Monday, March 6, 2017

TUMBUHAN AKUATIK - APA DIA?

TUMBUHAN AKUATIK (Aquatic plants) merupakan sejenis tumbuhan yang dapat hidup di dalam air seperti rumpai air, rumput atau kiambang dengan fungsi yang khusus pada habitat semulajadi. Bagaimana pun sekarang tumbuhan akuatik ini lebih dikomersilkan untuk digunakan didalam akuarium ikan hiasan bagi tujuan mencantikkan lagi daya tarikan akuarium tersebut. Dalam pada itu tumbuhan akuatik dikomersilkan dan dijual dalam industri hobi memelihara ikan hiasan dalam akuarium sebenarnya mempunyai beberapa fungsi. Antara fungsi utamanya adalah seperti untuk tujuan mencantikkan akuarium, menjadi sumber utama pembekal gas oksigen dalam akuarium dan menyerap gas CO2 iaitu karbon dioksida yang dilepaskan oleh ikan. Tumbuhan akuatik dalam akuarium juga menjadi sumber makanan bagi sesetengah spesis ikan yang memakan daun atau rumput dan akan menjadi tempat untuk ikan-ikan berlindung dan bermain-main serta menjadi tempat untuk ikan bertelur. Ada dua jenis tumbuhan akuatik yang dapat digunakan iaitu tumbuhan asli dan tumbuhan akuatik plastik. Tumbuhan asli perlukan penjagaan lebih berbanding jenis plastik yang tahan lama. Memang agak sukar dilihat dari jauh antara tumbuhan akuatik asli dengan jenis plastik ini. Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.  Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat dibahagian dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang apakan dia peranan tumbuhan akuatik dan beberapa perkara yang semua orang perlu tahu mengenainya.


Tumbuhan akuatik didapati mampu untuk mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya dalam alam semulajadi dan juga menjadi tempat persembunyiannya serta tempat berehat. Dalam alam tersebut terdapat jenis ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik ini sebagai satu dari sumber makanannya. Dalam teknik menghias akuarium memang ada keperluan penanaman tumbuhan akuatik terpilih dan seni khusus untuk meningkatkan keunikan dalam akuarium. Sebenarnya tumbuhan akuatik juga perlukan karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Proses pertumbuhan yang baik dimana lazimnya gas karbon dioksida sebaiknya dibekalkan kepada tumbuhan melalui hidupan dalam air. Gas karbon dioksida yang khusus untuk kegunaan dalam akuariu memang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja yang sesuai selalunya dari jenis yang berbentuk cecair atau biji dimana ia perlu ditambahkan dari masa ke semasa. Kaedah menggunakan baja untuk tanaman akuatik dalam akuarium boleh diberikan dimana baja ini dibeli dikedai mengikut kaedah yang dicadangkan. Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis dimana keperluan untuk tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari adalah penting. Diantara contoh-contoh tumbuhan akuatik adalah seperti Vallisneria sp, Cabomba sp, Cryptocoryne sp dan Ludwigia sp yang mudah didapati dikedai tertentu. Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium perlukan teknik yang betul. Sebaiknya diletakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.  

Tumbuhan akuatik memang ada yang berbunga cantik seperti bunga Water Lily dan kiambang (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini juga digelar popi air kerana bunganya berbentuk seperti bunga popi. Spesis Echinodorus palaefolius daripada keluarga tumbuhan Alismataceae ini memang menarik dijadikan tanaman hiasan kerana bunganya cantik. Ia merupakan sejenis tumbuhan air atau akuatik yang tumbuh meliar di kawasan berair seperti paya, sawah padi, tasik, kolam bekas lombong dan tali air. Bunganya tumbuh dalam kumpulan di beberapa bahagian tangkai yang panjangnya kira-kira setengah meter. Setiap kuntum bunganya mempunyai tiga kelopak berwarna putih bersih dengan stamen-stamen berwarna kuning dan berbentuk seperti bunga popi. Nama gelarannya ialah pokok popi air. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai 'pokok anak panah' kerana daunnya yang berwarna hijau itu berbentuk mirip anak panah. Pokok hiasan ini senang ditanam dan tidak cerewet dari segi penjagaannya. Selain tumbuh meliar di negara kita, ia juga dikatakan terdapat di beberapa negara tropika yang lain. Pembiakan amat senang dengan cara menggunakan anak benih pokok yang tumbuh secara semula jadi dari pangkal setiap tangkai bunga yang telah layu. Satu kaedah pembiakan yang unik dan jarang sekali terdapat pada pokok lain. Kini bagi mempercepatkan proses pertumbuhan anak benih sebaiknya ia didedahkan kepada kelembapan yang tinggi seperti merendam di dalam air. Selepas beberapa hari direndamlazimnya daun anak benih serta akarnya akan mula tumbuh dan membesar dari tangkai bunga tadi. Jika tidak dipisahkan dan diberikan keperluan untuknya tumbuh subur, berkemungkinan pertumbuhan tunas anak benih ini akan terbantut dan mati.

Cara membiak dengan memotong anak benih yang tumbuh pada tangkai bunganya untuk disemai. Kaedah untuk penanaman pokok ini boleh dilakukan dengan memotong anak benih yang tumbuh daripada tangkai bunganya dan kemudian menanam anak benih tadi dalam medium tanaman. Tanah selut paya yang dibiarkan lembap setiap masa dengan mengisikannya ke dalam bekas yang boleh menakung air. Medium tanaman untuk pokok berpasu dalam campuran 3:2:1 (tanah peroi: bahan organik: pasir sungai) tetapi perlu dikekalkan kelembapannya. Penjagaan tanaman ini mudah dimana jika ditanam dalam medium tanah selut yang berair maka ia tidak memerlukan siraman. Namun,jika ditanam dalam medium campuran tanah maka ia perlu disiram dua kali sehari kerana medium tanamannya memerlukan kelembapan setiap masa supaya ia dapat tumbuh lebih subur. Berikan penjagaan yang rapi dengan menyiramnya dan jangan sesekali membiarkan medium tanamannya kering bagi mengelakkan anak pokok tadi layu dan mati secara tiba-tiba. Sebaiknya didedahkan pkok ini terhadap cahaya matahari supaya ia akan dapat membesar dan cepat berbunga secara berpanjangan. Kini penggunaan baja cecair atau baja garam larutan yang boleh dilarut terus dalam air siraman. Jika ditanam dalam medium tanah selut yang berair, gunakan baja khas untuk pokok air yang boleh dibeli dari pusat tanaman. Tanaman akuatik adalah sejenis tumbuhan yang cantik dan menarik ditanam dalam bekas seperti pasu tanpa lubang di bawahnya untuk menakung air. Ia juga sesuai ditanam dalam kolam untuk digunakan bagi menghiasi taman air ala Bali atau Tropika. Diantara tipas penjagaan tanaman ini adalah dengan tujuan memotong terus tangkai bunganya apabila semua anak pokok yang tumbuh. Ini dilakukan bagi menggalakkannya berbunga semula. Semuga artikel ini memberi info beruna kepada pembaca blog anim agro technolog kali ini. Wasallam!!!.
POKOK AKUATIK.... BANYAK JENISNYA...
DIDALAM AIR... DIATAS PUN ADA JUGA...
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT IDEA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 117, Hotel M-Suite,
Seri Kembangan, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(2 Jamadilakhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.