Tuesday, April 25, 2017

BURUNG HANTU DAN WALIT - TEKNOLOGI KAWALAN (Part 1)

BURUNG HANTU atau Pungguk Jelapang PADI (Tyto alba) dan BURUNG WALET (Collocalia fuciphaga) kini merupakan dua jenis burung yang menjadi bualan umum dikalangan orang Malaysia dan Indonesia. Ini kerana kedua-dua jenis burung ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam bidang pertanian. Burung BJP ini merupakan sejenis burung pemangsa yang dibuatkan sarang tiruan di tengah-tengah sawah padi dan ladang kelapa sawit untuk memburu tikus yang menjadi musuh kepada tanaman ini. Burung BJP ini aktif pada malam hari dengan memburu dan memakan tikus dan merupakan haiwan dalam pengamalan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM). Sementara itu burung walet juga merupakan burung liar yang kini mendiami rumah-rumah burung walet yang diperbuat daripada bangunan konkrit dan bumbung kayu yang sesuai untuk dijadikan sarang walet yang kemudian diambil dan berharga tinggi. Kini industri burung walet mencecah jutaan ringgit setahun untuk menghasilkan produk sarang burung walet yang berkhasiat dan dijual diseluruh dunia. Malaysia adalah salah satu negara yang kini menghasilkan produk sarang burung walit berkualiti untuk pasaran dunia. Bagaimana pun kini telah berlaku pertembungan dalam industri tanaman padi dan industri penternakan burung walit dinegara kita. Burung BJP yang merupakan pemangsa mampu menyerang burung walet dan mengakibatkan kesan terus sehingga banyak kematian dan akhirnya burung walet berpindah keluar ketempat lain. Ini menjadikan pemilik burung walet akan menembak atau membunuh burung BJP yang terbang lalu dikawasannya. Pada pesawah pula kekurangan burung BJP menyebabkan populasi tikus bertambah dan mengurangkan hasil tanaman padi. Beras adalah makanan utama rakyat Malaysia dan bukannya produk sarang burung walet. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai situasi yang genting ini. 


Keluhan tentang gangguan burung BJP atau Burung hantu yang masuk ke dalam rumah walet memang satu isu sehingga hari ini selalu menjadi perhatian umum. Perkara ini memang menjadi masaalah serius dalam industri ternakan burung walet iaitu dibeberapa lokasi di negara kita. Keujudan burung hantu BJP bagi petani memang sangat membantu mengurangkan masaalah tikus dalam sawah padi yang merosakkan hasil tanaman padi. Bagi tujuan tersebut lazimnya Jabatan Pertanian dan pesawah menaikan rumah burung BJP ditengah-tengah sawah dan tiang 'T' untuk burung hantu ini bertenggek. Pada masa ini Jabatan Pertanian amat berjaya mengawal tikus dalam sawah dengan konsep Pengurusan Perosak Bersepadu (Intergrated Pest Managemeng - IPM) yang mesra alam. Burung hantu akan datang secara semula jadi dan dipantau kehadirannya serta diperiksa najisnya yang membuktikan bahawa ia pemangsa kepada tikus sawah. Peranan burung hantu juga digunakan diladang sawit untuk mengawal tikus diladang sawit. Ular senduk juga adalah satu haiwan yang diletakkan diladang sawit untuk kawal tikus. Apa pun bagi peternak burung walet burung hantu BJP ini didakwa sangat mengancam industri burung walit. Ini disebabkan burung hantu berkemungkinan akan tinggal dan membiak di dalam rumah walet terutama rumah  burung walet yang berada di sekitar sawah padi. Burung pemangsa daging ini mencari makan pada malam hari dan tidur pada waktu siang di rumah burung walet. Bagaimana pun jika burung hantu ada di dalam rumah walet maka sudah pasti ia akan sangat menakutkan bagi populasi walet dalam rumah tersebut. Apabila ada burung hantu maka populasi burung walet dalam rumah tersebut akan berkurang dan akhirnya keseluruhan koloni akan berpindah kesarang lain. Peternak walet akan menangis dan amat marah apabila usahanya di ganggu burung hantu kerana mengeluarkan kos yang tinggi dalam membina rumah walet sehingga lebih RM200,000 untuk rumah walet yang bersaiz standard.


Dalam beberapa tinjauan, penulis juga ada menerima keluhan daripada dua-dua pihak iaitu kelompok pesawah padi dan kelompok penternak burung walet. Bagi penternak burung walet ini lazimnya mereka akan membunuh burung hantu BJP dengan pelbagai kaedah dan cara. Kaedah paling popular adalah dengan menembak burung hantu dengan gunakan senapang diwaktu tertentu. Ada juga penulis dengar dibeberapa lokasi dimana pemilik sarang burung walet 'mengupah orang' untuk memusnahkan sarang burung hantu BJP yang berada ditengah-tengah sawah (Sila lihat foto disebelah). Rekod daripada Jabatan Peranian menyatakan hampir 15 - 30% rumah burung walit yang  dipasang ditengah sawah 'hilang' atau 'musnah' akibat diganggu manusia. Berkemungkinan dahulu rumah ini menggunakan tiang besi dan ianya dicuri oleh penagih. Kini sarang burung hantu BJP diubah dengan gunakan struktur plastik dan tiang kayu sahaja. Kehadiran burung hantu yang mana ia bersifat pemangsa dalam kawasan sawah dan ladang kelapa sawit menyebabkan penternak walet marah dan terancam. Memang kedua-dua industri ini dilihat bersaing. Bagaimana pun penulis yang membuat rujukkan kepada Jabatan Verterinar ada mendapati bahawa penghasilan dari burung walet semakin menurun semanjak 2-3 tahun kebelakangan ini. Adakah ia berpunca daripada serangan burung hantu?, Adakah kerana jumlah rumah dan populasi walet yang tinggi menyebabkan makanan walet tidak mencukupi?. Adakah harga yang tidak menentu menyebabkan ramai pemilik burung walet kurang komited?.


Kaedah kawalan serangan burung hantu yang hadir kerumah burung walet boleh dilakukan dengan mereka bentuk iaitu Lubang Burung Masuk (LBM) dalam bentuk Segi Lima. Umumnya reka bentuk ini dibuat kajian oleh beberapa usahawan walet dinegara jiran untuk mengurangkan risiko serangan burung hantu. Burung hantu lazimnya akan meninjau kawasan rumah burung walit dengan bertenggek dipintu masuk atau okasi lain disekitar rumah burung walet. Burung hantu tidak selesa untuk bertenggek pada pintu masuk atau sebarang struktur dengan bersegi lima. Burung hantu akan terbang pada malam hari diwaktu gelap dan mengintai laluan masuk burung walet dan akan segera menyambarnya apabila pemangsa ini terbang berhampiran. Kemudian ia akan  berada dikawasan pintu masuk jika keadaan pintu tersebut rata dan ianya akan memudahkan ia hinggap dan menunggu mangsa. Bentuk lima segi pada LBM akan menyukarkan ia bertenggek dan akhirnya ia terbang kelokasi lain. Bagaimana pun jika burung hantu ini sudah terbiasa dengan rekabentuk LMB Segi Lima maka tahap keberkesanan kaedah ini kurang sesuai. Sebenarnya rumah burung walet yang didirikan berhampiran dengan sawah padi atau ladang sawit memang terdedah dengan ancaman oleh burung hantu terutama apabila musim tikus tidak dapat makan padi disawah. Teknik ini merupakan salah satu kaedah mengurangkan ancaman burung hantu dirumah burung walet yang boleh dilaksanakan. Artikel ini penulis sambung pada Part 2 dimana ada 4 lagi kaedah lain untuk mengurangkan ancaman burung hantu. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!....
Penulis dan Timbalam Menteri Pertanian tinjau Sarang BJP di Pekan.
BURUNG HANTU... DISAWAH BERGUNA....
BURUNG WALET... SARANGNYA BERHARGA...
JADI MASAALAH.. PESAWAH PENGUSAHA...
TULIS ARTIKEL... ILMU PENULIS DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017,
DITC, Telok Kalong, Kemaman,
Terengganu, Malaysia.
(25 Rejab 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.