKPM Tok Dor, Besut, Terengganu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman rock melon yang diusahakan secara fertigasi terbuka oleh PPK Gombak yang telah dipaparkan dalam akhbat tempatan.

Penanaman melon membolehkan pengusaha boleh menjana pendapatan kasar sehingga RM20,000 bagi kawasan satu ekar dalam tempoh tiga bulan sahaja jika semuanya menjadi. Selain itu daripada tinjauan penulis mendapati dimana tanaman ini mempunyai peratus risiko kerosakan yang rendah iaitu hanya sekitar 2 - 3 peratus sahaja berbanding dengan tanaman fertigasi lain seperti cili. Projek tanaman melon ini dibantu PPK dimana mereka tidak perlu atau kurang untuk mengeluarkan sebarang kos perusahaan pada peringkat awal kerana segala input pertanian seperti baja dan juga peralatan akan dikendalikan pihak PPK. Dalam aspek pasaran pula kini PPK akan menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) melalui program ladang kontrak manakala pengusaha hanya perlu menanam dan menjaga tanaman dengan khidmat nasihat PPK. Pelaksanaan projek ini diharap mampu merealisasikan hasrat PPK untuk menjadikan sebagai pusat pengumpulan rock melon di disekitaar Lembah Kelang. Siri kursus dan latihan berkaitan tanaman melon dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian untuk sistem fertigasi ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran petani. Dalam pada itu penulis blog sempat membuat temubual dengan beberapa petani yang mengamalkan penanaman melon dengan cara aplikasi kaedah tanaman terbuka. Usahawan tersebut yang menanam rock melon iaitu En Shahrom Tumiran berumur 43 tahun didapati ia amat berminat dalam usaha menanam yang memberikan keuntungan ini. Tanaman rock melon secara fertigasi terbuka ini juga mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding tanaman lain berdasarkan pengamatan dan pengalaman beliau selama enam tahun dalam bidang ini. Bagaimana pun penanam melon ini perlu mempunyai cukup ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam melakukan amalan pertannian baik (MyGAP) bertujuan untuk mendapatkan hasil yang optima. 

Tanaman Rock melon amat mudah untuk ditanam dan berpotensi menjana keuntungan namun pengusaha tanaman ini perlu juga memberikan komitmen tinggi sekiranya ingin berjaya. Tanaman rock melon ini dipercayai akan mempastikan bekalan buah ini sentiasa mencukupi dan memberi nilai tambah kepada industri makanan negara. Sebanyak 2,400 pokok melon fasa 1 yang ditanam setakat ini telah berhasil dimana ia menghasilkan buah rock melon gred A dengan berat buat mencecah dua kilogram buah secara purata. Penanaman rock melon secara terbuka kini menjadi satu kaedah penanaman di mana ia merupakan kaedah baru dalam sektor pertanian di negara ini. Pada kebiasaannya kaedah menanam pokok ini ditanam melalui kaedah berbumbung (SPH) namun penanaman secara terbuka kini didapati dapat tumbuh dengan lebih cepat. Kaedah ini dapat menjimatkan kos kira-kira RM100,000 sekali gus memberi peluang kepada pengusaha untuk menjana keuntungan lebih baik tanpa perlu mengeluarkan modal terlalu besar. Walau pun kini masih belum ramai juga pengusaha menanam rock melon secara terbuka namun ia masih praktikal dengan jika dibandingkan dengan kaedah penanaman secara kaedah berbumbung (SPH). Teknologi dalam tanaman melon secara fertigasi terbuka bagaimana pun perlukan ilmu pengurusan agronomi dan kepakaran yang baik untuk mempastikan kejayaan yang diceburi ini. 

Dalam pada itu penulis juga membuat liputan mengenai kes seorang usahawan yang dilaporkan gempar di dada akhbar tempatan dengan tajuk 'Hamid Rugi RM100,000'. Bila sahaja membaca tajuk laporan akhbar ini memberi kesan negatif kepada mereka yang baru menanam rock melon tentunya (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya dalam temubual dinyatakan untuk bergelar seorang usahawan tani bukan semudah seperti yang disangka. Selain bergolok gadai sebenarnya ujud kerugian akibat faktor-faktor yang tidak dapat dikawal juga merupakan antara cabaran yang perlu dilalui. Namun begitu dengan berbekalkan semangat kental dan tidak mudah putus asa, usahawan tani kini mampu mengukir senyuman di sebalik pendapatan yang lumayan diterima. Pengalaman tersebut diakui oleh usahawan rock melon iaitu Encik Hamid Yahya yang mula menceburi bidang pertanian sejak 2007 bermula dengan tanaman cili kulai. Kini disepanjang beliau bergelar usahawan tani ada masa pasang surut dalam perniagaan menjadikan dia lebih berhati-hati di dalam memilih jenis tanaman yang ingin ditanam. Beliau mulanya berkecimpung dahulu dengan memilih cili kulai kerana pada waktu itu harganya agak tinggi di pasaran. Namun apabila berlaku sahaja lambakan cili berlaku di pasaran harganya merudum. Dia telah kerugian hampir RM100,000 pada waktu itu akhirnya terpaksa menutup kebun,” katanya ketika ditemui di Klang, Selangor bersama Jabatan Pertanian baru-baru ini. Biarpun pernah mengalami kerugian tetapi oleh kerana kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian dia tidak pernah mengenal putus asa dan mula berjinak-jinak dengan tanaman timun pula. Harga timun agak stabil pada waktu itu dan saya menumpukan perhatian kepada tanaman ini sebelum beralih kepada rock melon. Beliau kini memilih tanaman rock melon kerana harga yang stabil di pasaran selain faktor permintaannya juga amat tinggi merupakan alasannya. Kini harga rock melon dengan kadar berat 1.5 kilogram (kg) dan ke atas mencecah RM3.60 sekilogram dan dikategorikan sebagai gred A. Bagi gred B sekitar 1.2 hingga 1.5 kg berharga RM2.50 sekilogram dan gred C dijual tiga biji RM10. Perbezaan gred hanyalah pada kadar berat kerana rasa buah tetap sama bagi mana-mana gred.

Menggunakan benih diimport terus dari Jepun merupakan antara resipi kejayaan usahawan ini sebab isu benih berkualiti adalah tidak semudah seperti yang dilihat. Bagaimanapun kini Jabatan Pertanian di peringkat negeri telah banyak membantu usahawan sepertinya dengan memberi khidmat nasihat sementara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula banyak membantu dari segi pemasaran produknya. Beliau kini semakin berminat dengan teknologi fertigasi. Kumpulan penanam sayur cili kulai pad mulanya kini rmai yang mengikuti jejak langkah En Hamid mulanya menanam cili kulai dan beransur-ansur berubah kepada tanaman rock melon. Minat mereka dalam bidang ini bertambah apabila teknologi fertigasi mula diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian namun sedikit berbeza iaitu secara terbuka berbanding dengan dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Kini penggunaan teknologi fertigasi secara terbuka itu merupakan antara inovasi terbaharu jabatan Pertanian dan dikembangkan diselurruh negara. Hampir 80% SPH dibina dibeberapa TKPM untuk tanaman melon dan tanaman lain. Antara TKPM yang mempunyai banyak sistem SPH seperti di TKPM Serdang, TKPM Tok Dor Besut, TKPM IPAH dan TKPM Pagoh di Jphor, TKPM Sendayan NS, TKPM Pulau Gadog di Melaka dan beberapa lagi. Kaedah baharu ini lebih menjimatkan kos kerana tidak perlu membina rumah hijau yang mana kita tahu amat mahal. Kini kaedah terbuka ini telah membolehkan pendebungaan dapat dilakukan oleh agen semula jadi dan lebih berkesan berbanding kaedah fertigasi tertutup. Walau pun asasnya penggunaan sistem fertigasi masih tersebut adalah masih sama tetapi dengan kos yang lebih rendah ini telah membolehkan yang baharu menceburinya menarik nafas lega. Banyak kawasan pertanian yang berkurangan selain dari nilai tanah pertanian adalah amat tinggi maka penggunaan teknologi fertigasi adalah amat sesuai digelar 'future agriculture'. Kaedah fertigasi mampu mengoptimumkan hasil pengeluaran dalam kawasan yang terhad. Selain itu dengan penggunaan kaedah terbuka juga membolehkan pokok ditanam dengan lebih padat. Bagaimanapun asasnya semua usahawan tani memerlukan sedikit pengetahuan teknikal untuk memantau penyakit. an di sinilah tugas kami. Semuga anda dapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA MELON... TANAMAN YANG MANJA....
BENIH HIBRID... DIIMPORT SEMUANYA...
SISTEM FERTIGASI... CARA DIGUNA...
HASRGA BAIK... PETANI GEMBIRANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Fertigasi Melon,
TKPM Inderapura, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(6 Rejab 1438H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.